CLICK & ENJOY

Wednesday, 14 June 2017

Bila ajal

Jika ajal aku tiba
Tolong ingat perkara ini
Simpan kenangan antara aku dan kau
Simpan setiap cerita antara aku dan kau
Maafkan setiap khilaf aku pada kau
Maafkan silap laku aku pada kau
Halalkan setiap memori yang kau sulamkan
Halalkan setiap perkara yang kau hulurkan
Biarkan masa terus berlalu
Biarkan andai kau sudah melupakan aku
Usah kau tangisi perginya aku
Kerana pada waktu itu,
Hanya satu aku mahu
Doamu buatku di alam sana.



No comments: