Posts

Showing posts from 2017

Me time

Pagi yang redup. Aku hanya mahu berseorangan. Tanpa siapa-siapa. Menghirup kopi kegemaran seorang diri. Walaupun sepi, aku tenang. Ya, kadangkala aku perlukan ketenangan. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Tidak mahu layan manusia keliling. Aku mahu rehat dari dunia yang sibuk.
Tetapi aku juga benci dengan kesepian. Setiap kali mahu berseorangan pasti semua cerita dari hati terlontar di fikiran. Tidak pernah lupa dan tidak akan lupa. Biarlah apapun mereka mahu cakapkan, kerana itu hak aku untuk mengingatinya. Detik kehidupan yang aku sendiri alami. Hidup ini sukar namun berdepan dengan kematian lebih sukar.
Hidup aku tidak sempurna mana. Banyak sudah aku lalui. Sama ada aku luahkan atau aku pendamkan saja sampai mati. Tidak semua boleh aku kisahkan di layar. 
Bukan mahu membangkit tetapi ada ketikanya aku berkongsi kerana mahu berkongsi. Mungkin saja boleh dijadikan pengajaran bagi sesiapa saja. Kita melalui hidup berbeza maka berkongsi cerita itu tidak salah. Ambil yang jernih dan keruh jadika…

Tiga anak

Yang bermacam ragam. Kadang-kadang terlalu meletihkam namun itulah kehidupan. Nikmatinya kerana bila tiba satu masa meletihkan itulah yang akan dirindukan. 
Dan saat kata-kata ini ditulis, tiga anak ini sedang berpusing mengelilingi dengan karenah masing-masing.

Ke-9

Yang kesembilan memberi berjuta memori suka dan duka. Indah dan lara. Terlalu banyak perkara yang masih menjadi rahsia dan biarkan ia terus menjadi rahsia sampai bila-bila. Perkahwinan tidak selalunya disulami keindahan. Pasti ada pancaroba menanti di depan. Andai bukan hari ini, mungkin esok atau lusa walaupun usia hubungan itu makan tahun. Tetap akan ada.

Perkahwinan mendidik jiwa lebih kental, diri lebih kuat dan hati lebih cekal dan tabah. Perkahwinan adalah ujian kesabaran paling agung. Sama ada kau berjaya atau sebaliknya adalah  bergantung dengan caramu mengawal rasa.

Tidak semua perkahwinan dibina atas dasar cinta. Ada yang terbina atas rasa belas ehsan. Bukan semua perkahwinan perlukan cinta dua pihak kerana ikatan itu boleh tercipta dengan satu cinta dan satu lagi pengorbanan.


....

Sebuah pertemuan

Cerita sebuah pertemuan setelah sekian lama.  Dan saat mata bertaut degup jantung kian kencang dan  sebak semakin menghimpit rasa.  Apakah masih ada sisa cinta? 

Mengapa

Mengapa perlu ada dia dalam hati
 walhal dia tidak pernah mengabdikan hati dia untuk kita.  Mengapa perlu dambakan cinta yang sebenarnya layak digelar memori Sedangkan dia mungkin langsung tidak pernah pahatkan dalam kenangan miliknya. Benar kata punjagga, Kadang-kadang kita tidak perlu melihat siapa yang kita cinta 
Cukuplah kita lihat siapa yang mencintai kita. 

Nota Cinta

Imam Syafie' r.a mengatakan "Jika kamu meletakkan pergantungan harapan kamu, penyandaran hati kamu kepada makhluk, maka ketahuilah kamu sedang menyandarkan kepada sesuatu yang lemah yang sentiasa mengecewakan dan menghampakan kamu".

Kenapa manusia sentiasa merasa hampa? Dia merasa kecewa dalam perhubungannya?

Kerana dia meletakkan pautan hati dan juga sandaran jiwa yang salah.

Apabila dia mencintai, 2 (orang) itu mencintai dengan sepenuh hati sehingga di mana cinta Allah s.w.t?

Di mana cinta kerana Allah s.w.t?

Dia tidak meletakkan cinta tersebut cinta kerana Allah s.w.t.

Bermakna dia letak cinta itu hanya kepada emosinya, maka apabila ianya terusik maka emosinya akan menaik, emosinya akan meluap, akan meningkat kemarahan, kedengkian, permusuhan, kadangkala ia boleh membawa kepada pembunuhan, kadangkala ia boleh membawa kepada bunuh diri kerana terlalu berputus asa.

Sebagai satu contoh, suami dan juga isteri.
Allah s.w.t CEMBURU jika ada mana-mana daripada hati seorang h…

Maal Hijrah

Maal Hijrah mengundang 1001 cerita
Cerita tentang pengorbanan Rasulullah
Cerita tentang cinta baginda
Juga cerita tentang hijrah baginda
Mencari dunia baharu Islam.



Salam Maal Hijrah 1439

Jujur

Jujur aku cinta dia Jujur aku sayang dia Tapi mungkin saja Cinta sayangku sia-sia Bila mana dia tak mengerti Erti sebuah rasa yang ikhlas Biarkan saja ku simpan Segala rasa itu di lubuk hati Kerna cinta dan sayang aku Bukan mainan semata
-0508as-

Sangkar cinta

Biarkan musim berubah Biarkan waktu berlalu Aku tetap di sini Menjadi penunggu Dalam sangkar cinta yang  Kau ciptakan Biarpun hati acapkali terluka Dengan egoismu yang tak bertepi Kau kata kau cinta Kau kata kau sayang Namun hatiku kekosongan Tanpa hormatmu.

AS17

Mimpi

Kala ini terjaga lantas terkenang dosa silam Masih adakah pengampunan buatku? Saat ini dari baringan cerita lama berputar Masih mampukah ia kulupakan selamanya? Allah, ampunkan aku Sungguhnya diri ini teramat hina disisi Mu Allah, ampunkan aku Sungguhnya diri ini terlalu berdosa dengan Mu Allah, ampunkan aku Sungguhnya hanya Engkau yang mengasihani Hamba Mu yang penuh debu-debu dosa 

-1817as-

LOVE - ada apa dengan Cinta

So many people in love but not together
So many people are together but not in love


Realitinya, itulah yang berlaku pada hari ini. Beruntug bagi mereka yang dapat bersama-sama menghabiskan hidupnya dengan insan yang dicintai. Insan yang tiap kali berdiri di depan matanya membuatkan  jantungnya kencang berdegup. Kepada yang tidak ditakdirkan bersama, berdoalah agar insan yang kita cintai itu bahagia buat selamanya.

Percayalah, takdir tidak pernah salah dalam percaturannya tetapi manusia sering silap dalam mencaturkan kehidupannya. Semoga kita menjadi lebih tabah dengan pilihan yang kita pilih.





-Alin Syukur-

Cerita Aniq

Sekejap dengan kisah Aniq dari 14 hingga 17 Julai. Tiba-tiba dapat panggilan daripada daddy beritahu Aniq sesak nafas di sekolah. Kalut seperti selalu sampaikan mommy pun kena marah. Padahal tak tahu apapun lagi. 
Kebetulan pula, daddy Aniq kerja luar daerah, ke JB masa tu. Mommy yang bekerja terus saja balik ke Seremban. 
Dari kecemasan terus ke wad. Keadaan Aniq tidak stabil. Nafas dia tak tentu arah. Siapa sangka petang itu juga selepas Dr Chin lawat Aniq, lihat keadaan Aniq yang membimbangkan walaupun ketika itu Aniq bernafas menggunakan oksigen dan mengambil nab selang tiga jam terus Dr hantar Aniq ke ICU.
Bermalamlah mommy dan Aniq di ICU hari itu. Mujur atok, mak, umi dan ibu Qis datang malam itu juga. Boleh temankan Ruhee dan Akif. Risau nak harapkan daddy sebab dari tadi tak sudah-sudah cakap back pain, stress kerja dan lain2. Nasib isteri yang dia sayang sangat katanya ni memang spesis badang 😪
Sepanjang malam entah berapa kali mommy terjaga bila nurse datang beri ubat, neb, ce…

Bila Tiba Satu Ketika

Bila tiba satu ketika, kau akan temui titik noktah di mana bukan kerana kau tiada pilihan tetapi kerana  kau tidak mahu lagi menyesakkan fikiran dan menyakiti hati sendiri dan orang lain. Kau hanya mahu terus hidup dnegan hidup yang bukan kau tetapkan tetapi kerana takdir. Dan, mungkin saja kau sudah pun redha dengan apa yang sedang kau lalui tanpa mahu melihat pilihan waima ianya terbentang di depan mata. Hidup bukan sekadar mengejar cinta yang kau mahukan tetapi hidup adalah keperluan selagi kau bernafas.



Berdikari

Bila kita dididik untuk selalu berdiri di atas kaki sendiri sejak dari kecil, ia kadangkala menjadikan kita sepi dengan belaian. Tiada erti untuk bermanja jika kita mampu bangun apabila terlantar. Tapi itu  sebenarnya adalah kekuatan kita sebagai wanita. Mampu berdiri teguh dan sebenarnya itu adalah tanda kasih Allah untuk wanita bila mana berupaya bangkit saat kematian menerpa.

Dan bila Syawal mula menjengah wajah, Ramadhan kian jauh

Untuk tahun ini, semoga Ramadhan kita diberkati dan Syawal kita dirahmati Nya. Maafkan, andainya  tersalah bicara, terkhilaf kelakuan dan halalkan setiap perkara  sepanjang perkenalan kita. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas,
AlinSyukor & keluarga


😊

Kenangan terindah

Dekat kampung ke mana2 pakai kereta adik, dengar cd lagu2 fav... daebak!



...Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati...


Next
...Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita...


Next
...Setelah kupahami
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu
Tak dap…

Cukup sudah

Cukup. Sudah. Jangan teruskan. Takut nanti makan diri sendiri. Cukuplah dengan apa yang sedang dilalui. Tak nak lagi menambah beban di hati, sesak di dada. Takut!

BERHENTI BERHARAP
ALLAH, bantu diriku.

"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yg berharap selain DIA. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya." (Imam Syafi'i)

Bila ajal

Jika ajal aku tiba
Tolong ingat perkara ini
Simpan kenangan antara aku dan kau
Simpan setiap cerita antara aku dan kau
Maafkan setiap khilaf aku pada kau
Maafkan silap laku aku pada kau
Halalkan setiap memori yang kau sulamkan
Halalkan setiap perkara yang kau hulurkan
Biarkan masa terus berlalu
Biarkan andai kau sudah melupakan aku
Usah kau tangisi perginya aku
Kerana pada waktu itu,
Hanya satu aku mahu
Doamu buatku di alam sana.