Monday, 25 April 2016

Decendants of the sun

Joong Ki menghantui diri...

Watak yang dilakonkan pelakon Innocent Man dan Sunyukawan Scandal dalam DOTS kian menghantui diri. Semalam episod akhir dan masih belum sempat untuk menonton.

Demam tak kebah-kebah.

Happy 3rd birthday Ruhee

Tiga tahun sudah si kerinting mommy dan daddy yang comel
manja bukan main sebab dia seorang saja perempuan dalam keluarga kecil kami

moga sentiasa menjadi anak yang baik
dunia akhirat


cerita lama



Akif Raheel yang sunyi tanpa berita....
Ceritanya tak hebat seperti abang Aniq 
Tapi dia tetap menjadi pujaan hati mommy
Dan kini.... Akif pada umur sebelas bulan 





Happy 6th Birthday Aniq Raheel





Enam tahun sudah budak bobot ni. Banyak akal, tetap manja dan kacak.
Moga sentiasa jadi anak yang baik....






setelah itu...


Bila bosan dengan keadaan keliling yang tidak pernah menjadi kegemaran dan kerelaan, SgGroup adalah pentas untuk meluahkan rasa dan mencari bahagia. Bercakap dengan mereka mahu pun bersama dengan mereka sentiasa dicemburui oleh masa. Tiap kali bertemu pasti ada saja yang dibualkan dan dikongsi. Paling mengujakan adalah percutian ke Korea. Ya, Allah, belum apa-apa rasa macam dah dekat sana dengan mereka. Lagi-lagi bila Kak Ben teruja bercerita tentang kampungnya itu. Celoteh dia bagai dia memang asal dari Korea. Dinasti Goryeo laaa tu hahaha

Oktober menanti dan moga ia adalah pasti. Satu kepastian yang dinanti. Daripada mesyuarat warna baju sampailah tentatif ke sana. Bukan main kome, kata orang Perak. Tour guide pun dah dilantik, Kak Ben dan Kak Qid. Saya ni dengan Kak Azma pertama kali ni nak jejak Korea. Kak angah pun tak sabar juga lepas masuk SgGroup. 

Saya? Paling teruja walaupun entah-entah saya yang melalak atas kalap terbang tu sebab takut hehe... Pergi tandas kat pejabat pun ajak teman, hmmm macam mana tu. Moga unnie semua tabahlah ye. Jangan banyak cerita hantu je dekat si Alin ni. InshaaAllah dia berani.

Nampak tak, asalnya menulis entri ini sebab bosan duduk sini tetapi lepas saja bercerita tentang SgGroup rasa bernyawa semula. Moga persahabatan ini akan kekal sampai hari tua kita dan sampai hujung nyawa.

Jarang sebenarnya nak bercerita tentang SgGroup dalam ni tetapi sebab rindu. Rindu bila entah nak bersua lagi. Rindu nak makan sama-sama, kongsi air dan macam-macam lagi 

RINDU, noktah

Dato’ Seri Mohamad Hasan