CLICK & ENJOY

Wednesday, 26 August 2015

Sejenak Bersama Vaksin

Barangkali ada yang berpendapat, tidak perlu memvaksinkan anak-anak kerana sudah menerima susu ibu. Tetapi bagi saya, walaupun anak-anak saya diberikan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, saya tidak pernah lupa untuk memvaksinkan mereka dengan vaksin yang diwajibkan KKM dan juga dua vaksin tambahan.

Akif Raheel, menerima vaksin agak lewat kerana kekangan waktu. Itupun saya dah risau sangat sebab vaksin sebulan tak ambil sampai usianya dah menjangkau tiga bulan.

Hingga akhirnya, Akif Raheel dijangkiti batuk dan selesema. Lantas, terus bertemu Paed, Dr Chin dan buat apa yang patut. Alhamdulillah selepas menerima ned daripda Paed Dr Woo, batuk berkahaknya semakin berkurangan. Vaksin sebulan pun dah selesai.

Kenapa saya mengambil vaksin tambahan? Mungkin kerana pengalaman, apabila Aniq jatuh sakit. Rotavirus, buatkan saya fobia mahu bermalam di hospital. Selepas lahirnya Ruhee Ayra, dengan adanya sejarah itu, terus saya wajibkan vaksin untuk Rotavirus.

Kemudian, saya terbaca dan diberitahu mengenai bahaya pneumonia dikalangan kanak-kanak. Ibu mana tidak risau? Justeru terus saya wajibkan Aniq Raheel dan Ruhee Ayra mendapatkan vasin pneumococal.

Alhamdulillah, Aniq Raheel sempat diberi vaksin itu kerana usianya di bawah lima tahun ketika itu. Ruhee pula dua vasin tambaan itu diambil sejak usianya tiga bulan. Saya cuma percaya dengan kata-kata, cegah lebih baik daripada mengubati.

Memang vaksin tambahan itu agak mahal. Kerana itu, duit saya dan suami tidak ke mana. Memang untuk anak-anak terutama bab pendidikan dan perubatan mereka.
apapun, semoga anak-anak sentiasa dilindungi Allah daripada kemudaratan, kesengsaraan dan kesakitan.

Kisah Anak

Cerita tentang Ruhee pula. Kini sudah pun menjangkau usia dua tahun sepuluh bulan lebih. Jika ikut tahun, sudah mencecah tiga tahun. Si comel mommy yang kian membesar dengan jayanya walaupun kenit saja.

Anak gadis yang sudah pandai memilih, memberontak, bertanya itu ini dan mula belajar berdikari. Cuma satu saja yang masih membuatkan dia "the only baby girl" apabila masih mahu tidur di bawah ketiak mommy dan masih memerlukan mommy untuk memenuhi permintaannya.

Si kerinting dan si pelat mommy ni sekarang dah pandai bermain kata. Dah tahu nak ajak jalan-jalan dan dah tahu rindu atok mak bagai. Kaki gaduh? Lebih lasak daripada abangnya, Aniq.

Kahinet TV pun dia boleh panjat. Menyepah pandai, mengemas makan tahun nak buat dan akhirnya, abang juga kemaskan semua mainan yang disepah.

Sangat kegadisan apabila berhias. Kena ada bag dan kacamata. Tidak lupa semua perkakas menulisnya. Tetapi sayang, tak suka sikat rambut. Berbedak jauh sekali. Hahaha neutral beauty kononnya. Apapun yang penting, moga Ruhee sentiasa dilindungi Allah dan ditemani para malaikat. Menjadi anak yang solehah seperti namanya, Ruhee Ayra, Jiwa Yang Alim.

Mommy always love you darllll

Monday, 24 August 2015

Lahirnya Muhammad Akif Raheel

Betul kata orang, setiap kelahiran bagi setiap anak memang akan ada bezanya walaupun sedikit. Walaupun antara Aniq dan Ruhee tidak terlalu beza terutama jangkaan bersalin, tetapi tidak kepada Akif.

Seperti Aniq dan Ruhee yang kononnya keluar seawal minggu 36-37, makanya Dr Intan pun menjangkakan perkara sama berlaku pada Akif. Jadi jangkaan tarikh si kecil ni keluar adalah pada 27 April 2015, awal dua minggu daripada tarikh bersalin sebenar pada 18 Mei 2015.

Hendak dijadikan cerita, mommy ni pun ambillah cuti awal. 21 April ambil cuti dah huhu. Tapi sampai ke 27 tak beranak juga. Serah diri kat Dr Intan. Bukaan dah 1cm jadi kata Dr jalan dah ada jadi dia sarankan MC. Tak boleh dah nak travel Sbn-Kl.

Logiknya, anak ketiga ni cepatlah bukaan tu membuka. Tapi tidak. Sampailah ke 6 Mei, check up seterusnya masih belum buka. Si Akif pula membesar dengan siht dlm perut mommy. Dah 3.45kg. Dr kata ini kalau tunggu mahu kena czer. Lagipun medical report sebelum ni, mommy memang akan alami kesukaran nak bersalin normal sebab tubuh badan kecil.

Bukaan cek dan 2cm. Dr bagi esok lusa bersalin dan kalau tak, datang balik 8 Mei. Memang tidak ada tanda nak bersalin. Sakit-sakit biasa saja. Sudahnya 8 Mei datang balik jumpa Dr Intan. Eh terus ke labour room seperti yang disaran Dr Intan. Masuk labour room, beritahu nurse nak makan dulu hahaha padahal dah seram sejuk.

Dah siap makan, poopoo, naik balik labour room dan bersiap-siap nak beranak kononnya. Siap pasang ctg dan landing atas katil. Dr Intan masuk, check bukaan, tapi masih 2cm. Dr cakap hold bersalin hehe... nasihat banyakan jalan-jalan tapi dia minta pakai lagi ctg sebab nak tengok keadaan Akif. Dr pun keluar dari labour room.

Berborak kencang dengan daddy masa tu. Tiba-tiba Dr Intan masuk balik tergesa-gesa dan cakap "something not good" "bad sign".... daddy dah cuak dan mommy pula pelik. Tanya kenapa. Dr cakap jantung baby lemah. Dr dan nurse pusing-pusingkan mommy dan gerakkan ctg nak bagi dengar jantung baby.

Dr terus ambil keputusan induce. Terus je pecahkan ketuban dan masuk air. Mommy redha dengn keputusan Dr Intan sebb tahu dia cekap dan berpengalaman. Alhmdulillah, pukul 10am lebih pecahkan ketuban, nampak gesaan sakit tu jam ke jam dan ini bermaksud bukaan berlaku dengan baik.

Dalam pukul 12 lebih macm tu, mak dengan ayah sampai. Mak dapat masuk labour room. Dr Intan kasi hehe sebab daddy tak ada. Dr Intan pun ada dan adalah dia buat urutan vagina. Memang sakit tapi demi unborn baby, mommy tadah je. Lagipun mommy dah biasa dengan cara kerja Dr Intan. Alhamdulillah, beliau sangat profesional dan efektif.

Memang betul kata Dr Intan, bila buat urutan tu terus gesaan makin cepat. Seperti sebelum ini, tiada bius hanya minta gas apabila bukaan dah menjangkau 7cm sebab sakit nak bersalin tak mampu nak tahan lagi.

Elok saja jam 2.13pm macam tu, dengan berbels kali kott teran, lahirlah si comel mommy Muhammad Akif Raheel. Yang Beriktikad dan Cerdik & Berani.

Berbelas kali meneran tanpa penggunaan vacuum mahu pun forcep. Berbelas kali meneran kerana Akif mempunyai berat 3.45kg. Hehehe memang berat yang tak tertanggung si mommy yang kecil ini.

Disebabkan itulah, dalam jangkamasa 10-15 minit apabila bukaan sudah 10cm, bermacam posisi mommy diminta buat kerana kesukaran nak mengeluarkan si comel nan sorang ni.

Akhirnya, Dr Intan ambil keputusan untuk episiotomi. Tak kisahlah, asalkan semua selamat dan yang penting mommy dapat melahirkan Akif secara normal kerana jika nak diikutkan, dengan berat yang semangat tu, pembedahan lebih mudah. Dr Intan pun dah pesan, memang agak sukar nak bersalin  normal tetapi beliau positif bahawa mommy boleh.

Hasilnya, alhamdulillah mommy dan Akif selamat dan dipermudahkan urusan kami olehNya.

Begitulah ceritera bersalinkan Akif. Sakit yang lain daripada dua di atasnya. Tetapi itulah sakit nikmat yang sekejap saja dilupai seorang ibu. Walaupun anak ketiga itulah petama kali merasai berpantang dengan luka epi dan memang penjagaannya 1001% terbaik hahaha... seram kot kalau terbuka jahitan tu.

Moga Akif Raheel menjadi anak soleh, cerdik, elok akhlak dan rajin beribadah ke jalan Allah. Semoga anak-anak mommy sentiasa dalam rahmat Allah.

😊

Thursday, 20 August 2015

Bila sudah terungkap

Bila hati telah mati
Yang tinggal hanya jasad
Tanpa rasa.
Bila akal telah terhenti
Yang tinggal hanya otak
Tanpa waras.
Begitulah andaian hidup
Tidak selalunya cerah
Pasti menyusul gelap
Dalam terang
Hadir tanpa diundang
Pergi tanpa dipaksa

Monday, 17 August 2015

Hati Mati

Bukan satu yang mustahil dalam hidup seseorang sekiranya dugaan datang bertalu. Jika memang bukan salah diri, diamkan saja kerana ia sudah memadai. Kata-kata yang keluar dari hati yang panas seringkali menjadikan keadaan semakin panas dan boleh mengganggu gugat keharmonian hidup.

Bagaimanapun, sampai bila? Sampai mati, barangkali.

Dua perkara yang paling memualkan dalam menjalani hidup bermasyarakat ini adalah berdepan dengan fitnah dan mengungkit perkara lepas. Alangkah baiknya jika tuduhan itu mempunyai bukti sahih lagi jelas bukan hanya mengadu domba dan mencanang dengan kata-kata "semua orang tahu...."

Sama seperti membantu manusia di muka bumi ini. Tidak perlu menjadikan pertolongan itu sebagai landasan untuk ke syurga kiranya pertolongan itu nanti diungkit dan dibangkit kembali apabila bersengketa. Pertolongan menjadi lebih mulia sekiranya tidak mendambakan balasan walaupun sebaris ucapan terima kasih.

Tersentap apabila disembur dengan sindiran dan kata-kata lahar lantas terus mendoakan yang buruk. Adakh itu tanda bahawa diri sudah terlalu tua untuk menerima teguran dalam sindiran? Atau diri terlalu bangga dengan kehormatan yang dipegang sehingga menganggap orang keliling hanya zarah tak berguna.

Kata orang menegur biarlh beradab dan kata orang lagi paku dulang paku serpih.

Kepada yang merasainya, nasihat paling mudah ialah berdim diri walaupun tahu seantero dunia sibuk mencanang kerana kata bijak cerdik, berdiam tidak bermakna kalah. Memang ia sukar tetapi cubalah dan paksalah diri.

Bahagianya, kekurangan yang dikompangkan dijadikan landasan untuk hidu bahagia kerana dengn adanya teguran kasar itu, membolehkan kita membetulkan diri dan kembali kepada yang lebih positif.


Sekian, wassalam
😉