CLICK & ENJOY

Tuesday, 25 November 2014

Anak Lagi?


Orang tanya kenapa hantar anak tadika Cina? Pakai seluar pendek. Tak ada kelas agama. Makan minum entah halal atau tidak?

Jawapan saya, pertama saya nak anak saya bergaul dengan bangsa lain. Tak nak berikan dia tongkat. Biar dia di ajar cara bagaimana Chinese (dikatakan kaum maju di negara) mendidik anak-anak dengan disiplin ketat mereka.

Halal? Tak perlu menjadikannya bahan sebab kepercayaan itu penting malah orang bukan Islam sebenarnya lebih memahami sensetiviti orang Islam. 

Tapi akhirnya, saya redha, kena lepaskan 8IQ Enrichment Center sebab tidak menyediakan kelas Pendidikan Islam. Di cawangan lain ada tapi mungkin cawangan Lobak, kawasan Chinese jadinya tiadalah subjek itu. Lagipun Aniq satu-satunya pelajar Islam untuk kelas empat tahun. Sedih sebab terpaksa tinggalkan silibus UK English yang jika diteruskan sampai enam tahun, memudahkan Aniq untuk mencapai tahap A Level. 

Jadinya, tahun depan, Aniq akan ke Smart Reader. Eh, ada lagi bertanya kenapa tidak ke Genius Aulad? Littile Caliph atau Montessori seperti Brainy Bunch? PASTI? KEMAS? Mudah, jawapannya saya nak anak saya bergaul dengan bangsa lain tanpa melupakan jati diri dan agama yang dipegang.

Lagipun, dua daripada sekolah yang disebutkan di atas itu sudah pun saya dan suami terokai, membelek prestasi dan gaya pembelajaran. Tidak memuaskan, ikut kata suamilah haha sebab dia yang tahu owner itu berkemampuan ke tidak walaupun English Medium katanya.

Smart Reader yang dimiliki Bumiputera ini turut dibuat perkara yang sama. Katanya menarik, owner iaitu pengetuanya berpengetahuan dan tahu apa yang sedang dia buat (perniagaan). Lebih-lebih lagi English Medium yang diwar-warkan itu nampak menjadi. Wallahualam...

Apa yang penting, turut disediakan di situ adalah Pendidikan Islam yang merangkumi Fardhu Ain, Iqra' dan turut disediakan Bahasa ketiga seperti Mandrin dan Arab.

Justeru, untuk Aniq Raheel, semoga di Smart Reader, memberikan terbaik untukmu anak. Hehehe Khususnya bahasa kelam kelibut mu itu hahaha... 

Apapun harap Aniq Raheel enjoy di sekolah baru pada tahun depan ;)



~~~ Fikir balik, ada eloknya hantar Aniq playschool 8IQ sebab baru dia tahu erti kehidupan terutama cara hidup dan budaya bangsa asing terutama Cina hehehe ~~~

Anak

Anak adalah anugerah Allah dan juga amanah daripada Nya untuk kita sebagai ibu bapa, menjalankan tanggungjawab terhadap pemberian yang paling bermakna. Siapa tidak mahukan cahaya mata sejurus melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan? Siapa yang tidak berharap adanya bunyi tangisan seorang bayi yang memecah keheningan malam?

Namun, apabila memperoleh pemberian itu, kita lupa diri sampai hilang akal yang waras dan akhirnya si kecil yang dulunya ditatang umpama minyak yang penuh menjadi tempat untuk melunaskan amarah. Betul, ada ketikanya diri ini juga tersasar saat emosi membelenggu diri. Sampai terlupa yang diluahkan rasa marah itu adalah anak yang dikandung sembilan bulan.

Cuma, perasaan marah itu tidak pula berjagkit sampai menyumpah atau memukul anak tidak tentu hala. Alhamdulillah, kawalan emosi positif masih berfungsi dengan baik.

Hmmm... dua perkara yang amat-amat pantang dibuat oleh ibu mahupun bapa adalah menyumpah dan membezakan antara anak-anak. Sejak dari dulu. Marahlah tapi jangan menyumpah dan membezakan kerana masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri.

Apatah lagi kalau menyumpah anak dengan kata-kata kesat yang barangkali boleh menyebabkan emosi anak terganggu, intelektual anak terencat malah jati diri anak jatuh merundum. Siapa rugi? Fikirkan sejenak.

Ini pendapat saya sebagai seorang ibu. Hishhh tak tergamak nak membodohkan anak, membangsatkan anak atau apa saja kata-kata negatif untuk anak. Ibulah yang mengandungkan, ibu juga yang melahirkan, ibu yang menyusukan malah ibu yang sentiasa bersengkang mata demi seorang anak.

Tergamak seorang ibu nak berkelakukan begitu, rasanya? Tak penat ke? Tak letih ke? Mungkin lain untuk seorang bapa. Bapa hanya penyumbang dan mencari rezeki dan itupun tetap mendapat sokongan dari seorang isteri, bukan seperti zaman dulu-dulu.

Mungkin sekiranya seorang bapa yang gemar menyumpah anak atau membezakan anak sebab bapa tidak merasa perit jerih mengandung, melahirkan, berpantang dan bersengkang mata. Benar, bapa mungkin memahami tentang kepertitan itu tetapi mustahil untuk menghadapinya jika diberi pilihan.

Sama seperti membezakan anak. Elakkan membeza-bezakan anak setiap kali teguran dibuat di atas kesalahan seorang anak. Benar, anak A tak semestinya sama dengan B tetapi masing-masing punyai keistimewaan, bakat, kehebatan dan kekurangan.

Yang penting, nasihat supaya yang kurang menjadi lebih baik. Bukan beza sebab A takkan jadi B dan begitu juga sebaliknya.

Ayah saya selalu pesan, jangan menyumpah atau membeza, takut kelak yang disumpah dan dibezakan itulah nanti yang setia di sisi saat nyawa kita dihujung tanduk.

Sebagai ibu bapa, doa adalah senjata paling mujarab untuk anak-anak sentiasa berada di atas landasan kehidupan yang betul. InshaaAllah, semoga anak-anak kita menjadi anak-anak soleh dan solehah. Khalifah terbaik di bumi Allah.

Sekian, Wallahualam...

wassalam.....

* Karangan ini adalah untuk peringatan buat diri sendiri.....