CLICK & ENJOY

Monday, 27 October 2014

Sejenak di Hari Ulangtahun Kelahiran ke-2 Ruhee Ayra







Bingkisan untuk Ruhee Ayra



Mommy tahu kadang-kadang Ruhee rindu nak ber 'breast feeding kan! Tapi Ruhee lupakah yang Ruhee sudah pun dua tahun. Bertabahlah Ruhee. huhu.... Apapun terima kasih sebab mudah untuk Ruhee melepaskan susu mommy. Tak perlu mommy bersusah-payah nak melepaskan dengan menggunakan pelbagai cara seperti asam jawa, gara., kunyit, minyak kapak dan sebagainya.

Alhamdulillah.... Niat mommy untuk menyusukan Ruhee sepenuhnya dengan susu ibu berjaya. Pada 10 Oktober 2012 sampailah 10 Oktober 2014, genap dua tahun kan Ruhee. Semoga Ruhee beroleh keberkatan daripada titisan-titisan susu mommy itu.

Ruhee, jerit perih sepanjang menyusukan Ruhee sepenuhnya dengan susu ibu berbaloi sebenarnya. Tak sangka, dengan angan-angan, impian akhirnya ia terlaksana. Syukur, daddy banyak memberi dorongan walaupun kadangkala bentuk dorongan yang diberikan serupa dengan paksaan hehe.... 

Best kan susu mommy. Suka tengok Ruhee rindu dengan susu mommy. Rengek-rengek manja nak susu mommy lagi. Tapi tak boleh dah sayang sebab susu dah berhenti sebab mommy tengah mengandung. Kita beri peluang kat unborn baby membesar dengan baik. Lagipun, mommy dehidrasi dan doktor tak galakkan teruskan penyusuan walaupun sebenarnya boleh.

Ruhee, teruskan membesar menjadi anak gadis yang elok budi pekerti, hormat menghormati, rajin beribadah dan bijak dalam pelajaran. Semoga diri Ruhee sentiasa dalam pelihaaraan Allah.

Salam ulangtahun kelahiran ke-2 tahun Ruhee Ayra. Semoga yang baik-baik sentiasa bersamamu. 


Ikhlas,
Mommy 

Monday, 13 October 2014

Aniq Raheel dan persembahan pertamanya di 8IQ





Tahun ini adalah tahun terakhir Aniq Raheel bersekolah di 8IQ Enrichment Centrer, Lobak, Seremban Negeri Sembilan. Dua tahun di sana sejak di awal usia tiga tahun membuatkan Aniq Raheel kini boleh berdiri di kaki sendiri malah menjadi lebih berani . Disebabkan 2014 adalah tahun terakhirnya, mommy mahu Aniq Raheel menikmati sepuasnya aktiviti yang diadakan oleh 8IQ.

Sabtu lalu adalah hari  'graduation' untuk murid enam tahun. Sempena majlis, semua murid diberi peluang untuk menyertai  persembahan seperti nyanyian, tarian dan bermain alat muzik. Tidak terkecuali, Aniq Raheel turut menyertainya dengan penuh semangat waja.

Mulanya, apabila diberitahu mengenai  pembabiitannya dalam acara itu terdetik di hati mommy bahawa 'boleh ke Aniq ni? Confirm atas pentas nanti macam kura-kura, malu... hmmm kita tengok...'

Pada hari berlangsungnya majlis, tekaan mommy 100 peratus SALAH. hahahaha Tak kusangka anak mommy yang PALING kecil dalam kelas empat tahun begitu 'over'' di atas pentas. Dengan acara pertama yang disertainya, tarian berlatarkan lagu Gwiyomi, membuatkan hati mommy tersenyum sebab bersungguh sangat dia buat walaupun kucar kacir  hehe Biasalah budak empat tahun.

Paling menakjubkan untuk persembahan kedua, bermain alat muzik, Aniq Raheel  bermain kastenet. Menariknya, perhatiannya amat tertumpu pada muzik rentak muzik mengikut  arahan 'koordinator' (ye ke?) muzik yang juga berusia 4-5 tahun . Dia tahu bila masa gilirannya mengetuk kastenet dan bila masanya berhenti. Comel ko anak. 

Awalnya kenapa mommy rasakan Aniq Raheel takkan buat bila naik pentas? Sebabnya, bila mommy suruh dia buat dekat rumah, tak nak dia buatnya..... Rupamya dia nak 'surprise' kan mommy, daddy, Ruhee dan Velama2 dia yang semuanya datang tengok persembahan sulungnya kekeke

Cuma Aniq Raheel menunjukkan gaya 'over' apabila habis saja persembahan kedua, boleh dia berlari ke 'microfion' nak menyanyi. Nasib baik off kalau on bergema satu mall  dia berselawat haha Mommy dengar sebab mommy memang duduk depan pentas. Nak ambil video punya pasal kekeke... Teruja kononnya kan... FIRST TIME tuuuuuu

Aniq Raheel, teruslah menjadi anak yang yakin dan berani. Aniq sudah pun buktikan bahawa Aniq tak takut pun buat persembahan di depan ramai orang (Public area) di Prima Seremban Mall. Tahniah. Disebabkan Aniq Raheel spesis suka bercakap, mommy rasa eloklah Aniq Raheel  tanamkan minat terhadap pidato/syarahan dan disebabkan suara Aniq yang 'macam' sedap, lteringin mommy nak tengok Aniq masuk pertandingan musabaqah ke, hafazan ke, azan ke kan... InshaaAllah, mommy akan berusaha tanamkan minat itu.

Apapun, pilihan tetap pada Aniq Raheel. Yang penting adalah pilihlah yang terbaik, demi masa depan dan keselesaan. Asalkan tahu batasan agama ye anak ....



~~~ Ibu bapa tidak boleh memaksa tetapi boleh menanam minat secara semulajadi pada diri anak-anak. ~~~

Cerita Cinta Lama




Punca lahirnya kata-kata ini adalah disebabkan, jiran depan membuka lagu-lagu rock kapak kekeke




Cinta lama itu penyedap
Pada deretan memori kasih silam
Sesekali terimbas kembali
Terus bibir mengukir senyuman
Itu pun kalau cinta itu mula-akhirnya indah.

Jika menyakitkan?
Tubir mata menjadi empangan
Lalu menitik satu demi satu titisan jernih
Yang setiap darinyamembawa satu persatu
Babak sedih percintaan.

Itulah cinta dan kehidupan
Berpisah tiada 
Kerna keduanya saling memerlukan.

Cerita lama adalah kenangan
Cerita lama juga adalah pedoman...

azlinbh/131014

Saloma Biopic (sudut pandang)

Menonton sendiri Saloma Biopic di saluran stesen berbayar, Astro memberi ruang kepada saya untuk menilai sendiri filem garapan anak buah biduanita negara Saloma iaitu Melissa Saila mengenai kisah ibu saudaranya mengikut perspektif ibunya iaitu kakak kepada Saloma, Mariani. 

Jika bercerita tentang pemilihan watak, lakonan Nabila Huda sebagai Saloma amat membanggakan. Gaya lenggok yang hampir sama, perwatakkan yang penuh mendalam umpama Saloma hidup di alam nyata. 

Syabas, kerana sebagai pelakon, pada saya Nabila 'belajar' untuk 'menjadi Saloma'. Watak-watak lain juga tidak kurang hebatnya, Tony Yusof sebagai P Ramlee dan Azhan Rani sebagai AR Tompel, memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Barangkali mereka acapkali berlakon teater dan menjadi 'biasa' untuk membawa watak lagenda.

Mempunyai dua episod iaitu Mencari Guruh dan pandang Kasih benar-benar menceritakan kisah disebalik kejayaan Saloma pada eranya. Kupasan kisah hidupnya dari kecil bersama Mariani yang sentiasa ada disisi amat mencuit hati. Babak paling tidak disangka ialah 'lari rumah'. 

Tak terjangkau dek akal, Saloma dan Mariani sanggup lari dari rumah ibu tirinya di Kuala Selangor untuk kembali ke Singapura. Pada era itu! 

Babak-babak lain juga tidak kurang hebatnya. Bagaimana Melissa Saila berjaya memvisualkan 'minat mendalam' ibu saudaranya terhadap nyanyian. Kehebatan suaranya sejak diusia kanak-kanak memang tidak perlu disangkal.

Turut wujud dalam penceritaan Biopic Saloma ialah cerita keluarganya yang penuh berantakan. Walaupun sering dibezakan akibat sikap pilih kasih neneknya, Saloma dan Mariani tetap 'bersama' dalam susah mahupun senang.

Bagaimana Saloma berjaya, dipermainkan dan dihormati turut diselitkan Melissa Saila dengan garapan visual yang menarik dan boleh dianggap terbaik. Kerana, selepas selesai menonton Biopic Saloma, baru rasa 'kenal' Saloma dengan baik tidak seperti sebelum ini.

Kemudian, cerita tentang cinta jitunya terhadap suaminya, arwah P Ramlee membuatkan kisah biopic itu lebih menarik. Bagaimana seorang isteri rela berkorban dan sentiasa memberi sokongan padu dan menjadi tulang belakang disaat suami hampir tersungkur dalam kerjaya seni, itu membuatkan air mata menitis....

Sebagai penonton, saya melihat cerita Saloma bukan cerita AR Tompel. AR Tompel berada pada kelasnya tersendiri walaupun gambaran yang diberikan menerusi filem itu seperti menonjolkan 'kegedikan' beliau. Pembawaan watak oleh Azhan Rani boleh dikatakan baik.

Metafora yang dimuat dalam Biopic Saloma oleh Melissa Saila dapat disaksikan bagaimana seorang biduanita negara dan isteri kepada seniman agung, akhirnya hidup dalam penderitaan. Kegemilangannya pudar di saat hayatnya berakhir. Sama seperti nasib P Ramlee.

Sesungguhnya, kemasyurhan adalah sementara kerana yang kekal abadi adalah akhirat..... 


PS: Pemilihan pelakon kanak-kanak untuk watak Saloma dan Mariyani turut mencuit hati...



~~~ Wajib tonton kerana anda akan kenal siapa Puan Seri Saloma yang sebenarnya... ~~~