Posts

Showing posts from September, 2014

Bosan

Bosan Asyik baca novel popular Yang tak beri ruang untuk  Berfikir dalam sindir Menyengih dalam sinis Kisah Afdhal dan Hani  Si gila dah selesai Lepas ini cuba cari Kisah lain daripada yang lain Bukan kisah kahwin paksa Anak orang kaya yang degil Nak cari DIAgnosis Macam dalam kebanyakan 'review' cakap Sedap sebab berasaskan pengalaman Si Doktor.

#kbai

susu ibu

Mengandung dan menyusukan, bukan satu masalah. Dari pembacaan yang dibuat menerusi buku/majalah kesihatan termasuk blog doktor pakar, ia dibolehkan sekiranya ibu tahu bagaimana untuk menjaga pemakanan. Gizi dalam setiap pengambilan menu amat penting kerana ibu bukan saja makan untuk dirinya sendiri tetapi untuk anak yang disusukan dan juga anak di dalam kandungan.

Memang benar, susu ibu akan merundum tiba-tiba dan ini adalah antara tanda utama bahawa anda mengandung! Usah khuatir, sentiasa yakin dan percaya ia mencukupi dan berusaha untuk tidak tertekan (Nasihat untuk diri sendiri juga).
Walaupun oz yang diperoleh amatlah jauh iaitu sebelum mengandung boleh mencecah sehingga 9-10 oz sehari dan bila mengandung, kandungan oz hanya 2.3 oz sehari!!! Bersabarlah ibu. Bersyukurlah anda anak yang disusukan sudah tamat tempoh dua tahun atau hampitr tamat. Jika masanya masih panjang? Ye, saya amat memahami.
Jika ibu kuat, sahut cabaran. Mungkin sekadar kata-kata kerana belum menempuhinya. Tapi it…

Hati Yang Jitu

10 Oktober 2014.... Bakal menjengahkan wajahnya. Pejam-celik, pejam-ceilk, akhirnya... hampir mengakhiri tempoh dua tahun menyusukan Ruhee Ayra selama dua tahun. Anak mommy yang comel dan tak banyak songeh, membesar dengan baik, Alhamdulillah.

Betul, menyusukan anak dengan sepenuhnya susu ibu bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja dan lebih-lebih-lebih lagi untuk ibu yang kerjanya tidak tentu hala.
Cuma apa yang penting adalah 'keinginan' seorang ibu itu. Benarkah dia betul-betul mahu menyusukan anaknya dengan susu ibu sepenuhnya atau saja-saja mengikut rentak ibu lain?
Jadi, kejujuran itu penting walaupun alasan anda mahu menyusukan anak sebab hendak 'save budget'. Tiada apa yang salah pun dengan alasan tersebut. Memang betul sebab logiknya mudah, Allah dah beri jalan iaitu tidak perlu keluarkan duit untuk menyusukan anak sekiranya disusukan dengan susu ibu. Sedarlah, batapa untungnya seorang wanita sebab diberi peluang untuk merasai kebesaran Allah yang …