Posts

Showing posts from August, 2014

Hati Yang Waja (Merdeka-57)

Hati gementar tika menanti hari kemerdekaan Gentar bukan kerana takut Tapi kerna terlalu berat dengan kasih Pada negara nan satu.
Hati yang waja Sentiasa mendoakan keindahan Hidup warna-warni Tanpa sengketa.
Hati yang kian utuh Dengan rasa sayang Yang tak pernah luntur Agar kebebasan yang digapai Terus kukuh Tak bergolek rebah jatuh menyembah bumi sendiri.

azlinbh28814

Hati Yang Ranum

Image
Hati yang kian sarat Dengan rasa cinta terpendam Kerna antara kau dan aku Punyai pautan cerita silam.
Hati yang kian penat Menahan dari rasa rindu  Yang kian melahar Tapi kerna dendam Kupendam.
Hati yang kian memberontak Mahu meluahkan rasa sayang Yang tak lagi mampu disimpan Bersama dendam Kerna kau umpama Cahaya si kunang Terbit saat malam semakin kelam.
azlinbh/27814

Hati Yang Mencair (Sinopsis Novel Sorry, Aku Bukan Dia!)

Image
Lama sudah tak rasa senak perut dan sesak nafas saat membaca baris demi baris kisah yang dikiaskan dalam sebuah manuskirp yang dipanggil novel. Wah gitu ayat... 

Tetapi, karya Iza Safiya, Sorry Aku Bukan Dia yang baru saja diterbitkan Karangkraf sekitar tahun ini membuatkan rasa itu hadir malah membuatkan air mata menitis gara-gara cerita yang disampaikan bukan cerita cinta biasa.
Tidak perlu rasanya untuk menceritakan sinopsis novel kerana lebih menarik kiranya sedikit paparan Sorry Aku Bukan Dia, dirumuskan mengikut hati ini yang membaca dengan 1001 emosi. hahaha
'Lari' daripada kebiasaan, bukan kisah cinta si perogol dengan yang dirogol dan bukan kisah cinta kahwin paksa mahu pun kontrak malah bukan juga kisah cinta yang bermula dengan benci tetapi kisah cinta yang cintanya hadir dalam lipatan sejarah kehidupan yang pahit.
Cerita yang agak sukar difahami pada mulanya, Iza (penulis) berjaya membuatkan pembaca keliru dengan permainan watak Hani Mariya.
Watak utama (Heroin) yang ke…

Untuk Kali Terakhir

Image
Hari ini kau kembali ke tanah tumpah darahmu walau tanpa nyawa Tapi aku percaya, rohmu setia menanti Bersama mereka yang menyayangimu.
Tiada ungkapan indah Untuk lambangkan kesayuan Hanya air mata menjadi peneman Setiap mereka yang melihat.
Saat munculnya mercu negara  Di tanah lapang yang gersang Air mata bercucuran bersama sebak yang tiada kesudahan
Lalu, kotak-kotak kayu diusung tanpa lambaian Hanya tadahan doa moga rohmu kekal di alam abadi.
MH17 dan nyawa-nyawa yang tiada lagi Kau catatan sejarah masa depan Mangsa ranapan di bumi sengketa Pasti yang menantimu hari ini Mengingatimu sampai nafas terakhir.
Alfatihah buatmu semua....
azlinbh/220814
Terima kasih kepten Terima kasih MAS Terima kasih pemimpin Terima kasih pihak berkuasa Terima kasih Malaysia Kerana merealisasikan tanggungjawab  Membawa jasad mereka yang hilang nyawa Hanya sekelip mata Tanpa dipinta Mereka pergi dengan cara ditetapkan Tuhan Nasib mereka di dunia sudah sampai noktah Pergi mereka ditangisi dan diredhai Ditemani Alfatihah sepanjang saat. M…

Maafkan Aku (Asfan)

Image
Lama sudah ku mencari bayang-bayangmuYang hilang bertahun-tahun yang makin rapuhBila tersedar di atas kesilapan dirikuKu lupakan cerita lama dan terus kembaliMaafkanlah aku bila aku melukai hatimu[Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri iniBila tiada lagi ku sedari kisah ini terhentiCubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan akuTidak terdaya untukku menanggung rinduDan tidak terdaya aku melepaskanmuBila tersedar di atas kesilapan dirikuKu lupakan semua dan kembalilah
Maafkan aku bila aku melukai hatimuMungkin juga kita yang terlupa siapakah diri iniBila tiada lagi ku sedari kisah ini terhentiCubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan akuMaafkanlah aku bila aku melukai hatimuMungkin juga kita yang terlupa siapakah diri iniBila tiada lagi ku sedari kisah ini terhentiCubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan akuMaafkanlah aku bila aku melukai hatimu

Anak Susu Ibu (BF)

Diam tak diam hampir setahun sepuluh bulan mommy menyusukan Ruhee dengan susu ibu sepenuhnya. Sentiasa berharap misi dua tahun itu akan berjaya. Mommies yang berjaya mesti bahagia, betul tak? Sama ler perasaan mommy nan satu ni ;P Bukan senang nak menyahut 'fully breastfeeding' ni. Lagi-lagi memang tuntutan agama. Dah tertulis dalam Al Quran. 

Tapi, andainya yakin, percaya dan kuat semangat pasti proses penyusuan itu berjalan lancar walaupun dugaan hadir pada hari pertama proses itu berlangsung.
Siapa kata senang? Lebih-lebih lagi yang baharu beranak satu. Pertama kali. Itulah pengalaman dan pengajaran buat mereka. Cuma, selalu jadikan yang berjaya itu sebagai taulada untuk sama-sama berjaya. 
Jangan cipta alasan. Beruntung jika berada dalam kelompok mereka yang ada serba sedikit ilmu tentang BF. Belajar daripada mereka. Kongsi ilmu sama-sama. Siapa kata yang pertama kali BF tak berjaya? Ramai berjaya. Cuma kena usaha lebih.
Awal-awal penyusuan, perkara paling kerap terjadi ialah,…

Untuk Jiwa-Jiwa Di Sana (Gaza)

"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”-Salahuddin Al-Ayubi...

Untuk jiwa-jiwa di sana Dengan doa yang abadi Kau tenang di sana Walau hakikatnya Nyawamu umpama telur dihujung tanduk.
Untuk jiwa-jiwa di sana Kecekalan dan ketabahan hatimu Bagai panglima perang Walau tidak bersenjata Cukuplah berbekalkan batuan kecil Kau terus berjuang Demi negara dan Islammu.
Untuk jiwa-jiwa di sana Doaku sentiasa disisimu  Walau kita jauh jutaan batu.
Untuk jiwa-jiwa di sana Dengan satu harapan, muncul 'Salahuddin Al Ayubi' Agar sejarah berulang kembali Bagaimana bumimu kembali berseri Pada tanggal 27 Rejab ribuan tahun lalu
Untuk jiwa-jiwa di sana Allah bersamamu Sentiasa.... Semoga satu hari yang tak pasti Empayar Zionis ranap dan terbenam Dan Islam perkasa seluasnya.
azlinazmi/bh/110814