CLICK & ENJOY

Friday, 18 July 2014

Buatmu MH17



Belum hilang resah menanti perkhabaran sahabatmu
Kau pula menjadi tajuk utama dunia
Belum habis kering linangan air mata keluarga sahabatmu
Kau mengundang penderitaan baharu
Sesungguhnya kepercayaan hakiki apabila
Percaya dengan Kun Faa Yaa Kunn Tuhanmu
Kerana Dia Yang Maha Agung
Mengetahui setiap gerakan sekecil zarah di pelosok alam ciptaan Nya.

MH370 kau hilang tanpa berita
Ghaib tanpa tertemu
MH17 kau terhempas di muka bumi
Wajah gahmu ranap depan mata

Moga roh-roh beriman di dalam hubungan sahabat ini
Dirahmati Allah dan selalu ada
Di bawah payung rahmat Nya
Sampai akhirat.

Sesungguhnya,
Takdir kau dan dia sudah ketahui
Takdir kami di sini belum pasti.


alinazmi170714

Terbang Tunduk

Bait-bait liriknya punyai berjuta pergertian tentang erti sebuah kehidupan yang dipinjamkan oleh Nya




Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Lagu : Terbang Tunduk
Artis : Fynn Jamal

Jauh Dari Cinta

Hantu novel dan hantu drama. Lebih-lebih lagi bila kes-kes adaptasi ni hehe... Cerita ini sempat dirakam sebab astro kan. Senang sikit, terus rakam dan semalam baru sempat menonton dari episod pertama sampai 20. Sebab tu tak tahu langsung pasal MH17 terhempas :'(

Lagipun ABC, jadi memang masa yang sesuai nak menonton semalam kononnya. Habis saja menonton dalam jam satu pagi, baru sempat semak telefon. Sekali hamikkk ko, dunia tonggang terbalik pun tak tahu dah. Memang terkejut dengan insiden MH17. Mengucap panjang.


Takdir Allah, siapa tahu. Moga keluarga mereka tabah setabah-tabahnya dan kepada yang menyahut panggilan Ilahi pada malam-malam terkahir Ramadhan, al fatihah untuk mereka (beragama Islam). Moga ditempatkan bersama golongan beriman.


*******


Bercerita pasal drama Jauh Dari Cinta (JDC), asalnya macam malas nak tengok sebab pelakon la kan hehe... Tapi novel tu dah baca. Cerita best. haha mana ada novel yang tak best, kalau saya yang baca kan... Biasalah minah novel. kbai


Baiklah ini sedikit sinopsis novel (samalah dengan drama kan)

Punca utama nak menonton sebab pengarahnya Raja Ahmad Alauddin dan penerbitnya Ziela Jalil. Jadi saya percaya naskah daripada mereka memang selalunya digarap dengan baik sekali. InshaaAllah tak ada kot insiden tergantung ;P

Tarikh tayang: 16 Jun 2014
Waktu tayangan: isnin-khamis 5 petang
Channel: 104 
Pelakon: Hafizul Ikmal. Alzana Nasir




*******

Sebaik saja selesai menonton 20 episod tanpa henti selama hampir empat-lima jam kot, sejujurnya drama ini memang adaptasi yang baik. Tidak perlu melebihkan kepopularan artis (hero&heroin) sebab skripnya bagus sekali.


Paling menarik, bagus pula si Anzalna berlakon. Kena dengan watak Nysa. Walaupun tidur bermaskara hehe... Biasalah.. Dan watak si Aqil ya Allah, memang menjadi. Ego dan degil dia mengancam. Hafizul yang melakonkan watak tersebut.


Apapun, selamat menonton. Lagi lapan episod je ....



eh, jap, ost pun best la :-









~~~ Sentiasa berdoa untuk Gaza dan semua umat Islam seantero dunia ~~~

Wednesday, 9 July 2014

Sifat Allah

SIFAT WAJIB & SIFAT MUSTAHIL

Dulu zaman sekolah cara paling mudah untuk menghafal sifat Allah ialah menerusi lagu Raihan. Di bawah adalah 20 sifat Allah yang wajib kita sebagai hamba ciptaan Nya ketahui :-

SIFAT WAJIB & SIFAT MUSTAHIL

1. WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

2. QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

3. BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

4. MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

5. QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

6. WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

7. QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

8. IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

9. ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

10. HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

11. SAMA'
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

12. BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

13. KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

14. QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15. MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

16. 
AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

17. HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

18. SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

19. BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

20. MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata. 


Adakala manusia iaitu hamba Allah selalu berfikir terlalu jauh dari landasan terutama mengenai Zat Allah. Sebagai makhluk ciptaan Nya, cukuplah sekadar kita yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dan Pencipta sekalian alam.

Siapakah kita? Hanya manusia biasa. Diciptakan untuk menyembah Nya. Justeru usah terlalu memikirkan tentang Zat Allah kerana tiada yang mempunyai Kuasa selain Zat Allah.

Umat Islam hidup berlandaskan dua perkara iaitu iaitu Al-Quran dan Hadith manakala Sunnah Rasullullah adalah sebaik-baik perbuatan untuk diikuti. Al-Quran pula merupakan wahyu iaitu bicaranya yang berkonsepkan perintah = Yang diperintahkan Allah kepada Muhammad SAW. 

Hadith dan Sunnah pula apa saja perkataan, perbuatan dan pengakuan daripada Nabu Muhammad SAW yang mana sekiranya dijadikan sebagai amalan, nescaya keperketian Nabi kesayangan kita melekat pada diri kita sendiri.

Wallahualam




~~~ Bicara hati untuk diri sendiri sebagai tanda ingatan dan juga boleh dijadikan panduan kepada yang membaca ~~~

Wednesday, 2 July 2014

Tentang Diri




"Usah biarkan hati kontang tanpa Iman
Usah biarkan diri sunyi tanpa teman
Kehidupan hari ini adalah masa depan
Yang sudah berlalu biarkan pergi selamanya
Masa takkan prnah berputar
Apa lagi nak dikenangkan
Ikut derap langkah mencari
Telunjuk impian yang nak digapai..."

azlinbh/bangsar/20714 

Tuesday, 1 July 2014

Puasa dan Menyusukan Anak

Puasa dan menyusukan anak bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi bagi mommies yang beri sepenuhnya susu ibu. Saya bercerita hanya bersandarkan pengalaman sendiri selain yang saya peroleh dari bacaan dan perbualan bersama ibu menyusu yang lain. Syukur, ini tahun kedua saya berpuasa dan menyusukan. Tahun lalu, penuh puasa walaupun period dah datang sebulan dua awal (sebelum Ramadhan). 

Bercerita mengenai bagaimana untuk berpuasa sambil menyusukan anak? Antara tips paling mudah yang dapat dikongsi ialah :-

1. Amalkan sikap sederhana ketika berbuka. Jangan gelojoh dan 'berhari raya' sangat. Paling penting, amik makanan seperti nasi, banyakkan sayur-sayuran, sup dan kurma. Selain itu seperti biasa, saya amalkan teh hijau (no sugar)/japenese tea untuk minuman berperisa selepas berbuka. 

2. Sebaik saja selesai Terawikh, boleh teruskan kudapan anda dengan mengunyah kuih muih, taufu fa, kurma, kekacang, biskut, roti, cereal dan lain-lain. Sebelum tidur, saya akan minum susu kotak yang dipanaskan. Terakhir, saya ambil Adinda (Qaseh Gold).

3. Bersahurlah kerana ibu menyusu perlukan tenaga bukan saja untuk memproduk susu tetapi untuk diri sendiri. Ambil makanan berzat seperti yang sedia maklum. Air jangan dilupai hehe... Kalau saya, saya akan ambil horlick, milo, susu atau yogurt. Sambil-sambil tu saya kunyah kurma. Penutup sahur baru saya ambil suplemen vitamin c dan b complex shaklee.

4. Jangan risau andainya sesi mengepam anda tidak segah dulu. Kena ingat, kita berpuasa. Produktiviti menurun sikit sebab tak makan dan minum. Tetapi susu masih ada dalam kilang pemprosesan. Cuma, kerapkan mengepam walau mendapat lima enam titik. Jangan biarkan breast bengkak baru nak mengepam. Kerapkan dua jam sekali mungkin. Saya sendiri pun, kalau bukan bulan Ramadhan dapat empat botol dengan tiga sesi mengepam dan kalau Ramadhan dapat tiga botol je dengan sesi mengepam dengan purata keseluruhan antara 6oz ke 7oz saja berbanding hari biasa 9oz ke 10 oz :)

5. Kalau bersama anak sepanjang hari ketika berpuasa terutama hari cuti. Suakan saja ke anak susu terus dari breast. Sambil-sambil tu beri baby makan kalau dia boleh makan hehe... Memang melekap je macam Ruhee hari tu. Mentang-mentang mommy tak memasak dan buat aktiviti biasa di rumah, so melepak je dengan dia. Dia pun melekap je WALAU dah makan semangkuk nasi erkkkkkk

6. Perkara terakhir ialah berdoa, berzikir dan selalu positif dan percaya bekalan susu mencukupi. Sambil-sambil itu jangan paksa badan untuk mengeluarkan susu tetapi bertenang. Jangan terkejut dengan kekurangan susu secara tiba-tiba. Seperti hari ini, kerana tidak sempat minum teh hijau atau susu dan juga tak sempat ambil suplemen, dua kali mengepam hanya dapat 5 oz??? huwaaaaa tak apa, think positive :O

PS: malam ni mommy kena ot sikit buat power pumping hehe.. iyolah, bekalan stock kena jaga. InshaaAllah misi mommy untuk tiga bulan seterusnya. Chaiyo!!!


~~~ Teruskan usaha mommies semua untuk menyusukan anak dalam masa dua tahun seperti disuruh Nya. Moga niat yang murni itu dapat ditunaikan dan selamat maju jaya ~~~