Posts

Showing posts from June, 2014

Ramadhan Mubarak

Alhamdulillah, InshaaAllah, bertemu lagu si purnama indah, tenang, damai dan mengasyikkan, Ramadhan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, apa yang ingin digapai hanyalah keberkatan dan rahmat daripada Yang Maha Esa.
Moga Ramadhan kali ini memberi peluang sekali lagi untuk beribadat dengan khusyuk, beramal jariah dan berusaha menjadi ikhlas dan sabar selain dapat membetulkan aqidah. Kerana dengan itu, dapatlah diri ini memperbaiki amalan wajib dan memperbanyakkan amalan sunat dan seterusnya diteruskan di sepanjang tahun...
Selamat datang Ramadhan Selamat datang bulan rahmat


Akhirnya...

Image
Perkara paling terkesan di hati apabila 'sesuatu' yang diimpikan menjadi kenyataan. Oh belum lagi menjadi tapi bakal menjadi kenyataan hehe...

Apakah itu? Mestilah rahsia. Haihh apa daaaa, kalau dah rahsia tak payahlah nak tulis dekat entri blog ni kan kan !!!

Sebenarnya lama tak buat kerja gila sebab tiada dorongan dan sokongan kuat lebih-lebih lagi daripada suami tercinta. Namun, disebabkan suami sendiri separuh gila, jadi bila kedua-duanya hampir menjadi angau, ringan saja tulang empat kerat ini cuba merealisasikan impian.

Sesekali atau setahun sekali hehehe lagipun, anak-anak dah besar sikit, jadi tak salah tinggalkan mereka sekejap. Bukan lama pun, tinggalkan lima enam jam sehari hehehe ;O

Apakah apakah apakah???

Yang penting, ia adalah majlis Iftar yang mungkin boleh dikatakan sebagai penuh nostalgia atau hmmm seronok. Tu je la....

kbai

Meh layan ni sikit :-







Ruhee Ayra Vs Antibiotik (PART 2)

Naluri hati seorang ibu usah dipertikaikan lagi. Apa yang dirasainya adakala adalah benar. Contohnya kejadian yang menimpa Ruhee petang Rabu lalu. Ketika itu Aniq sedang mandi dan Ruhee sibuk membelek si Tom dalam phone mommy.

Sedang elok mommy ke dapur nak buang pampers, Ruhee menangis, berlari teruslah ke bilik. Dah terlentang Ruhee depan bilik air. Gara-gara tergelincir sebab abangnya mandi sakan sampaikan air terenjis di luar bilik air. Hmmm peninglah ayat ni. Tak mengapa, asalkan faham hohoho
Lama juga si comel tu nangis. Sudahlah baru saja baik demam dah terjatuh pula. Risau dibuatnya. Bengkak takada. Tapi itulah sejak dua menjak ni Ruhee memang tak aktif sangat. Asyik menggaru sana sini saja. Entah apa yang gatal.
Aniq? Kenalah 'belasah' manja dengan mommy lepas tu mommy pula nangis sebab menyesal. Bukannya Aniq faham pun ekh. Hmmmm Syaitan memang makhluk yang harus direjam. Menghasut manusia nombor SATU!!!!
Kira-kira jam 8.30 malam macma tu selepas beri antibiotik, sed…

Alahan antibiotik ?? (PART 1)

Anda mungkin diajukan soalan ini apabila anda berjumpa dengan seorang doktor atau ahli farmasi. Maklumat berkaitan sebarang alahan ubat yang anda alami adalah penting dan perlu dimaklumkan kepada mereka. Ini adalah kerana kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan oleh ubat-ubatan. Alahan ubat secara ringkasnya ditakrifkan sebagai tindak balas alahan yang disebabkan oleh tindakbalas ubat yang tidak normal. Tindak balas ubat ini terhasil disebabkan oleh tindak balas hipersensitiviti yang mana telah mendorong tindakbalas imunisasi diarahkan pada ubat. Tindak balas hipersensitiviti boleh diklasifikasikan dengan pelbagai jenis gejala yang dipanggil gejala alahan. Gejala alahan boleh menyebabkan gejala dalam hidung, paru-paru, tekak, sinus, telinga, perut atau pada kulit tidak kira sama ada tindak balas alahan berlaku serta-merta atau lambat, atau gabungan kedua-duanya. Tanda-tanda & Kesan Tindak balas terhadap ubat adalah berbeza bagi setiap individu. Seseorang yang mengambil ubat ter…

Kisah Empat Hari (Ruhee Ayra)

Pertama kali Ruhee Ayra demam panas dengan suhu tak berkurang pada tahap sepatutnya. Resah dan gelisah kerana setiap saat suhunya akan naik antara 38 hingga mencecah sehingga 39.8, walaupun sudah diberikan ubat demam setiap empat jam.

Kejadian bermula petang Sabtu kira-kira jam 6.30 petang dan pada mulanya ingatkan demam biasa. Lantas, hanya memberinya ubat demam biasa. Keadaan kemudian terkawal sehingga Ahad, suhunya tetap tidak berubah. Muka kian merah dan bibir semakin merah. 
Petang Ahad itu, Ruhee kami bawa bertemu Dr Raj kerana Dr kanak-kanak semuanya tutup kedai huhu. Ujian darah dibuat bagi memastikan bukan serangan si nyamuk denggi sebab ramai sudah individu di kawasan perumahan diserang makhluk kecil itu  ;P
Menerusi ujian darah, patlet dan hb serta jumla sel darah merah dan putih berada pada tahap baik. Cuma darah putih agak tinggi sebab sel bakteria turut sama tinggi mencecah 80 peratus. Jadinya demam kerana jangkitan bakteria. Antibiotik diberikan.
Pertama kali sejak Ruhee Ay…

Ada lagi?

Image
Hehehe entri ketiga untuk hari Khamis... Macam qada' je gayanya. hehe almaklum, senggang pula hari ini. alang-alang tengah bosan, jaga meja seorang diri dan baru mulakan kerja hari ini selepas puas bercuti, ayuh berehat bersama lagu best :-

















~~~ Lagu terpilih yang menjadi halwa telinga hari ini. Jemput mendengar ~~~

Menginjak dua tahun

Genap setahun enam bulan usia si kecil mommy, Ruhee Ayra aka Rani Mukherjee hehe... Budak susu ibu ini kian membesar dengan baik, Alhamdulillah. Mahu berceloteh tentang Ruhee yang kini sudah bijak bermain dengan patah perkataan. Walaupun terhad, tapi sudah mencukupi. Umur pun baru setahun jagung kannn...

Selain pandai mengajuk bila dimarah Ruhee kuat berceloteh dalam bahasa baby nya. Antara perkataan pertama kedua dan ketiga dan seterusnya yang keluar dari bibir comel mommy ini ialah :-


memei (mommy)dedei (daddy)totok (atok)ma (mak)akit (sakit)mei (meh/mari)no (no/tidak)tar (star)ta (etta/abang)ba (abang)mam (mamam/makan)bam (baring/babam)jom (Mari)
Itulah antara patah kata yang kerap diguna pakai oleh Ruhee Ayra. Macam comel, macam cute macam-macamlah Ruhee ni. Alhamdulillah, perkembangan yang baik untukmu anak. Moga Ruhee Ayra sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan selalu ditemani para malaikat. 

~~~ Dulu Aniq sebut nama daddy (didi) dulu baru mommy (mimi) tapi Ruhee sebaliknya…

Ujian

Image
'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)'

  Begitulah kehidupan manusia sebagai hamba Nya di muka bumi yang maha luas ini. Tiap saat ada saja ujian untuk dirinya cuma sama ada dirinya sedar atau tidak kerana ujian itu pelbagai mengikut tahap keimanan, pegangan dan kekuatan mereka. Percayalah, tujuan ujian itu hadir dalam kehidupan tidak lain tidak bukan, kerana Allah sayangkan hamba Nya selain menunjukkan jalan yang benar saat diri kian terpespng.

   Friman Nya, …