CLICK & ENJOY

Wednesday, 28 May 2014

Angan-angan ingin berjalan-jalan

Kadang-kadang perit rasa hati mengenangkan sikap yang bertukar 360 darjah sejak 4 tahun lalu. Tapi sebab egomu, aku juga dipersalahkan. Sampai hati buat dekat wanita yang dulunya kau dambakan, kau kejarkan dan kau hampir gila bila kehilangannya. Dan bila sah saja menjadi milik kau, kau pamerkan tandukmu, egomu, sombongmu sebagai suami. Kuasa apa kau pakai? Sampai satu masa kau tergamak rendahkan martabat seorang isteri. Kau perli dia, kau pandang rendah padanya dan kau permainkan perasaannya. Kau hanya mahu dirinya bila mana nafsumu memuncak! Hati aku bukan milikmu. Hati aku telah kau rentap dengan egomu selepas aku kenal erti cinta. Cinta aku dah lama hilang. Hilang bila mana ia retak berkecai dan mustahil untuk aku tampal kembali. Biar aku simpan memori yang secebis itu buat selamanya.

Tuesday, 27 May 2014

Bekerja Pekerjaan Kerja dan Dikerjakan

Tujuan bekerja adalah :-

  • Mahukan duit setiap bulan bagi membayar PTPTN
  • Untuk beli barangan peribadi
  • Beri dekat mak dan ayah
  • Simpanan masa depan dengan caruman KWSP, simpanan tetap TH dan ASB
  • Simpanan insurans untuk anak-anak 
  • Shopping

Bagaimanapun, skop pekerjaan itu masih dipraktikkan menerusi :-

  • Masuk ke pejabat pada waktu yang ditetapkan dan pulang selepas cukup jam bekerja
  • Siapkan tugasan decepat mungkin
  • Setiap tugasan dilaksanakan tanpa sebarang helah, culas, sambil lewa dan 'banyak main'
  • Buat kerja mengikut apa yang menjadi pakar dan 'speciality' dengan diri sendiri
  • Menulis itu senang, tetapi berkata benar dalam penulisan itu susah

Justeru, setiap manusia mempunyai gaya kerja dan tujuan tersendiri. Komitmen seseorang berbeza dan jika ditanya pada diri sendiri, saya perlukan pekerjaan kerana saya belajar untuk mendapatkan kerja terbaik. Bukan sekadar untuk kepuasan diri tetapi keluarga lebih-lebih lagi dari sudut bantuan kewangan memandangkan saya bukan anak CEO mahupun Ketua Pengarah apatah lagi anak bos.

Komitmen paling utama dalam diri saya adalah anak-anak. Apa saja berkaitan dengan anak-anak, saya wajar melepaskan kerja saya sekejap walaupun terpaksa menghabiskan cuti kecemasan mahupun tahunan. Keduanya suami kerana andainya beliau berkata tidak maknanya tidak. Tiada apa yang lebih utama daripada patah kata suami dan suami lebih tinggi darjatnya daripada ketua di tempat kerja.

Namun, dalam hidup ini sifat toleransi dan perikemanusiaan itu penting. Sehubungan itu, pandai-pandailah menggunakan perintah (bagi suami) untuk isteri yang bekerja. Saling memberi dan menerima supaya apa yang diperlukan dan dikehendaki dapat dicapai dengan baik.

~~~ Saya menulis kerana minat menulis bukan kerana mahu apa-apa. Saya menulis dengan harapan ada yang menjadi membaca walaupun seorang dan penulisan saya itu menjadi rujukan untuk membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang. Menulis kerana ingin menyalur ilmu secara nyata dan sebaliknya ~~~

Monday, 26 May 2014

Thomas



Igauan Piala Thomas

Dua puluh dua tahun impian kulakarkan
Akhirnya dalam hampir kau
Tak tergenggam.
Dua puluh dua tahun kenangan terpahat
Semakin dekat kau
Tak tergapai.
Thomas,
Harus bagaimana untukku lena
Kerana kau dekat
Tetapi kilauanmu menjauh sudah.
Lantaran itu,
Penantian menjadi penantian
Dua tahun lagi bertemu muka
Dengan satu harapan sama
Kau berada di pelukan.


azlin/bh25mei14

Wednesday, 21 May 2014

Cebisan Pendapat Seorang Bekas Guru (Tokoh Guru 2011)



 Oleh:Siti Nurazlinee Azmi
sitinurazlinee@bharian.com.my

Bercita-cita menjadi guru tidak lagi dilihat sebagai kerjaya tetapi lebih kepada pekerjaan membabitkan pendidikan berterusan yang diterima oleh guru kemudian disampaikan kepada murid menerusi kebolehan guru dalam mengadaptasi ilmu yang dipelajarinya ketika di universiti dan pengalaman sekeliling.

Naib Presiden International Institute of Management and Technology yang juga Tokoh Guru 2011, Datuk Profesor Ab Rahim Selamat menyifatkan seorang guru yang sempurna harus memenuhi ciri-ciri prinsip perguruan yang diterapkan.
  
 Ab Rahim berkata, tema Hari Guru 2014, Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi adalah selaras dengan sistem pendidikan moden abad ke-21, iaitu berfikiran kreatif dan kritis selain menggalakkan perkembangan sahsiah murid ke arah holistik dan seimbang.
  
 Justeru, jelas beliau, guru menjadi penggerak utama sebagai pencetus ilmu dan pemberi maklumat yang tepat dan jelas bagi membolehkan pengetahuan yang disampaikan diterima baik dengan menggunakan kaedah pembelajaran dalam kelas yang berkesan.
  
 "Oleh itu guru hari ini kena memperluaskan ilmu pengetahuan mereka dengan memperbanyakkan bacaan tambahan, kreativiti dan pemikiran luas dan strategik bagi mencipta ilmu baharu bertaraf dunia.
  
 "Untuk menjadi guru terbaik, bukan saja mengguna pakai etika pekerjaan semata-mata tetapi lebih kepada amalan iaitu ilmu, sikap, minat dan agama. Dengan adanya semua amalan itu, guru akan lebih berfikiran jauh dan berbakat dalam membangunkan anak bangsa yang bijak pandai dan berakhlak tinggi," katanya.
  
 Guru harus ada inovasi
  
 Ab Rahim yang menceburi bidang pendidikan sejak 1965 sebagai guru darjah Tingkatan Enam dan Peralihan itu berkata, selain mempunyai kreativiti, seorang guru harus ada inovasi terutama ketika sesi pembelajaran berlangsung di dalam kelas atau di luar kelas.
  
 "Mereka tidak perlu menumpu sepenuh perhatian dengan cara mengajar rutin seperti yang dipraktikkan sejak zaman silam sedangkan inovasi memerlukan guru berpindah dari budaya rutin kepada penggunaan teknologi termasuk alam sekitar selain lebih mengutamakan pelanggan iaitu pelajar.
  
 Sementara itu, guru perlu kreatif dalam mengubah pandangan masyarakat daripada terus menuding jari menyalahkan profesion perguruan sebagai punca pelajar tercicir pelajaran di sekolah.
  
 Sebagai seorang bekas guru yang sudah berkhidmat dalam dunia pendidikan hampir 40 tahun, Phua Seng Tiong, 69, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Phua di kalangan pelajar dan masyarakat sekitar, beliau mahu guru masa kini lebih komited dalam profesion itu.
  
 Penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2009 itu menganggap cabaran paling besar bagi seorang guru apabila terpaksa berdepan dengan pelajar yang mempunyai masalah sosial.
  
 Ubah stigma masyarakat
  
 "Nadi pendidikan adalah kita sebagai guru yang membentuk masa depan pelajar, bukan masa kini pelajar. Ubah stigma masyarakat yang sering menyalahkan guru kerana lemah membentuk pelajar.
  
 "Peranan guru sangat besar selain ibu bapa dalam membantu pelajar mendapatkan masa depan cerah.
  
 "Apabila melangkah ke sekolah, bawa peranan pendidikan tepat dan jelas supaya pelajar suka hadir ke sekolah," kata pesara guru yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu.
  
 Berpegang pada prinsip 'Management by Walking' (MBW), beliau sentiasa menggunakan pendekatan mesra dengan pelajar walaupun ketika bertugas sebagai pengetua kerana menganggap komitmen sebagai guru bukan sekadar mengajar tetapi memahami keperluan pelajar.

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi


 Oleh:Siti Nurazlinee Azmi
sitinurazlinee@bharian.com.my

Seorang guru tidak hanya menyumbang ilmu pengetahuan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan saja, tetapi memberi sentuhan masa depan mereka dan segala-galanya bermula di bilik darjah.
 Bagaimana seorang guru memberi sumbangan kepada murid? Itu boleh dilakukan dengan menggunakan kreativiti dan inovasi yang diserapkan dalam kaedah pembelajaran dalam bilik darjah.
  
 Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof ketika ditemui, menyifatkan seorang guru yang ikhlas dengan kerjayanya adalah guru yang sanggup berdepan dengan latar belakang murid yang pelbagai bukan hanya mengambil jalan pintas seperti mahukan murid bijak saja manakala yang lemah ditinggalkan bersendirian.
  
 Dr Khair berkata, guru juga tidak akan menghiraukan siapa muridnya tetapi terus memberi fokus bagaimana untuk dia menjadikan muridnya seperti kilauan emas sebaik saja tamat persekolahan kelak.
  
 Justeru, jelasnya, bilik darjah harus dijadikan sebagai sumber tenaga kepada guru untuk membimbing murid dari A hingga Z sehingga mereka mempunyai ketrampilan, berdaya saing, berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi.
  
 Pantau perkembangan guru
  
 Disebabkan itu katanya, kementerian sentiasa memantau perkembangan guru supaya mereka sentiasa mencari idea dan daya saing dalam membantu perkembangan ilmu di sekolah mengikut keselarasan tema Hari Guru 2014, Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.
  
 "Tema yang sarat dengan kebolehan guru mengaplikasi teknologi dan digital dalam proses pembelajaran ini bukan saja membantu murid berfikir di luar kotak tetapi turut memberi ruang dan peluang kepada guru tersebut untuk mencari lebih banyak ilmu menerusi penyelidikan dan pembacaan sebelum diaplikasi dalam silibus pelajaran," katanya.
  
 Guru kena jadi pemudah cara
  
 Dr Khair berkata, selaras dengan program inisiatif dalam plan pembangunan pendidikan Malaysia menerusi skop aspirasi seorang murid, perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, penguasaan pelbagai bahasa, daya kepimpinan, nilai moral dan sahsiah tinggi dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
  
 Beliau juga mengharapkan supaya semua guru di negara ini sentiasa memainkan peranan sebagai pendidik yang mempunyai sasaran maksimum dalam mendidik anak bangsa supaya taraf pendidikan negara berjaya dibangunkan pada masa depan khususnya dalam menghadapi Wawasan 2020.
  
 "Jadi, seorang guru berkebolehan, mereka kena jadi pemudah cara ketika di dalam bilik darjah dan mengajak pelajar mengembangkan idea dan bekerjasama dengan rakan sekelas dalam menghasilkan sesuatu terutama reka cipta seperti robotik dan sebagainya yang menggunakan teknologi moden," katanya.
  
 Beliau yang memulakan tugas sebagai warga pendidik di Politeknik Tengku Umar, Perak sejak tahun 1982 hingga 1991, berpendapat taraf pendidikan di sekolah hari ini tidak lagi tertumpu kepada akademik tetapi lebih daripada itu seperti aktiviti kokurikulum, penyertaan kelab dan persatuan termasuk sukan.
  
 Menariknya, beliau dapat melihat kesungguhan guru era baru ini yang sentiasa menyalurkan cadangan kepada kementerian terutama memperkenalkan pelbagai kaedah pengurusan mengajar supaya kerja pengkeranian menjadi lebih mudah seterusnya guru dapat menumpukan perhatian terhadap modul pembelajaran dalam bilik darjah.
  
 Guru pembimbing setia
  
 Beliau berkata, selain itu terdapat guru-guru yang berinovasi dengan gaya mengajar dalam bilik darjah walaupun masih menghadap 'papan hitam' tetapi kaedahnya menjadi lebih mudah dan seronok.
  
 "Sebagai guru kita memberi apa saja ilmu yang menjurus kepada perkembangan murid. Selemah mana pun murid, seorang guru perlu menjadikannya pandai. Itulah tugas seorang guru mengikut amalan dan etikanya.
  
 "Apa lagi yang lebih menyeronokkan bagi seorang guru selain dikenali walaupun selepas berpencen dan dapat merasai penghormatan berterusan daripada bekas murid.
  
 "Mungkin sukar bagi seorang guru mengingati beratus atau beribu murid yang pernah diajarnya. Tetapi tidak sukar untuk ribuan murid mengingatinya," katanya.
  
 Seperti dirinya, beliau sehingga hari ini tetap mengenang saat pertama memasuki darjah satu di Sekolah Kebangsaan Port Sweettenham, Selangor, diajar mengenal huruf sehingga boleh membina ayat dan mengenal nombor sehingga berupaya menguasai kira-kira.
  
 "Semua itu dipelajari sepenuhnya di sekolah. Tidak lain tidak bukan, gurulah pembimbing setia dan kental menghadapi bermacam kerenah murid dan sentiasa memastikan murid menunjukkan peningkatan dalam pelajaran walaupun sedikit," katanya.
  
 Harapan beliau supaya semua guru sentiasa belajar untuk perkembangan ilmu diri sendiri dan terus memberi keutamaan terhadap pendidikan dengan melakukan pembaharuan terhadap modul dan kaedah mengajar supaya apa yang disampaikan difahami dan dipraktikkan seterusnya menjadikan proses pembelajaran dalam bilik darjah lebih seronok.


Thursday, 15 May 2014

bunting, papan iklan, kain rentang, sticker semua di Heqzlu Creative

Selain mengambil tempahan kad udangan perkahwinan, kad hari lahir, kat pertunangan, kad perniagaan, bunting, sepanduk, banner, sticker, Heqzlu Creative yang terletak di Jalan Joned, Muar, berdekatan warung asam pedas, bersebelahan kedai runcit dan kedai gunting rambut turut menyediakan pelbagai rekaan untuk dijadikan sourvenier seperti mug, puzzle photo dan lain-lain. Malah turut dijual termasuk, pelikat pants (Shima-seperti yang dipaparkan di WHI dan Berita Harian (14 Mei 2014), Heqzlu Creative juga menjual Batik Kit untuk mewarna.

Tempahan dalam talian turut diterima.

Keterangan lanjut mengenai perkhidmatan dan jualan, hubungi Azie (FB- Heq Zlu Hzc atau weechat/mesej/call di talian 019-4665496)









Wednesday, 14 May 2014

CINTA





Jangan ada cinta kedua
Jika itu bukan milik cinta pertama
Jaga biasakan hati dilemahkan
dengan madah pujangga.
Usah taksub pada kasih kedua
Anda itu bukan milik kasih pertama
Hadirnya dari pandangan pertama.
Katakan tidak pada panahan kedua
Kerana hala tuju terbentang sudah.
Genggam erat cinta pertama
Bersama menyemarak rasa cinta
Walau berjuta tahun 
Kerana,
Cinta pertama sudah pasti
Cinta kedua belum tentu indah.

Bisikan Hati, Gelora Jiwa



Pengalaman mendewasan walaupun ia menggerunkan saat pertama kali bersua. Itulah kehidupan. Pindah randah, tukar sana sini sentiasa menjadi igauan ngeri. lebih-lebih lagi bila diri sudah mula selesa di sesuatu tempat berteduh. Namun, jangan sangka panas berpanjangan hehehe...

Akhirnya, sekali lagi dan kini diri menjamah sisa-sisa yang berbaki. Walaupun tidak tahu bila dan di mana, ia tetap menjadi PASTI. 

Hati mula bergoncang bagai dihentam ombak tsunami dan perasaan terus tidak menentu hingga berantakkan sesama sendiri. 

Semua adalah pasti. Berdiri kukuh, menghadapi  sebarang kemungkinan dengan tabah, sabar dan redha. Tidak perlu dipertikaikan tentang keadaan yang sedang hebat diperkatakan sana sini.

Sudah tentu, semua perkara dan kejadian alam sekalipun ada perubahan dan pasang surutnya. Senyum, puaskan diri dengan perkara baru kerana ia mungkin memberi lebih banyak manfaat.

Sesungguhnya, berbanggalah kerana kita menjadi antara insan terpilih merasai perubahan demi perubahan dalam apa juga bidang. Itu dinamakan kehidupan. 


~~~ Hati sentiasa 'berdup-dap" menunggu arahan rasmi atau keputusan hitam putih mahupun perbaharuan yang bakal tiba tidak lama lagi... huhuhu ~~~

Tuesday, 6 May 2014

Happy 4th Birthday Muhammad Aniq Raheel


Again.
Happy 4th Birthday Aniq Raheel
 
Begitulah jadinya, bulan April sambutan diadakan, bulan Mei baru dibaitkan... Sibuk sangat April lalu kononnya. Apapun majlis comel yang diadakan bersama keluarga masing-masing berjalan meriah. Apapun, doa mommy mewakili daddy sekali tentulah yang baik-baik saja. Semoga Aniq sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki, dirahmati Allah dan menjadi anak soleh. Mommy dan daddy sayang Aniq dunia hingga akhirat, InshaaAllah bersama-sama kita sekeluarga di syurga kelak.



Ini gambar kenangan di saat Aniq Raheel menyambut ulangtahun kelahiran ke-4 nya :O


errkkk turutan gambar ni ada seni kreatif sikit sebab ia bermula dari akhir majlis ke awal majlis....

Jadi Abang Aniq yang terbaik ok!

Manja citam mommy selamanya

The best mokcu and umi selamanya

Makan-makan bersama

Bersama atok kacak selamanya

Seronok sakan dia!

Kek pilihan Aniq Raheel


~~~ Empat tahun Aniq dibesarkan oleh Mommy dan Daddy dan empat tahun juga bermacam memori terbuku di hati. Yang indah pastinya. Yang kelakar sudah tentu dan yang sedih semamngnya ada. Semua mematangkan mommy menjadi seorang mommy ~~~