Tuesday, 25 March 2014

Cerita Duka

Cerita tentangmu sudah temui titik noktah
Atau mungkin ada harapan kedua?
Sukar untuk ditafsirkan.
Namun, yang pasti dunia membuktikan
Kau berkahir di gelora Hindi
Seperti tidak menjanjikan kehidupan lagi.
Kami pasrah ditemani derita
Tatkala mengenang sayap gahmu terhempas jua
Bukti kuasa Tuhan tiada tandingan.
Kau pergi tanpa pesan
Hanya memori tanpa nisan
Apatah lagi liang lahad dan kuburan
Hilang dalam sepi.
Jiwa-jiwa dalamnya bersatu mengharungi duka
Gugusan air mata tiada siapa yang seka
Kerana kau MH370 dan nyawa-nyawa itu saja tahu
Kisah tragis dirimu dibadai alam.
azlinazmi/250314/BH


Kisah Duka MH370

Al-Fatihah....

Akhirnya tamat kisah tragis MH370. Berakhir sebuah cerita duka di Lautan Hindi. Semua spekulasi turut terkubur di situ dan sesungguhnya janji Allah itu pasti. Mati pasti tiba tidak cepat sesaat dan tidak akan lambat sesaat.

Bagaimanapun, paling merobek hati bila mengenangkan dan membayangkan kejadian itu. Apakah yang sebenarnya berlaku dan bagaimanakah keadaan ketika itu. Sukar untuk ditafsirkan dan susah untuk difikirkan. Hanya mampu berpegang pada kata Sang Pencipta "Jadi... Maka Jadilah..." Sesungguhnya setiap perkara ada hikmah.

Paling penting sekarang adalah doa untuk anak yang kehilangan ayah ibu, ayah ibu yang kehilangan anak menantu, suami yang kehilangan isteri dan sebaliknya supaya terus tabah menghadapi ujian maha besar ini. Semoga setiap urusan yang harus mereka tempuhi dipermudahkan Allah.

Ramai lagi yang sedang menjalankan tanggungjawab ini yang memerlukan doa kita supaya mereka berupaya menempuh tembok kesedihan yang menimpa negara malah satu dunia. Masih banyak tugas yang harus mereka selesaikan dan perlu diselidiki supaya misteri kehilangan MH370 terus terungai satu demi satu.

Sama-samalah tangan ditadah mohon petunjuk agar persoalan-persoalan yang terus mahukan jawapan terlaksana. Dari bangkai pesawat ke kotak hitam menjadi tanda tanya. Di mana? Bila? Kenapa?

Untuk jiwa-jiwa didalamnya, doakan moga ditempatkan dikalangan roh mereka beriman dan untuk bukan Islam, moga mereka 'diam' aman di sana.

Bersemadilah mereka di lautan luas terbentang, tiada liang, tiada kubur untuk dilawati. Hanya kenangan tersimpul mati. Tragedi ini sudah menempah muka suratnya dalam sejarah....

Yang ada kini hanya doa dan penantian....
~~~ Air mata terus bergenang setiap kali membaca, mendengar dan menyebut kejadian duka ini. ~~~

Tuesday, 18 March 2014

Qaseh Gold Untuk Seisi Keluarga



Meh dapatkah segera daripada saya. Hubungi cepat di 0196085993.... Tawaran hebat


Makanan sunnah terbaik!
Tidak perlu bimbang dengan kandungan Makanan Sunnah Qaseh Gold!
Menyelerakan dan memberi banyak khasiat!
Paling penting boleh dapatkan pada harga murah !!!!

Hanya RM60 Untuk Junior
RM70 Untuk Adinda/Kanda
 
 
Jom tempah laju-laju... Penghantaran pos turut disediakan.




Kenangan Itu Memori Dan Ia Menjadi detik Indah

Wahhh tajuk entri, bukan main dah macm ayat dalam novel walhal nak copy paste stats je...

Apapun, terima kasih kepada yang meninjau, menjadi pembaca setia dan membelek helaian demi helaian muka surat dalam blog anakacuk ini.

Moga, ada yang baik untuk ditauladankan, ada yang seronok untuk disenyumkan dan ada yang tidak molek untuk disempadankan.

Sesungguhnya, tidak pernah menyangka ada yang sudi membaca blog ini. Moga Allah rahmati kalian.

TERIMA KASIH!!!!!

ageviews today
16
Pageviews yesterday
24
Pageviews last month
1,041
Pageviews all time history
14,222
 
 

Tuesday, 11 March 2014

Tidak perlu berkata-kata, senyum sudah cukup!



   Menanti perkhabaran MH370 bukanlah satu pilihan paling mudah untuk dipilih kerana pilihan ini memerlukan ketabahan dan keyakinan diri terhadap Pencipta. Boeing 777 ciptaan teragung manusia adalah fakta. Jelas menunjukkan kehebatannya di ruang udara malah menjadi ciptaan terhebat seterusnya pelopor dalam pembinaan kapal terbang.
   Namun, sebagai manusia, kembali ke fitrah bahawa ciptaan teragung adalah ciptaan Ilahi yang tiada tolok banding. Mungkin kita sebagai manusia lupa tentang itu. Terkhilaf tatkala kejayaan diraih. Alpa untuk sujud kepada Nya apabila kecemerlangan di dunia digapai dan dikecap sampai ke langit yang tujuh.
   Lupakan tentang itu. Kerana pasti satu hari yang tidak tahu bila, MH370 akan ditemui. Teruskan tunduk kepada kekuatan dan kekuasaan yang  sedang ditayangkan sendiri oleh Pencipta kita dan alam semesta ini. Renung dan tenung apa sebenarnya yang sedang berlaku bukan menuding jari ke sana sini kerana empat jari jemari yang lain sedang bersepakat menunjuk ke arah kita - manusia biasa juga.
   Hendak bercerita tentang psikologi secara dasar bukan mendalam kerana saya bukan pakar cuma sekadar berkongsi pendapat yang tak sebarapa melalui pembacaan dan penelitian rambang.
   Dalam mententeramkan keluarga mangsa (penumpang dan kru) yang berada dalam MH370 bukan satu pekerjaan yang mudah tetapi memerlukan kebijaksanaan terutama bagaimana untuk menanganai kesedihan terlampau mereka!
   Dari sudut logik dalam psikolog, kata-kata seperti sabar dengan ujian Allah, InshaaAllah semua akan selamat dan terima Qada dan Qadar itu bukanlah kata-kata penenang yang sejati.
   Semua orang tahu tentang istilah itu dan pastinya mereka mengguna pakai dan sedang mengaplikasi kata-kata itu kepada diri sendiri dan keluarga terdekat.
   Kata-kata itu yang datangnya dari kita yang tiada hubungan kekeluargaan barangkali menimbulkan kacau bilau dalam diri mereka atau gangguan emosi dan mental. Jangan sampai mereka ungkap "Aku tahu semua itu, dan engkau juga. Aku tidak perlu kata-kata pendorong sekarang! Kau mengganggu emosi dan ia tidak membantu!"
   Jadi, apakah frasa manis yang wajar dituturkan? Bagaimana cara untuk bersemuka dengan mereka yang berada dalam ketidakstabilan emosi? Sukar untuk dibayangkan.
   Secara logik psikologi juga, jika kita lihat, dalam menangani permasalahan seperti ini, cara termudah mendekati mereka ialah dengan senyuman paling ikhlas bukan dibuat-buat.
   Senyuman yang lahir dari hati dan mempunyai rasa empati terhadap keluarga mangsa tersebut. Lalu peluklah dan dakaplah mereka dengan penuh ikhlas tanpa perlu menyebut patah kata yang boleh mengguris hati mereka kerana :-

1) Ketika ini mereka dan keadaan tidak berada dalam "semua akan OK"
2) Mereka sedang bersabar dan bertabah ketika ini dan sepanjang masa yang telah dan akan dilalui
3) Mereka tahu tentang takdir penentu segalanya.

   Tunggu saja luahan hati mereka dengan memegang erat tangan mereka. Memberi kehangatan paling bermakna tanpa perlu menyebut patah kata. Cuba rasai keperitan hati mereka. Jangan terus mendesak kerana mereka perlukan waktu untuk mententeramkan jiwa yang bergelora.
   Secara logik psikologi, psikologi kognitif merupakan satu cabang psikologi dengan pendekatan kognitif bagi memahani perilaku manusia. Psikologi kognitif adalah cara mempelajari
tentang manusia menerima, mempersepsi, mempelajari, menalar, mengingat dan berpikir tentang suatu informasi.
   Justeru, gunakan kaedah tersebut untuk mendekatkan diri dengan mereka dengan dimulai dengan senyuman dan dakapan erat. Pasti, tanpa perlu menyusun patah kata, mereka yang sedang berada dalam keadaan murung ini akan mencari medan untuk meluahkan rasa terbuku.
   Jika perlu, mulakan perbualan anda tentang keadaan semasa yang biasa-biasa. Usah beri pengharapan palsu dan jangan memberi kata semangat yang mana mereka tahu ia hanyalah sia-sia.
   Sebagai hamba Nya, kembali kepada jalan Nya, perintah Nya dan Quran Nya. Kerana di situ ada janji Nya. Janji yang membawa kepada kepastian. Janji yang ada tersurat dan tersiratnya. Janji yang membawa haluan dunia sampai ke destinasi teakhir kita.
  Yakin pada Nya. Itu sudah mencukupi ....


~~~ Miracle! Keajaiban! Itu saja yang dapat dititipkan dengan jutaan rangkaian doa daripada mereka beriman, mereka yang ditimpa masalah dan dari semua manusia ciptaan Nya.... Kembali kepada fitrah ~~~

Monday, 10 March 2014

Kau MH370

Kutitipkan puisi sebagai kenangan abadi buat MH370 dan jiwa-jiwa didalamnya,

MH370,
Manalah pergimu
kembalilah, kerna kami disini merindui
Manalah hilangmu
Datanglah, kerna kami masih perlukanmu

MH370 
Kau adalah antara yang terhebat
Mustahil untuk kukatakan kau rebah
Apatah lagi hilang tanpa musabab

MH370 
Kiranya kehebatannmu diuji
Kami redha atas ketentuan Allah
Namun, muncullah agar kami tahu
Di mana kau sebenarnya.


Thursday, 6 March 2014

Bicara Seorang Mommy


Wahai anak yang mommy kandungkan
Fahamkan apa yang mommy bicarakan
Nasihat dan cerita tentang kehidupan
Agar kalian sentiasa bersedia menempuh dugaan

Hidup punyai dua pilihan
Iaitu memilih atau dipilih
Apapun yang ada dalam genggaman
Adunlah ia dengan cara terbaik

Dalam hidup banyak pancaroba
Hanya akhlak penentu segalanya
Gunakan akal sebelum membidas
Penuhkan ilmu sebelum membalas

Kehidupan jalannya berliku
Usah gusar mahupun bimbang
Yakinlah dengan jalan Addin
Pasti kesukaran selalu dipermudahkan

Syarat mati adalah hidup 

Quran dan Sunnah jadi bimbingan
Jangan lalai alpa dan khilaf
Kerna hidup tidah berpatah

Wahai anak yang mommy kandungkan
Semailah cinta rohani dan batin
Supaya hidup berseri sentiasa
Tanpa ada sekelumit benci

Wahai anak yang mommy kandungkan
Usah bajai hidup dengan riak
Siram bersama benih kesyukuran
Moga pilihan tiada kepincangan 

Harmoni hidup dunia akhirat.

BH/5mac2014

Kerana Kau Sahabat

Bersahabat ni bukan dogengan atau acah-acah. Sekali saya bersahabat biar sampai ke syurga. Alangkah Nabi Muhammad pun memegang kuat tali persahabatannya sehingga menitis air mata saat sahabatnya syahid di medan perang. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa. Bersahabatlah dengan mereka yang sukakan keindahan, kedamaian dan kegembiraan. Jauhi orang-orang yang bersahabat hanya bila kita mempunyai segalanya di dunia dan tinggalkan kita sendirian saat kesusahan menimpa.

Setiap kali saya bersahabat, saya mahu ia terus mekar selalu walaupun jarang bersua muka, tetapi pesanan ringkas, perkongsian di media sosial menjadikan jarak kami dekat. Kepada sahabatlah kita berani bercerita apa saja kisah suka-duka dan saat bersama mereka diri kita adakah kita.

Selalunnya bila dengan kawan baik maksudnya apa saja yang kawan baik tegur, marah dan gurau itu adalah tanda kasih dan cinta dia kepada kita. Lebih-lebih lagi orang perempuan ni. Persahabatan mereka lain macam. Baik mereka macam belangkas. Lagi-lagi kalau punyai minat yang sama, semua sama sampaikan mug pun nak sama. Hebatkan!

Andai saya ditakdirkan pergi dulu, saya mahu sahabat yang ada doakan saya dan keselamatan saya di di alam sana. Begitu juga saya, sentiasa mendoakan kalian supaya diberkati, dirahmati Allah di dunia dan akhirat. Saya sayang saya tak cakap tapi saya tunjuk dan kadang-kadang saya tak tunjuk tapi saya cakap.

Paling penting, kita saling menyayangi sampai bila-bila..

saranghye

Wednesday, 5 March 2014

You're My Sunshine





You are my sunshine, my only sunshine.
you make me happy, when skies are grey.
you'll never know dear how much i Love you. Please don't take my sunshine away.

the other night dear, when i lay sleeping, I dreamt i held you in my arms. when i awoke dear i was mistaken, so i hung my head and cried.

you are my sunshine, my only sunshine.
you make me happy, when skies are grey.
you'll never know dear how much i love you.... 
please don't take my sunshine away....




Dato’ Seri Mohamad Hasan