Posts

Showing posts from February, 2014

Sweet 30rd Mommy!!

Image
Akhirnya genap 30 tahun bernafas di muka bumi Nya. Syukur alhamdulillah. 25 Februari bersamaan 25 Rabiul'Akhir yang jatuh pada hari Selasa, semalam bakal membawa berjuta kegembiraan berterusan sampai akhir nyawa.
   Angka 30 barangkali menunjukkan kematangan kita sebagai manusia dan angka 30 juga memberi pengertian hidup yang telah ditempuhi dan akan dilalui.
   Dengan harapan dan doa supaya denai-denai sepanjang kehidupan ini ditumbuhi rumput menghijau dan ditemai langit membiru disamping udara bersih nan segar.
   Mungkin terlalu banyak mahu dikisahkan pada angka 30 ini. Namun cukuplah andai diri ini saja yang menjadi diari, menulis setiap catatatn dari sejak dilahirkan sampai ke hari ini. Ia tetap kenangan abadi, yang baiknya diteladani dan yang buruknya diperbaiki.
   Bercerita tentang sambutan ke 30? Seperti tahun-tahun sebelumnya. Cukup bertemankan suami dan dua anak yang comel itu. Potong kek, ketawa sama-sama, nyanyi 'birthday song' sama-sama dan berjalan-…

Jawapan dan Alasan

Mencipta alasan atau memberi jawapan? Mungkin dua perkara berbeza namun secara simboliknya ia adalah sama. Setiap pertanyaan memerlukan jawapan namun akhirnya, jawapan yang diberikan dianggap hanya alasan semata-mata.

Dalam kehidupan ini, apa saja yang dicakapkan sering menimbulkan rasa kurang enak terutama untuk individu yang gigih bekerja sampaikan tidak pernah berkata tidak atau tidak pernah mengeluarkan seperenggan jawapan kerana ia dianggap umpama membina benteng 'menyelamatkan diri'.

Bagaimanapun, secara ilmiahnya jika kita soroti Kamus Dewan Edisi Keempat, Alasan diberi maksud :-

sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu?Manakala Jawapan pula bermaksud :-

jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kp…

Di Pintu Syurga

Image
Sekali lagi... Rindu nak dengar lagu ini... Rindu detik 7pm seperti selalu atau siaran ulangan jam 11pm menerusi blog blogger yang memuat turun drama Ariana Rose.... Kembali membaba semula novel Ariana Rose untuk imbau kenangan. Bacaan yang jitu sebab dah mampu berangan hahahahaha

Teruknya angau ko mommy!!!

Lirik ni best dan lagu mengancammmmm ... Patutlah, Tam spider komposer rupanya ;O


Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

(Korus)
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Ulang Korus

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Komposer: Tam Spider
Lirik: Iman Imran


PUISI KECUNDANG

Image
Kau dan Aku Masih Di Landasan Sama
Malam ku ngigau Siang ku angau Gara-gara kau Selalu hadir dalam igauan Bila tersedar Mimpi musnah Yang ada cuma bayangan rindu Namun dirimu Kan selalu ada dalam hati Tanpa pernah jemu....



~~~ Gara-gara sesak di atas jalan raya sebelum dan sejurus keluar tol Sungai Besi pagi ini, maka terciptalah kata-kata ini bagi menghilangkan rasa ngantuk akibat kerja lebih masa malam tadi ~~~

Ariana Rose versi lirik best

Image
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

10 Tips Keibubapaan Dari Dr Muhaya

Image
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering d…

Apabila Aniq Raheel Menginjak Empat Tahun

Image
Kerajinan Aniq Raheel seringkali menyentuh hati seorang mommy. Mana tidaknya, sejak akhir-akhir ini, barangkali sifat ingin tahunya, membuatkan dirinya rajin tidak terhingga. Okay, ketawa hahahaha.... Biasalah dan normal ler kan, rajin nak menolong itu memang menjadi sifat anak-anak seawal usia empat tahun ke atas.

Buat masa ini, apa yang dapat dilihat ialah perangai Aniq yang sibuk 'kacau daun' apabila mommy sibuk melipat gunungan pakaian. Mulalah Aniq duduk bersila mencari bajunya saja untuk dilipat.

Paling memeranjatkan ialah, Aniq berjaya melipat walaupun keadaannya tidaklah sekemas mommy lipat. hahaha boleh ke mommy nak bezakan individu umur 30 tahun dengan Aniq yang baru berusia empat tahun?????

Cantik lipatannya iaitu mengikut lenggok pakaian. Nampak sangat Aniq kian membesar dengan jayanya. Mommy takkan marahlah atau cakap Aniq jangan menyibuk sebab mommy rasa itu antara proses pembelajaran terutama bab kemahiran hidup pada usia muda.
Lagi-lagi anak-anak yan…