CLICK & ENJOY

Thursday, 30 January 2014

Kaya dan Jaya Bagiku Ialah....


Sebenarnya kejayaan dicipta bukan saja menerusi sekuat mana seseorang itu bekerja untuk memperoleh kejayaan tetapi bagaimana seseorang itu bekerja dengan berhemah. 

 "Work Smart" cukup sudah dua patah kata itu menunjukkan bahawa setiap kejayaan tidak perlu didampingi dengan tekanan. Untuk apa berjaya sekiranya cara kerja yang dilakukan amat kuat? Penat hingga lelah? Takut nanti belum sempat mengecapi kejayaan terulung, kita rebah di bumi.
 
Kejayaan boleh membawa seseorang menjadi senang, kaya. disegani dan dihormati. Bagaimana kekayaan yang kita mahu adalah mengikut apakah kejayaan yang kita gapai. Kekayaan dan kejayaan bermula apabila seseorang mula berimpian dan bercita-cita seterusnya berusaha untuk menggapai impian yang tinggi melangit.

 
Namun, sesekali renunglah tanah yang dipijak. Lihatlah apa benar usaha kita itu menunjukkan jalan yang benar. Apa sebenarnya yang kita mahu sekiranya kita kaya dan berjaya? Fikirkan sejenak. Untuk apa? Untuk siapa? Kemudian, fikir lagi. Ketahuilah yang hidup ini adalah untuk akhirat bukan hanya mahu menjadi kaya-jaya saja.

 
Jangan terlalu taksub dengan kejayaan dan kekayaan takut nanti rasa riak cambah tumbuhnya. Jangan terlalu teruja untuk menjadi kaya dan berjaya takut saat tersungkur, biul jadinya. Jangan terlalu fikirkan bagaimana mahu berjaya dan kaya, takut nanti gila bayang jadinya.

 
Berdiri di landasan yang benar. Carilah punca kejayaan dan kekayaan mengikut kemampuan dan rezeki yang telah ditetapkan. Tambahkan rezeki itu mengikut keperluan bukan kehendak yang menggunung. Bak kata orang, berpada-padalah dalam membina hidup. Takut nanti terlebih pada, sesat dalam terang. Buta dalam celik. 

 
Kena simpan sedikit rasa "cukup dengan apa yang ada". Perlu simpan secubit kata "Rezeki yang ada sudah mencukupi". Apa yang penting, tidak sampai terputus rezeki. Biarlah rezeki itu berpanjangan. Biarlah poket seluar tak lopong setiap tengah bulan. 

 
Apalah yang dimahukan sangat dalam hidup? Memang Allah suruh hambaNya mencari rezeki tetapi tidaklah sampai menyuruh sampai lupa daratan. Lupa semuanya malah lupakan Dia.

 
Carilah kekayaan dan kejaayaan sampai puas. Namun, sentiasa ingat Pemberi segaala rezeki kita hanya Dia. Mintalah pada dia disamping usaha tanpa jemu dan ditemani rasa tawakkal yang mendalam. 

 
Sentiasa pandang ke bumi, melihat diri kita yang dulu tiap saat kekayaan dan kejayaan kita kecapi. Agar boleh berkongsi. Supaya dapat membantu sesama Islam, pastinya.



~~~ Kata-kata luahan bagi mengingatkan diri sendiri erti kekayaan dan kejayaan yang dimahukan ~~~

Dan.. di mana kamu?


Pernah aku bersalah
Buat hatimu berdarah
Hingga kau hilang arah.
Tapi sayang kau tak pernah tahu
Aku juga parah
Menyimpan impian yang punah.
Kita sama-sama silap
Silap aku menipu hati
Silap kau terus sepi
Hingga keadaan mempermainkan 
Kasih yang baru berbunga.

Alin2008

Ditulis semula. Simpan buat memori 

Tuesday, 21 January 2014

Kerana kau suami



Dek kerana kau suami kau letakkan kuasamu paling agung
Kerana kau suami kau rasa dirimu segala-galanya
Tanpa secuit pun rasa belas untuk aku
Tanpa sedikit pun rasa ehsan pada aku

.....

Masih setia di sini, melalui kehidupan bersamamu yang kugelar suami
Masih mencari-mencari dan mencari di manakah dirinya sebelum bergelar suami
Hipokritkah dia selama aku mengenali
Dan benarkah ini dirinya yang sebenar?


......


Kekuatanku adalah anakku
Kentalku kerana keluargaku
Kesetiaanku kerana kasihku



........


Bersyukur kerana aku dipilih untuk meminpinmu
Barangkali kau syurgaku
Walaupun hati acapkali kau lukai
Jiwaku selalu kau nanahi
Sampai hilang rasa kasih seperti kali pertama kau aku kenali


.......


Benar aku tak pernah ungkap kata cinta padamu
Ucapan dibibir umpama menjawab soalan darimu
Tapi kasihku padamu bergelar suami tak pernah kau hargai



.......

Penat dengan ungkit bangkitmu
Lelah dengan permainan egoismu
Letih dengan sikap tidak hormatmu


Sampai bila
Aku tak pasti

Thursday, 16 January 2014

Aniq Ruhee (Versi Cerita)

Peranan Aniq sebagai seorang abang memang penting kerana apabila wujudnya Aniq di depan Ruhee, perasaan seronok Ruhee menjelma dengan sekelip mata. Suatu hari, selepas Ruhee mencucuk mata Aniq,

seperti selalu, Aniq jadilah lanun sebelah mata. Baring saja tanpa mampu membuat apa-apa. Apa lagi, Ruhee hilang punca! Kelam arah tujuan sepanjang hari tersebut.

Paling comel, Ruhee hanya duduk menghadap abannya yang cedera sambil golek-golek manja di tepi abang yang langsung tidak memberi reaksi. Haaaa HAMBEKKK baru tahu bosan hidup tu bila abang cedera.

Ruhee hari ini semakin lasak selasak lasaknya. Dari seorang baby yang hanya tahu baring terus menjadi seorang baby yang  kian membesar dengan sihat. Berkejaran, merajuk, sukakan air dan tandas malah suka mengemas kabinet dan laci dapur sekiranya pagar pembahagi terbuka luas.

Mungkin Ruhee dan Aniq sama dari segi rupa namun perangai dua budak comel ini amat berbeza. Jika Aniq sedikit cerewet, Ruhee tidak. Jika Aniq sedikit tertib, Ruhee pun tidak dan jika Aniq sedikit dengar kata, tidak pada Ruhee hahahaha Anak MOMMY sangat kau, Ruhee.

Kemungkinan, Ruhee dah ada Aniq, jadi lebih banyak yang dia pelajari. Cikgu depan mata kan! Pula tu, Ruhee seorang anak murid yang berdisiplin. Rajin mengikut kata cikgu. So sweet la Ruhee.

Begitulah kisah Ruhee Ayra yang kini sudah menjangkau usia setahun tiga bulan. Syukur, masih memilih susu mommy sebagai minuman harian. Gigi pun dah semakin nampak. Faham dengan apa saja yang diperkatan dan sangat rajin menyepahkan rumah walaupun Aniq cedera.

Aniq Raheel pula kian meningkat dewasa ececece dewasa sangat ;O Kian memahami erti penyesalan sekiranya melakukan kesilapan. Mula mengerti erti rindukan kampung Muar dan atok termasuk mak, ayahngah, umi, ayahchik dan mokcu. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi-mimpi malam, petang, pagi dan tengah hari.


~~~ Besar sudah anak-anak mommy. Makanya, boleh ler kot mommy tambah seorang lagi hehehe rindulah kat bau baby comel ~~~

Monday, 6 January 2014

Peminat Baru Anda! Sayalah ;P





DIALAH...

-
-
-




kenapa tiba-tiba berminat dengan lakonan beliau???

Sebaik saja menonton lakonannya

DALAM

-
-
-





Selepas itu, teruslah meminati lakonannya. Dulu-dulu memang tak pandang sangat dia ni. Tapi serius, lakonannya mantap. Dari situ mula menonton drama dan filem lakonan beliau. Juvana, Jujur Aku Dayus, Takbur Seorang Isteri, Hujan Panas, Uri dan lain-lain. MANTAP!!!


Bila romantik, dia sangat 'charming' dan 'gentleman'. Mengikut watak dan perwatakkan yang ada dalam skrip. Pelakon hebat.

Tidaklah sekacak Aaron Aziz yang menjadi kegilaan ramai wanita, tetapi Beto sangat manis dan paling penting lontaran dialog tak ada macam 'cakap ke tidak kau??" haha macam suara-suara pelakon yang kacak tapi tak reti nak lontar suara.

Bahagia isteri beliau sebab luar skrin pun macma romantik je dia hehehe...

Moga terus maju dalam karier dan terus bahagian sampai ke syurga bersama isteri yang cantik dan sweet serta anak-anak


HIDUP BETO!!!

haha saya peminat baru anda!
Baru sangat walaupun anda dah bergiat dalam seni filem sejak 2003 ;O



~~~ Betul kata orang berusia, tak kenal maka tak cinta. Kenali Beto, hayati lakonannya terus hilang sekejap muka Lee Min Ho hehehe ~~~