CLICK & ENJOY

Wednesday, 3 December 2014

Ketagihan

Ketagihan yang biasa-biasa bagi seorang penulis
Apa saja difikirkan mahu situlis
Kerana di atas helaian itu semua dapat dicurah
Curahan isi hati dan isi kepala.

Aku menulis kerana aku suka
Bulan mahu orang baca sangat
Bukan juga mahu cari peminat
Sebab menulisnya aku untuk aku
Menilai kemampuan diri
Dalam dunia sastera yang kian terpinggir.

Ketagihan aku biasa-biasa saja
Menulis langgam indah saat idea datang 
Atau mahu meluahkan sesuatu yang terlintas
Dan juga terpendam.

Menulis bagiku satu terapi otak
Rasa tenang aman dan damai saat
Akal mula meliar mencari rangkap kata
Untuk keseronokkan diri sendiri.

Atau aku ketagih untuk menulis bila
Kerap menulis yang fakta dan jitu
Jadi bila mana dapat peluang menulis
Aku bahasakan dengan bait indah
Itu aku rasa
Orang lain, aku tak tahu.

Ketagihan biasa-biasa bagi  penulis
Menulis selagi mahu menulis
Walau apapun yang dicurahkan
Mungkin ada tersiratt disebalik tersuratnya.

Menulis kerana minat
Ketagihannya menggila sesuka hati
Moga menjadi pedoman
Untuk diri dan meereka yang sudi membaca.

Sekian tulisan daripada seorang penagih

azlinbh/112014

Tuesday, 25 November 2014

Anak Lagi?


Orang tanya kenapa hantar anak tadika Cina? Pakai seluar pendek. Tak ada kelas agama. Makan minum entah halal atau tidak?

Jawapan saya, pertama saya nak anak saya bergaul dengan bangsa lain. Tak nak berikan dia tongkat. Biar dia di ajar cara bagaimana Chinese (dikatakan kaum maju di negara) mendidik anak-anak dengan disiplin ketat mereka.

Halal? Tak perlu menjadikannya bahan sebab kepercayaan itu penting malah orang bukan Islam sebenarnya lebih memahami sensetiviti orang Islam. 

Tapi akhirnya, saya redha, kena lepaskan 8IQ Enrichment Center sebab tidak menyediakan kelas Pendidikan Islam. Di cawangan lain ada tapi mungkin cawangan Lobak, kawasan Chinese jadinya tiadalah subjek itu. Lagipun Aniq satu-satunya pelajar Islam untuk kelas empat tahun. Sedih sebab terpaksa tinggalkan silibus UK English yang jika diteruskan sampai enam tahun, memudahkan Aniq untuk mencapai tahap A Level. 

Jadinya, tahun depan, Aniq akan ke Smart Reader. Eh, ada lagi bertanya kenapa tidak ke Genius Aulad? Littile Caliph atau Montessori seperti Brainy Bunch? PASTI? KEMAS? Mudah, jawapannya saya nak anak saya bergaul dengan bangsa lain tanpa melupakan jati diri dan agama yang dipegang.

Lagipun, dua daripada sekolah yang disebutkan di atas itu sudah pun saya dan suami terokai, membelek prestasi dan gaya pembelajaran. Tidak memuaskan, ikut kata suamilah haha sebab dia yang tahu owner itu berkemampuan ke tidak walaupun English Medium katanya.

Smart Reader yang dimiliki Bumiputera ini turut dibuat perkara yang sama. Katanya menarik, owner iaitu pengetuanya berpengetahuan dan tahu apa yang sedang dia buat (perniagaan). Lebih-lebih lagi English Medium yang diwar-warkan itu nampak menjadi. Wallahualam...

Apa yang penting, turut disediakan di situ adalah Pendidikan Islam yang merangkumi Fardhu Ain, Iqra' dan turut disediakan Bahasa ketiga seperti Mandrin dan Arab.

Justeru, untuk Aniq Raheel, semoga di Smart Reader, memberikan terbaik untukmu anak. Hehehe Khususnya bahasa kelam kelibut mu itu hahaha... 

Apapun harap Aniq Raheel enjoy di sekolah baru pada tahun depan ;)



~~~ Fikir balik, ada eloknya hantar Aniq playschool 8IQ sebab baru dia tahu erti kehidupan terutama cara hidup dan budaya bangsa asing terutama Cina hehehe ~~~

Anak

Anak adalah anugerah Allah dan juga amanah daripada Nya untuk kita sebagai ibu bapa, menjalankan tanggungjawab terhadap pemberian yang paling bermakna. Siapa tidak mahukan cahaya mata sejurus melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan? Siapa yang tidak berharap adanya bunyi tangisan seorang bayi yang memecah keheningan malam?

Namun, apabila memperoleh pemberian itu, kita lupa diri sampai hilang akal yang waras dan akhirnya si kecil yang dulunya ditatang umpama minyak yang penuh menjadi tempat untuk melunaskan amarah. Betul, ada ketikanya diri ini juga tersasar saat emosi membelenggu diri. Sampai terlupa yang diluahkan rasa marah itu adalah anak yang dikandung sembilan bulan.

Cuma, perasaan marah itu tidak pula berjagkit sampai menyumpah atau memukul anak tidak tentu hala. Alhamdulillah, kawalan emosi positif masih berfungsi dengan baik.

Hmmm... dua perkara yang amat-amat pantang dibuat oleh ibu mahupun bapa adalah menyumpah dan membezakan antara anak-anak. Sejak dari dulu. Marahlah tapi jangan menyumpah dan membezakan kerana masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri.

Apatah lagi kalau menyumpah anak dengan kata-kata kesat yang barangkali boleh menyebabkan emosi anak terganggu, intelektual anak terencat malah jati diri anak jatuh merundum. Siapa rugi? Fikirkan sejenak.

Ini pendapat saya sebagai seorang ibu. Hishhh tak tergamak nak membodohkan anak, membangsatkan anak atau apa saja kata-kata negatif untuk anak. Ibulah yang mengandungkan, ibu juga yang melahirkan, ibu yang menyusukan malah ibu yang sentiasa bersengkang mata demi seorang anak.

Tergamak seorang ibu nak berkelakukan begitu, rasanya? Tak penat ke? Tak letih ke? Mungkin lain untuk seorang bapa. Bapa hanya penyumbang dan mencari rezeki dan itupun tetap mendapat sokongan dari seorang isteri, bukan seperti zaman dulu-dulu.

Mungkin sekiranya seorang bapa yang gemar menyumpah anak atau membezakan anak sebab bapa tidak merasa perit jerih mengandung, melahirkan, berpantang dan bersengkang mata. Benar, bapa mungkin memahami tentang kepertitan itu tetapi mustahil untuk menghadapinya jika diberi pilihan.

Sama seperti membezakan anak. Elakkan membeza-bezakan anak setiap kali teguran dibuat di atas kesalahan seorang anak. Benar, anak A tak semestinya sama dengan B tetapi masing-masing punyai keistimewaan, bakat, kehebatan dan kekurangan.

Yang penting, nasihat supaya yang kurang menjadi lebih baik. Bukan beza sebab A takkan jadi B dan begitu juga sebaliknya.

Ayah saya selalu pesan, jangan menyumpah atau membeza, takut kelak yang disumpah dan dibezakan itulah nanti yang setia di sisi saat nyawa kita dihujung tanduk.

Sebagai ibu bapa, doa adalah senjata paling mujarab untuk anak-anak sentiasa berada di atas landasan kehidupan yang betul. InshaaAllah, semoga anak-anak kita menjadi anak-anak soleh dan solehah. Khalifah terbaik di bumi Allah.

Sekian, Wallahualam...

wassalam.....

* Karangan ini adalah untuk peringatan buat diri sendiri.....

Monday, 27 October 2014

Sejenak di Hari Ulangtahun Kelahiran ke-2 Ruhee Ayra







Bingkisan untuk Ruhee Ayra



Mommy tahu kadang-kadang Ruhee rindu nak ber 'breast feeding kan! Tapi Ruhee lupakah yang Ruhee sudah pun dua tahun. Bertabahlah Ruhee. huhu.... Apapun terima kasih sebab mudah untuk Ruhee melepaskan susu mommy. Tak perlu mommy bersusah-payah nak melepaskan dengan menggunakan pelbagai cara seperti asam jawa, gara., kunyit, minyak kapak dan sebagainya.

Alhamdulillah.... Niat mommy untuk menyusukan Ruhee sepenuhnya dengan susu ibu berjaya. Pada 10 Oktober 2012 sampailah 10 Oktober 2014, genap dua tahun kan Ruhee. Semoga Ruhee beroleh keberkatan daripada titisan-titisan susu mommy itu.

Ruhee, jerit perih sepanjang menyusukan Ruhee sepenuhnya dengan susu ibu berbaloi sebenarnya. Tak sangka, dengan angan-angan, impian akhirnya ia terlaksana. Syukur, daddy banyak memberi dorongan walaupun kadangkala bentuk dorongan yang diberikan serupa dengan paksaan hehe.... 

Best kan susu mommy. Suka tengok Ruhee rindu dengan susu mommy. Rengek-rengek manja nak susu mommy lagi. Tapi tak boleh dah sayang sebab susu dah berhenti sebab mommy tengah mengandung. Kita beri peluang kat unborn baby membesar dengan baik. Lagipun, mommy dehidrasi dan doktor tak galakkan teruskan penyusuan walaupun sebenarnya boleh.

Ruhee, teruskan membesar menjadi anak gadis yang elok budi pekerti, hormat menghormati, rajin beribadah dan bijak dalam pelajaran. Semoga diri Ruhee sentiasa dalam pelihaaraan Allah.

Salam ulangtahun kelahiran ke-2 tahun Ruhee Ayra. Semoga yang baik-baik sentiasa bersamamu. 


Ikhlas,
Mommy 

Monday, 13 October 2014

Aniq Raheel dan persembahan pertamanya di 8IQ





Tahun ini adalah tahun terakhir Aniq Raheel bersekolah di 8IQ Enrichment Centrer, Lobak, Seremban Negeri Sembilan. Dua tahun di sana sejak di awal usia tiga tahun membuatkan Aniq Raheel kini boleh berdiri di kaki sendiri malah menjadi lebih berani . Disebabkan 2014 adalah tahun terakhirnya, mommy mahu Aniq Raheel menikmati sepuasnya aktiviti yang diadakan oleh 8IQ.

Sabtu lalu adalah hari  'graduation' untuk murid enam tahun. Sempena majlis, semua murid diberi peluang untuk menyertai  persembahan seperti nyanyian, tarian dan bermain alat muzik. Tidak terkecuali, Aniq Raheel turut menyertainya dengan penuh semangat waja.

Mulanya, apabila diberitahu mengenai  pembabiitannya dalam acara itu terdetik di hati mommy bahawa 'boleh ke Aniq ni? Confirm atas pentas nanti macam kura-kura, malu... hmmm kita tengok...'

Pada hari berlangsungnya majlis, tekaan mommy 100 peratus SALAH. hahahaha Tak kusangka anak mommy yang PALING kecil dalam kelas empat tahun begitu 'over'' di atas pentas. Dengan acara pertama yang disertainya, tarian berlatarkan lagu Gwiyomi, membuatkan hati mommy tersenyum sebab bersungguh sangat dia buat walaupun kucar kacir  hehe Biasalah budak empat tahun.

Paling menakjubkan untuk persembahan kedua, bermain alat muzik, Aniq Raheel  bermain kastenet. Menariknya, perhatiannya amat tertumpu pada muzik rentak muzik mengikut  arahan 'koordinator' (ye ke?) muzik yang juga berusia 4-5 tahun . Dia tahu bila masa gilirannya mengetuk kastenet dan bila masanya berhenti. Comel ko anak. 

Awalnya kenapa mommy rasakan Aniq Raheel takkan buat bila naik pentas? Sebabnya, bila mommy suruh dia buat dekat rumah, tak nak dia buatnya..... Rupamya dia nak 'surprise' kan mommy, daddy, Ruhee dan Velama2 dia yang semuanya datang tengok persembahan sulungnya kekeke

Cuma Aniq Raheel menunjukkan gaya 'over' apabila habis saja persembahan kedua, boleh dia berlari ke 'microfion' nak menyanyi. Nasib baik off kalau on bergema satu mall  dia berselawat haha Mommy dengar sebab mommy memang duduk depan pentas. Nak ambil video punya pasal kekeke... Teruja kononnya kan... FIRST TIME tuuuuuu

Aniq Raheel, teruslah menjadi anak yang yakin dan berani. Aniq sudah pun buktikan bahawa Aniq tak takut pun buat persembahan di depan ramai orang (Public area) di Prima Seremban Mall. Tahniah. Disebabkan Aniq Raheel spesis suka bercakap, mommy rasa eloklah Aniq Raheel  tanamkan minat terhadap pidato/syarahan dan disebabkan suara Aniq yang 'macam' sedap, lteringin mommy nak tengok Aniq masuk pertandingan musabaqah ke, hafazan ke, azan ke kan... InshaaAllah, mommy akan berusaha tanamkan minat itu.

Apapun, pilihan tetap pada Aniq Raheel. Yang penting adalah pilihlah yang terbaik, demi masa depan dan keselesaan. Asalkan tahu batasan agama ye anak ....



~~~ Ibu bapa tidak boleh memaksa tetapi boleh menanam minat secara semulajadi pada diri anak-anak. ~~~

Cerita Cinta Lama




Punca lahirnya kata-kata ini adalah disebabkan, jiran depan membuka lagu-lagu rock kapak kekeke




Cinta lama itu penyedap
Pada deretan memori kasih silam
Sesekali terimbas kembali
Terus bibir mengukir senyuman
Itu pun kalau cinta itu mula-akhirnya indah.

Jika menyakitkan?
Tubir mata menjadi empangan
Lalu menitik satu demi satu titisan jernih
Yang setiap darinyamembawa satu persatu
Babak sedih percintaan.

Itulah cinta dan kehidupan
Berpisah tiada 
Kerna keduanya saling memerlukan.

Cerita lama adalah kenangan
Cerita lama juga adalah pedoman...

azlinbh/131014

Saloma Biopic (sudut pandang)

Menonton sendiri Saloma Biopic di saluran stesen berbayar, Astro memberi ruang kepada saya untuk menilai sendiri filem garapan anak buah biduanita negara Saloma iaitu Melissa Saila mengenai kisah ibu saudaranya mengikut perspektif ibunya iaitu kakak kepada Saloma, Mariani. 

Jika bercerita tentang pemilihan watak, lakonan Nabila Huda sebagai Saloma amat membanggakan. Gaya lenggok yang hampir sama, perwatakkan yang penuh mendalam umpama Saloma hidup di alam nyata. 

Syabas, kerana sebagai pelakon, pada saya Nabila 'belajar' untuk 'menjadi Saloma'. Watak-watak lain juga tidak kurang hebatnya, Tony Yusof sebagai P Ramlee dan Azhan Rani sebagai AR Tompel, memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Barangkali mereka acapkali berlakon teater dan menjadi 'biasa' untuk membawa watak lagenda.

Mempunyai dua episod iaitu Mencari Guruh dan pandang Kasih benar-benar menceritakan kisah disebalik kejayaan Saloma pada eranya. Kupasan kisah hidupnya dari kecil bersama Mariani yang sentiasa ada disisi amat mencuit hati. Babak paling tidak disangka ialah 'lari rumah'. 

Tak terjangkau dek akal, Saloma dan Mariani sanggup lari dari rumah ibu tirinya di Kuala Selangor untuk kembali ke Singapura. Pada era itu! 

Babak-babak lain juga tidak kurang hebatnya. Bagaimana Melissa Saila berjaya memvisualkan 'minat mendalam' ibu saudaranya terhadap nyanyian. Kehebatan suaranya sejak diusia kanak-kanak memang tidak perlu disangkal.

Turut wujud dalam penceritaan Biopic Saloma ialah cerita keluarganya yang penuh berantakan. Walaupun sering dibezakan akibat sikap pilih kasih neneknya, Saloma dan Mariani tetap 'bersama' dalam susah mahupun senang.

Bagaimana Saloma berjaya, dipermainkan dan dihormati turut diselitkan Melissa Saila dengan garapan visual yang menarik dan boleh dianggap terbaik. Kerana, selepas selesai menonton Biopic Saloma, baru rasa 'kenal' Saloma dengan baik tidak seperti sebelum ini.

Kemudian, cerita tentang cinta jitunya terhadap suaminya, arwah P Ramlee membuatkan kisah biopic itu lebih menarik. Bagaimana seorang isteri rela berkorban dan sentiasa memberi sokongan padu dan menjadi tulang belakang disaat suami hampir tersungkur dalam kerjaya seni, itu membuatkan air mata menitis....

Sebagai penonton, saya melihat cerita Saloma bukan cerita AR Tompel. AR Tompel berada pada kelasnya tersendiri walaupun gambaran yang diberikan menerusi filem itu seperti menonjolkan 'kegedikan' beliau. Pembawaan watak oleh Azhan Rani boleh dikatakan baik.

Metafora yang dimuat dalam Biopic Saloma oleh Melissa Saila dapat disaksikan bagaimana seorang biduanita negara dan isteri kepada seniman agung, akhirnya hidup dalam penderitaan. Kegemilangannya pudar di saat hayatnya berakhir. Sama seperti nasib P Ramlee.

Sesungguhnya, kemasyurhan adalah sementara kerana yang kekal abadi adalah akhirat..... 


PS: Pemilihan pelakon kanak-kanak untuk watak Saloma dan Mariyani turut mencuit hati...



~~~ Wajib tonton kerana anda akan kenal siapa Puan Seri Saloma yang sebenarnya... ~~~

Tuesday, 23 September 2014

Bosan




Bosan
Asyik baca novel popular
Yang tak beri ruang untuk 
Berfikir dalam sindir
Menyengih dalam sinis
Kisah Afdhal dan Hani 
Si gila dah selesai
Lepas ini cuba cari
Kisah lain daripada yang lain
Bukan kisah kahwin paksa
Anak orang kaya yang degil
Nak cari
DIAgnosis
Macam dalam kebanyakan 'review' cakap
Sedap sebab berasaskan pengalaman
Si Doktor.


#kbai

Wednesday, 17 September 2014

susu ibu


Mengandung dan menyusukan, bukan satu masalah. Dari pembacaan yang dibuat menerusi buku/majalah kesihatan termasuk blog doktor pakar, ia dibolehkan sekiranya ibu tahu bagaimana untuk menjaga pemakanan. Gizi dalam setiap pengambilan menu amat penting kerana ibu bukan saja makan untuk dirinya sendiri tetapi untuk anak yang disusukan dan juga anak di dalam kandungan.

Memang benar, susu ibu akan merundum tiba-tiba dan ini adalah antara tanda utama bahawa anda mengandung! Usah khuatir, sentiasa yakin dan percaya ia mencukupi dan berusaha untuk tidak tertekan (Nasihat untuk diri sendiri juga).

Walaupun oz yang diperoleh amatlah jauh iaitu sebelum mengandung boleh mencecah sehingga 9-10 oz sehari dan bila mengandung, kandungan oz hanya 2.3 oz sehari!!! Bersabarlah ibu. Bersyukurlah anda anak yang disusukan sudah tamat tempoh dua tahun atau hampitr tamat. Jika masanya masih panjang? Ye, saya amat memahami.

Jika ibu kuat, sahut cabaran. Mungkin sekadar kata-kata kerana belum menempuhinya. Tapi itu sajalah kata-kata peniup semangat yang boleh dijadikan pegangan untuk kita bersama. Pam selagi ada, walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Selalunya, di awal usia kandungan sehingga tempoh dua bulan susu akan jatuh merundum. Namun, selepas itu pengeluaran susu kembali ok dan teruskan saja penyusuan sedaya yang boleh. Dan selepas usia kandungan sekitar 7-8 bulan pengeluaran susu kembali susut kerana kilang susu tutup sekejap untuk proses susu baru. 

Bagaimanapun, ikutlah nasihat doktor. haihhh menulis di saat sedang risau dengan susu yang kian merundum... Tinggal sebulan saja Ruhee genap dua tahun fully bf, moga sempat. InshaaAllah....

Tuesday, 9 September 2014

Hati Yang Jitu


10 Oktober 2014.... Bakal menjengahkan wajahnya. Pejam-celik, pejam-ceilk, akhirnya... hampir mengakhiri tempoh dua tahun menyusukan Ruhee Ayra selama dua tahun. Anak mommy yang comel dan tak banyak songeh, membesar dengan baik, Alhamdulillah.

Betul, menyusukan anak dengan sepenuhnya susu ibu bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja dan lebih-lebih-lebih lagi untuk ibu yang kerjanya tidak tentu hala.

Cuma apa yang penting adalah 'keinginan' seorang ibu itu. Benarkah dia betul-betul mahu menyusukan anaknya dengan susu ibu sepenuhnya atau saja-saja mengikut rentak ibu lain?

Jadi, kejujuran itu penting walaupun alasan anda mahu menyusukan anak sebab hendak 'save budget'. Tiada apa yang salah pun dengan alasan tersebut. Memang betul sebab logiknya mudah, Allah dah beri jalan iaitu tidak perlu keluarkan duit untuk menyusukan anak sekiranya disusukan dengan susu ibu. Sedarlah, batapa untungnya seorang wanita sebab diberi peluang untuk merasai kebesaran Allah yang satu ini selain mengandung dan melahirkan anak. 'Your power is made a milk!!" 

Namun, memang banyak dugaan dan rintangan sepanjang tempoh penyusuan dua tahun itu. Saya selalu sarankan kepada saudara-mara dan shabat yang mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu supaya jangan gelojoh letakkan sasaran.

Mulakan dengan sasaran tiga bulan pertana kemudian disusuli enam bulan sepenuhnya. Selepas berjaya teruskan sampai setahun dan selepas setahun, anda akan perasan betapa cepatnya masa berlalu. Teruskan usaha itu sampai ke dua tahun. InshaaAllah.

Jangan terkejut jika tiba-tiba susu merundum tidak tentu pasal. Bersandarkan pengalaman, antara sebab utama susu merundum ialah :-

1- Hormon tidak stabil disebabkan tekanan/kepenatan
2- Sakit 
3- Kedatangan haid
4- Mengandung (Yang ni den tunggu ;P)

Cara paling mudah atasi kemurungan disebabkan susu merundum ialah:-

1- Bertenang dan bersabar
2- Lelapkan mata ketika mengepam (jangan asyik nak tengok titisan susu)
3- Terima saja jumlah oz yang berjaya dipam kerana sesungguhnya, rezeki untuk anak ada juga pada hari itu
4- Banyakkan berzikir ketika mengepam sambil melihat gambar-gambar anak
5- Belajar untuk pasrah huhu... dengan tagline, esok masih ada



~~~ Semoga kita sama-sama berjaya menunaikan tuntutan yang disebutkan dalam Al Quran ini ~~~






Thursday, 28 August 2014

Hati Yang Waja (Merdeka-57)


Hati gementar tika menanti hari kemerdekaan
Gentar bukan kerana takut
Tapi kerna terlalu berat dengan kasih
Pada negara nan satu.

Hati yang waja
Sentiasa mendoakan keindahan
Hidup warna-warni
Tanpa sengketa.

Hati yang kian utuh
Dengan rasa sayang
Yang tak pernah luntur
Agar kebebasan yang digapai
Terus kukuh
Tak bergolek rebah jatuh menyembah bumi sendiri.


azlinbh28814

Wednesday, 27 August 2014

Hati Yang Ranum





Hati yang kian sarat
Dengan rasa cinta terpendam
Kerna antara kau dan aku
Punyai pautan cerita silam.

Hati yang kian penat
Menahan dari rasa rindu 
Yang kian melahar
Tapi kerna dendam
Kupendam.

Hati yang kian memberontak
Mahu meluahkan rasa sayang
Yang tak lagi mampu disimpan
Bersama dendam
Kerna kau umpama
Cahaya si kunang
Terbit saat malam semakin kelam.

azlinbh/27814

Hati Yang Mencair (Sinopsis Novel Sorry, Aku Bukan Dia!)




Lama sudah tak rasa senak perut dan sesak nafas saat membaca baris demi baris kisah yang dikiaskan dalam sebuah manuskirp yang dipanggil novel. Wah gitu ayat... 

Tetapi, karya Iza Safiya, Sorry Aku Bukan Dia yang baru saja diterbitkan Karangkraf sekitar tahun ini membuatkan rasa itu hadir malah membuatkan air mata menitis gara-gara cerita yang disampaikan bukan cerita cinta biasa.

Tidak perlu rasanya untuk menceritakan sinopsis novel kerana lebih menarik kiranya sedikit paparan Sorry Aku Bukan Dia, dirumuskan mengikut hati ini yang membaca dengan 1001 emosi. hahaha

'Lari' daripada kebiasaan, bukan kisah cinta si perogol dengan yang dirogol dan bukan kisah cinta kahwin paksa mahu pun kontrak malah bukan juga kisah cinta yang bermula dengan benci tetapi kisah cinta yang cintanya hadir dalam lipatan sejarah kehidupan yang pahit.

Cerita yang agak sukar difahami pada mulanya, Iza (penulis) berjaya membuatkan pembaca keliru dengan permainan watak Hani Mariya.

Watak utama (Heroin) yang kelam, penuh tanda tanya dan misteri. Mengalami penderitaan dalam kehidupan berkali-kali sebenarnya iaitu sebelum dia menjadi Hani yang lama dan selepas dia menjadi Hani yang baru. Menerusi perwatakkan Hani ini boleh saja disimpulkan bahawa, usah memberi 100 peratus hati yang sarat dengan cinta hanya untuk seorang individu dan usah sesekali meluahkan seluruh rasa cinta dan sayang melebihi daripada cinta Allah dan Rasulullah.

Hadir Hazry Mikail (Hero), membawa 1001 kedaiaman buat diri Hani tanpa dia sedari. Rasa cinta lama seakan terkubur dan cinta baru mula hadir walaupun pada awalnya Hazry 'rasa' seperti dipergunakan. Mengenangkan siapa dirinya, Hazry hanya memendam rasa sampailah dia dilamar oleh majikannya. Dan, menerusi perwatakkan Hazry boleh dirumuskan, jodoh itu ketentuan Allah. Bernarlah kata orang, bumi ini bulat kerana ke mana saja perginya, bertemu juga akhirnya. Hazry bukan saja bertemu dengan jodoh yang ditetapkan tetapi lebih daripada itu.

Dua watak yang ajaib, saling memerlukan kerana merekalah perungkai rahsia masa silam.....


Siapa kata pesakit jiwa tidak boleh bahagia? Siapa kata driver tidak mampu membahagiakan?

Siapa kata cinta antara manusia takkan pernah berubah? Siapa kata cinta yang ditatang bagai minyak yang penuh tidak akan dibalas dengan tuba?

Itulah antara persoalan yang dirungkaikan dalam Sorry Aku Bukan Dia!



~~~ Jom, cari, beli dan baca ~~~

Friday, 22 August 2014

Untuk Kali Terakhir



Hari ini kau kembali ke tanah tumpah darahmu
walau tanpa nyawa
Tapi aku percaya, rohmu setia menanti
Bersama mereka yang menyayangimu.

Tiada ungkapan indah
Untuk lambangkan kesayuan
Hanya air mata menjadi peneman
Setiap mereka yang melihat.

Saat munculnya mercu negara 
Di tanah lapang yang gersang
Air mata bercucuran bersama sebak yang tiada kesudahan

Lalu, kotak-kotak kayu diusung tanpa lambaian
Hanya tadahan doa moga rohmu kekal di alam abadi.

MH17 dan nyawa-nyawa yang tiada lagi
Kau catatan sejarah masa depan
Mangsa ranapan di bumi sengketa
Pasti yang menantimu hari ini
Mengingatimu sampai nafas terakhir.

Alfatihah buatmu semua....

azlinbh/220814

Terima kasih kepten
Terima kasih MAS
Terima kasih pemimpin
Terima kasih pihak berkuasa
Terima kasih Malaysia
Kerana merealisasikan tanggungjawab 
Membawa jasad mereka yang hilang nyawa
Hanya sekelip mata
Tanpa dipinta
Mereka pergi dengan cara ditetapkan Tuhan
Nasib mereka di dunia sudah sampai noktah
Pergi mereka ditangisi dan diredhai
Ditemani Alfatihah sepanjang saat.
Moga jiwa dan roh kalian tenang di sana
Di sisi Nya yang Azali, bersama roh mereka yang beriman.

azlinbh/220814

Thursday, 14 August 2014

Maafkan Aku (Asfan)

  • Lama sudah ku mencari bayang-bayangmu
  • Yang hilang bertahun-tahun yang makin rapuh
  • Bila tersedar di atas kesilapan diriku
  • Ku lupakan cerita lama dan terus kembali
  • Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
  • [Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
  • Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
  • Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku
  • Tidak terdaya untukku menanggung rindu
  • Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
  • Bila tersedar di atas kesilapan diriku
  • Ku lupakan semua dan kembalilah

  • Maafkan aku bila aku melukai hatimu
  • Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
  • Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
  • Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku
  • Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
  • Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
  • Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
  • Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku
  • Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu


Anak Susu Ibu (BF)

Diam tak diam hampir setahun sepuluh bulan mommy menyusukan Ruhee dengan susu ibu sepenuhnya. Sentiasa berharap misi dua tahun itu akan berjaya. Mommies yang berjaya mesti bahagia, betul tak? Sama ler perasaan mommy nan satu ni ;P Bukan senang nak menyahut 'fully breastfeeding' ni. Lagi-lagi memang tuntutan agama. Dah tertulis dalam Al Quran. 

Tapi, andainya yakin, percaya dan kuat semangat pasti proses penyusuan itu berjalan lancar walaupun dugaan hadir pada hari pertama proses itu berlangsung.

Siapa kata senang? Lebih-lebih lagi yang baharu beranak satu. Pertama kali. Itulah pengalaman dan pengajaran buat mereka. Cuma, selalu jadikan yang berjaya itu sebagai taulada untuk sama-sama berjaya. 

Jangan cipta alasan. Beruntung jika berada dalam kelompok mereka yang ada serba sedikit ilmu tentang BF. Belajar daripada mereka. Kongsi ilmu sama-sama. Siapa kata yang pertama kali BF tak berjaya? Ramai berjaya. Cuma kena usaha lebih.

Awal-awal penyusuan, perkara paling kerap terjadi ialah, tiada puting, puting kecil, susu tak banyak, anak malas nak sedut, anak tak sabar, breast kecil dan lain-lain lagi. 

Ada benar dan tidaknya sebab kata orang tua, kalau nak seribu daya, kalau tak nak berjuta alasan. Kena cuba. Kalau tak cuba manakan dapat hasilnya? 

Saya sendiri hadapi masalah-masalah di atas sebab itu masalah normal untuk ibu baru bersalin dan beranak pertama. Cuma ruginya saya adalah tidak tahu cara dan gaya membuat stock susu ketika Aniq dulu. Tak cukup ilmu. Itu saja silapnya. Walaupun lengkap dua tahun tempoh penyusuan, tidak sepenuhnya menggunakan susu ibu.

Sebab itu untuk Ruhee saya lebih banyak belajar dan membaca apa saja tentang BF.

Cuma, nak bercerita mengenai masalah-masalah yang sering kedengaran. Semua sebenarnya boleh di atasi. Kena kental dan nak buat. Jangan tertekan sebab mommy sedang mengawal bayi bukan budak umur sepuluh tahun. Psikologi dan hubungan hati itu penting.

Cara saya, melalak ler anak asalkan akhirnya kau tahu nak menyedut susu dari puting mommy. hahaha Melalak ler anak, asalkan kau tahu nak 'adjust' puting yang kecil itu. Melalak ler anak, janji kaulah penyebab susu mommy yang kurang itu semakin banyak.

Faham konsep ini? Tolonglah, jangan manjakan anak sebab kita sebagai mommy ler yang mengajar dia untuk bertindak bukan dia yang mengajar mommy untuk bertindak. Biarlah dia nangis walaupun memecah kesunyian malam. Cuma, janganlah sampai 15 minit nangis tak henti hehehe... 

Pandai-pandai ler pujuk. Bercakap dengan dia, "tolonglah minum susu mommy".. "tolonglah mommy sebab Aniq/Ruhee je dapat bantu mommy banyakkan susu..." dan macam-macam lagi. Rayu dengan anak, ungkapkan rasa kasih cinta kita dekat dia. "Susu mommylah yang akan beri Aniq/Ruhee kesihatan dan menyenangkan kita nanti..." 

Kena percaya bahawa anak itu faham apa yang sedang kita cakapkan. Mengerti rasa hati kita dan niat kita untuk menyusukan dia sehabis baik. At least la kan, dapat enam bulan penuh, jadilah daripada tak dapat langsung. 

Letak sasaran, enam bulan, bila berjaya tambah setahun dan seterusnya. InshaaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di mana ada nawaitu di situ Allah membantu :)


~~~ Ayuh, ajak kawan-kawan, sahabat andai, kaum keluarga yang bergelar wanita dan ibu, menyusukan bayi seawal sehari sampailah dua tahun. ~~~

Monday, 11 August 2014

Untuk Jiwa-Jiwa Di Sana (Gaza)


"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”-Salahuddin Al-Ayubi...

Untuk jiwa-jiwa di sana
Dengan doa yang abadi
Kau tenang di sana
Walau hakikatnya
Nyawamu umpama telur dihujung tanduk.

Untuk jiwa-jiwa di sana
Kecekalan dan ketabahan hatimu
Bagai panglima perang
Walau tidak bersenjata
Cukuplah berbekalkan batuan kecil
Kau terus berjuang
Demi negara dan Islammu.

Untuk jiwa-jiwa di sana
Doaku sentiasa disisimu 
Walau kita jauh jutaan batu.

Untuk jiwa-jiwa di sana
Dengan satu harapan, muncul 'Salahuddin Al Ayubi'
Agar sejarah berulang kembali
Bagaimana bumimu kembali berseri
Pada tanggal 27 Rejab ribuan tahun lalu

Untuk jiwa-jiwa di sana
Allah bersamamu
Sentiasa....
Semoga satu hari yang tak pasti
Empayar Zionis ranap dan terbenam
Dan Islam perkasa seluasnya.

azlinazmi/bh/110814

Friday, 18 July 2014

Buatmu MH17



Belum hilang resah menanti perkhabaran sahabatmu
Kau pula menjadi tajuk utama dunia
Belum habis kering linangan air mata keluarga sahabatmu
Kau mengundang penderitaan baharu
Sesungguhnya kepercayaan hakiki apabila
Percaya dengan Kun Faa Yaa Kunn Tuhanmu
Kerana Dia Yang Maha Agung
Mengetahui setiap gerakan sekecil zarah di pelosok alam ciptaan Nya.

MH370 kau hilang tanpa berita
Ghaib tanpa tertemu
MH17 kau terhempas di muka bumi
Wajah gahmu ranap depan mata

Moga roh-roh beriman di dalam hubungan sahabat ini
Dirahmati Allah dan selalu ada
Di bawah payung rahmat Nya
Sampai akhirat.

Sesungguhnya,
Takdir kau dan dia sudah ketahui
Takdir kami di sini belum pasti.


alinazmi170714

Terbang Tunduk

Bait-bait liriknya punyai berjuta pergertian tentang erti sebuah kehidupan yang dipinjamkan oleh Nya




Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Lagu : Terbang Tunduk
Artis : Fynn Jamal

Jauh Dari Cinta

Hantu novel dan hantu drama. Lebih-lebih lagi bila kes-kes adaptasi ni hehe... Cerita ini sempat dirakam sebab astro kan. Senang sikit, terus rakam dan semalam baru sempat menonton dari episod pertama sampai 20. Sebab tu tak tahu langsung pasal MH17 terhempas :'(

Lagipun ABC, jadi memang masa yang sesuai nak menonton semalam kononnya. Habis saja menonton dalam jam satu pagi, baru sempat semak telefon. Sekali hamikkk ko, dunia tonggang terbalik pun tak tahu dah. Memang terkejut dengan insiden MH17. Mengucap panjang.


Takdir Allah, siapa tahu. Moga keluarga mereka tabah setabah-tabahnya dan kepada yang menyahut panggilan Ilahi pada malam-malam terkahir Ramadhan, al fatihah untuk mereka (beragama Islam). Moga ditempatkan bersama golongan beriman.


*******


Bercerita pasal drama Jauh Dari Cinta (JDC), asalnya macam malas nak tengok sebab pelakon la kan hehe... Tapi novel tu dah baca. Cerita best. haha mana ada novel yang tak best, kalau saya yang baca kan... Biasalah minah novel. kbai


Baiklah ini sedikit sinopsis novel (samalah dengan drama kan)

Punca utama nak menonton sebab pengarahnya Raja Ahmad Alauddin dan penerbitnya Ziela Jalil. Jadi saya percaya naskah daripada mereka memang selalunya digarap dengan baik sekali. InshaaAllah tak ada kot insiden tergantung ;P

Tarikh tayang: 16 Jun 2014
Waktu tayangan: isnin-khamis 5 petang
Channel: 104 
Pelakon: Hafizul Ikmal. Alzana Nasir




*******

Sebaik saja selesai menonton 20 episod tanpa henti selama hampir empat-lima jam kot, sejujurnya drama ini memang adaptasi yang baik. Tidak perlu melebihkan kepopularan artis (hero&heroin) sebab skripnya bagus sekali.


Paling menarik, bagus pula si Anzalna berlakon. Kena dengan watak Nysa. Walaupun tidur bermaskara hehe... Biasalah.. Dan watak si Aqil ya Allah, memang menjadi. Ego dan degil dia mengancam. Hafizul yang melakonkan watak tersebut.


Apapun, selamat menonton. Lagi lapan episod je ....



eh, jap, ost pun best la :-









~~~ Sentiasa berdoa untuk Gaza dan semua umat Islam seantero dunia ~~~