CLICK & ENJOY

Friday, 20 December 2013

Tiga Serangkai


Ku cinta Kau Seorang, Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Ammara Batrisya, tiga drama yang  berjaya membuatkan diri melekap di depan kaca televisyen selepas drama Playboy Itu Suamiku gagal berbuat demikian terhadap diri ini hehehe... Alaaaa kata novel best, tapi mungkin i tak ada feel dengan pelakon utama tu kot. Hero budak beno!

Melayan karenah tiga drama ini mampu membuatkan diri mabuk kepayang sebab waktu tayangan berdekat-dekatan antara satu sama lain. Cuma nasib baik, tayangannya ada yang tiga hari, sehari dan dua hari. Makanya masih sempat balik rumah dari pejabat, ambil anak, masak makan malam, solat dan melekap ;P

Setiap drama punyai tarikan cerita masing-masing. Ada kisah-kisah yang dibaitkan membuatkan jalan cerita yang digarap berjaya menyentuh hati dan membuai kalbu.

Paling best nenek comel yang nyanyuk lakonan Ruminah Sidek hehehe...

Jom kita kenak-kenal tiga drama pilihan Anakacuk kali ini :-

Ku Cinta Kau Seorang :-
Drama ini mengisahkan tentang Batrisya (Amyra Rosli) yang dibesarkan di dalam keluarga berada, segala permintaan dan kehendak beliau dituruti oleh Dato’ Hisham. Ramai pembantu rumah terpaksa diberhentikan gara-gara kesalahan kecil. Suatu hari, Helmi (Remy Ishak), pekerja di restoran milik Dato’ Hisham telah menegur sikap biadap Batrisya. Hari itu, Batrisya merasakan telah memalukannya. Dia pergi menemui Dato’ Hisham di pejabat semata-mata ingin meminta ayahnya itu memberhentikan Helmi.

Helmi, anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan. Dia tinggal bersama-sama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang amat tinggi, jadi dia terpaksa melakukan banyak kerja. Dia sanggup berhabis wang demi neneknya yang dikasihi, satu-satunya saudara yang dia ada. Bagi Dato’ Hisham, cukuplah beberapa orang gaji terpaksa dia berhentikan tetapi bukan Helmi kerana dia mengenali Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak pernah mempunyai masalah.

Oleh kerana kecewa terhadap ayahnya yang tidak mahu memberhentikan Helmi, Batrisya pergi ke luar negara selama sebulan tanda mogok. Dato’ Hisham yang runsing memikirkan Batrisya pergi menemui rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu memanjakan anak perempuannya itu. Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Dato’ Hisham, beliau juga memberikan pendapat yang terbaik.

Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Apabila tiba di hadapan pintu rumahnya, dia amat terkejut melihat papan tanda ‘Untuk Dijual’. Batrisya bergegas ke restoran milik ayahnya, restoran itu juga telah ditutup. Batrisya berjumpa dengan Pak Cik Rahim yang kemudiannya menunjukkan surat mengatakan ayahnya telah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan hutang-piutang yang banyak.

Di dalam surat itu juga mengamanatkan Batrisya untuk belajar tinggal bersama Helmi dan neneknya. Sebaik sahaja sampai di rumah Helmi dengan alamat yang diberikan, Batrisya seakan-akan tidak percaya bahawa dia harus menghuni di rumah seperti reban ayam. Dia tidak rela dan cuba meminta bantuan kawan-kawan baik yang setia dengannya. Tetapi, apabila dia berjumpa dengan Maya dan Farah, ada sahaja alasan dan mereka tidak mahu menolong. Dia cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.

Batrisya sangat sedih apa yang menimpa hidupnya dalam sekelip mata. Dia menyalahkan takdir dan sanggup ayahnya meninggalkan dia begitu sahaja. Dia melangkah semula ke rumah Helmi. Helmi memberitahu Batrisya tentang undang-undang di dalam rumah seperti apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh. Batrisya tidak boleh duduk sahaja dan kena menjaga neneknya jika tidak sila keluar daripada rumah ini. Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya?

Ammara Batrisya :-

Ammara(Umie Aida) seorang gadis penuh misteri kerana hidupnya dilingkarai dengan duka. Dia dibesarkan oleh makciknya di Australia. Ammara terlalu obses dengan Batrisya(Erra Fazira) selebriti popular. Ammara sanggup melakukan apa saja untik dekatkan dirinya dengan Batrisy, satu insiden telah menemukan mereka dan mereka berkawan baik. Ammara bertukar menjadi seperti Batrisya!!

Bukan Kerana Aku Tak Cinta :-

Jebat seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas.


Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya!
 
 
 
~~~ Asyik Shaklee dengan drama pilihan je ekh... Lama tak cerita pasal ANAKACUK.. Esok lusa saya cuba membebel pasal mereka ~~~


Friday, 13 December 2013

The Heirs

Alhamdulillah, selesai sudah 20 episode The Heirs kekeke, sampai macam tu gayanya bila berjaya habiskan drama siri Korea kan. Maklumlah, lama tidak menonton siri kegemaran ramai. Muka lawo walaupun pembedahan plastik, katanya tetapi paling best adalah aksi lakonan pelakon. Mereka ni bila berlakon, mudah memikat hati penonton. Mimik muka yang jelas ketara dan babak-babak yang macam magnet, menarik je kita sebagai penonton untuk menonton.

Tidak dinafikan, walaupun jalan cerita drama Korea ni klise iaitu lelaki kaya raya yang wanitanya pula miskin hina hahaha ;P Namun, disebabkan penghayatan pelakon membawa setiap watak-perwatakan dengan begitu baik sekali membuatkan penonton selalu jadi macam saya.

Penonton akan senyum sumbing seorang diri dan ada yang sampai terbawa-bawa di alam mimpi, penonton juga jadi kemaruk sampaikan berangan dialah heroin tersebut atau penonton turut menjiwai watak apabila mampu menangis, merasai perasaan pelakon-pelakon yang sebenarnya hanya BERLAKON dalam drama terbabit.

Begitulah hebatnya drama Korea ini sejak dari dulu hinggalah hari ini. Tidak pernah kecap erti GAGAL. Sentiasa ada KEMENANGAN tersendiri pada setiap drama yang disenaraikan HITS. Bila belum habisnya episod ke episod, jiwa meronta minta dipercepatkan, dihabiskan segera. Malangnya bila habis saja, alahaiii rindu mendalam dekat watak-watak tersebut.

Selain kehebatan pelakon, The Heirs juga menampilkan OST yang menggetarkan jiwa, mencairkan perasaan malah mampu menjadikan pendengar seakan memahami setiap baris kata. Hahahaha yelah, bukankah lirik dalam Bahasa Hungul ;O Alunan melodi yang mendayu tu kadangkala menjadikan air mata mengalir sendiri tanpa disuruh-suruh. Punyalah maha dahsyat bahana drama dan lagu dari drama Korea ni ekh :O

Di samping pelakon yang hebat ia turut disulam dengan OST yang menarik malah paparan lokasi yang indah terus memantapkan lagi siri drama Korea. Lihat sajalah, rumah, kostum, propos lokasi luar dan kebanyakan tempat di dalam drama The Heirs? Semua cantik macam selalu. Macam drama-drama Korea yang lain. Sampaikan ada rasa ingin ke sana, menetap di sana. Oh ya, sedia maklum, adakalanya stesen terbitan drama di Korea berupaya membina rumah untuk digunakan sebagai lokasi drama mereka. Contoh, Full House, Winter Sonata, Secret Garden dan kemungkinan The Heirs pun ada kot :O

Disebabkan lokasi dan keindahan itu membuatkan Korea menjadi pusat pelancongan paling pesat dekad ini. Haaa macam itulah yang harus dipertingkatkan dalam industri seni Malaysia. Selain meningkatkan kualiti drama dna filem tempatan, turut mendapat tempias industri pelancongan negara.

Justeru, marilah kita bersama hayati lagi-lagu AWESOME sebagai pengubat rindu terhadap Eun Sang dan Kim Tan dan juga bagi mereka yang sukakan si Young Do dan lain-lain watak dalam The Heirs.










~~~ Menanti drama-drama Korea akan datang phewwww ~~~

Monday, 9 December 2013

The Heirs

Sepetang menikmati soundtrack song drama The Heirs
alahaiii bilalah episode 19 dan 20 nak keluar ;p









Sijil Cuti Sakit (MC)

14 hari bercuti, akhirnya esok adalah hari penghabisan. Kenapa bercuti? Uwaaaaaaa akhirnya unborn baby yang sudah tiga bulan di dalam rahim mommy pergi juga tinggalkan semua yang menanti kehadirannya Mei tahun depan.

Rentetan MC :-

25 November berakhirlah segala-galanya. Ranaplah impian dan punahlah harapan mommy dan daddy untuk menanti cinta hati kami yang ketiga. Tapi apapun, kami redha atas setiap yang terjadi. Sudah tertulis, peristiwa itu akan menjadi antara kisah sejarah dalam hidup kami suami isteri.

Selama ini seringkali tertanya-tanya, 'macam mana ada wanita yang tidak perasan beliau mengandung'. Makanya, Allah beri peluang untuk merasainya. Tiga bulan atau hampir 13 minggu dalam rahim mommy, sayangnya langsung mommy tidak perasan. Cuma dua minggu sebelum gugur tu, teringin nak buat pemeriksaan sebab badan kerap letih dan rasa macam gemuk dan bisikan hati mengatakan mommy macam mengandung. Instinct seorang ibu! Sukar mahu dijelaskan ;O

Urine test yang dilakukan di Gill Clinic, jelas menunjukkan mommy mengandung. Senyuman di hati mekar semekar-mekarnya. Walaupun teringatkan si lasak yang dua orang itu, mommy gembira je terima berita macam ni kekekeke

Sayangnya, beberapa hari selepas memperoleh berita gembira itu, bleeding muncul tiba-tiba :( .... Makin hari makin teruk. Last bleeding, jam 4 am pagi 25 November, fresh blood! Pagi tu, terus ke Columbia Asia, jumpa Dr Intan dan buat ultra sound. Denyutan jantung dah tak ada. Mommy pasrah :"( ....

Paling terkejut, unborn baby dah tiga bulan!!!! Paling sedih, unborn baby dah seminggu tidak bernyawa dan sebab tu bleeding! Esoknya, Dr arah buat DNC.

Kembali semula ke Columbia Asia untuk DNC, Dr Intian buat scan menerusi vagina. Jelas kelihatan rapuhan ketulan daging unborn baby. Uri pun dah lembik sebab tiada lagi oksigen. Ohhh sedih sangat. Pandang muka daddy, monyok je sedih :'(.... Hati menangis siapalah yang  tahu kan kan...

Cuma tak terkeluar air mata sebab fikir positif je dan lagipun anak ketiga, tak mahu 'over' sangat ye. Alahaiii anak mommy,  maaf sayang! Sesungguhnya mommy memang tidak tahu akan 'kemunculan' mu sayang.....
DNC sakit tak? Soalan yang menjadi kegilaan ramai dan diajukan kepada mommy. Alhamdulillah sepanjang proses bleeding, DNC dan sesudah DNC, tiada sebarang rasa sakit dirasai. Tak tahu nak cakap macam mana tapi memang tak sakit. Huhuhu agaknya spesis tahan sakit atau rasa beranak lagi sakit daripada sakit gugur kot!

Hari ini, 9 Disember, kembali bekerja semula. Puas berpantang di Muar dan kata mak pantang gugur 22 hari. Makan minum masih perlu dijaga. Pesan Dr Nor Intan Zainal Shah pula, kasi badan sihat, kosongkan tiga bulan lepas tu ada rezeki, Inshaa'Allah pasti ada isi lagi hehehe...

Mula-mula Dr Intan nak beri supplement sebab bila ditanya nak cegah atau hamil, mommy pilih hamil. Tetapi supplement tak jadi beri sebab mommy beritahu dah ambil set Shaklee. Beliau pun kata bagus dan teruskan supplement Shaklee itu.

Menurut laporan makmal, keguguran yang dialami ini adalah biasa. Bukan sebab genetik mahupun penyakit juga bukan sebab kanser. Ia adalah keguguran yang disebabkan hormon tidak stabil. Penat, tekanan dan sebab tak tahu mengandung makanya tidaklah menjada tingkah laku kan ;o

Itu sajalah perkongsian sedih sikit untuk hari ini. Walaupun unborn baby tu anak ketiga, tetapi dia tetap anak mommy dan daddy. Walaupun kehadirannya tidak diketahui langsung, namun dia tetap menjadi kenangan untuk kami. Jika saat itu sudah ditiupkan roh, bertemulah kami nanti diakhirat, InshaaAllah. Dan jika tidak, biarlah ia menjadi pengalaman dan sejarah buat selama-lamanya.



~~~ Berpantang kali ketiga tanpa baby tetap menjalankan rutin berpantang 44 hari. Berurut adalah saat paling seronok! Segar badan~~~