CLICK & ENJOY

Thursday, 21 November 2013

Bila Disahkan Mengandung Lagi????


Mengandung lagi? Apa perasaan anda jika khabar itu disampaikan si Doktor atau alat ujian air kencing? Sama ada teruja? Terkejut? atau ter ter dan ter?? Tak apa, bertenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskanperlahan. Buat sebanyak tiga kali. InshaaAllah anda akan kembali tenang dan bertenaga untuk berfikir ;O

Haaaa, kalau memang dah nak anak, mestilah teruja dan seronok. Tapi jika bukan dalam perancangan anda, mungkin anda mula khuatir dan takut. Terutama, anak yang sedia ada baru setahun jagung atau masih baby atau masih kecil, belum mencecah usia sewajarnya untuk diberikan tanggungjawab sebagai abang mahupun kakak.

Namun, percayakah anda pada rezeki? Percayakah anda pada yang tersurat dan tersirat? Pada pena yang menulis sejak azali? Pada Penulis Yang Maha Mengetahui?

Itu semua bukan mustahil andainya memang sudah ditakdirkan anda mempunyai rezeki dalam bentuk itu. Cara itu dan pada waktu itu. Yang ada disekelilingnya cuma penyebab.
Sekiranya betul-betul belum bersedia, anda sendiri sepatutnya mengelak. Pelbagai cara ada sekarang. Tetapi tanpa sempat mengelak, sudah 'terkena' redha saja. Anugerah barangkali. Pembawa rezeki. Terimalah dengan senyuman dan hati yang  terbuka. Pupuk rasa seronok menerima kehadiran 'insan baru' walaupun tidak dirancang.

Jika itu berlaku pada saya? Hehehehehhehe tanya diri sendiri pula ye mommy oiiii ;p Mestilah saya seronok je walaupun si Aniq baru tiga tahun dan Ruhee baru setahun lalalalala

Katakan ter'mengandung lagi, saya redha dan terima dengan lapang dada. Beranak tahun depan pada usia ke-30. Lengkap tiga anak. Masa tu Aniq dah empat tahun dan Ruhee dua tahun. macam comel je! Macam cantik je! Berderet anak den hahahaha

Lagipun, tak boleh salahkan sesiapa jika ditakdirkan mengandung anak ketiga sebab memang saya tak jaga. Hanya BF sepenuhnya cuma period dah datang sejak Ruhee berusia lapan bulan. Hmmmm eh macam ada je.... macam ada je..... Perasaan berangan nak mengandung. Sukakan ko mommy oiiiiii suka sangat ekh hahaha memang suka mengandung cuma bab beranak je seriau tapi dah kena lalui okey je ;O

Zaman ni kena kira kos hidup. Nursery pun dah berharga 380 ke 450 dalam RM untuk seorang anak. Pengasuh je masih boleh dijadikan pilihan kerana rata-ratanya masih kekal dengan harga 270 hingga 250 dalam RM. Cuma nak mencari yang terbaik itu susah. Kena rajin survey, rajin recce dan rajin bertanya. InshaaAllah, penat lelah dan usaha itu mesti dipermudahkan Allah satu hari nanti.

Tapi percaya je anak itu rezeki. Rezeki dalam bentuk apa kita tak tahu. Mungkin bukan duit jatuh selepuk dekat tapak tangan tapi duit sentiasa ada walaupun menangung anak-anak yang ramai.

Entahlah susah nak cakap. Tapi masa saya kecil, dengan adik-masih kecil dan ayah hanya bekerja sebagai tukang masak hospital dengan gaji pada zaman itu dan harga barang ketika itu, tiga angka sebulan, alhamdulillah sihat je kami. Belajar sampai universiti.

Ayah dapat rasai senang bekerja masa tiga tahun sebelum pencen, dinaikkan pangkat dapat rasa gaji empat angka, boleh bawa kereta saya pergi kerja sampai dia pencen, terus dapat naza blade. Nampak rezeki itu bukan selepuk dapat sekelip mata. Ambil masa. Paling saya banggakan, bila pencen, ayah tenang, tak ada hutang ditanggung. Pencen, duduk rumah, bela pokok bunga dengan si Nobel hehehehe :O

Ayahlah idola saya dalam membesarkan anak-anak. Biarlah orang kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, asalkan rezeki yang diperolehi bersumberkan daripada yang halal. Rezeki Allah itu luas. Ada di mana-mana. Apa risau!

~~~ Jadi, beranaklah, takyah nak rancang sangat terutama yang baru saja berkahwin. Kalau nak rancang sangat, beranak dulu anak pertama lepas tu baru rancang ~~~

Tuesday, 19 November 2013

Sekadar pandangan

Hanya kerana memperoleh 5A dalam UPSR, seorang pelajar di Kelantan menerima hadiah istimewa daripada ibu bapanya - sebuah mini cooper. Indah sungguh nasib pelajar itu kan!

Entahlah, mungkin itu rezeki budak tu sebenarnya. Lagipun ayah dia dah berjanji sakan jadi bila ditunaikan si anak, si ayah kenalah bayar janji. Lagipun, ayah dia mampu jadi apa kisah hehehe :)

Cuma seramnya andainya hadiah-hadiah mahal seumpama itu mampu 'menjunamkan' anak, bagaimana?

Persoalan yang tiada jawapan sebab ia terpulang pada individu itu sendiri khususnya ANAK!

Anak yang menerima pengiktirafan sejauh itu perlu tahu landasan hidupnya. Itu sajalah pesanan khidmat masyarakat daripada saya hahaha

Pendapat saya? Selaku seorang anak, ayah dan emak ketika 'tumbesaran' saya tidak pernah menjanjikan apa-apa walaupun sekecil hadiah. Apatah lagi sebesar hadiah. Selain kemungkinan hidup dalam kesusahan, ayah memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang bijak bermain kata nasihat.

Nasihatnya :- "Belajar untuk diri sendiri. Biar faham apa yang dipelajari untuk digunakan pada masa depan. Kalau kau belajar dengan baik, kau juga senang. Ayah dan emak tak dapat apa-apa, cuma tempiasnya saja. Selagi ayah mampu tanggung pengajian kau, belajar sampai berjaya. Yang senang esok kau!"

Mudah tak? Jadinya selama saya membesar, saya belajar mengikut 'roda kehidupan' yang mana 'pembelajaran' itu sudah termaktub dalam diari kehidupan masing-masing.

Memang pada awalnya tak nampak tujuan belajar tetapi lama kelamaan, apabila diri kian dewasa, ia jelas kelihatan. Perlunya belajar? Perlunya memiliki segulung sijil, diploma mahupun ijazah!

Mungkin ayah orang lama, itu cara didikannya sebab ayah juga dilahirkan dalam keluarga susah. Mungkin lagi susah dengan adik beradik yang sebelas itu. Namun, semuanya berjaya dalam hidup masing-masing :O

Jadinya, Aniq, Ruhee dan bakal adik-adik korang, maaflah! Mommy dan daddy memang sepakat takkan menjanjikan apa-apa yang terlalu LUAR BIASA untuk kalian dan pesanan khidmat masyarakat untuk kalian,

"BELAJAR ADALAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. BELAJAR BUKAN KERANA PERIKSA TETAPI KERANA MAHU FAHAM APA YANG DIPELAJARI SUPAYA DAPAT DIGUNA PADA MASA DEPAN!"

Kes :- Tiap kali Aniq menghadapi luka dimatanya, memang tak adanya nak janji macam-macam hanya sebab untuk dia buka mata. Cuma cakap, "Aniq cubalah buka mata tu perlahan-lahan sebab Aniq yang susah. Ruhee main sorang je tu, kesian dia. Aniq buka mata cepat, cepatlah Aniq dapat main dengan adik!"

Aniq faham, dalam diam, siap masuk bilik, (mungkin gelap) dia cuba membuka matanya, bila mommy jenguk, dia suruh mommy jangan tengok. Jadi mommy intai, dia memang berusaha. Ya, walaupun selepas empat hari :P Mungkin Aniq dah rasa bosan dengan mata terpejam selama waktu itu! Tahniah Aniq :O





~~~ Mendidik anak dengan bermacam kaedah cuma gunakan logik akal. Mungkin boleh umpan dengan apa saja tapi biarlah berpada hehehe ~~~

Friday, 15 November 2013

Kisah Dua Beradik Versi Macam-Macam


  • Ruhee Ayra adalah pelajar terbaik manakala Aniq Raheel adalah guru terbaik. Gandingan mantap kedua-duanya amat menakjubkan mommy dan daddy.  Ajarlah apa saja, semua ditangkap dengan cepat dan pantas. Apa yang ditunjuk, semua dapat diingat dengan jelas. Sayangnya, bila ada yang dipelajari itu bukanlah sesuatu yang manis.
  • Mungkin akibat tinggal bersama pengasuh, bercampur dengan kanak-kanak yang besar daripadanya, kadangkala ayat-ayat yang keluar dari mulut Aniq memang mendukacitakan. Hahaha ayat nak dukacita gitu!  Adalah kadang-kadang  dia sebut "sepak kau", "ni aku punya" haishhhh merentan ler mommy bila dengar. Lebih-lebih lagi bila dia cakap dekat Ruhee. Aniq... Aniq...
  • Bab bahasa ni susah nak cakap, sejauh mana kita kawal, esok lusa, dia bergaul juga dengan budak-budak yang memang menggunakan bahasa macam tu. Hmmm... Yelah, bukan apa cuma tak sedap dengar aku-kau, macam dah besar sangat tapi bila fikir balik perkataan aku-kau tu memang wujud dalam kamus dewan bahasa, kalau bahasa inggerisnya I-You.
  • Cuma, kalau boleh, biarlah indahkan bahasa itu ye tak. Jadikan kebiasaan. Cuba ajar Aniq bahasakan terus nama dia "Aniq" bukan "Aku".  Memang setiap kali dia sebut perkataan yang dikatakan ganas itu, memang mommy ke daddy ke tegur je dia, nanti dia betulkan balik siap cakap, "sorry mommy, sorry daddy" kalau dia cakap kat Ruhee dia sebutlah 'Sorry Ruhee" hahaha sweet talker ;p
  • Adik pula, apa saja tingkah laku abang, cepat saja dia ikut. Abang menyorok balik langsir, dia pun sama. Abang nyorok bawah meja, ngesot-ngesot dia merangkak mengekor. Hish, geram sungguh. Macam comel je ekh budak berdua tu! Adik cepat belajar sebab dah ada cikgu - Aniq la kan kan... Laju je dia bila abang ajak sepahkan rumah. Sebut je "Baby jom sepahkan rumah" wahhh Ruhee yang teruja semacam haha macam faham!
  • Ruhee, gigi tak tumbuh lagi, jalan tidak lagi tapi kuat cemburu, lebih-lebih lagi kalau Aniq saja peluk-peluk mommy, manja-manja, atau saja mommy cakap "Aniq nak susu mommy" haaa teruslah minah kecik tu jerit sambil rebut dengan abang nak baring dekat peha mommy. Dahsyat okey Ruhee ni, boleh tahan lasak dia.
  • Paling dahsyat, kaki memanjat. Aniq dulu tak ada sangat. tapi yang  adik ni tahan daya  lasak hahaha... Setiap anak punyai perangan masing-masing. Tak apalah mommy enjoy je. Kalau jatuh, sendiri sakit kan kan ;p Janji korang sihat, aktif dan saling bermuafakat.

~~~ Itu aje untuk kali ini perihal #anakacuk mommy dan daddy. Biasalah, Jumaat hari melayan perasaan. Siap dah dua 'story' hahaha story anak-anak LOL ~~~

Mengandung Sambil Menyusui




Kebanyakan ibu menyusukan anak mungkin menghadapi sindrom RISAU apabila disahkan mengandung walaupun sesi penyusuan kepada anak yang sedia ada masih berlangsung. Kemungkinan rasa ingin tahu sama ada masih BOLEH atau TIDAK untuk meneruskan penyusuan bermain di minda.

Mengambil beberapa tunjuk ajar daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan secara profesional, rata-ratanya mengatakan BOLEH menyusukan anak walaupun sedang mengandung.

Antara tips yang boleh diguna pakai adalah :-

- Keperluan Susu Ibu (FAKTA)
Selepas bayi berusia enam bulan ke atas, susu ibu bukan lagi menjadi sumber makanan utama untuk anak menyusu badan. Ibu wajar menyelitkan menu lain seperti nestum (makanan kedua paling lembut) selepas susu ibu. Apatah lagi sekiranya ibu disahkan mengandung!
   Bagaimanapun, penyusuan susu ibu secara terus (direct feeding) dan EBM (stok susu) boleh diteruskan kerana KEGUGURAN akibat menyusukan anak ketika mengandung adalah MITOS semata-mata.
   Paling penting, dapatkan informasi mengenai hal berkenaan daripada pakar laktasi, doktor (berkaitan) untuk lebih faham. Lagi bagus kan kan kan :P

- Pedih Puting
Ia memang terjadi sejak awal kandungan lagi. Tiba-tiba puting rasa sakit apabila anak memulakan sesi penyusuan. Itu juga boleh dijadikan antara tanda anda mengandung! Mengikut laman web babycentre.com ia terjadi kerana puting agak lembut (fragile) ketika mengandung  kerana ia sudah bersedia untuk sesi penyusuan anak yang berada dalam kandungan.
   Sebenarnya rasa sakit itu wujud kerana puting anda mahu jadi lebih kuat (tough) untuk penyusuan bayi seterusnya. Usah risau, tahan saja hahaha janji anak kenyang atau alihkan perhatian ketika menyusukan bayi seperti membaca, mengaji, dengar lagu atau ulit rambut anak ataupun oles-oles wajah anak yang montel dan comel itu.

- Gaya Menyusu dan Nikmatinya!
Selesakan diri dengan posisi baring  ketika sesi penyusuan berlangsung terutama apabila kandungan mula besar.  Jadikan sesi penyusuan itu seperti  pertemuan mini (gathering) antara anak yang sedang menyusu dengan anak yang di dalam kandungan. Bercakap dengan kedua-duanya, supaya hubungan yang boleh dianggap umpama 'halusinasi' itu menjadi akrab sebaik saja unborn baby (adiknya) keluar nanti.

- Tendem Nursing
Berazamlah untuk meneruskan penyusuan ketika sedang mengandung seterusnya berniat untuk menyusukan anak yang masih di dalam kandungan. Dengan cara itu, InshaaAllah, susu yang sedia ada bertambah banyak malah kedua-duanya akan mendapat faedah malah hubungan antara kedua-dua adik beradik itu kelak lebih akrab sebab berkongsi 'sesuatu milik ibu' yang sama!
   Selain hubungan indah itu, tendem nursing membantu menguranglan bengkak susu terhadap ibu selepas mereka bersalin memandangkan anak yang besar dapat membantu MENGOSONGKAN payudara dengan efektif. Biasalah bayi baru lahir, hisapannya sekurang-kurangnya 2oz je kan setiap penyusuan.

Itulah antara yang dapat dikongsikan. Cuma usah risau kalau susu dipam MERUNDUM tiba-tiba saat mengandung kerana ia memang berlaku. Berikan saja pada anak yang masih memerlukan. Cuma jaga pemakanan, lebihkan makanan yang bervitamin, mempunyai kalori mencukupi dan sebagainya.
   Fokus terhadap pengambilan bijirin penuh seperti nasi perang dan bijirin, buah, sayur segar dan makanan yang memberi pelbagai sumber terbaik seperti zat besi, kalsium, protein dan sebagainya.
   Oleh itu, teruskan menyusu tanpa BIMBANG! Susu ibu sangat lazat berkrim dan disukai anak-anak. Sihat bersama susu ibu ye!



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14) - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/01/mengapa-susu-ibu-diceritakan-dalam-al.html#sthash.JqWaRSUT.dpu
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14) - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/01/mengapa-susu-ibu-diceritakan-dalam-al.html#sthash.JqWaRSUT.dp
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14) - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/01/mengapa-susu-ibu-diceritakan-dalam-al.html#sthash.JqWaRSUT.dpuf
~~~ Macam ilmiah pula rasanya entri kali ini. Haihhhh Ni untuk kita gak, mana tahu boleh dibaca ketika menghadapi 'saat itu' hahaha ~~~

Friday, 8 November 2013

Qasidah yang kian popular dekad ini

Pernah dengar Qasidah? Mungkin di Malaysia ia baru saja bermula tetapi saya dah mengenalinya sejak bersekolah agama di Johor lagi. Cuma, tidak dipraktikkan sebab mungkin Qasidah biasanya dialunkan beramai-ramai baru sedap. Atau dengan kata lain, dulu zaman sekolah selalu ada dekat sekolah bersama cikgu mengajar Qasidah tetapi bila tamat sekolah makanya tamat juga Qasidah, berzanji dan zikir beramai-ramai.

Maksud Qasidah?

Mungkin ramai kelihatan pelik kenapa mereka yang mengalunkan Qasidah siap bergoyang kepala dan mengangkat tangan bagai. Mengalahkan tengok konsert Kpop! Haaa itulah, siapa cakap hiburan Islam tidak seronok.

Berbalikkepada maksud Qasidah, pengertian Qasidah ialah puisi atau syair puji-pujian untuk Rasulullah SAW. Kebanyakan intipati Qasidah terutama yang paling popular ialah Ya Hanana, lebih menjurus kepada memohon syafaat Rasulullah, memuji baginda dan sebagainya.

Sangat menarik dan boleh dipraktikkan... Rasa macam nak suruh Aniq belajar, gantikan Mommy yang tidak lagi pandai mengalun puisi iarab yang menarik itu :)







Wednesday, 6 November 2013

Love You, Mr Arrogant!

Klise... Drama adaptasi biasa-biasa. Menarik ke tak menarik ke yang pasti jalan ceritanya sama saja. Dunia nyata, tak tahulah wujud ke tidak babak-babak yang sama dalam drama-drama adaptasi ini. Biasalah, novel adalah dunia imaginasi penulis. Mentuturkan apa saja yang penulis rasakan dia mahu. Berangan, angan-angan dan impian disampaikan mengikut rasa hati dan bakat sedia ada.

Namun, tetap mendapat sambutan ramai terutama yang tegar menjadi pembaca novel Melayu. Walaupun "DAH TAHU" jalan ceritanya tetapi masih mahu menonton kerana bagi pembaca yang menjadi penonton, mungkin penghayatan yang diperoleh lebih mendalam manakala sentuhan naskah ke skrin turut memberi impak yang lebih berkesan.

Minggu akhir Mr Arrogant ... Apakah yang bakal di hadapi dua pasangan ini? Mustahil untuk tidak bahagia kan hahaha klise ler tu.. Tapi apapun pastinya penonton enjoy. Kalau tak, takkan mampu mengumpul hampir berjuta penonton saban waktu ditayangkan.

Maghrib jangan lupa buat.

Ohh, saya tak menonton sebenarnya hehehe baru tengok sikit-sikit dari website/blog yang memuat naik drama tersebut untuk ditonton secara online. Itupun selepas membaca banyak status di laman sosial yang menyatakan drama itu best. Hmmm

Tapi OST Mr Arrogant best okey!

#layan