CLICK & ENJOY

Tuesday, 29 October 2013

1st Birthday Party, Ruhee Ayra

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Bermula dengan persiapan, kehadiran, acara, semuanya ok. Paling menarik kek Ruhee Ayra yang sangat awesome.. Walaupun nama Ayra jadi Arya, tapi tak apalah, janji sedap huhu


Sekitar majlis si kecil lentok mommy dan daddy :-

Wajah yang diraikan petang itu

Sentiasa Membantu

Abang yang sibuk

Nama Ruhee jadi Huree haruslah dibetulkan

Dekorasi oleh pekerja Kelab Sg Ujong

Buffet in action!

Macam banyak je! Macam banyak je!

kehadiran ahli keluarga

Tetamu penting petang itu

Birthday girl with Nali Vellama

Makyong kawasan datang tu!!!

Si Lawyer yang busy 'bercinta' lertu

Ruhee dengan mama Ita



Tokey kek! beliau adik Roa Apiz Daara Cake

Cinderella comel

Dekorasi comel oleh mommy!! yeayyy

Macam cute je hahaha

Mereka sedang 'teruja' dengan kek comel itu

pinggan senget

Simple je

Mokcu sebagai penyanyi latar

Anak dara den!

BFF sepupu dan anak masing-masing

Anak buah mokcu yang awesome

Masa untuk bermain

Abang Aniq take part juga

Bukan Aniq yang menang tapi atok dan mak hahaha Aniq tolong berikan hadiah je

Antara kawan-kawan yang sudi hadir

Gaya Ruhee

Untunglah bila abang Aniq pun dapat hadiah

Muka bangga dapat hadiah
~~~ Alhamdulillah, akhirnya selesai majlis ulangtahun pertama Ruhee Ayra. ~~~

Wednesday, 23 October 2013

Gurindam Telinga













Thursday, 17 October 2013

Mengomel Seorang Diri

Setiap hari hanya memikirkan, bilalah masa akan berlalu. Masa yang sedang ditempuhi. Walaupun memang kusedari kerjaya seperti ini membawa sejuta persoalan yang muncul tiba-tiba namun, jauh dari sudut hati mahu kembali ke asal. Aku bukan yang kuat bekerja demi kerjaya idaman tetapi aku bekerja kerana mahu langsaikan hutang piutang terutama pinjaman ketika belajar muhahahaha.... (serius)

Haihhh dah puku 5.30 petang ketika jari jemari montok comot ini sedang petah menaip baris kata. Dua berita sudah diemel, menanti maklum balas. Hati dah sampai rumah ni, macam sedang bermain dengan anak-anak. Tak best sebab, kerja waktu begini, susu yang dipam pun tak mencurah-curah seperti selalu. Mungkin waktu mengepam dah beralih dan selalunya waktu petang memang susu sedikit kurang.

Hmmm... Sebenarnya diri memang manusia pagi. Semuanya mahu pagi-pagi walaupun mata layu tak bermaya tetapi rasa diri cergas dan tenang. haihhh inilah keadaan apabila bekerja seperti ini. Kena redah dan redha. Sabarlah duhai hati. Dugaan ini kecil untuk kamu kerana masih ada kawan-kawan di sekeliling kamu menghadapi dugaan yang lebih mencabar di sini.

Lepas ni, ada pertukaran besar-besaran, dengarnya la. Alahaiiii tiap kali mendengar kata-kata mulut ke mulut itu, memang tak keruan rasa diri. Hanya pada Allah berdoa supaya hati yang berbolak balik ini kembali tenang dan terima ye kena berusaha menerima apa saja dengan tabah! walau.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




~~~ Chaiyo wahai diri. Dah pertengahan bulan pun. InshaaAllah, kalau di situ iaitu tempat asal itu milikmu, ia pasti menjadi milikmu ~~~

Monday, 14 October 2013

Salam Zulhijjah 1434H



Selamat menyambut Adiladha. Harapnya setiap pengorbanan yang pernah, sedang dan akan dilakukan adalah perngorbanan terbaik dan yang diredhai Allah.

Esok tarikhnya. Dua tahun sudah tarikh 10 Zulhijjah datang. Maka dua tahun juga arwah atok kesayangan pergi meninggalkan semua yang masih bernyawa di muka bumi Nya. Perginya pada dingin subuh 2011 bersamaan 1432 hijrah masih terasa. Pergi dalam tidur bersama sarat sakitnya yang ditanggung bertahun lama. Akhirnya dia pergi menyahut panggilan Pencipta dalam keadaan paling tenang tanpa raungan bagi menyambut huluran salam sakaratul-maut.

Selain perginya Tok Yah, dua tahun juga pengalaman menjaga Aniq Raheel yang demam panas tanpa kebah, ulang-alik ke hospital di Muar lalu ke klinik namun tiada jawapan. Ambil darah, lakukan X-Ray tetapi masih tiada apa-apa sambil di rumah saat itu, keadaan sibuk dengan menyiapkan peralatan, pelakuan menyempurnakan jenazah seorang insan yang amat disayangi.

Alhamdulillah, Aniq pulih sekembalinya ke Seremban selepas seorang ustaz dari Daru'Syifa mengubatinya dengan ayat Quran yang sempurna. Saat itu tenang rasa jiwa, hilang resah gelisah menghadapi ujian yang sekejap dari Allah untuk kami suami isteri.

Dan esok, 10 Zulhijjah kembali lagi. InshaaAllah beraya di Sedang hari ini. Kenduri di rumah arwah pak njang, menemani mak njang sambil berkumpul bersama keluarga besar saya. Ohhh Muar sunyi tahun ini. Sepi-

Tak pernah begini rasanya :( .... Masih terngiang suasana beraya Aidiladha di Muar. Miss Muar a lot


~~~ Pengorbanan tidak mengira apa yang dikorbankan walaupun sekelumit perasaan ~~~

Friday, 11 October 2013

Happy 1st Birthday Ruhee Ayra

Alhamdulillah, setahun berlalu dengan pantas. Ruhee Ayra, si kecil saya semakin membesar dengan baik. Syukur, hasrat untuk melihat Ruhee membesar dengan susu ibu tanpa campuran susu formula, berjaya untuk tahun pertamanya. Semoga usaha untuk setahun lagi dipermudahkan Allah.

Ruhee Ayra dilahirkan tepat jam 8.39 pagi pada 10 Oktober 2012, di Hospital Columbia Asia, Seremban. Sakit melahirkan masih terasa tetapi kerana sakit itu nikmat paling indah anugerah Ilahi, kelahiran Ruhee disambut dengan riang dan hati terbuka.

Apatah lagi, anak kedua, si puteri comel ini mudah dikeluarkan. Sakit yang bermula sekitar jam empat petang 9 Oktober 2012 melarat hingga ke malam dan seterusnya sampailah ke pagi 3.30, 10 Oktober lalu. Pagi dingin itu, dengan pengalaman melahirkan Aniq, keadaan boleh dikawal, sempat membasuh sisa pakaian, mengemas sisa kotoran di dapur malah sempat menunaikan solat sunat sebelum menelefon mak di kampung supaya dapat datang ke Seremban untuk menjaga Aniq.

Bergerak ke hospital tepat jam empat pagi, sempat singgah seven eleven hehe... Haus pula kan kan... Aniq yang lena tidur diangkut bersama ke labour room. Sudahnya, Aniq bangun sebab terberak sama dengan mommy dia yang berak sebab baby dah ke bawah menekan. Mandikan Aniq, siapkan dia, layan karenah dia dalam labour room, itu semua menjadi memori paling berharga.

Sampailah jam tujuh pagi, mak dan ayah selamat sampai, serah saja Aniq pada tangan atok dan mak dia, daddy kembali meneman mommy sambil menyelak buku nama bayi mecari-cari nama baby. Tepat jam tujuh lebih tu, bukaan dah lapan cm dan seterusnya sepuluh cm saat jam menunjukkan kira-kiran 8.30 pagi.

Zupppppp, beberapa kali teran, berkongsi teran dengan Dr Intan, Ruhee Ayra bersalut ketuban, berjaya dikeluarkan dengan selamat, cukup sifat dan sihat sempurna.

Alhamdulillah, Ruhee Ayra yang bermaksud bunga/jiwa yang alim sememangnya membawa berjuta kegembiraan.

Selamat Hari Lahir Pertama Ruhee Ayra !!!

Mommy, Daddy, Abang Aniq dan semua orang yang mengasihimu sentiasa mendoakanmu yang baik-baik belaka..

~~~ Merancang majlis sambutan ulangtahun hari lahir pertama puteri kesayangan hamba ~~~

Friday, 4 October 2013

Hari Ke-5


Hmmm lima hari dah menikmati waktu kerja yang berbeza seperti selalu. Banyak pro dan kontra yang ada sebenarnya. Keselesaan bekerja sebenarnya sama saja jika kita ikhlas dan terima apa yang berlaku. Yalah, ni bukan syarikat atok saya kan kan ....
Untuk saya? Lebih selesa dengan waktu kerja lama, masuk awal jam sembilan pagi dan balik lima petang cuma kadang-kadang bukan menjadi mustahil balik pukul enam ke lapan malam. Itu normal dan lumrah kerja seperti ini.
Apa yang penting, waktu dengan anak-anak. Saya lebih suka menghabiskan masa malam bersama keluarga terutama anak-anak yang masih kecil. Masih perlukan perhatian dari seorang Mommy. Daddy balik lambat itu biasa dan sepanjang saya bergelar isteri dan Mommy, tak pernah saya rasa Daddy perlu balik awal. Dari A-Y saya buat tinggal yang Z je Daddy buat hahahaha
Sejak menggantikan rakan sekerja yang cuti bersalin, saya ke meja beliau untuk sebulan. Masuk jam 12 tengah hari dan balik jam lapan malam. Meja berita dunia, memanglah masuk lambat sebab import berita dari luar, gamaknya. Kerjanya hanya menterjemah apa saja jenis berita yang menarik. Oh ya, saya lebih gemar yang simple dan ada human interest. Almaklum, bukan pembaca tegar berita dunia terutama hal berkenaan politik dan perang sana-sini.
Tapi bila dah kena buat, semua kena belajar. Kena tahu serba sedikit masalah global. Sampaikan terdetik di dalam hati "ohhhhh negara ni wujud... Ohhhh macam tu rupanya krisis negara ni.." Jadinya, dapatlah pengalaman sedikit sebanyak.
Bagaimanapun, sebab kehidupan harian saya umpama 'nomad' jadinya jikalau boleh, ia bukan pilihan. Seremban ke KL setiap hari, balik lewat, ohhh mohon dijauhkan. Dengan keadaan sekeliling yang berbahaya ditambah, mengantuk ketika memandu malam manakala otak asyik nak bergegas ambil anak-masak-susukan anak ohhh saya tak kuat! Yang sekejap inipun, baru lima hari, setiap kali ambil anak-anak di rumah pengasuh, si Aniq dah sedap tidur manakala si Ruhee nampak saja kelibat Mommy dia dah macam nampak botol susu bergerak. Sudahnya, kerja rumah tidak sepenuhnya siap, mandi tak sempat, makan pun tak tersuap sebab nak dahulukan si kecil yang rindu susu Mommy. Hmmm... Jika ia benar-benar terjadi? Memang sesuatu yang sukar dijangkakan sebenarnya. Kalau ikut kata hati berhenti saja kerja. Tapi siapa nak tanggung hutang-piutang keliling pinggang. Bukankah saya bekerja sebab nak bayar hutang kan kan... Hmmm tak terjangkau untuk saya fikirkan.
 
  ~~~ Rasa mabuk-mabuk lalat menatap skrin mencari apalah berita yang menarik? Kadangkala menarik dekat kita tetapi tidak untuk orang lain ~~~