Posts

Showing posts from September, 2013

Cerita Si Kecil Ruhee

Bercerita mengenai Ruhee Ayra kerana bulan sepuluh sudah melambaikan tangan tanda selamat datang. Ya, sekejap sudah hampir setahun saat bersalinkan si Ruhee. Bermakna Ruhee pun dah besar. Bermakna lagi, perlulah sesi pemperosesan anak ketiga dimulakan dengan penuh semangat. Oleh itu projek mega dirasmikan.

Apa yang menarik tentang anakacuk kedua milik saya ini? Menjengah ke usia setahun, Ruhee masih menggunakan produk susu ibu sebagai sumber utama makanannya saban hari. Alhamdulillah, syukur, susu sentiasa ada untuk menampung si Ruhee. Perkara menarik lain yang ada antaranya :-

1) Ruhee dah mula menapak dengan memegang walker (yg ditolak) atau kerusi belajar kepunyaan abang kesayangan dia.

2) Walaupun belum tumbuh sebatang pun gigi, Ruhee boleh mengunyah makanan lembut seperti kentang dan lobak dengan dahsyat. "Kaki Makan" rupanya si Ruhee ni. Pantang disuap, nganga saja mulut dia macam ikan belatuk.

3) Yeayyyy hasil daripada ajaran abang, Ruhee sekarang pandai menye…

Bersama Aniq Raheel

Kisah Aniq Raheel hari ini... Apa yang menarik mengenainya? Ya, pejam celik, semakin membesar dengan jayanya. Bertambah bijak, kacak dan manja. Paling mustahak, lebih senang dilentur terutama bab minta pertolongan seperti jaga adik, buang pampers, pakai baju sendiri, mandi sendiri dan makan tak boleh sendiri hahaha Sebab mommy lebih suka suapkan, banyak sikit dia makan.

Aniq. petah berkata-kata dan sangat banyak menyoal sejak akhir-akhir ini. Perkembangan barangkali. Antara soalan yang 'menyelerakan' daripadanya :-

1. Jika dimarah, dia bertanya "Mommy sayang Aniq?" kalau mommy jawab "Mestilah sayang". Dia tanya lagi "Kenapa mommy marah Aniq?" Sakit jiwa dengar, nak gelak takut dia rasa kita bergurau. Jadi jawablah dengan wajah mengharapkan Aniq faham, "Aniq, sayang macam mana sekalipun mommy dekat Aniq, kalau Aniq nakal, buat denda yang tak elok, kenalah tegur. Kena babab, faham?" hahaha eh, dia tanya lagi, "Ohhhh... ta…

PINJAM

Image
Pinjam dari pelbagai sudut
Dipinjam, meminjam, pinjaman
Semuanya menjadi satu
Rumit untuk diluahkan
Hati tak rela
Hati hanya pasrah
Hati mengikut rentak
Kerana mulut yang berkata YA
Bukan hati
Harapnya semua pinjam itu
Seketika
Habis langsai
Kembali ke asal


 dengar lagu ni bagi hilang tekanan kekeke



Syukur kena Ikhlas, Fikir Perlu Positif Pasti Kita Temui Bahagia

panjang sungguh tajuk entri kali ini ... Ia sebagai pendapat dan pengalaman selain merumuskan apa yang cuba diperkatakan semua orang...

Rasa syukur semata-mata tanpa wujud rasa ikhlas, mungkin tidak berbaloi. Sebelum utuhnya Iman seseorang itu, rasa ikhlas haruslah dibaja dan disiram supaya ia menjadi sebati dalam jiwa dan akhirnya wujudlah rasa Iman yang mantap tanpa perlu diperlekehkan lagi.

Seperti saya, baru nak belajar menjadi sang ikhlas sejati. Tidak mahu yang tidak-tidak lagi atau kata lain, hanya syukur pada mulut namun tak pernah redha dalam hati.

Bersyukur dan terus bersyukur walaupun sedang menghadapi kedukaan mahupun kesusahan. Harus percaya di celah-celah kemiskinan dan kepayahan masih mempunyai denai untuk kita mencari sinar baru.

Kebahagian akan muncul diakhir jalan cerita sekiranya kita kuat menempuh dugaan mencabar. Bersyukur menjadi hamba Nya yang terpilih untuk menghadapi ujian Nya kerana Tuhan tidak akan menguji di luar kemampuan.

Duit? Kesenangan? Lamb…

Cinta Jannah part 3

Image
hahahaha memang sah penulis blog ini sedang kemaruk dengan drama ni.

Jom hilangkan debar dan perasaan kacau-bilau menunggu episod akhir hari ini :-











~~~ harap entri ini diterima dengan pasrah sebab yang menulis memang sedang kemaruk hohohoho ~~~

Cinta Jannah Part 2

Eh ada part 2 pula ler kan hehehe


Episod terakhir Cinta Jannah... oh tidakkkk kenapa perlu berakhir dengan sedih? Kenapa sengaja buat saya sebagai penonton geram? sakit jiwa? hmmm cerita ni macam perlu tambah dua episod lagi sebab ada beberapa yang perlu dihuraikan. cewahhhh (silalah buat skrip azlin oiiII) Bukan apa, ada beberapa perkara yang kurang jelas dan macam 'hish, takkan lertak perasan! tak tahu! dan tak tak lagi...

1) Kenapa masa kawan Izaril dengan tunang dia a.k.a kawan si Jannah datang rumah masa Izaril pengsan kat tepi kolam, kawan si Jannah tu takkan tak nampak bingkai gambar Jannah dekat dalam bilik Izaril?

2) Takkan, atok, nenek dan paksu Izaril tak tahu pasal Izaril jatuh sakit masa ditinggalkan si Jannah. At least boleh si paksu tolong kan kan kan

3) Kenapa si Sufian tak beritahu ayah Jannah pasal dia jumpa Jannah dan kenapa juga paksu tak jumpa mak Jannah beritahu yang Jannah dah jadi anak buah ipar dia? Padahal bukankah paksu tu ustaz yang baikkkk

Apabila Petang Menjelma

Image
Saat-saat ini, hanya dua wajah kesayangan mommy bermain di ruangan mata. Walaupun mata layu menahan ngantuk, akan mommy gagahkan diri untuk balik dengan selamat bagi menemui dua budak hitam di bawah :-



menanti detik itu
detik pada jam dinding
yang bergerak dari angka ke angka
sampai satu angka yang dinantikan sangat

bukan apa,
mahu segera pulang
bekejaran bersama putera dan puteri
jantung dan hati seorang bergelar ibu

itulah pendorong hidup
melakasanakan tugas harian yang pelbagai
namun akhirnya hati jatuh mencair
saat terkenangkan anak-anak di rumah

cepatlah jarum bergerak ke angka sepatutnya
agar selesai hari ini bersama pekerjaan
waktu menjadi pekerja anak-anak
moga mereka tidak lupa
ibunya masih setia menanti waktu
untuk bertemu
acapkali....
~~~ haaaa amik, sempat den buat sajak suka-suki yang hmm suka hati ler... kata seni itu indah dan seni itu lahir daripada hati... Ni hasil seni saya hahahaha ~~~