CLICK & ENJOY

Thursday, 29 August 2013

Jodoh Itu Milik Kita dan Cinta Jannah

Kedua-duanya mempunyai persamaan tetapi garapan berlainan. Biasalah drama cliche' kata orang seni. hahaha ada dikisahkan, sebab nak diceritakan ialah lagu tema drama yang best dan sebenarnya pengisian drama ini, kedua-duanya menghiburkan. Cerita novel dan ala-ala novel. Memang menjadi trend masa kini.

Tujuan pembikin bikin filem, telefilem dan drama sebab nak untuung sebab mereka ni berniaga. Nak bayar produksi dan sebagainya. Jadi kenalah buat karya yang menjadi permintaan ramai dan kena selalu ingat hampir 80 peratus mungkin, penonton kita nak menonton cerita yang mudah difahami, tidak perlu tertekan dan tidak sarat dengan falsafahnya.

Apapun, harapnya apa saja yang dihasilkan penggiat seni walaupun untuk dijadikan bahan ketawa, kena berlandaskan tujuan karya itu dihasilkan. Kena ada matlamat, berdiri di landasan logik, ada nilai dan moral dan ia sebagai tunjuk ajar kepada penonton....

Sebagai penonton pula, ambil yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan bukan sebaliknya. Ada akal kan? Guna sebaiknya untuk menilai. haaaa apapun iols layan dua drama ni hehehe... Walaupun tak hard fan dengan si Farid dalam JIML tapi layankan je sebab garapan cerita memang menarik walaupun flashback beribu kali...

Tahu dah gaya penulisan skrip rozierashid dan kengkawan ... hehe Tapi okey lertu sebabnya jalan cerita tu ada, cuma bila banyak sangat imbas kembali rasa tak senang duduk. Udahler dramanya 20-25 minit je untuk tiga hari tayangan huuuuu ~~~

Drama CJ pula suka sangat lakonan Nelydia tu... si Ariel tu pun best berlakon walaupun muka dia mcm ada ego sikit hehe garapan cerita menarik dan tersusun elok. haaa tu je nak huraikan... opsss suami iols pun layan drama-drama pilihan iols ni phewww


nak amik ni halwa telinga :-




&



No comments: