CLICK & ENJOY

Friday, 30 August 2013

Kesedaran Sendiri dan Tauladan Anda

 
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
 
Merdeka ke 56, mungkin belum mencecah angka ketiga, tetapi sudah menjadi Jubli Perak! Ya, senior Jubli Perak negara kita. Syukur, aman sentosa, kekal bahagia. Sedihnya, mengapa hanya tiap kali merdeka saja baru semangat patriotik hendak dipupuk.

Kenapa apabila tarikh keramat 31 Ogos hampir menjengah, baru dendangan lagu nasionalisme bersiaran di corong radio manakala video klip pula mula bersepah di kaca TV! terbaru, lagu Negaraku menjadi pembuka awal tayangan filem dipanggung!

Persoalan, KENAPA ia BERMUSIM? Tidak dijadikan agenda setiap hari. Menarik bukan, kalau semua yang disebutkan tadi, diserapkan dalam diri setiap rakyat warganegara Malaysia.

Sebenarnya dengan tanggungjawab sebegitu yang dibuat secara bermusim itulah yang sebenarnya mampu menjadikan Malaysia majmuk sebagai negara muafakat, bersatu-padu dan bermesyuarah.

Sayangnya, ia bermusim. Agenda bermusim dan sememangnya terlalu banyak agenda bermusim wujud di negara ini walhal ia sepatutnya diamalkan setiap hari. Luahan seseorang - Motifnya satu, mahu menjadikan negara sebagai tempat berlindung sampai mati.

Tidak mahu jenayah berleluasa, tidak mahu bergaduh sesama masyarakat dan tidak mahu orang luar menjadi 'penyibuk' di setiap inci tempat di dalam negara ini. 56 adalah pengertian yang sewajarnya dijadikan renungan. Untuk apa merdeka, andai pemikiran kita khususnya anak-anak muda masih dijajah.

Untuk apa merdeka andai, lagu kebangsaan, sekadar sayup kedengaran tanpa mengerti maksud tersurat dan tersirat. Usah jadikan MERDEKA dan angka ualangtahun sebagai SIMBOL yang diingati pabila tiba tarikh itu dan kemudian, dilupai. Layu semangat, layulah segala-galanya...

~~~ 56 bukan sekadar angka tetapi lebih menjurus kepada mengapa angka itu wujud dan mengapa pengertian MERDEKA harus diperluaskan. Merdeka bukan saja bebas dari penjajah kerana kita dijajah beratus tahun berbanding dengan angka kebebasan yang 56 itu ~~~

Thursday, 29 August 2013

Jodoh Itu Milik Kita dan Cinta Jannah

Kedua-duanya mempunyai persamaan tetapi garapan berlainan. Biasalah drama cliche' kata orang seni. hahaha ada dikisahkan, sebab nak diceritakan ialah lagu tema drama yang best dan sebenarnya pengisian drama ini, kedua-duanya menghiburkan. Cerita novel dan ala-ala novel. Memang menjadi trend masa kini.

Tujuan pembikin bikin filem, telefilem dan drama sebab nak untuung sebab mereka ni berniaga. Nak bayar produksi dan sebagainya. Jadi kenalah buat karya yang menjadi permintaan ramai dan kena selalu ingat hampir 80 peratus mungkin, penonton kita nak menonton cerita yang mudah difahami, tidak perlu tertekan dan tidak sarat dengan falsafahnya.

Apapun, harapnya apa saja yang dihasilkan penggiat seni walaupun untuk dijadikan bahan ketawa, kena berlandaskan tujuan karya itu dihasilkan. Kena ada matlamat, berdiri di landasan logik, ada nilai dan moral dan ia sebagai tunjuk ajar kepada penonton....

Sebagai penonton pula, ambil yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan bukan sebaliknya. Ada akal kan? Guna sebaiknya untuk menilai. haaaa apapun iols layan dua drama ni hehehe... Walaupun tak hard fan dengan si Farid dalam JIML tapi layankan je sebab garapan cerita memang menarik walaupun flashback beribu kali...

Tahu dah gaya penulisan skrip rozierashid dan kengkawan ... hehe Tapi okey lertu sebabnya jalan cerita tu ada, cuma bila banyak sangat imbas kembali rasa tak senang duduk. Udahler dramanya 20-25 minit je untuk tiga hari tayangan huuuuu ~~~

Drama CJ pula suka sangat lakonan Nelydia tu... si Ariel tu pun best berlakon walaupun muka dia mcm ada ego sikit hehe garapan cerita menarik dan tersusun elok. haaa tu je nak huraikan... opsss suami iols pun layan drama-drama pilihan iols ni phewww


nak amik ni halwa telinga :-




&



Satu Ketika Dulu


pic by google


Perkara paling menarik mengenai satu ketika dulu ialah ZAMAN SEKOLAH. Zaman yang penuh warna warni walaupun kena bangun awal pagi. Kena menapak, berbasikal, menaiki kenderaan awam atau sendiri untuk ke sekolah walaupun saat itu matahari pun tak menjengah lagi.

Zaman itu juga, peluh-peluh sentiasa menitis di setiap genap tubuh badan (kekekeke) sebab panas mentari. Kena pula bila beratus di padang atau dewan yang tidak berkipas atau dewan tertutup yang kipasnya nun jauh di lelangit syiling.

Zaman yang balik saja ke rumah, kena pula bersiap untuk ke kelas agama atau kelas tambahan atau latihan rumah sukan. Bila malam, kena siapkan kerja sekolah, tak sempat nak menarik nafas dalam-dalam, katanya. Haaa itulah ZAMAN yang kononnya disampahkan ketika itu.

Tapi apabila zaman itu berakhir dan selepas sepuluh tahun? dua puluh tahun? berpuluh-puluh tahun ditinggalkan, barulah kita rasa rinduuuuuuuuuuuuuu.... Lebih-lebih lagi apabila kita masih menghubungi kawan lama. Kawan dan sahabat yang tahu siapa kita!

Dannnn sebenarnya, hanya kawan sekolah yang "MENGENALI" kita yang sebenarnya. Budak comot berhingus, tak mengerti apa-apa, kebudak-budakan dan itulah KITA. Sebab itu, pabila menjadi dewasa, mereka lebih memahami kita sebab mereka kenal kita dari kita mentah.

Bukan menidakkan kawan dan sahabat yang kita kenali selepas zaman itu. Ia sama je, mengenali mereka ketika zaman ini, inilah kita hahaha faham? tak faham buat-buat faham... Yang penting kita ni tak pernah berubah. Kalau berubah pun bentuk fizikal je yang perangainya masih sama dan lain-lain tu sama je ;P

Yang penting DIA dan MEREKA malah KITA tetap bersama tidak kira susah mahupun senang. Tempat ketawa, tempat menangis dan tempat bertempat hehehe :) macam lagu ni :-



Haaaaa sekolah adalah zaman anugerah terindah. Zaman yang sedang dilalui hari ini pula kesinambungan hidup yang juga merupakan anugerah terindah. Semuanya indah.

Semoga, pertalian dengan kawan dan sahabat yang tersayang terus terjalin utuh tanpa rasa sangsi dan mahu diputuskan. Bertemu dan berpisah kerananya, InshaaAllah




oppsss PS/ sikit... kawan ke sahabat ke rakan taulan ke apa pun sebutan dan ejaannya ia tetap sama iaitu kita bersaudara apatah lagi kalau agama kita sama kan kan ...


~~~ Mengimpikan reunion bersama kawan-kawan sekolah bagi mengembalikan nostalgia indah zaman yang menjadikan diri lebih dewasa ~~~

Tuesday, 27 August 2013

YouTube Mix (playlist)


halwa telinga hari ini :-

Bila adik-adik bulan si CNBlue ber'rock ....



Friday, 23 August 2013

Syawal 1434H/Ogos2013


Tahun ini, Raya kedua tanpa arwah nenek... Begitulah kehidupan, saban hari yang pergi menyambut seruan Ilahi pasti pergi menemuinya. Tiada apa yang seronok mengenai Raya sebenarnya kecuali pabila berkumpul bersama keluarga. Senda gurau, makan-makan, aktiviti sihat haaaa itulah sebenarnya tujuan menyambut Aidilfitri.

Bukan sekadar kata maaf, huluran tangan, tetapi lebih kepada menjernihkan yang hitam dan mengeratkan yang longgar. Semua atas nama tali persaudaraan. Yang jauh dirapatkan dan yang didekat diketatkan ;p

Paling mustahak, keriangan Raya adalah untuk anak-anak kecil. Mereka yang betul-betul beraya sakan, baju Raya silih berganti belum lagi baju tidur Raya dan kasut Raya eh termasuk stoking Raya... Lorrr semuanya ada RAYA!!!

Tahun ni, Raya mommy dan dan daddy menjadi empat semuanya. Raya ketiga untuk Aniq dan Raya pertama untuk Ruhee. Seronoklah sebab akhirnya mommy boleh pakai sedondon dengan Ruhee. Sebelum ini, daddy dengan Aniq aje yang berdondon-dondon hehehe

Baju Raya Ruhee? uiii special made by kak Aisya (babysitter) dia okay... Kalah mommy punya baju. Labuci dan berenda sini sana. Riang Ria Raya nama baju Ruhee hahaha

Tak mau bebel banyak, cukuplah gambar sebagai terjemahan indahnya beraya di desa selepas menyudahkan sebulan Ramadhan... Berdoalah kita supaya akan bersua lagi dengan Ramadhan akan datang, moga setiap amal ibadah memperoleh keberkatan dan diteruskan walaupun bukan di bulan baraqah itu, InshaaAllah...




sisterhood bersosial di Hari Raya (credit to fatin)

Keluarga Syukur & Ani

Family in Muar

againnnn

Tugas seorang mommy ;P

Di Hari Raya

Suasana Hari Raya

Berkongsi tema dengan ayahlong sekeluarga

Hubby&wifey

Keluarga di Kg Chabau, Asahan Melaka

dan lagiiiii

Dua pupu berbual dengan bahasa tubuh, katanya

Raya sakan kami

My lovely family

anak-anak sedara dan mak-mak sedara sama beso!

kami dan Hari Raya (credit to fatin)






~~~Tahun ni, ramai sepupu beraya di sebelah mertua... Tahun depan inshaaAllah meriah seperti tahun ini uiii tetap meriah okey! ~~~