CLICK & ENJOY

Monday, 29 July 2013

RAMADHAN 1434H/ JULAI-OGOS 2013



Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan Julai/Ogos 2013 sangat tenang berikutan kami suami isteri mengikut perancangan tahap satu hehehe... Tahap satu tu sama je dengan kelas pertama atau pangkat satu yang mana, perancangan terbaik Emoji

Sudah menyiapkan urusan pakaian anak-anak (itu paling penting kalau raya kan- budak-budak yang beraya sekarang ni) awal seminggu sebelum Ramadhan hadir, membuatkan laluan sepanjang Ramadhan kami kali ini tenang tanpa perlu kelam kabut dan sebagainya.

Paling seronok, tempahan baju kurung dan baju melayu raya untuk keluarga juga siap dilakukan. Jadi tak payah risau nak cari baju siap terutama baju lelaki-lelaki ini.

Seperti tahun-tahun lepas, awal Ramadhan kami pulang ke Muar. Sambil berehat dapat juga merasai terawikh dan witir 23 rakaat di surau depan rumah dan dapat makan masakan mak dan ayah.

Empat hari tiga malam di Muar sudah cukup untuk Ramadhan. erkkk tapi sebenarnya kalau lebih lagi, lagilah cukup Emoji


Gambar memori Ramadhan ini :-




Hari ketiga berbuka puasa - Nasi Kerabu (Orang Muo pun pandai makan okay dan masak pun pandai sebab ada Chef Qis import dari Kelantan hohoho)

Juadah hari kedua berbuka puasa

Mencari menu berbuka (air tauhu Jamal) semestinya di Baazar Tg Agas
My lovely chef Syukur Azmi dengan lauknya yang best dan mantap

Menu nasi lemak untuk hari ke berapa ntah, Ramadhan di Seremban

Sesekali nak juga jamah berbuka di luar

Di Thistle Hotel, PD Juadah ringkas je tapi best - rendang burung puyuh dengan sawi soya

Ulam-ulaman yang fulamakkk

  
Bermalam di Thistle, PD


Siapa cakap tak STRESS?

Kali pertama menyusukan bayi ketika di dalam pantang adalah pengalaman paling bermakna walaupun ketika itu sakit sepanjang tempoh bersalin masih terasa. Apatah lagi, seluruh badan saat itu masih berbau minyak urut, pilis pula berpalit di dahi, payudara membengkak akibat susu yang penuh, rasa berpeluh dan tidak selesa. Semua perkara yang disebutkan itu membuatkan diri menjadi 'split identity' yang mana, 
kadangkala emosi berada di dalam keadaan stabil dan kadangkala emosi terumbang ambing.
  
 "Baby blues' atau maksud mudah untuk saya faham ialah perasaan tidak mahukan baby menjadi kebiasaan kepada mereka yang baru bergelar ibu. Bukan apa, tempoh bersendirian telah tamat. Masa yang ada perlu diagih lebih banyak kepada baby.  Saya? Cukup menghadapinya, daripada kelahiran Aniq Raheel sampailah ke Ruhee Ayra. Tekanan, rasa rimas semua wujud. Kadang-kadang terpelas amarah tu. Cuma cepat2 fikir rasional, istighfar...
 
Kalau dah mula bekerja lagi dahsyat. Akibat terkejar-kejar ditambah lgi hampir 99.9 peratus urusan rumah tangga saya uruskan seorang diri, dengan kerja lagi, atas jalan lagi dll buatkan diri tertekan. Bila malam, bayi pula meragam macm-macam, memang angin satu badan. hmmmm itulah kelebihan menjadi ibu! Mengajar diri menjadi lebih dewasa, matang, beriman, tabah dan sabar.
   
 Cuma bila tertekan, saya memang lempiaskan marah dekat situ juga. Sikap negatif yang sukar untuk saya ubah!!!! Tapi bila marah dengan anak, saya tengok mata dia, tengok dalam-dalam dan kemudian, saya lari masuk bilik. Tenangkan diri. Masa tu, suamilah kena jaga anak. Saya selalu ingat, jangan STRESS sebab yang jadi mangsa anak lepas tu susu tak boleh nak proceed banyak-banyak sebab tekanan... Itu KISAH saya ;p
 
   Baiklah, berbalik kepada menyusukan bayi seawal usia sehari memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Mental kena kuat dan banyak bersabar terutama ketika dalam pantang. Susu memang susah untuk keluar, jadi kena positif dan selalu berusaha untuk mengepam dan paling penting kejut anak selang dua jam untuk susukan dia. Ibu bekerja, pastikan usia anak dah sebulan, suakan botol berisi susu ibu supaya dia biasa. Saya buat begitu untuk Aniq dan Ruhee, hasilnya saya TAK PERNAH alami masalah anak tak nak susu botol :)
 
   Kalau dua jam pertama dengan susu botol, dua jam kemudian dengan breast, macam tu. Kalau susu botol, suruh mak kita berikan sebab bayi selalunya, bila ibu disisi, jangan harap dia nak hisap puting botol tu okay! Kena buat, kalau tak kamu yang susah bila mula bekerja ... Gunakan Avent atau Tommee Tippee kerana putingnya yang seakan sama dengan puting payudara. Tapi kalau nak cuba brand lain tak ada masalah, terpulanglah kan ;0
 
   Jadi janganlan putus asa dan sentiasa berfikiran positif. Memang susah di awalnya tapi di akhirnya anda bertemu kesenangan seperti pergi jalan tak payah nak bawa bekalan susu bagai, tak payah nak jerang air bagai dan boleh lenggang mak minah je bawa bayi ke mana-mana tanpa perlu rasa risau terutama di saat kecemasan
Emoji


~~~ Marilah mari susukan bayi ~~~

Thursday, 25 July 2013

Ruhee Ayra Today



Ruhee Ayra, 9mths


Ruhee Ayra sudah menjangkau sembilan bulan Ramadhan ini, eh genap satu Ramadhan hari tu ekh... Ok fine, lambat ;p Bercerita mengenai Ruhee Ayra, dia semakin lincah selincah Aniq Raheel. Kelakarnya, kadang-kadang Aniq tak de pun layan dia main.
   Aniq main seorang diri je macam biasa. Tapi, entah tak semena-mena si Ruhee jadi 'TERUJA'. Teruja tengok abang dia ke hulu hilir berlari. Dia lak yang jerit bagai hahaha

Lagi perkara baru yang sedang dilalui anakacuk kedua itu ialah, mudah rasa tak serasi dengan tempat dan orang keliling. Sampaikan masuk bilik hotel pun nangis-meraung bagai... Nak didukung saja.
   Haihhh lecehlah anak dara sorang ni. 
Cukuplah balik rumah atok kat Muar pun nak nangis sebab tengok lain je... Alorrrr cam mana ni? Ruhee ni mengada-ngada tau tau tau !!!! Tapi, kalau rumah atok tu amik masa sehari la, baru dia okay, boleh menyiarap satu rumah. Tempat lain? jangan BERANGAN.

Lagi pasal Ruhee ialah suka makan dan makan dan makan..... Dah mula beri dia bubur kisar. Campur dengan lobak merah, kentang atau salmon, atau brokoli untuk di bawa ke rumah pengasuh. wahhh dia bab makan memang cemerlang terbilang dan gemilang berbanding Aniq dulu. Mungkin ni rumah pengasuh bukan nursery yang semuanya berjadual kot...
   Pantang nampak kita mengunyah, dia pun mula menjijiskan air liur wangi dia tu. Kalau suap abang Aniq makan, Ruhee over nak mengendeng. 
Sebab mommy memang ada sifat 'MEMBULI' saja je mommy tukar-tukar tempat, jadi Ruhee pun menyiarap dengan laju ke sana sini sampai stress hahahahaha Abang Aniq pula batu api, suka je tengok mommy buli adik!

Hmmm perkara baru yang lain ialah si Ruhee dah mula memanjat dan cuba berdiri dengan kaki sendiri. Malangnya, bila dah diri dia tak reti turun hahaha lepas tu dia stress dan lepas tu dia mulalah menangis minta mommy tolong. Alorrr anak mommy sorang ni.
   Nasib baik abang Aniq prihatin, sebab kalau mommy sibuk di dapur atau di bilik air dan kejadian seumpama itu berlaku, dengan pantas Aniq buat aduan... 'Mommy baby itu.../Mommy baby ini..." *tepuk tangan untuk abang**

~~~ Sekejap saja membesar anak-anak mommy ni laaa ~~~

kocak air

hahaha tajuk entri tiada kena mengena dengan pengisian yang mahu dilontarkan hari ni muhahahahaha


nah, jom dengar ni:-



kbai ;p


Tuesday, 9 July 2013

Marhabban Ya Ramadhan

Mulakan dengan niat puasa :-

      Perkara-perkara sunat (dibuat) puasa :-
  • Membanyakkan membaca al-Quran
  • Mandi junub sebelum fajar
  • Melewatkan sahur waktu imsak
  • Berbuka dengan buah tamar dan benda manis
  • Membanyakkan sedekah
  • Solat terawih
  • Segera berbuka bila masuk waktu

Perkara-perkara makruh puasa :-
  • Berkumur-kumur dengan keterlaluan
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  • Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  • Menggosok gigi setelah gelincir matahari
  • Mencium isteri
  • Menderma darah

Perkara-perkara yang membatalkan puasa :-
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
  • Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  • Melakukan persetubuhan
  • Gila walaupun sebentar
  • Murtad
  • Berbuka sebelum waktu Maghrib

Perkara yang tidak membatalkan puasa :-
  • Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
  • Menerima suntikan (Injection)
  • Tidur walaupun sepanjang hari
  • Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
  • Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja
  •  
JOM TINGKATKAN AMAL IBADAH :)

~~~ Selamat Berpuasa, Menyambut Ramdhan, Menyemarakkan Ramadhan dan Semoga Ramadhan Kali Ini Memberi Berbilion Kenikmatan ~~~


Monday, 1 July 2013

Memantapkan pengeluaran susu di bulan Ramadan

Seperti yang dialami oleh semua ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif dengan susu ibu ialah apabila hadirnya Ramadan. Bila Ramadan berkunjung, mulalah risau, tertekan dan takut sekiranya produktiviti susu berkurangan. Ibu jangan cepat putus asa dan tertekan sebab kedua-duanya merupakan punca utama kenapa susu merundum.

Mengikut beberapa KAJIAN yang dipetik, pengeluaran susu ibu bertitik tolak daripada deria yang Allah anugerahkan kepada mereka. Sekiranya deria mulutnya berkata "Alaaa nak puasa, habislah susu macam ni?" menjadi tidak mustahil untuk pengeluaran susu menjadi negatif. Nampakan kelainan frasa mengenai pengeluaran susu ibu di situ. Bukan sebab puasa tetapi lebih kepada tahap EMOSI seorang ibu mengawal semua derianya supaya tidak tertekan.

Seperti yang difahami, sekiranya mahukan susu melimpah ruah, selain menjaga pemakanan dan penyusuan kerap, ibu berkerjaya haruslah mentaati masa untuk mengepam. Sibuk mana pun, KENA juga curi walaupun sepuluh minit untuk sesi mengepam kerana hanya dengan mengepam saja aliran susu sentiasa ada sebab otak sentiasa menerima maklumat bahawa "Susu diperlukan, proses produktiviti susu WAJIB diteruskan".
Secara saintifiknya (dirujuk) pula, 'badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat penyesuaian metabolik ketika sedang berpuasa bagi memastikan pengeluaran susu ibu tidak terganggu'. Sekiranya ibu-ibu rajin membaca, banyak sumber rujukan menyebut ketika puasa, susu ibu keluar seperti biasa cuma yang berbeza ialah dari segi komposisi susu ibu saja berubah. 


Justeru, adalah eloknya untuk ibu-ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat terutama ketika berbuka puasa dan bersahur.

Hakikatnya, penyusuan ibu berupaya diteruskan sepanjang Ramadan. Ibu haruslah lebih BIJAK untuk mengetahui lebih mendalam berhubung perkara ini supaya amalan Rukun Islam ketiga itu tidak diambil ringan. Sememangnya wujud rukhshah yang jelas menyebut ibu menyusukan bayi dengan susunya, dibolehkan tidak berpuasa. 


Tetapi haruslan mengikut tertib di mana, sekiranya benar-benar ibu itu keuzuran, TIDAK MAMPU bertahan kerana hilang tenaga dan sebagainya, berbukalah dan qada' puasa yang ditinggalkan itu beserta fidyah. Itu semua tertakluk dalam perkara darurat atau memudaratkan ibu menyusu.

Inshaa'Allah, semoga dengan semangat jitu, keazaman membara, sokongan dan dorongan suami serta ditemani senyuman si comel, anda sebagai ibu mampu BERPUASA PENUH  walaupun menyusukan anak disamping sentiasa melipatgandakan stok yang ada untuk masa depan si kecil.  


Untuk saya, berusaha untuk ke arah itu, yang penting, makan da minum secukupnya bagi menguatkan daya tahan badan sepanjang menahan diri daripada lapar dan dahaga :)

~~~ Wahhh rasa macam buat artikel kesihatan pula. huhu... Sesekali menulis dalam bentuk tulisan baku, seronok juga. Alorrr dah hari-hari kerja mommy mengarang kot... ~~~

Betullah!


 
pic by google
 
Orang kata, kalah menang itu adat
Dalam apa jua lapangan yang dilalui
Betullah
Apa yang penting semangat
Sentiasa membara tak pernah pudar
Sebab semangatlah Melayu bersatu
Sebab semangatlah Melayu melonjak
Jangan tunjukkan Melayu asyik rundum menjatuh
Tapi tonjolkan semangat Melayu
Dalam semua sub bidang yang wujud

Orang kata, menang kalah itu sama
Betullah
Kalau menang kenalah mantapkan usaha
Kalau kalah kena usaha berganda lipatnya
Perkara penting tiupan semangat
Bersatu teguh bercerai roboh, Bukankah begitu dalilnya?

JDT menang sorak
TRW menang pingat
JDT tetap di hati
TRW tetap terbaik
Itu kalau bola,
Pun sama saja, menang ke kalah ke
Apa yang penting semangat pasukan
Tak kisahlah pasukan di dalam mahupun di luar padang
Sama-sama bermuafakat
Barulah kita dipandang tinggi
Lebih-lebih lagi rata-ratanya Melayu Islam

Orang kata, menang kalah itu rezeki
Betullah
Kena terima sebab rezeki daripada Allah
Dia lagi tahu sebab semua perancangaNya
Apapun kita bersyukur
Sebab terbuka hati TMJ olehNya untuk meletak
Negeri Johor di tangga terbaik dalam sukan
Bola sepak

Kita tepuk tangan sama-sama
Kita sorak sama-sama
Tapi kita jangan lupa
Pada Nya
Betullah
Sebab itu lebih penting
Untuk terus mara berjaya

azlinazmi/1Julai2013/BH

Lagi Drama Adaptasi


Haaaa... Selamat dah semuanya dalam minggu ni. Dari Isnin sampailah ke Khamis dengan Teduhan Kasih, lepas tu Jumaat sibuk menatap Saya Sebenarnya Isteri dia ... Lepas tu puasa... Jadinya marilah kita tingkatkan amal ibadah :) Puasa tahun ni tak tahu nak cakap sebab 'sahabat' baik nak menjengah baru-baru ini dan kalau dia datang lagi, maknanya tak penuhlah puasa tahun ini... Sedih.

Berangan? Ye sebab tu suka sangat baca novel lepas tu suka sangat dengan drama adaptasi dari novel lepas tu berangan seorang diri lepas tu perasan yang diri tu heroin dalam drama tu. GILA! hahaha apalah mommy #anakacuk ni, sudah berusia 29 tahun pun tapi perangai alamakkkk tak berubah. Berangan 24 jam.

Tak apa, walaupun berangan sambil menonton dua drama pujaan hati tu, anak-anak masih kenyang diberi susu hehe.. Masih bersih dimandikan. Cuma, bab bila mommy silang kaki hadap TV, #anakacuk mula membawa diri. Nasib baik mereka pandai bermain sendirian. Abang ke hulu, adik pula ke hilir. Janji kamu bahagia nak :) Mommy pun bahagia dapat FOKUS!

Cumanya, untuk dua hari episod terakhir ni memang  tak dapat menengoknya... Nasib baik ada satu blog ni apa namanya ye, hmmm tak silap bukan cincai memuat turun cerita ni dengan pantas ke dalam blognya. Lebih kurang dua-empat jam selepas cerita sebenar dimainkan di TV... Memang ler lambat sikit feel dia tapi it's okay, yang penting, dapat tengok sebelum esok tiba.

Saya Sebenarnya Isteri Dia pula, Jumaat ni akan berakhir. Apalah yang terjadi? Yup, terjadi kepada semua watak dalam dua drama ni. Sama tak macam dalam novel, happy ending atau pengarah/penulis skrip sengaja tidak cliche' jadinya ending cerita ditukar 100 peratus. haaaa ada BERANI????

Okaylah, nak cakap pasal ni je hari ni, apa yang penting i jatuh hati lak dengan si Adi Putra ni muhahahaha... 
 
Nah amik ni, buat halwa telinga ;p
 
 
 
 
 
video : by Youtube 

~~~ Jatuh hati bukan pada dia secara personal tetapi gaya lakonan beliau yang mantap... Yelah, asyik Aaron je hehehe kbai ~~~