Posts

Showing posts from June, 2013

Haid datang ketika menyusukan bayi

Image
Segelintir ibu yang baru habis pantang dan masih menyusukan bayinya, sudah didatangi 'sahabat' baik. Sama ada dalam temph empat bulan, lapan bulan atau paling lama dua tahun.

Mengikut pengalaman sendiri, ketika melahirkan Aniq Raheel haid tidak datang hampir setahun walaupun saya tidak menyusukan Aniq secara eksklusif. Bagaimanapun keadaan berubah tatkala melahirkan Ruhee Ayra, di mana dalam tempoh lapan bulan, dengan memberi susu badan secara eksklusif, akhirnya 'sahabat' saya datang berjumpa.

Mungkin terlalu rindukan saya lertu :P Awalnya, ingat saya mengandung anak ketiga. Seriau juga, yelah, mana tahu kan kan... Tiba-tiba rasa loya, mabuk-mabuk bagai. Jumpa Doktor Gill (Doktor yang biasa jumpa, kenal lama hehe) cek suhu bada 39'c. 

Terkejut juga sebab saya tak rasa pun demam. Terus dia cakap, u pregnant tak? Saya dengan yakin jawab mustahil sebab saya susukan anak.

Alhamdulillah hehe memang mustahil cuma yang datang ialah 'sahabat' lama saya. Tetapi, sekira…

Punca Bayi Tertidur Kala Menyusu

Image
Jom tambah ilmu...
Petikan artikel dari Majalah PAMA (online)

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 7 Mac 2012 
Bayi yang kerap tertidur sewaktu menyusu, menimbulkan pelbagai spekulasi. Secara tidak langsung, hal ini boleh menjejaskan usaha menjayakan penyusuan eksklusif.

Anggapan tidak benar tentang bayi yang tertidur sewaktu sesi penyusuan berlangsung boleh menimbulkan pelbagai masalah. Akhirnya, ia boleh mendatangkan kesan tidak baik buat bayi dan si ibu juga. Antara yang paling sering disalahtafsirkan ialah bayi sudah kenyang walaupun minum dalam tempoh yang singkat.

Malah, ada yang menganggap bayi akan menangis jika lapar. Jadi, apabila bayi yang tertidur itu tidak merengek ketika puting dikeluarkan daripada mulutnya, maka penyusuan tidak perlu diteruskan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan, bayi tidak suka minum susu ibu. Oleh kerana bayi menyusu sedikit atau sekejap dan dibimbangi dahaga, maka ada ibu memberi air kosong atau susu formula sebagai ganti.

Idealnya…

Susu Ibu Lagi!!

Image
Jika ada yang bertanya bagaimana persediaan untuk menyusukan bayi baru lahir sehingga berumur dua tahun, JANGAN tanya saya hehe sebab ketika Aniq, saya hanya mencapai usia tiga hingga empat bulan dengan susu ibu sepenuhnya dan dicampur dengan formula dan apabila umurnya lebih kurang setahun empat hingga lima? tujuh? bulan (lebih kuranglah) saya sudah memberhentikan pemberian susu ibu kerana Aniq mula menolak sebab dah jarang dapat kan... huhu sedih tau!!

TETAPI, anda boleh tanya saya pengalaman menyusukan Aniq dan apa yang saya buat dengan pengalaman itu sewaktu bertekad untuk menyusukan Ruhee selama mana yang boleh, InshaaAllah.



1) Perkara paling mustahak, banyakkan membaca blog, majalah dan apa saja artikel berhubung penyusuan susu ibu. Banyakkan bergaul dengan mereka yang berjaya menyusukan bayi mereka sehingga mencecah umur dua tahun. JANGAN jadi seperti saya, kurang menimba ilmu pengetahuan mengenai hal itu ketika mengandungkan Aniq walaupun memang berniat nak susukan A…

Kisah Si Budak Ruhee

Hari ini tak sempat gomol pipi tembam dan cute milik Ruhee Ayra sebab sedang mommy sibuk siapkan abang Aniq, daddy dah bawa Ruhee pergi ke rumah mak (pengasuh)... 

Hish, sampai sekarang, rindu mommy dah membuak2 walau[un Ruhee tidur bawah ketiak mommy. Daddy ni memang tau!!!! Cuba cari bau Ruhee ni.. hmmm (Balik je ler mommy oiii)... okay fine! sabar menanti bak kata abang  Aniq, "Be patience...." atau  'kejap ye kejap..."

Ruhee Ayra , semalam 10 Jun 2013 genap lapan bulan. Ohhh memang sangat sekejap masa itu berlalu. Lagi empat bulan je nak ke angkat 1 atau setahun. Alhamdulillah memebesar dengan baik, sihat dan sempurna. Moga sentiasa berada dalam lindungan Allah dan rahmat Nya.

Paling seronok, misi menyusukan Ruhee Ayra dengan susu mommy berjaya diteruskan. Walaupun sudah disua ke tekak dengan makanan tambahan namun, SUSU masih kekal milik mommy. Alhamdulillah dan selalu berdoa supaya misi dapat diteruskan pada bulan-bulan seterusnya sehingga si cike…

Kisah Si Budak Aniq

Alkisah Aniq Raheel yang semakin petah berkata-kata. Sekarang ni perkara baru yang si comel manja citam bambam mommy ni tahu, bangun saja dari tidur tanya mommy

Cerita pertama :-

Kelmarin dan semalam (weekend), Biasalah, kalau Aniq nampak mommy dan daddy santai-santai pagi2 tu, dia tahu dah kami tak kerja. Jadinya dia tahulah, hari tersebut hari berjalan-jalan untuknya. Jadi soalan yang keluar dari mulutnya pagi-pagi itu
Aniq : Mommy nak jalan-jalan ke? Kalau tak jawab dia tanya lagi,  Mommy work?
Mommy : No work today because today is Saturday so we go jalan-jalan.
Aniq : Yeayyyy no work, no school, jalan-jalan ekh mommy. Hmmm Aniq want atok's house
Mommy : Oh no... Atok's house jauh. We go Jusco or Mutti's house
Aniq : Alaaaa.... nak atok's house. best, ada chicken, aeroplane, umi, mokcu atok .... bla bla bla (menunjukkan keseronokkan di rumah atok dia)

Cerita kedua :-

Hari ini, 10 Jun 2013 bermulalah sesi persekolahan untuk semester kedua. Mulanya risau sebab dua m…