CLICK & ENJOY

Wednesday, 29 May 2013

Bila Lapar vs Dwihati


Bila lapar fikiran mula runsing
Tapi masih boleh menaip patah kata
Sebab mahu bercerita kisah lapar
Lapar juga antara sisa hidup
Yang selalu dilalui
Laparkan makanan
Laparkan minuman
Sudah tidak mampu menahan 
Rasa yang kian membuak
Tiada lagi ketenangan
Walaupun ramping perut
Masih tak mampu wujudkan 
Rasa gembira
Kerana kutidak suka 
Dengan rasa lapar itu ....


azlinazmiBH/2013


Sambil-sambil merangka menu malam ini, mendengar lagu baru dendangan dua sejoli yang mantap dalam bidang seni yang mereka ceburi... Sangat KAGUM! 

Tapi... masih tidak mampu menghilangkan rasa lapar itu...

Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


 

Aniq dan Ruhee dua beradik yang semakin lasak


Adik sempat pose bila nampak kamera. Abang pula 'menyibuk' ... Kejadian di mana Aniq baru mengalihkan benda ni dari Ruhee dan letak atas tilam. Ruhee pula datang menyiarap untuk mendapatkannya kembali hohoho

Perkataan Aniq yang sangat-sangat mommy suka ialah 'macam tulah..." hehe dengan gaya sebutan yang pantas dan comel, menjadikan perkataan tu trademark untuk Aniq. Hish... Besar sangat dah baby Aniq Raheel ni.... Sekarang asyik 'menece' itu ini. Kalau ambil dari sekolah, sibuk menyanyi dan bercerita perihal sekolah walaupun kadang-kadang karangan yang disampaikan menerusi mulut tu lintang pukang.

Aniq Raheel, berceloteh memang sudah menjadi hobinya. Sangat-sangat mulut mak (nenek). hahaha cucu mak sangat okay! 24 jam nak 'mencece' dan ada saja cerita dia. Pasal adiklah, kawanlah, rindulah hmmm bermacam sub topik. Lepas tu dicampur dengan sikap kedekut dia dengan Ruhee, bertambah 'membesar' anak bujang kesayangan mommy ni.

Adik ni kadang-kadang ganas gak sampai abang kecut... Adik bengang dengan abang lertu ;P

Kesian Ruhee, semua barang mainan lama milik Aniq yang mommy buka semula untuk diberikan kepada Ruhee, diambil semula oleh Aniq. Yang pelik boleh Aniq cakap 'Ni semua Aniq punyalah...' Sangat daddy ler Aniq ni, kedekut. Kesian Ruhee, mengesot-ngesot menyiarap pergi dekat kawasan pengumpulan permainan dengan niat nak bermain haha sekali Aniq terus halang sambil mendepakan tangan. 'Baby tak boleh... Ini Aniq punyalah.' hehe perkataan 'LAH' tu wajib ada okay!

Ruhee, nanti mommy belikan anak patung Barbie banyak2 okay. hehe confirm abang Aniq tak kacau awak. Ruhee, awak sabar je dengan abang Aniq tu ekh hmmm lagipun, kebanyakan mainan dia semua untuk lelaki. Ada yang tak sesuai dengan awak okay hehe

Ruhee, bagus juga abang Aniq tu kedekut sebab tidak ler awak nak menghisap keretalah, patung askarlah, kapal terbanglah, dan banyak lagi yang tak sepatutnya sebab MERBAHAYA...

Tu bukti Aniq Raheel conquer hak milik Ruhee Ayra

Sebab kedekut yang sangat hebat tu, Aniq selalu memantau pergerakkan adik dia. Bagus juga sebab kalau mommy sibuk dekat dapur, Aniq menjadi bodyguard, perhati adik pergi mana sambil dia menonton siri kartun kesukaan. hahaha sangat bodyguard okay.

Kalau adik main je permainan dia, dia jeritlah 'Mommy... baby play Aniq's car... apalah itulah inilah...' Jadi mommy pun berlari ke depan tengok keadaan... Alhamdulillah, Aniq boleh diharap. Tidaklah dia memijak ke mengacau adik dia setakat ni. Dia peluk-peluk manja je tapi kadang terver excited....

Tapi............. bila dia geram, dilepuk gak adik dia hehe sebab adik tak faham yang abang tak kasi dia kacau terutama masa abang dia sibuk bina bangunan Lego ke, susun kereta ke kan... Adik kacau je dia menjerit ler sambil tangan cepat je nak bantai adik hahaha

Ruhee, cepat sikit besar, nanti boleh tolong mommy kat dapur k huhuhu... Comellah Ruhee ni... hmmm Aniq pula, macam biasalah, sweet talker...



~~~ Sejujurnya, wajah anak-anak adalah pendamai dikala mommy mengalami ketekanan #sangat muhahaha Rindunya kat my #anakacuk ~~~

Monday, 27 May 2013

Tentang Ruhee Ayra

Sudah menginjak ke angka tujuh bulan dan dalam masa dua minggu Ruhee Ayra sudahpun berangka lapan bulan. Sekejap kan kan... Mungkin daddy peka, sebab itu dia sibuk buat preparation untuk sambutan ulangtahun pertama anak gadisnya huhu... Over gila daddy nih!!!!

Okay, sebab daddy over mommy pun gatal tangan survey itu ini hahaha... Sebab mommy suka dengan princess bagai, jadinya... Jeng jeng jeng...

-


-


-

mempersembkan tema SNOW WHITE ...

pic by Kara's party idea
hahahaha #berangan je ni...

Ruhee, yang penting kamu sihat dengan susu mommy yang best tuh... Alhamdulillah, kamu beruntung dapat minum susu mommy sampai tujuh bulan dan hampir menuju bulan ke lapan. Mommy akan usaha gigih demi kamu okay my dear girl...

Pasal party tu, kita tunggu saja waktunya nanti hahaha... ni sebab mommy saja gatal tangan, kalau tak gatal, sumpah mommy tak mencari tema bagai...

Ruhee, kamu budak comel yang sihat... Kuatkan semangat untuk berdepan dengan abang Aniq yang banyak songeh hehehe... Tapi yang penting abang kamu sayangkan kamu sangat-sangat... Selalu nyanyi untuk kamu kan kan....

Okay, mommy nak sambung menengok tema-tema ulangtahun yang comel sangat seyhhhh ;p



~~~ Bila tulis pasal anak, terus rindu kat dua #anakacuk #abang #adik ~~~

Thursday, 23 May 2013

Ibu & Haknya ....

Hak seorang ibu? Semua yang ada pada anak adalah hak ibu terutama anak lelaki. Kenapa? Sebab ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan dengan penuh rasa kasih, tanggungjawab dan penat lelah. Lantaran itu, adalah wajib untuk anak membalas jasa baik seorang ibu walaupun ibu tidak pernah meminta. Namun, jika dia meminta sesuatu, anak wajib menunaikannya kecuali yang melanggar hukum agama.

Dahsyat sungguh, saranan agama dalam menghormati seorang ibu. Sebab itu Islam meletakkan (ibarat) syurga di bawah telapak kaki ibu. TIga kali ibu barulah bapa, itu kata Nabi atau dalam hadis sahih iaitu,

Riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Sahih Muslim No.4621)

Jelaslah, betapa Islam meletakkan wanita bukan di bawah tetapi di atas dan ia tetap berada di rusuk kiri lelaki, menjadi tulang belakang si suami. Justeru, sebagai wanita haruslah menunaikan tanggungjawab iaitu menghormati sesama wanita.

Krisis Afiq Muiz dan ibunya amat memberi kesan kepada saya. Bagi saya sebagai anak lelaki, haruslah dia mendengar kata-kata ibu dan berusaha mententeramkan jiwa ibu. Menjernihkan keadaan bukan bersifat ego seperti yang dia lakukan sekarang. Apatah lagi, dibelakangnya berdiri seorang wanita yang saya lihat cuba untuk mengeruhkan keadaan yang sedia keruh.

Jadilah lelaki Islam yang bersifat insan dan bertanggungjawab. Jangan lari dari masalah sampai sanggup mati daripada mendengar herdikan ibu. Ya, ada sebab kenapa ibu mengherdik. Halusinya dan sebab itu dia kenalah bersemuka dengan ibu dia. Dia anak. Takkan ibu nak pergi ke anak. Alahaiiii cuba kenangkan kebaikan ibu. Susah senang ibu, setiap perkara yang pernah ibu tempuh.

Tolonglah, hentikan pergaduhan antara ibu dan anak yang hangat diperkatakan media. Cukup-cukuplah. Andai kata ibunya salah, sebagai anak, wajiblah tampil peluk ibu, mohon maaf dan katakan, apa salah yang telah dia lakukan sehingga ibu marah sedemikian rupa! Bukan mengaibkan ibu sebab apapun terjadi, dia tetap ibu KAU ler AFIQ oiiii...

Sebagai ibu pula, hentikan kata-kata amarah. Tanamkan rasa sabar dan berdiam seketika. Ibu pun kena jernihkan keadaan. Buang sikap ego ibu okay! Panggil anak. bersemuka dan tanya dia apa yang nak ditanya. Ceritakan dari hati ke hati. InshaaAllah, ibu yang mengandungkan Afiq bukan Eina Azman makanya, ibu lebih faham dan tahu jiwa anaknya bukan kekasih hatinya itu.... InshaaAllah, akan dipermudahkan... InshaaAllah Afiq akan sedar andainya sifat 'berlembut' itu penawar amarah seorang anak dan ubat amarah seorang ibu.

Berbaiklah kalian berdua ye....

~~~  Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia... ~~~

Thursday, 16 May 2013

Semua Tentang Ketam's Family Day































HARI KELUARGA KESATUAN ANAK-ANAK MAD (KETAM) 2013

Akhirnya hari yang dinanti tiba juga. Sepanjang tiga hari dua malam semua KETAM sudah mula berkumpul di Mercu Beach Resort, Cherating Pahang. Destinasi percutian untuk hari keluarga kali ini, AJK memilih pemandangan indah Laut China Selatan yang tebrentang luas.

Tentunya sejuk mata memandang, nyaman tubuh merasa sepoi-sepoi angin bahasa.... Sungguh tenang dan damai. Lama tidak melihat putihnya pasir, birunya laut dan cerahnya langit. Suasana yang jauh dari hiruk-pikuk kota.

Bermulalah Hari Keluarga Ketam 2013 pada malam itu (Jumaat) selepas semua tiba ke destinasi dengan memilih kumpulan masing-masing untuk acara futsal pasir dan bola tampar. Selain itu turut diadakan acara hafazan untuk kanak-kanak yang diadili oleh mummy@mak itam.

Sesudah saja selesai pembahagian kumpulan dan pengisian borang untuk pertandingan karaoke, semua kembali ke bilik berehat, tidur nyeyak menanti hari esok.

Hahahaha dah macam karangan budak sekolah lak....

Esoknya 11 Mei 2013, seawal lapan pagi semua dah bersiap sedia untuk menghiruk pikukkan suasana. Bersukan, berenang, membina istana pasir, dan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Dari acara ke acara sampailah rasa penat bercambah, peluh menitik laju dan perut kelaparan.

Begitulah pabila sudah berkumpul bersama. Tiada apa lagi yang kosong. Setiap saat diisi dengan bermacam aktiviti menarik.

Malamnya pula, dengan tema 'colour blocking' semua ahli KETAM cantik berpakaian. Baguslah mereka ni. Mengikut arahan hahaha Suka sangat sebab apa yang diminta dibuat dengan sebaik mungkin. Jadi, bertambah meriahlah majlis malam itu dengan warna-warna segar.

Bermula acara makan malam bersama keluarga, doa, kata aluan pengerusi iaitu ayahlong, kemudian acara kejutan HARI IBU, semuanya berlangsung dengan suasana harmoni.

Paling sebak apabila kejutan untuk para ibu. Semuanya terkejut selepas dipanggil naik ke pentas manakala si bapa pula diminta ke tepi pentas. Simboliknya, kami minta setiap bapa menghulurkan sekuntum bunga beruang buatan Nurul kepada ibu kami.

Haaaaa tiba dekat situ, seronoknya, dengan bermacam gelagat daripada bapa-bapa yang sudah berusia ni, bergaya romantik sakan menghulurkan kuntuman bunga disamping pelukan dan ciuman hangat masing-masing.

Yang anak-anak pula, semua berdiri seronok, bertepuk tangan menyaksikan serasi bersama secara live hahaha... Alhamdulillah, rancangan spontan kami berjaya. Walaupun dirancang sehari sebelum tiba ke Cherating dan semua persiapan adalah on that day, semua berjalan lancar.

Itulah saat bahagia yang akan dikenang dan sentiasa diadakan saban dua tahun InshaaAllah... Moga ikatan persaudaraan kekal sampai akhirat, hendaknya

~~~ Perjumpaan kecil-kecilan sentiasa dibuat sepanjang tahun sebab kerapatan kami semua, hehehe ~~~

Ibu, Guru dan Bapa

Selamat hari-hari untuk semua di atas. Bermula dari hari ibu ke hari guru kemudian diikuti hari bapa. Indahnya hidup di bumi Allah... Semua hari yang diciptakan membawa berkat dan rezeki masing-masing.

PRU-13 dah selesai, tahniah kepada pemenang. harapnya buatlah kerja anda sebagai wakil kami (rakyat). Harga barang termasuk Gov Tax tetaplah akan naik. Makanya, pandai-pandailah kita berjimat. Anda rakyat, anda yang pilih wakil anda. Baik buruk mereka, anda kena tanggunglah hahahaha

Cukup cukup sudah....

HARI IBU

Hari paling bermakna terutama bagi tahun 2013 yang mana semua ibu-ibu saudara termasuk ibu kandung diraikan dalam suasana harmoni. Kenangan terindah barangkali. Mana tidaknya, kebetulan, Hari Keluarga KETAM 2013 diadakan pada 10-12 Mei lalu yang mana pada malam Sabtu tersebut kami anak-anak membuat kejutan untuk mereka.

Sebenarnya, acara ini tidak direncanakan awal-awal. Ia dibuat pada saat akhir. Malam sebelum bertolak, idea dicetus sepupu sulung. Saya okay saja kemudian, tiba di Mercu Beach Resort, Cherating, sepupu, Nurul menjelaskan bahawa dia ada buat 'sesuatu' untuk semua ibu yang hadir.

Lalu, semuanya terhasil, dan idea membeli kek dan aturcara majlis yang diubah sedikit bagi menyelitkan segmen Hari Ibu diperapikan. Alhamdulillah semua berjalan seperti dirancang. Sangat sebak, terpegun dan sudah tentu ibu-ibu semua ketika itu sangat terkejut, teruja dan menangis.

HARI GURU

Sekian kalinya, menjaid mommy yang mana anaknya menyambut hari guru hehehe... Kusut fikiran sebab pertama kali kena fikir hadiah apa nak diberikan kepada guru Aniq. Alahai anak mommy.... Dah besar dah Aniq lalalalala

HARI BAPA

Bakal menyusul dan mommy cuba mencari idea untuk meraikan hari bapa bersama daddy dan anak-anaknya. Harapnya, idea muncul dengan cepat sebelum tiba tarikh keramat itu :)

~~~ Nasib baik hari-hari berkenaan tiada cuti umum kalau tak meriah sangat ~~~