Friday, 5 April 2013

Kesenangan




Siapa tak mahu senang. Senang dalam hidup. Senang dalam kerjaya. Senang untuk kesenangan ;p Itulah langkah yang mahu diambil. harapnya satu saja, BERHASIL. Setia menjadi penunggu kepada kesenangan demi masa depan keluarga khususnya anak-anak yang kian membesar. Bukan tidak puas dengan apa yang ada cuma mahu lebih mantap kerana dunia hari ini semua perlukan DUIT. Nak masuk tandas pun kena bayar apatah lagi nak beli beras, sayur dan sebagainya. Mahu menuju status negara maju!! Tapi sayang kiranya manusia seperti saya masih berada di takuk sama. Tak berganjak. Situ saja tahap kehidupan. Kita tak tahu jaminan masa depan negara ini jadi lebih baik bersedia. Ya, berani sajalah ambil risiko. Kalau menjadi, itu rezeki kalau tidak, pandai-pandailah memulangkan semula apa yang dipinjamkan. Janji kena menuju usaha itu, cuba dan berdoa supaya semua berjalan lancar. Seperti yang dirancang :)





~~~ kadang-kadang perlu berani berhadapan kegagalan kerana untuk mengecapi kejayaan bukan satu perkara yang mudah kecuali kalau anda PEMBODEK ~~~

No comments:

H A T I