Tuesday, 9 April 2013

Aniq ke play-school






Akhirnya.... Aniq ke play school jua :) Genap usianya 3 tahun pada 19April ini. Kata daddy, biarlah Aniq bergaul, tidaklah asyik menonton TV dan main saja di nursery Mak&Ayah hehe... Betul juga, dapatlah Aniq main warna-warna, lipat-lipat kertas, melukis, main muzik, aktiviti riadah, eh macma-macam lagi ler kan. Janji tiada kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah!!!! Okay Play-School kan......

Macam tak sangka akhirnya Aniq ke sekolah sebab itu semua secara kebetulan. Kebetulan-kebetulan itu termasuk :-

  1. Kebetulan daddy jumpa kawan sebab nak buat iklan
  2. Kebetulan kawan daddy cerita pasal 8IQ yang bagus untuk perkembangan minda anak seawal usia 2 tahun.
  3. Kebetulan testimoni kawan daddy itu menarik minat daddy sebab kata kawan daddy, silibus 8IQ sangat holistik dan fantastik
  4. Kebetulan daddy ajak mommy tengok tempat itu walaupun mommy 90 peratus tak nak
  5. Kebetulan mommy suka tempat itu ketika pertama kali melangkah masuk sampai 70 peratus rasa nak muncul
  6. Kebetulan sistem pembelajarannya menarik minat mommy dan daddy, bila cikgu tunjuk satu-satu kaedah pembelajaran di 8IQ
  7. Kebetulan daddy beri kata putus pada cikgu
  8. Kebetulan cikgu suruh bawa Aniq esoknya
  9. Kebetulan daddy dan mommy bawa Aniq datang lepas itu Aniq suka bukan main
  10. Kebetulan daddy bayar yuran bulan pertama ini
  11. Kebetulan Aniq tak meragam malah menunjukkan keceriaan dan keseronokkan bertemu kawan-kawan dan menjalankan aktiviti.
  12. Kebetulan Aniq ditinggalkan untuk rasa 'Hari Pertama' dia
  13. Kebetulan semua berjalan lancar sampailah hari ketiga hari ini

No comments:

complicated