CLICK & ENJOY

Tuesday, 30 April 2013

Marilah Mari, Pergi Mengundi ...


Setiap manusia di muka bumi ini memang dilahirkan oleh seorang ibu sebaik saja rezeki dan amanah dipertanggungjawab ke atasnya oleh yang Esa. Tetapi harus selalu percaya walaupun ibu melahirkan, akal fikirannya tidak sama sebab ibu mereka tak sama hahahaha pembukaan yang perasan sendiri (mcm best)

Bukan itu nak diceritakan cuma nak cerita pasal Pilihan Raya yang akan menjelma dalam masa tiga empat hari ini. Semakin rancak, bermacam ragam dari semua sayap parti yang bertanding. Paling penting bendera, bunting dan banner parti masing-masing siap sedia dipacakkan, sudah berkibar dengan semangat kemenangan. Cuma yang pasti menjadi juara hanya satu. Siapa pilihan hati anda? Biarlah rahsia. Yang mustahak, pilihlah yang terbaik.

Hmmm... Musim macam ini boleh buat suami-isteri berkelahi, adik-beradik merajuk, ayah-anak bermasam muka, sahabat-teman bertelagah dan macam-macma lagi. Semua ada pendapat masing-masing. Tapi pastikan jati diri anda tetap satu. Cintakan Agama, Sayangi Malaysia, bila cintakan agama, sudah tentu rasa ikhlas itu hadir lantas kasih sayang yang dicurah pada negara takkan berbelah bahagi.

Apa yang penting juga ialah jangan bertelagah sampai bercerai berai, berpisah jauh dan berdendam! Kelahi dengan aman, telagah dengan waras. Terima pendapat masing-masing seperti mana kita terima kepercayaan masing-masing. Mungkin dia pilih A, kita pilih B, jadi bila dia menrutarkan pendapat, kita jadilah pendengar terbaik. Usah berbalas kata kalau perbualan makin menggunung perginya. Nanti hilang arah tuju, terus bertikam lidah, hilang waras, naik amarah syaitan. Siapa rugi? Renung-renungkan...

Haaaa diri ni tidak memihak mana-mana. Lebih suka jadi orang tengah.. Lihat perjuangan dua arah, masing-masing ada pro-kontra. Kadangkala terfikir, apakah tidak dua yang Islam, dua yang Melayu bersatu bergabung dan meletup!!! Hmmmm kan cantik mata melihat kan... Itu pandangan saya. Saya tak pernah minat dengan politik cuma saya mahukan keamanan dan saya nak hidup harian saya sentiasa berjalan lancar. Saya tak nak rasa kesempitan hidup apatah lagi huru-hara, perang sana-sini. Saya memilih TIDAK.

Jadinya, sila bekerjasama untuk semua mereka yang bersemangat waja ini. Jagalah keharmonian yang ada. Sesiapapun menang, pastikan ikrar>menifesto>janji>kata-kata manis>madah indah anda dilaksanakan. Jangan ibarat melepaskan batuk di tangga nanti kami yang bergelar rakyat menerima tempias atau lebih parah umpama jatuh ditimpa tangga.
Saya dah rasa? Rasa bila saya berikan pendapat dalam satu forum, habis saya dihentam. Hmm itu pendapat saya, hak saya. Namun, hentaman bertubi-tubi buat saya naik darah. Lantas terkeluar patah kata berunsur kemaruk syaitan. Saya berhenti menaip, Saya lihat pada post yang sudah dimuat turun di forum. Saya menyesal, istighfar. "Aku yang memulakan kekecohan tanpa sedar" Lantas, saya delete sebelum ada yang nampak.
Entahlah, barangkali ada yang sudah membaca. Lupakan! Harapnya mereka tak perasan... kekekeke
~~~ Salam PRU-13 dan Selamat Mengundi ~~~

Thursday, 25 April 2013

19 April 2013

Saban tahun tarikh keramat 19 April pasti datang. Tarikh yang sentiasa dinantikan. Untuk tahun 2013, genap tiga tahun usia Muhammad Aniq Raheel pada 19 April lalu. Lambat post di sini sebab kesibukan hehe... Untuk kali ini, Aniq menyambut ulangtahun kelahirannya di 8IQ Enrichment Centre (taskanya).

Mestilah seronok, potong kek dengan kawan-kawan. Comel je tengok. Happy je muka dapat share kek, siap bagi kawan-kawan goodies bag :)

Tahun ni tak ada majlis di Muar sebab atok dan mak pergi umrah :( ... Tapi walaupun kecil tetap potong dua kek kan anak! Untunglah anak...

Mommy dan daddy sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Jadi anak soleh, anak bijak, hormat orang tua, kuat beribadah dan merendah diri... Moga Allah sentiasa melindungimu :)

Seperti biasa, gambar menceritakan segalanya :-

Graphic Design By Umi tersayang
Ruhee bersama peminat cilik di taska abang Aniq

Potong kek bersama cikgu dan kawan-kawan

TERUJA! Sampai tidurpun dengan hadiah


Lepas potong kek dekat taska, masa untuk Aniq...

Raikan Aniq oleh mommy dan daddy

Peace yo!
Anak mommy dah besar
Suka sangat!

Kek kedua di rumah mutty

Ruhee takyah nak stress sangat... Jeles lertu

Sepupu Aniq & Ruhee

For you son!


~~~ Setiap detik jam, tika dan waktu engkau (Aniq) diberanakkan, kenangan itu masih elok disimpan di dalam hati dan perasaan saat itu tetap sebati dalam diri ~~~

Thursday, 11 April 2013

Ini Kali Kita Ubah

Bukan nak cakap pasal PRU-13... Memang BUKAN sama sekali. Cuma mahu berubah dalam kehidupan yang selalu saja kepokaian terutama tengah bulan dan kadang-kadang awal bulan pun boleh jadi seperti itu. Entah, tidak pernah ambil tahu hal berkenaan perniagaan sebab tak percaya dan tidak layak bergelar usahawan.

Namun, akhirnya persepsi berubah. Berkenalan dengan Sam dan atas dasar percaya pada Kak Bennie, kawan sekerja, saya mengikut rentaknya. Cuba menjalinkan diri sendiri dalam bidang yang cukup saya geruni dan bukan bidang saya. Entahlah, semua berlaku secara tiba-tiba.

Dan semalam, saya sudah dapat hasilnya. Baguslah, pada perkiraan saya, ia berbaloi dan bertambah berbaloi kalau setiap bulan dapat bonus seperti semalam. Saya akan tunggu 10 Mei pula.... Yang penting, mencuba. Ya sedang mencuba.

Bagaimanapun, yang penitng, lihat dari perlbagai sudut. Paling mustahak apa yang diniagakan itu mendatangkan hasil. Apa yang dijalinkan menerusi 'bisnez partner' itu berada atas landasan sebenar...

Itu saja yang boleh saya kata. Nak cuba marilah.


"Saya sedang mencari rakan niaga A.K.A biz partner kalau boleh dari kalangan yang
bekerja dlm sektor swasta dan awam...Cth Nurse, polis, Bomba, Cikgu , Doktor , ahli farmasi , wartawan , penjawat awam , dan lain lain ...

a) 67% bonus sudah pasti bonus setiap bulan tanpa gagal.
b) Trip melancong 3 kali setahun "PERCUMA'
c) Bimbingan dan tunjuk ajar ku sifu sepanjang masa tanpa gagal

Berminat boleh hubungi saya di talian 0162095582 / 0124683428"



Tuesday, 9 April 2013

Aniq ke play-school






Akhirnya.... Aniq ke play school jua :) Genap usianya 3 tahun pada 19April ini. Kata daddy, biarlah Aniq bergaul, tidaklah asyik menonton TV dan main saja di nursery Mak&Ayah hehe... Betul juga, dapatlah Aniq main warna-warna, lipat-lipat kertas, melukis, main muzik, aktiviti riadah, eh macma-macam lagi ler kan. Janji tiada kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah!!!! Okay Play-School kan......

Macam tak sangka akhirnya Aniq ke sekolah sebab itu semua secara kebetulan. Kebetulan-kebetulan itu termasuk :-

  1. Kebetulan daddy jumpa kawan sebab nak buat iklan
  2. Kebetulan kawan daddy cerita pasal 8IQ yang bagus untuk perkembangan minda anak seawal usia 2 tahun.
  3. Kebetulan testimoni kawan daddy itu menarik minat daddy sebab kata kawan daddy, silibus 8IQ sangat holistik dan fantastik
  4. Kebetulan daddy ajak mommy tengok tempat itu walaupun mommy 90 peratus tak nak
  5. Kebetulan mommy suka tempat itu ketika pertama kali melangkah masuk sampai 70 peratus rasa nak muncul
  6. Kebetulan sistem pembelajarannya menarik minat mommy dan daddy, bila cikgu tunjuk satu-satu kaedah pembelajaran di 8IQ
  7. Kebetulan daddy beri kata putus pada cikgu
  8. Kebetulan cikgu suruh bawa Aniq esoknya
  9. Kebetulan daddy dan mommy bawa Aniq datang lepas itu Aniq suka bukan main
  10. Kebetulan daddy bayar yuran bulan pertama ini
  11. Kebetulan Aniq tak meragam malah menunjukkan keceriaan dan keseronokkan bertemu kawan-kawan dan menjalankan aktiviti.
  12. Kebetulan Aniq ditinggalkan untuk rasa 'Hari Pertama' dia
  13. Kebetulan semua berjalan lancar sampailah hari ketiga hari ini

Friday, 5 April 2013

JUMAAT


Mengisi kerunsingan bersama alunan muzik dan lagu di bawah :-














~~~ ngeh ngeh ngeh .... nampak sangat suka dengan drama yang bermusim kan kan ... ~~~

Kesenangan




Siapa tak mahu senang. Senang dalam hidup. Senang dalam kerjaya. Senang untuk kesenangan ;p Itulah langkah yang mahu diambil. harapnya satu saja, BERHASIL. Setia menjadi penunggu kepada kesenangan demi masa depan keluarga khususnya anak-anak yang kian membesar. Bukan tidak puas dengan apa yang ada cuma mahu lebih mantap kerana dunia hari ini semua perlukan DUIT. Nak masuk tandas pun kena bayar apatah lagi nak beli beras, sayur dan sebagainya. Mahu menuju status negara maju!! Tapi sayang kiranya manusia seperti saya masih berada di takuk sama. Tak berganjak. Situ saja tahap kehidupan. Kita tak tahu jaminan masa depan negara ini jadi lebih baik bersedia. Ya, berani sajalah ambil risiko. Kalau menjadi, itu rezeki kalau tidak, pandai-pandailah memulangkan semula apa yang dipinjamkan. Janji kena menuju usaha itu, cuba dan berdoa supaya semua berjalan lancar. Seperti yang dirancang :)





~~~ kadang-kadang perlu berani berhadapan kegagalan kerana untuk mengecapi kejayaan bukan satu perkara yang mudah kecuali kalau anda PEMBODEK ~~~

Hari Silih Berganti




Hari yang dinanti akan tiba jua.
Hujung minggu ini semuanya bermula. 
Rasa gembira dan sedih bercampur baur
Turut hadir rasa takut dan seronok
Mak Ayah dan kaum keluarga bakal berangkat ke Kota Suci Makkah

Menanti detik yang pasti, 
Berdoa semoga semuanya selamat
Perginya mereka dan kembalinya mereka
Mendapat umrah yang mabrur

Haaaa... Sesak nafas nak menunggu waktu itu
Pertama kali mak dan ayah berjauhan dari kami lima beradik :'(




~~~ Masa mereka sudah menghampiri, InshaaAllah jika diizinkan mahu juga ke sana ~~~