CLICK & ENJOY

Wednesday, 13 March 2013

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :)

1. Muhammad Aniq Raheel
Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung!
Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu.
Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yalah, ibu negeri, ramai yang ke sini.

Apa yang ada dengan dua hospital ini
- KPJ
  • Perkhidmatan bagus sebab pemeriksaan 100% bersama Dr Pakar Gynecologist Obstetrician.
  • Setiap kali pemeriksaan ultra sound pasti di buat malah penggunaan ultra sound 4D sudahlah tentu
  • Tidak perlu meminum air gula dan pemeriksaan Dr tidaklah terlalu cerewet
  • Masa menunggu giliran kadang-kadang terlalu panjang, lebh-lebih lagi tiba-tiga Dr terpaksa ke dewan bersalin 
  • Bilik air bersih
- Klinik Kesihatan Seremban
  • Pemeriksaan selalunya dibuat oleh jururawat
  • Keadaan serius maksudnya jangan nak mengada-ngada dekat sini. TIDAK dilayan
  • Wajib minum air gula sebab entah apa-apa hahaha
  • Masa pergi pagi balik petang itu normal sebab ramai orang dan kadang-kadang sesak
  • Vitamin yang diberi adalah terbaik
  • Dr hanya cek dengan ultra sound 3D (selalunya) pada bulan-bulan tertentu saja
  • Bilik air tak mengancam phewwww
 Tetapi disebabkan rasa takut dengan air gula, sampai saja giliran kena minum air gula, terus saya tak datang-datang sampai bersalin. Hehehe... Tapi sebaik saja Aniq dilahirkan, saya telefon klinik kesihatan beritahu dah bersalin. Moralnya, air gula tu pada saya tak wajib kot lalalala sebab alhamdulillah selamat je bersalin tanpa meminumnya. Barangkali memang saya tidak mempunyai keturunan berkencing manis :)
Lagi satu saya memang membuat keputusan nak bersalin di KPJ walau tidak boleh claim (Simpan RM200 setiap bulan beb, dapat gak beranak swasta tanggung sendiri) lalalala sebabnya saya memang banyak songeh. Memang betul, masuk saja labour room, semua jadi seram sejuk. Lagi2 bab seluk menyeluk. S
Sebab anak pertama, jalan sempit sikit, bukaan lambat sikit jadi Doktor asyiklah memeriksa bahagian sepatutnya. NGERI


Bolehlah tepis-tepis, tunggu-tunggu sampai Dr Kala kata, enough, we proceed now haha sebab bengang kot banyak songeh saya ni. Nak beranak pun kena tunggu. Nurse duk nasihat. jangan puan, nanti baby lemas. tengok ni jantung baby tak tetap :) haaaaaa SERAM+NGERI
Cuba dekat hospital, matilah kau nak bermesra dengan nurse dan Doktor... Memang dia tak layan kau bagai puteri okay. Mahu-mahu dia jeritkan dekat kau hehe Sebab tahu semua itulah, saya rasa saya memang selamat beranak di hospital swasta.

2. Ruhee Ayra
Dah boleh claim jadinya saya ke Columbia Asia terus. Memang nak pergi klinik kesihatan tapi asyik tertangguh dan akhirnya tak pergi pun. Di Columbia check up sama saja dengan KPJ. Cuma vitamin yang diberi Doktor tak mampu saya telan. Automatik  saya akan muntah semula. Jadi saya beli Blackmores Pregnancy saja sebotol dan makan itu sampai Ruhee dikeluarkan... Sebab ada pengalaman pertama, jadi yang kedua ini lebih mudah saya susurinya... Jangan bimbang, sebab mengandung adalah normal bagi perempuan bergelar isteri orang. hehe Cuma pilihlah yang terbaik.

Oh ya, alhamdulillah, harga hospital swasta di Seremban agak berpatutan pada saya.
Aniq (2010) bayaran bersalin dengan bilik satu katil hanya RM1300-1400 manakala Ruhee (2012) bayaran bersalin dengan bilik satu katil RM2200 saja :)

~~~ Nak beranak di mana saja tidak menjadi masalah. Ikut keselesaan dan keberanian masing-masing. Kita tahu denagn cara dan kekuatan diri kita kan... ~~~

3 comments:

jessica said...

Salam sis.. I pun stay kt srmbn.. I nak tanya berapa kos utk setiap kali check up di private..mahal x?

Anonymous said...

saya tolong jawab boleh...saya pun pregnant 7 bulan, check up di Colombia hosp seremban, kalau utk blood test dalam rm68. tapi tu sekali je. check up rm 70 . saya pilih doktor intan. so far... ok...

Nur'alin said...

terima kasih kerana menjawab. haa begitulah Jessica harganya.