CLICK & ENJOY

Wednesday, 27 March 2013

Hari Ikatan Ex-Power Rangers


   Selepas Ex-Boyfriend si Aidil, si Ex-Power Rangers pula menjadi tunangan orang. Bukan saja sepupu tetapi umpama adik beradik. Inilah teman sepermainan, se-mengaji, se-bergaduh, se-bilik air, se-ke sekolah, se-makan se-pinggan dan banyak ler se se se nya an an an ahhhhhh

   23 Mac lalu, tamatlah zaman solo sepupu selepas selamat ditunangkan dengan si Khairul. Tahniah Ad si peguam comel tetapi garang hohoho


khairul anuar & nurul syuhada

Selain gambar di atas, paling mustahak adalah gambar sakan daripada kami seperti selalu ler an.. an... an... ahhh

Aniq dengan aunty Ad

mommy, Ruhee, Kak Anne & Kak Fatin

Uncle Basyar & Aunty Nurul beronok-ronok dengan Ruhee

Kak Nony sekeluarga
Mak ayah Ad aka pakndak makndak kita ler

mak sedara vs anak buah



mentedarah

Aish abanglong Serdang

Sepusat sepusing

Anak sedara vs mak sedara yang comel (hehe)

Adik-Akak

Dua pupu

Atok dan cucu kesayangan

My Family

Again... smileeeeee
~~~ Itulah berakhirnya family gathering kami untuk bulan Mac.... Jumpa lagi ~~~

Friday, 22 March 2013

That Winter, The Wind Blow lagi

Lagu in rancak bermain di kepala otak saya sejak dua menjak ini. Selepas asyik dengar OST I Miss You, kini menghayati bait-bait lagu cinta That Winter The Wind Blow pula

Marilah bersaksikan rasa cinta dihati, kita hayati alunan indah lagu ini hehehe





The One – 겨울사랑 (Winter’s Love) Lyrics (That Winter, The Wind Blows OST)
Romanization
naneun geudael algo issseumnida malhaji anhado neukkimnida
geureon nawa darmeungosi manheun apeun saramijyo
sarangttawin baewoboji motae jal alji motalgeol naneun aljyo
hajiman geudaeran saram nae unmyeongingeol neukkijyo
hayan nunkkoccheoreom yeorin naui saram
geu sarami nareul apeuge haneyo
o barami bureowa meolli geudael
deryeogalgeotman gata
oneuldo geu yeopeul jikigo inneyo
bireobomnida haneurerado
naui gidoga daheulsuitge
baraebomnida ijen meomchulsudo
eomneun dokhan sarange..
nae sarmi jogangnado geujeo dan hansaram dan hansaram
geobuhaji motal unmyeong gateun sarang
geu sarami nareul seulpeuge haneyo
chan gyeouri millyeowa on momi da eoreobeorindaedo
eonjena geu yeope naega isseulkkeyo
geudael saranghaeyo geudael aneulkkeyo
eonjena geuyeopeul jikyeojulkkeyo


English Translation
I know you, I feel you even if you don’t speak
You’re a hurt person, who resembles me a lot
I know that I never learned of love so I don’t really know about it
But I feel that you are a person who is my destiny
My person is soft like the white snowflakes
That person is hurting me
The wind blows and it seems like it’ll take you far away
So I am protecting you by your side again today
I beg so that my prayers can reach the heavens
I hope for this cruel love that I can’t stop anymore
Even if my life is broken to pieces,
There’s just one person, just one person for me
A love like destiny that I cannot reject
That person is making me sad
Even if the cold winter comes and freezes my entire body
I will always be by your side
I love you, I will hold you
I will always protect you by your side

Thursday, 21 March 2013

Miss You vs That winter, The Wind Blow

Puas dah menangis dengan I Miss You (IMY), teruja pula dengan That Winter The Wind Blow (TWTWB). Dua-dua tentang cinta cuma IMY penuh dengan air mata :) ... TWTWB nak sangat tengok sebab heroinnya sangat saya gemar. Heroin Autumn In My Heart dan Full House, Son Hye Kyo. Jalan cerita nampak menarik. Dengarnya adaptasi dari drama Jepun. Death Love ke apa ntah hehe (malas nak cari)

Hmmm tak nak ler cerita lebih-lebih, nak tahu best ke tak kenalah tonton sampai habis :) haihh baru episod 3 hmmmm kisah adik beradik, konflik kekeluargaan dan pastinya membuahkan rasa cinta pada pasangan yang sebenarnya bukan adik beradik ... <*_*>






 Lupa nak cakap pasal heronya, kalau IMY kagum dengan si Mickey tu, untuk TWTWB pula, hmmm hero nampak menarik hehe okay nak google pasal Jo In Sung ;p


I Miss You :-






~~~  Tengok online je sebabnya nak menonton di rumah kena bergaduh dengan Aniq hohoho ~~~

Wednesday, 20 March 2013

Doa untuk anak

  Pertama kali mengandungkan Aniq Raheel, perkara pertama mak beri ialah doa ini :-
 
 
Doa Agar Terpelihara Anak dalam Kandugan
اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَ فِى بَطْنِيْ وَاشْفِهِ أَنْتَ شَافٍ لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
اللَّهُمَّ صَوِّرْهُ فِى بَطْنِيْ صُورَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ
Ya Allah, rupakanlah/bentukkanlah dia yang berada di dalam perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah dalam hatinya akan keimanan kepada-Mu dan Rasul-Mu.
اللَّهُمَّ اخْرُجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلَادَتِيْ سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku, di kala waktu bersalin, dengan mudah dan selamat.
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلًا وَعَاقِلًا حَاذِقًا عَالِمًا عَامِلًا
Ya Allah, jadikanlah dia anak yang sihat, dan berakal, pandai, alim (dan) beramal.
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خُلُقَهُ وَأَفْصِحْ لِسَانَهُ وَأَحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, jadikanlah jasadnya utuh, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya, kurniakanlah lisan yang fasih, kurniakanlah baginya suara yang indah untuk membaca Al Quran dan hadis dengan keberkatan Nabi Muhammad sallallaahu 'alaihi wa sallam, dan segala puji bagi Allah.

Wednesday, 13 March 2013

Cerita Tentang Kami



Memori itu sentiasa mekar walau 
Perkenalan yang sekejap
Pertemuan yang cukup dengan bilangan jari
Tapi dia mengajar erti persahabatan
Memberikan rasa kasih 
Yang selama ini tidak pernah aku rasai
Kasih sayang sebenar dan tulus.

Ingin walau sekali kutemu
Untuk aku ungkap kata maaf
Maaf
Maaf
Kerana pernah menghancurkan hati
Menghentak perasaan
...........

Tak mampu lagi menahan sebak di dada
Kerana sudah terlalu sarat dengan kesal

Mencari Yang Terbaik (PART2)


COMEL OKAY HOSPITAL HELLO KITTY NIH!


Bercerita keselesaan bersalin di hospital, bagi saya ia penting sebab selepas bersalin dengan menggunakan tenaga fizikal dan rohani, saya perlukan rehat dengan kadar maksimum sebelum berjaga ditengah malam dan tidak cukup tidur pabila pulang ke rumah.

Apa yang saya tahu jika bersalin di hospital kerajaan, sebaik bersalin anak diserahkan pada kita untuk dijaga (sekiranya anak sihat). Tidak pula di hospital swasta, anak hanya diberi atas permintaan seperti untuk disusukan atau ada mereka yang datang melawat ingin melihat anak kita.

Jadinya, sebaik bersalin saya dapatlah rehat secukupnya. Tidur tanpa diganggu. Tak payah nak bangun-duduk-bangun-duduk salin pampers, tukar baju baby bagai. Tidur saja sepuasnya dan rehat secukupnya. Kumpul tenaga untuk masa depan hehe

Selain itu, keselesaan lain, sebab berbayar, apa saja kemahuan kita dipenuhi sampaikan mandi pun mereka boleh temankan (duduk luar bilik air ler)... Siapkan tolong sikatkan rambut buat tocang lagi hehe Itu pengalaman saya. Tak minta pun sikatkan rambut tapi nurse tu budak lagi, dia kesian kot terkial-kial nak sikat rambut jadinya dia tolong. Saya pantang dipelawa, ya kan saja ;p

Sebenarnya, ikut masing-masing, ada orang seperti saya yang banyak songeh ni memang sesuai duduk hospital swasta lagipun saya lebih suka duduk bersendirian daripada duduk dalam dorm hehe... Sebab tu masa Aniq sanggup kumpul duit sebab memang nak bersalin di KPJ, siap nak satu bilik lagi.

Kalau nak hospital kerajaan pun (ketika itu) saya cakap dengan suami saya nak Hospital Muar sebab saya dah biasa dekat sana. Keturunan den ramai kerja dekat sana jadinya den dah biasa dekat sana okay. Lagipun Hospital Tuanku Jaafar, adalah pusat (ibu negeri) jadinya ramainya aduiii jangan cakaplah.

Cukuplah menjaga Aniq ketika dia sakit dulu di sana. Keadaan bilik air (Itu keutamaan kriteria pemilihan saya). Memang rimas kot dengan bilik air dekat situ. Manusia yang mengguna tak reti menjaga kebersihan. Sebab tu saya minta Wad Kelas Pertama untuk Aniq masa tu tapi TIADA sebab dia kanak-kanak kekeke (BANYAK SONGEH)

Okaylah, itu aje sambungan pengalaman bersalin saya. Apapun makanlan vitamin yang doktor bagi dengan betul. Tak ada istilah anak beso makan vitamin tu. Cuma kalau kandungan dah 7-8 bulan tu boleh je kurangkan pengambilan. Awal-awal mengandung, sila telan okay.

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :)

1. Muhammad Aniq Raheel
Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung!
Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu.
Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yalah, ibu negeri, ramai yang ke sini.

Apa yang ada dengan dua hospital ini
- KPJ
  • Perkhidmatan bagus sebab pemeriksaan 100% bersama Dr Pakar Gynecologist Obstetrician.
  • Setiap kali pemeriksaan ultra sound pasti di buat malah penggunaan ultra sound 4D sudahlah tentu
  • Tidak perlu meminum air gula dan pemeriksaan Dr tidaklah terlalu cerewet
  • Masa menunggu giliran kadang-kadang terlalu panjang, lebh-lebih lagi tiba-tiga Dr terpaksa ke dewan bersalin 
  • Bilik air bersih
- Klinik Kesihatan Seremban
  • Pemeriksaan selalunya dibuat oleh jururawat
  • Keadaan serius maksudnya jangan nak mengada-ngada dekat sini. TIDAK dilayan
  • Wajib minum air gula sebab entah apa-apa hahaha
  • Masa pergi pagi balik petang itu normal sebab ramai orang dan kadang-kadang sesak
  • Vitamin yang diberi adalah terbaik
  • Dr hanya cek dengan ultra sound 3D (selalunya) pada bulan-bulan tertentu saja
  • Bilik air tak mengancam phewwww
 Tetapi disebabkan rasa takut dengan air gula, sampai saja giliran kena minum air gula, terus saya tak datang-datang sampai bersalin. Hehehe... Tapi sebaik saja Aniq dilahirkan, saya telefon klinik kesihatan beritahu dah bersalin. Moralnya, air gula tu pada saya tak wajib kot lalalala sebab alhamdulillah selamat je bersalin tanpa meminumnya. Barangkali memang saya tidak mempunyai keturunan berkencing manis :)
Lagi satu saya memang membuat keputusan nak bersalin di KPJ walau tidak boleh claim (Simpan RM200 setiap bulan beb, dapat gak beranak swasta tanggung sendiri) lalalala sebabnya saya memang banyak songeh. Memang betul, masuk saja labour room, semua jadi seram sejuk. Lagi2 bab seluk menyeluk. S
Sebab anak pertama, jalan sempit sikit, bukaan lambat sikit jadi Doktor asyiklah memeriksa bahagian sepatutnya. NGERI


Bolehlah tepis-tepis, tunggu-tunggu sampai Dr Kala kata, enough, we proceed now haha sebab bengang kot banyak songeh saya ni. Nak beranak pun kena tunggu. Nurse duk nasihat. jangan puan, nanti baby lemas. tengok ni jantung baby tak tetap :) haaaaaa SERAM+NGERI
Cuba dekat hospital, matilah kau nak bermesra dengan nurse dan Doktor... Memang dia tak layan kau bagai puteri okay. Mahu-mahu dia jeritkan dekat kau hehe Sebab tahu semua itulah, saya rasa saya memang selamat beranak di hospital swasta.

2. Ruhee Ayra
Dah boleh claim jadinya saya ke Columbia Asia terus. Memang nak pergi klinik kesihatan tapi asyik tertangguh dan akhirnya tak pergi pun. Di Columbia check up sama saja dengan KPJ. Cuma vitamin yang diberi Doktor tak mampu saya telan. Automatik  saya akan muntah semula. Jadi saya beli Blackmores Pregnancy saja sebotol dan makan itu sampai Ruhee dikeluarkan... Sebab ada pengalaman pertama, jadi yang kedua ini lebih mudah saya susurinya... Jangan bimbang, sebab mengandung adalah normal bagi perempuan bergelar isteri orang. hehe Cuma pilihlah yang terbaik.

Oh ya, alhamdulillah, harga hospital swasta di Seremban agak berpatutan pada saya.
Aniq (2010) bayaran bersalin dengan bilik satu katil hanya RM1300-1400 manakala Ruhee (2012) bayaran bersalin dengan bilik satu katil RM2200 saja :)

~~~ Nak beranak di mana saja tidak menjadi masalah. Ikut keselesaan dan keberanian masing-masing. Kita tahu denagn cara dan kekuatan diri kita kan... ~~~

Wednesday, 6 March 2013

Rumah Idaman


pic: google

Hari ini nak bercakap pasal sebuah rumah. Rumah adalah aset penting yang WAJIB ada pada setiap individu walaupun individu itu mempunyai pasangan. WAJIB itu dari suduh keduniaan yang bermaksud perlu ada untuk dijadikan aset atau hartanah untuk disewa atau diduduki. Itulah yang sedang saya rencanakan sejak akhir-akhir ini.

Saya mahu cari aset untuk diri sendiri. Suami dah ada satu, hartanah (rumah) yang sedang kami duduki hari ini. Itu hak dia jadinya saya perlu mencari hak saya. Tujuannya bukan sebab NEGATIF tetapi POSITIF iaitu dengan ada dua aset, kita sebagai suami isteri boleh menjadikan salah satunya sebagai alat menampung kehidupan masa depan. Bersyukurlah kalau ada dua tiga kan :)

Lagi-lagi bekerja swasta seperti kami. Tiada pencen. Noktah. Anda sendiri faham. Jangan harapkan sangat wang ratus ribu yang bakal diperoleh nanti sebab duit umpama air, banyak gunanya, cepat habisnya. Kadang-kadang pengeluarannya tak terbatas, tak mampu disekat sebab keasyikan duit boleh menjerumuskan kita ke lembah MUFLIS.

Bukan tak menyimpan, cuma kata orang biar ada dahan untuk menampung diri di saat terjatuh dari kapal. hehehe sesedap rasa buat peribahasa sendiri ;p Jadi dahan untuk pertahankan kehidupan anak beranak untuk masa depan, era modenisasi dan era teknologi ini, kami suami isteri perlu bebruat sesuatu. SEKARANG!

pic: google

Bagaimanapun, apabila jari jemari ini menaip projek perumahan yang sedang dijalankan dan yang sudah disiapkan, WOW!!! Harga rumah di SEREMBAN (saja) sudah menjangkau RM350k ke atas..... GILALAH!!!! Itu perkataan pertama yang keluar dari peti suara. YA, kalau tidak beli sekarang nak tunggu bila? Harga makin lama makin naik. Kalau nak murah kena cari rumah lelong. Itupun dalam RM250k ke atas, rumah dah tinggal minimum lima tahun.

Nak buat rumah dekat kampung? Sama saja. Tanah tak seberapa besar, cukup-cukup saja, bahan nak bina rumah sama saja bermodalkan RM270k juga untuk single house empat bilik. Kiraan sendiri je tu hehehe Kalau nak buat tunggu nak pencen selalunya sebab buat sekarang siapa nak duduk? Masalahnya harga bahan asas makin lama makin naik. Pusing-pusing sama saja kiraannya dengan beli rumah siap.

Mengikut akal yang ada, beli satu lagi rumah... Pasal nak buat rumah dekat kampung, itu kita tunggu bila tua. Ada rezeki, boleh buat. Tetapi sekarang kena ada satu lagi rumah sebagai aset. Masih mencari dan mahu mencuma rumah PR1MA... Lingkungan gaji untuk projek Bandai Ainsdale, Labi (SIME DARBY) kena gaji antara RM2,700 hingga RM7,000 (Purata isi rumah)... Entah boleh ke tidak. Kawasan startegik, contoh rumah memuaskan. Yang penting nak EMPAT BILIK termasuk store room haha sebab barang daddy menimbun!



pic:google

Pilihan kedua rumah dari IJM Land, terbaik saya kira. Summer atau Sakura dekat dengan Seremban 2. Kawasan startegik. Harga dalam RM350k ke atas (Harga purata)... basic price belum tolak diskaun atau bumi lot. Design rumah cun. Memang berkenan. Dekat dekangan rumah yang sedia ada. Kena tengoklah kalau berminat. Sekarang, kalau nak dan mampu kena REMBAT terus tak boleh tunggu.

Rumah sekarang macam jual pisang goreng, sekali angkat letak dalam bekas, licin. Lagipun sekarang rumah dibuat dalam 100 ke atas saja (unit)... Lagilah ramai yang mencari rumah yang nak beli rumah cepat-cepat. Jadi kena cepat. Apapun kenalah rujuk suami. Dia suruh saya beli tapi dia selalu buat tak tahu bila mana kesungguhan saya memuncak.... Tapi kena share ler bayaran bulanan gitu hehe Kalau tak alamat, den kena tukar kereta... sekian :)

~~~ Misi mencari rumah perlu digigihkan. Mencari yang elok, berbaloi tetapi tak mahu sampai terpaksa makan maggi.. Mohon dipermudahkan, Ya Allah ~~~

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Ini untuk saya, kalau-kalau terlupa boleh baca untuk kembalikan ingatan bahawa anak-anak hanya seorang budak kecil yang sedang melalui proses pembesaran :) Tak apa, anda juga boleh membaca. Tak berdosa pun jika kita berkongsi ilmu ....

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
 
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
 
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
 
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. 
 
Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Dibawakan oleh: My Kewpies Outlet

Monday, 4 March 2013

Berdoa (Pencerobohan lahad Datu, Sabah)


Ya, berdoalah sekiranya anda tak mampu menjadi pewira! Berdoalah andai anda tak rela berkorban tenaga! Berdoalah jika anda tak kuat mendakap senjata!

Sabah antara negeri dalam Malaysia jadi ia adalah milik kita sebagai rakyat Malaysia. Hilangkan egomu, rendahkan pekik-lolongmu demi mendalami erti perjuangan dan maksud kemanusiaan. Jangan jadikan isu darah sebagai politik. Apa yang penting hari ini ialah satukan hati, gandingkan bahu, eratkan pegangan tangan antara kita untuk membantu saudara-mara kita nun di sana.

Kita bertuah memiliki Malaysia sebagai negara aman sentosa dan kaya dengan hasil buminya. Jadi menjadi kewajipan kita memelihara kurniaan Allah yang tidak terhingga ini. Buangkan jauh-jauh sifat riak, takbur, dengki dan khianat terutama kita yang sesama Islam. Wujudkan perpaduan yang lama didambakan demi membantu mereka di Sabah.

Ini ujian Allah untuk kita sedar yang kita sudah lama hanyut dibawa arus keriakkan. Allah mahu kita bersatu hati. Allah turunkan ujian bersebab. Hentikan menganjing sesama sendiri. Sama-sama kita perjuangkan hak negara kita walau dalam apa cara sekalipun... 

~~~ Saya masih sayangkan Malaysia walaupun saya suka menonton RunningMan, Korean drama dan berangan nak tinggal di sana ~~~

Berdoa dan terus Berdoa







Ini I'ngah saya ,erangkap wali saya, abang kedua ayah saya. Hari ini tepat jam 10 pagi tadi, beliau dimasukkan ke bilik pembedahan bagi menjalani pembedahan kanser. Semoga beliau berada dalam keadaan baik dan dilindungi Allah. Semoga setiap urusan dipermudahkan Nya :)

Bermesej dengan ayah sebentar tadi, katanya ramai berada di hospital menemani beliau. Semoga setiap patah kata semangat yang ahli keluarga berikan padanya menguatkan semangat beliau selama ini. Kami sayangkan dia. Ada atau tidak kami di sana, saya percaya semua adik beradik, ipar duai, anak menantu, anak-anak buah dan cucu-cucu beliay sentiasa mendoakan yang terbaik.

~~~ Berdebar sungguh rasanya menanti lima jam berlalu ~~~


Friday, 1 March 2013

Susu Mommy Untuk Ruhee Ayra


Jangan ambil pusing tentang gambar. Maklumlah, seni itu indah jadi itulah seni mengatur gambar oleh saya hohohoho... Ini adalah stock susu milik Ruhee. Khas untuk dia seorang saja. Alhamdulillah dengan berkat usaha, tawakal dan doa, Allah permudahkan urusan menyusukan Ruhee sehingga hampir lima bulan ini.

Misi harus diteruskan! Itulah niat di hati ini. Mana tahu, misi ini mampu diteruskan sehingga usia Ruhee dua tahun! Kayuh perlahan-lahan, kata orang tua dan sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kata mereka lagi. Jadi misi untuk kelima bulan dengan penyusuan eksklusif sedang dijalankan.

Cara paling mudah untuk membanyakkan susu ibu adalah dengan menjalan sesi mengepam. Ikutlah kitaran waktu iaitu kerap! In Shaa Allah, boleh buat stock. Sebenarnya, stock yang dibuat tidaklah sehebat ibu-ibu yang lain. Saya cuma ada lebih kurang 20 stock. Bagaimanapun, alhamdulillah, cukup setakat ini. Ye, walaupun anda mengambil pelbagai supplement untuk pengeluaran susu yang maksimum, mengepam itu perlu sebab kena ingat susu ibu mengikut kaedah 'supply and demand'...

Apapun, saya berusaha dan berserah disamping berdoa. Yang penting sebagai mommy kena beri susu mereka tidak kira berapa lama tempohnya. Sebab itu saya tak suka target terlalu jauh... Cukuplah untuk bulanan hehe contohnya, misi bulan keempat, berjaya, jadinya marilah susukan Ruhee untuk kelima bulan :) 

~~~ Ayuh mommy susuilah anakmu. Tak kisah sampai enam bulan ke, setahun ke, dua tahun ke janji susui mereka sedaya mungkin ~~~

Jumaat Indah

Seindah ketenangan dinihari kurasakan kini... Tak tahu dah nak buat apa, sebelum edisi mengepam susu dilakukan, buatlah apa saja yang boleh menyeronokkan diri di hari Jumaat ini. Apa lagi yang boleh dibuat selain membelek gambar kenangan kan... Makanya, inilah hasil tangkapan hari ini :)

Tidur yang lena :)

Gaya Aniq yang kian lasak

Bila Aniq in action
 Gambar kegilaan saya! Tengoklah aksi Aniq yang slumber ikut gaya daddy dia. Daddy nak ambil gambar, Aniq sibuk, mommy cakap, buat macam daddy. Lantas dia tengok daddy dia kemudian dia buat GAYA ITU! Pandai anak mommy, bertindak ikut arahan hahahahaha

"Kitakan anak belanak"

Cuba bezakan paras rupa dua budak di bawah ini? seorang lebar dan seorang lagi kuncup... Sejak mula dilahirkan dan selepas beberapa bulan.... Sekali pandang SAMA! Dua kali pandang, dua-dua mirip daddy. Tiga kali pandang, terus rasa nak balik rumah... sekian

Aniq seawal usia setahun

Ruhee seawal empat bulan

Ruhee selepas beberapa jam

Aniq selepas beberapa jam

Ketika pertemuan pertama kali kawan sekolah. Walaupun kedatangan tidak seramai yang dijangka tapi alhamdulillah, berjaya juga untuk permulaan. Harapnya pertemuan sekali lagi yang akan diaturkan kelak, mendapat sambutan ...

Reunion with convent girls

small gathering with old-schoolmate

Lagi gambar anak-anak yang sentiasa mencuit hati dan perasaan seorang mommy... Yelah, kalau bukan mommy mereka yang over, takkan nak suruh mommy orang lain yang over kan! Jadi memang selalu over dengan anak-anak. Jumpa hari-hari pun tetap nak tatap muka mereka di skrin komputer...

Ruhee in action

Bila tidur nyenyal

 Hahaha ini gambar memang comel. Dengan muka Aniq yang blurrrr tak mampu nak kata apa bila Ruhee buat cenggitu sambil buat muka poyo :) Adik beradik suka berlakon!!!

maybe Ruhee said, "Talk to the hand"