Wednesday, 27 February 2013

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii)

Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai.

Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit. Rugi. Lagipun ibu mengandung yang berpuasa lagi banyak manfaat yang diperoleh. Cuma, tegasnya, kalau rasa nak pitam, badan bergegar dan memang lemah, buka, jangan teruskan puasa. Maksudnya, puasalah selagi saya berupaya dan berdaya tahan.

Lagi satu, Dr Intan ni, ketika menjalankan ultra sound, beliau akan memberi maklum balas yang sangat terperinci tentang unborn baby. Dari degupan jantung, injap, jantina, pergerakan, kandungan air termasuk kedudukan unborn baby. Sampai dia puas hati baru dia stop scan. Selagi dia tak puas, dia cuba mencari. Contohnya cari jantina bayi hehehe Kiranya masa paling lama dia buat ultra sound ketika memeriksa saya dulu kira-kira sepuluh-lima belas minit.

Dr Intan juga pada pandangan saya ler kan, lebih suka kalau pesakitnya boleh bersalin normal. Confirm dia memang tak suka gunting suka hati. Selalunya dia cuba teknik, gunting selari (katanya sikit je itupun bahagian dalam yang setakat jahit sekali saja).

Melahirkan Ruhee bersamanya adalah kenangan terindah. Dia seorang yang sangat pandai kawal perasaan ibu yang sakit nak meneran. Ingat lagi gayanya, membesarkan matanya sambil memandang tepat ke arah saya. Azlin, teran, buka bibir, tekan gigi. Besarkan mata macma mata saya... hahaha lebih kuranglah ayat dia tu. Bagus cara macma tu sebab sebagai pesakit kita rasa ada hembusan semangat dan terus bertenaga untuk teran sebab Dr Intan pun teran sekali kekekeke

Paling bermakna, keluar saja Ruhee dengan selamat, perkataan Assalamualaikum baby girl lancar keluar dari mulutnya sambil disahut2 oleh jururawat yang mengiringi proses kelahiran itu. Yelah, masa Aniq Dr Kala sangat tegas dan agak kurang berinteraksi tapi dia bagus dari sudut cara kerja. Bezanya dah tentu sebab Dr Kala bukan Islam jadi tak adalah beri salam. Cuma untungnya masa Dr Kala, saya turut ditemani jururawat senior jadi proses bersalin masih indah... Hehe pangkat mak-mak kita kan, baik je jururrawat tu.

Jadi itulah Dr Intan yang saya kenal. Dia sentiasa cuba untuk tidak bagi 'rasa takut' dekat pesakitnya. Sampailah saya buat pap smear (pertama kali buat. Masa Aniq tak buat sebab takut sakit haha), kata dia relax je, jadi relax je la.. dia suruh batuk dua kali, terus siap buat pap smear tu... alahaiii memang tak sakit...

Oh ya, proses kelahiran yang menyeronokkan itu juga tiada sebarang jahitan luaran yang saya dapat. jahitan dalaman pun hanya sekali je sebab dapat rasa kan... Dalam miung miung sakit beranak (sebab tak bebrius), sempat tanya Dr Intan berapa jahitan. Dia senyum je tak de pun... Esoknya dia datang wad cek saya baru dia ceritakan, cara dia keluarkan Ruhee dengan terperinci. Walaupun ada medical term yang saya tak faham, yang pasti saya tahu cara kerjanya elok. Alhamdulillah, diketemukan dengan Dr Intan....


Ini pengalaman saya bersama Dr Intan... Lain individu lain rasanya kan kan... Jadi buatlah pilihan anda, dengar komen dari mereka yang pernah rasa, buat research dan rasai sendiri... Itulah yang saya buat di saat memilih Dr Kala dan Dr Intan sebagai Gyene dulu :) Dua-dua ada cara kerja tersendiri tetapi kedua-duanya memang baik kerjanya hehehe





 
~~~ Sebab macam best beranak walaupun memang sakit beranak itu ada, rasa macam nak mengandung lagi ler.. keke apa kata survey?~~~

Tuesday, 26 February 2013

Anak Demam

Perkara paling merunsingkan hati ibu bapa apabila anak demam terutama dikalangan bayi. Aniq masa umur seawal 4-setahun kerap demam. Kemungkinan besar berpunca daripada taska sebab kebanyakan Dr Pakar Kanak-kanak tidak bersetuju anak-anak di bawah usia dua tahun di hantar ke pusat jagaan kanak-kanak. Tapi tiada pilihan waktu itu. Berjangkit dan mendapai viral infection dari keadaan sekeliling antara punca Aniq kerap demam. Kesian dia, sedih bila mengenangkan Aniq ketika kecilnya. Pernah saya dan suami berkejaran ke hospital pada jam 12 tengah malam, 3 pagi dan pernah sekali Aniq di tahan wad sebab viral infection. 

Anak pertama memang mengajar. Disebabkan itu, Ruhee saya pastikan dia minum susu ibu saja sehingga mencapai usia dua tahun. Moganya dan In Shaa Allah ia berjaya. Lagi satu, Ruhee beruntung, dapat babysitter untuk menjaganya. Alhamdulillah, kurang demamnya. sekali saja dia demam sepanjang hampir lima bulan ini. 

Saya dan suami, perkara penting pabila anak demam ialah, jumpa doktor. Biarlah duit berhabis, masa untuk diri terabai asalkan anak kembali pulih. Aniq? Bukan saja ditahan wad, pernah di X-Ray di hospital Muar sebab demam tak kebah-kebah selama seminggu (38-39 darjah celcius) pernah di ambil darah ketika demam di Seremban, pernah berkejaran ke hospital sebab muntah-muntah dan cirit birit...  semua menjadi kenangan saya dan suami. Semoga Aniq dan Ruhee sihat, dilindungi Allah dari sebarang penyakit, kemudaratan dan kesengsaraan :)

 Ini sedikit ilmu untuk sama-sama kita amalkan dan fahamkan apabila anak demam. Sebagai rujukan saya suami dan mungkin kalian... (hehehe ada ke yg membaca blog syok sendiri ni!) lalalala kbai ;p

Bayi saya demam. Adakah saya perlu risau?

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 36.5 darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah C pada waktu petang.

Kenapa kita selalu demam?

Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel "pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.

Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.

Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.

Apa maksud kekejangan febril?

Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.

Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.

Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:

• Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.

• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).

• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.

• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

Apa yang perlu saya elakkan?

• Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.

• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.

• Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.

@babycenter

Monday, 25 February 2013

HAPPY BIRTHDAY! utk diri sendiri ;p



Wahhhh masuk saja pejabat dari tugasan luar terus buka mukabuku dan emel semak ucapan ulangtahun kelahiran ke-29. Alhamdulillah, masih diberikan peluang bernafas di muka bumi Nya. Terima kasih untuk semua yang mengucapkan salam ulangtahun kelahiran dan mendoakan yang terbaik untuk saya. Semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat Allah sampai akhirat :)

Hadiah paling menarik hari ini, membuatkan hati seorang mommy terharu dan tersentuh apabila Aniq Raheel mengucapkan 'happy birthday mommy' di kala pagi hari tadi. Walaupun mommy tahu, daddy yang suruh Aniq, tapi Ya Allah, itulah hadiah paling bermakna untuk tahun ini! Tahun lalu Aniq belum faham sangat,. sekarang Aniq dah faham apa itu birthday! Siap cakap "Nanti Aniq belikan kek".. (kekeke ayat Aniq, semua 'Aniq belikan' hahaha) Tapi awak fahamkan Aniq penggunaan ayat itu dan kek itu untuk birthday! Terakam indah di memori mommy pastinya akan mommy ingat sampai bila-bila sayang!

Ucapan daripada Aniq buat saya terkesima sampai sekarang! Setia menanti untuk ungkapan sama keluar dari mulut Ruhee pula... Sesungguhnya, hadiah terindah ialah anak-anak saya! Sudah cukup dan tidak perlukan hadiah lain... Itu jawapan saya bila suami tanya, nak apa? hmmm lepas tu bila dah siuman sikit, "alaaaaaa menyesal pulak!" hmmmmm 

Macam tahun-tahun sudah, ayah wish lepas tu mak yang wajib wish tepat jam 11.30 pagi sebab saya selamat dilahirkannya pada 11.30 pagi. Seorang mak, walaupun di usia 29 tahun, iaitu 29 tahun yang lalu dia melahirkan saya namun, naluri ibunya tak pernah alpa dengan tarikh dan detik itu... Ya, dulu-dulu sebelum ada anak memang tak rasa apa-apa, sekarang baru faham akan 'rasa' yang sukar nak diungkapkan. Rasa seorang ibu :) Love u mak! love u ayah juga hehehe

Lepas itu seperti selalu, adik-beradik yang empat orang itu wish juga disusuli ibu2 dan bapa2 saudara. Sepupu2, anak2 buah, sahabat2 sejak zaman sekolah sampai ke dunia pekerjaan... Dan pastinya tidak lupa ucapan daripada ibu mertua, kakak2 ipar dan kaum keluarga sebelah Hariz :) Oh terima kasih tidak terhingga dengan ucapan korang dari mesej, telefon, BBM, Whatsapp dan FB... opsss ada juga yang emel dari jauh :) Love u all

Apapun, moga ulangtahun ke 29 iaitu angka terakhir untuk 2 berada di hadapan bakal membawa rezeki dan tuah. Moga diberkati hidup dunia dan akhirat. Moga dilanjutkan usia untuk mendidik diri menjadi hamba Nya yang sejati. Moga menjadi anak, isteri dan mommy yang bersemangat waja, bertanggung jawab dan comel selalu hehehehe (sorry, terperasan lagi!)

Semoga saya, anda dan kita semua sentiasa dilindungi Allah dari segala kesengsaraan, kemudaratan dan kecelakaan di dunia mahupun di akhirat. Moga kalian juga dirahmati Allah :) Terima kasih untuk ke 29 tahun hehehe :)
thank you all


~~~ Malam ni tunggu daddy belanja makan ~~~

Friday, 22 February 2013

TODDLER


Usia 1 – 2 tahun atau dikenal dengan istilah “Toddler” dan tingkah laku anak "Toddler" dan cara menilainya dalam beberapa bahagian:

1. Agresif - suka memukul, menggigit, dan tingkah agresif yang lain.
Mengapa terjadi?
Mungkin anda terkejut bahawa tingkah laku agresif itu adalah perkara biasa dalam perkembangan anak usia 1 - 2 tahun "Toddler" .
Kemampuan berbahasa yang sedikit / terhad, keinginan kuat untuk melakukan sesuatu sendiri, dan belum terbentuknya kawalan kemahuan di otak membuat "Toddler" bertingkah laku agresif.
Meski demikian bukan bererti itu harus dibiarkan. "Toddler" harus diberitahu bahawa kelakuan mereka tidak baik dan tunjukkan cara lain untuk mangekspresikan perasaannya.
Apa yang harus dilakukan?
1.1. Turuti konsekuensi logik.
Jika anak misalnya: melempar bola kearah anak lain yang sedang bermain, singkirkan dia, duduklah dengannya dan melihat anak-anak lain bermain, jelaskan bahawa dia boleh bermain tanpa menyakiti temannya, dan tunggu sampai ia bersedia untuk bermain. Elakkan beralasan dengannya, misalnya dengan menanyakan: Bagaimana kalau adik dilempar bola sama teman adik? "Toddler" belum punya fikiran dewasa / matang untuk bisa membayangkan dirinya di posisi orang lain atau berubah tingkah lakunya kerana soalan tadi. Tapi "Toddler" memahami apa akibatnya / konsekuensinya.
1.2. Tetap tenang.
Membentak, memukul, atau mengatakan kalimat tidak baik, tidak akan menghalang tingkah lakunya bahkan anda membuatnya marah dan juga memberi contah tidak baik yang akan ditiru.
Sebenarnya kalau anda tenang dan boleh mengawal amarah anda justru mungkin menjadi langkah awal baginya untuk belajar mengotrol kemarahannya.
1.3. Beri batas jelas.
Cuba untuk segera merespon jika anak anda agresif. Jangan tunggu sampai dia memukul adiknya untuk ketiga kalinya baru anda menegurnya. Dia harus segera tahu bahawa dia salah.
beberapa saat dia akan menyambung perbuatan dan akibatnya, akhirnya dia mengerti bahawa jika dia memukul, menggigit dan kenakalan lainya maka dia akan disingkirkan.
1.4. Disiplin secara konsisten.
Seperti yang telah dijelaskan, sedapat mungkin merespon setiap tingkah laku. Jika setiap tingkah laku tidak baik dia diberi "Toddler" maka dia akan sedar kesan kenakalannya.
1.5. Ajarkan alternatif.
Tunggu sampai anak anda sudah tenang lalu jelaskan dengnan lembut apa yang terjadi, tanyakan apa yang membuatnya marah. Katakan bahawa marah itu wajar tapi tidak boleh ditunjukkan dengan memukul, mengigit, menendang, dll. Ajarkan cara effektif kalau dia sedang marah dengan adeknya, misalnya ajarkan dia berkata "adek jangan begitu!", "Adek jangan nakal!" Dsb. Atau ajarkan dia minta bantuan pada yang lain, misal: orang tua, kakak, atau yang lain.
Pastikan bahawa anak anda mengerti kata "maaf". Dia harus minta maaf kalau berbuat salah.
Mungkin kata maaf itu tidak tulus pada awalnya tapi lama kelamaan dia akan terbiasa mengatakannya ketika menyakiti orang lain.
1.6. Beri penghargaan untuk tingkah laku yang baik.
Dari pada memberi perhatian pada saat ia berbuat salah, cubalah mengambil ketika dia berbuat baik dan pujilah. Misalnya, ketika ada anak lain sedang bermain ayunan, anak anda minta bergantian alih-alih menggalakkan anak lain itu dari ayunan. Pujilah dia misalnya: "wah, anak mama pinter sekali mau minta bergantian ayunan!". Pada masa itu anak anda akan sedar akan kekuatan kata-kata.
1.7. Hadkan waktu menonton TV.
Kartun dan acara anak-anak yang lain sering berisikan hal negatif. Cuba monitor acara yang dia tonton, apalagi dia type anak yang agresif. Menontonlah dengan anak-anak anda, dan jelaskan padanya situasi apa yang sedang dilihat- Perkumpulan Dokter Anak Amerika menganjurkan anak di bawah usia 2 tahun tidak menonton TV sama sekali.
1.8. Berikan tempat leluasa.
Bagi anak yang sangat agresif, rumah boleh menjadi "keganasan" baginya. Beri dia waktu bermain yang banyak, sebaiknya di luar rumah, untuk "menguapkan" kemahuannya.
1.9. Jangan ragu untuk meminta bantuan.
Terkadang anak agresif butuh campur tangan lebih jauh dari yang orang tua boleh lakukan. Perlakuan agresifnya lebih kerap, membuat takut atau selalu mengganggu anak lain, dan usaha anda hanya sedikit sekali hasilnya. Bicaralah dengan doktor kanak-kanak atau psikologi anak, ingat anak anda masih sangat muda, masih banyak kesempatan untuk berubah, jangan putus asa. Kalau anda sabar dan konsisten dalam memberi asuhan yang tepat, maka kenakalan atau kelakuan buruknya hanya akan menjadi masa lalunya.
2. Bandel (tidak punya perhatian) / Hyperaktif
Diagnosa kelainan perilaku ini sukar ditegakkan dibawah usia 6 tahun, kerana orang tua sering menganggapnya wajar. Ciri khasnya adalah anak tidak boleh mengendalikan diri di mana-mana ia berada.
2.1 Gejala
  • Sering kali gagal menyelesaikan tugas / permainannya.
  • Tidak dapat menumpukan perhatian atau mudah terganggu, dan cenderung tidak mahu mendengar
  • Tidak mau menuruti perintah
  • Sulit menetapkan aktifitasnya
  • Sering tidak memperhatikan dan ceroboh
  • Sering gelisah
  • Suka berlari-lari atau memanjat-manjat
  • Sulit bermain dengan tenang
  • Sering menjawab sebelum soalan selesai
  • Tidak mau menunggu gilirannya.
2.2 Punca
Penyebabnya yang pasti belum diketahui, tapi ada beberapa hal yang mempengaruhi:
  • Genetik
  • Neurologikal, tidak mampu menetapkan tahap neurotransmitter (zat yang menghantar mesej ke otak) seperti Dopamine
  • Penyalah gunaan ubat dan alcohol oleh ibu hamil
  • Trauma kecil di otak
  • Konsumsi gula dan zat aditif lainya dalam makanan bayi.
2.3 Apa Yang Dapat Anda Lakukan
Langkah pertama adalah menerima bahwa anak anda mempunyai kelainan perilaku. Tapi jangan putus asa, anak anda mungkin adalah calon ilmuwan atau sutradara film, hanya saja anda harus tahu bagaimana mengasuhnya begitu juga dengan lingkungannya.
Ini adalah cara memulainya:
  • Minta sokongan semua pihak: Mintalah kerabat dekat, teman dekat, guru dan sesiapa sahaja yang boleh memberi support untuk membantu mengatasi / memahami perilaku anak anda.
  • Rubahlah suasana : Hilangkan sumber-sumber overstimulasi atau distraksi (gangguan) dalam persekitaran anak anda. Buatlah biliknya rapi, simpan mainan extra. Di sekolah minta bantuan guru untuk selalu mengawasinya dan untuk menjauhkan dari rakan-rakan atau objek yang boleh mengganggunya.
  • Buatlah harinya berstruktur : Toddler biasanya merespond terhadap rutin. Jadual yang teratur mengurangkan ketegangannya. Pastikan bahawa dia tahu waktu makan, waktu tidur siang, waktu mandi, dll. Hal itu juga membantu anak anda fokus terhadap tugasnya.
  • Berilah penghargaaan, jangan menghukum
  • Mungkin anda tahu betapa sia-sianya menghukum anak anda, anda belum tahu betapa betapa bermanfaat anugerah walaupun sederhana. Pujilah hal-hal yang baik yang ia lakukan (misal: "Wah, bersih sekali giginya, anak mama pintar gosok gigi!"), Atau beri ia hadiah kecil. Anak anda akan senang dan ia akan mengulangi perbuatan yang anda puji atau beri hadiah itu untuk mendapat perasaan yang sama lagi. Lama kelamaan perasaan senang melakukan hal yang baik itu akan muncul dari dalam dan ia akan tetap melakukannya walaupun tanpa hadiah.
3. Suka Berteriak.
3.1 Mengapa? Anak suka berteriak
ketika mereka menginginkan perhatian orang tuanya. Ini adalah cara mereka berkata: "Hey lihat aku". Ada juga yang melakukannya kerana menginginkan sesuatu yang tidak dibenarkan, dalam hal ini imereka ingin mengatakan: "Pokoknya aku minta itu, berikan padaku sekarang!"
3.2 Bagaimana menyikapinya?
Meneriaki anak anda supaya diam adalah percuma. Jalan terbaik adalah mencegah hal itu terjadi dan mengalihkan perhatiannya ketika dia berteriak.
  1. Cukupilah Kebutuhannya Apabila anda Pergi Sedapat mungkin sebelum anda pergi Pastikan bahawa ia kenyang, sudah buang air, dan cukup istirahat.
  2. Bawa Ke Toko Atau Restoran Yang Ramai Jika ia berteriak di tempat yang ramai / brisik, maka anda akan tidak begitu dipermalukan dan ia juga malas meneruskan berteriak.
  3. Minta Ia Merendahkan Suaranya Kalau anak anda menjerit senang, biarkanlah. Tapi kalau itu mengganggu anda, mintalah ia merendahkan tapi jangan mengomelimya. Rendahkan suara anda sehingga dia kan mereda untuk mendengarkan anda, dan dengan pelan katakan: “Mama tidak suka mendengar teriakan, sayang”.
  4. Buatlah Permainan Anda ikut berteriak ketika ia berteriak, katakan: “Ayo lomba teriak”, lalu rendahkan volume suara dan katakan: “Sekarang lomba berbisik”. Atau tutup telinga anda. Bisa juga dengan mengatakan: “Wah suaranya seperti singa, sekarang coba suara ular, bisa tidak?!”
  5. Ketahuilah Perasaannya Jika anak anda berteriak kerana minta perhatian, tanyakan diri anda apakah ia berpura - pura atau benar-benar tidak selesa. Jika ia tidak selesa di tempat tertentu di mana ia berada ketika itu, bawalah ke tempat lain. Jika ia sudah mula bosan lagi katakan: "Mama tahu kamu mau pulang tapi tunggu sebentar ya, kita sudah hampir selesai". Dengan begitu ia bukan cuma senang karena anda tahu perasaannya, tapi itu juga boleh membantunya belajar mengungkapkan perasaannya dengan kata-kata. Jika anak anda berteriak kerana minta sesuatu yang anda pegang. Jangan langsung berikan, kerana ia akan ketagihan dan akan mengulanginya lagi setiap ia minta sesuatu. Cuba katakan: "Mama mahu berikan roti ini kalau kita sudah sampai rumah" atau katakan: "Mama mahu berikan roti ini asalkan tidak rewel lagi".
  6. Buatlah Ia Sibuk : Ajaklah bermain-main,Ketika anda keluar dengannya katakan apa yang sedang anda lakukan, apa yang terjadi atau yang ada di sekitar anda, dll. Dia akan diam kalu dia sibuk. Atau mintalah ia membantu anda mengambil barang yang anda beli di super market, ajak ia bernyanyi, ciptakan lagu-lagu yang dari apa yang sedang anda kerjakan. Anak anda akan merasa senang. Berikan Mainan dan Snack, Berilah sesuatu sebelum ia berteriak memintanya. Jika anda menunggu sampai ia berteriak berarti anda mengajarkannya bahwa ia baru diberi sesuatu setelah ia berteriak.
  7. Jangan Peduli Kata Orang.Banyak ibu-ibu yang bermasalah dengan anaknya yang suka menjerit merasa malu dengan pandangan negatif orang. Bila anak anda berteriak di tempat yang tenang dan mengganggu suasana, bawalah keluar, alihkan ke tempat lain. Bila anda berteriakdi keramaian, jangan peduli kata orang, tapi sikapilah anak anda sebaimana mestinya.
4. Persaingan Saudara ( SIBLING rivalry )
Meski pun keluarga besar mendatangkan kesenangan,tapi dapat juga mendatangkan masalah persaingan saudara kandung atau dikenal dengan (SIBLING RIVALRY). Walau bagaimana pun anda berusaha berlaku adil, anak anda akan tetap bersaing untuk mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih dari anda. Beberapa cara yang sering dilakukan antara lain ; Bertengkar, berkelahi, mengolok-olok,mengganggu, dan suka mengadukan apa yang dilakukan saudaranya.
4.1 Apa Yang Harus Dilakukan?
Sebelum Kelahiran Sang Adik
4.1.1 Siapkan anak anda untuk kedatangan sang adik. Kira-kira tiga atau empat bulan sebelum kelahiran, katakan kepada anak anda dengan jujur tentang kedatangan sang adik. Biarkan ia memegang perut anda dan merasakan gerakan janin. Gambarkan perubahan yang akan terjadi di rumah dengan barang – barang baru ketika adiknya lahir. Tanyakan bagaimana perasaannya, yakinkan bahwa anda tetap menyayangi nya.
4.1.2 Suruh anak sebagai dekorator bilik. Ajak anak anda membantu menyiapkan bilik bayi dan mengambil barang - barang yang di perlukan untuk kamarnya atau membuat dekorasi. Jika perlu pindahkan ia ke bilik lain, lakukan hal ini beberapa bulan sebelum kelahiran sehingga ia tidak merasa disisihkan.
4.1.3 Jelaskan apa yang akan terjadi apabila anda melahirkan. Kira-kira dua minggu sebelum melahirkan, siapkan anak anda untuk ketidak beradaan. Jika ada keluarga, teman atau baby sitter yang akan mengasuh anak anda selama anda di rumah sakit, sebaiknya orang itu sudah tinggal bersama anda selama satu atau dua minggu sebelum anda melahirkan. Setelah kelahiran suruhlah anak anda anak anda menjenguk anda dan adik barunya, sehingga ia merasa bahawa ia adalah bahagian penting daripada keluarga. Setelah anda anda dan bayi pulang
4.1.4 Libatkan “toddler” dalam mengurusi adik barunya. Ketika anda memandikan bayi suruh toddler anda yang memegang handuknya atau membantu menyabuninya. Ketika anda jalan-jalan bersama biarkan dia yang mendorong stroller adiknya dengan bantuan anda. Jika dia minta menggendong adiknya sedangkan dia belum kuat, letakkan bayi anda di pangkuannya dan anda duduk di sebelahnya untuk memeganginya. Suruh “toddler” anda menghibur adiknya. Bayi dan anak – anak mudah diajak bercanda dan sangat apresiatif, dengan hiburan sederhana saja adiknya akan tertawa, dengan begitu “toddler” anda bukan saja senang mendapat perhatian tapi jiga bangga bisa membuat adiknya tertawa. Jika “toddler” belum mau dilibatkan dalam mengurusi adiknya, jangan dipaksa, dia akan peduli sendiri pada saatnya.
4.1.5 Berilah masa, "Ibu" yang banyak Adalah wajar jika toddler anda cemburu, karena tiba-tiba ada anggota keluarga yang lain yang menyita lebih banyak masa dan perhatian anda. Berikan waktu khusus untuknya walaupun cuma sebentar, misalnya menggambar, menyusun angka, membaca cerita, main game atau melihat album photo, dll. Lakukan hal tersebut terutama pada saat bayi anda tidur. Pamer photonya waktu bayi dan ceritakan bahawa dia dulu sama seperti adiknya, maka dia bisa lebih toleran pada adiknya.
4.1.6 Bersiaplah untuk keagresifan si "Toddler" Anak yang cemburu biasanya mengekspresikan perasaannya dengan memukul atau membaling sesuatu pada saudaranya. Cegahlah tapi jangan mempersenda atau menghukum secara fizikal. Kalau anda memukulnya maka ia akan balas dendam dengan adiknya suatu saat. Cukup katakan: "Memukul itu tidak bagus, adek kan tidak menyakiti kakak, dan kakak lebih kuat dari pada adek". Beri ia "time out" supaya ia berfikir bahawa ia salah. Jika anak anda agresif jangan biarkan mereka berdua saja. Jauhkan benda-benda tajam.
4.1.7 Bantulah mereka bekerja sama Carilah kesempatan /permainan yang dapat membuat mereka bekerja sama, misalnya: membuat benteng dari tumpukan bantal, membereskan mainan mereka bersama, main sandiwara, dan lain-lain.
4.1.8 Jangan Menanggapi aduan Jika anak anda datang pada anda dan mengadukan sesuatu tentang saudaranya, katakan padanya bahawa anda tidak senang mendengar aduan. Jelaskan bahawa anda tidak mahu memihak pada anak yang ingin membuat masalah pada yang lain. Jika mengadukan saudara yang dalam bahaya atau terluka barulah anda mahu mendengarkannya.

 http://sekopil.blogspot.com 
Babycenter.com

Monday, 18 February 2013

Pertengkaran Berbentuk Tulisan

Kenapa manusia suka sangat bertelagah? Memang ada benarnya kadangkala bertelagah atau bertengkar mulut itu boleh merapatkan silaturrahim. Cuma kadang-kadang, ayat-ayat cinta telagah yang terkeluar dari peti suara kita boleh mengakibatkan jantung, hati, limpa dan paru-paru orang kedua sakit, bernanah dan luka berdarah. Seterusnya apa yang berlaku?

Hmmm sudah tentu, terus-terusan bertengkar!!! Siapa yang sabar, dialah yang berhenti dulu. Diam seketika biarkan keadaan kembali pulih. Peliknya, benda atau perkara yang menjadi isu pertengkaran mulut ini selalunya tidaklah sehebat mana. Tidak sampai menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam pun!! Tapi gaya pertengkaran ada sebab tak mampu mengawal emosi yang menggila.

Bertelagah di laman facebook. Letak satu status, post gambar kemudian seseorang komen. Orang kedua tak puas hati, balas komen mengikut citarasa hati. Datang pula orang ketiga tempiaskan rasa tak puas hati dengan orang kedua. Orang pertama 'back up' orang kedua. Haaa macam itulah seterusnya.

Sampai ke akhirnya, komen yang ada kena mengena dengan status atau gambar tadi tidak wujud dan yang wujud adalah nada-nada ketidakpuasan hati masing-masing.

Apa yang sudah saya pelajari ... :-

  • Bagaimana Terjadi Pertengkaran :- Selalunya yang bertengkar adalah mereka yang rapat, yang tahu kisah di sebalik apa yang diupload.
  • Apa Dibuat Jika Wujud Rasa Nak Me'komen :- Fikir dulu sebelum tulis dna jangan bagi respon yang boleh melukakan hati orang lain.
  • Moralnya :- Sila jangan memberi komen sekiranya ia bakal mengundang rasa amarah dan kecelaruan emosi kepada pembaca-pembaca lain.

Hahahaha sebenarnya, tak elok nak bertengkar dan lebih-lebih lagi mengakibatkan orang-orang yang rapat dengan kita. Mungkin kita tak kenal si A tapi si A kenal si B, C dan D yang mana B, C dan D pun rapat dengan kita. Hormat saja manusia sebab ada sebab kenapa B, C dan D sayang dengan si A. Ya selalunya bersebab!

Bawa berbincang ye


~~~ Mengomel di tengah hari selepas perut kenyang ~~~

Wednesday, 13 February 2013

Family Gathering


Some pictures in 50's wedding anniversary aunt and uncle Kunjiraman was held at The Puteri Pacific Johor Bahru on February, 9th 2013

Aniq and Ruhee's cousins


Aunty Normah's family


All of us




The Family's reunion

Lovely Family From London

Cuti-Cuti Raya Cina



Selesai sudah percutian anak-beranak bersama keluarga masing-masing di Johor Bahru. Memulakan perjalanan dari Seremban pada 9 Februari sampailah ke 11 Februari kembali semula ke Seremban. Penat? Usah cakaplah! Mestilah penat tetapi penat yang berbaloi walaupun tidaklah berbaloi sangat hmmmm.... Kenapa ada yang berbaloi dan tidak? Meh kongsi cerita sikit pasal cuti-cuti Malaysia kali ini...

PENAT BERBALOI

1. Seremban-JB-Singapura-JB-Muar-Seremban = Nampakkan berbaloinya percutian kali ini. Semua tempat dapat pergi. Seronok sebab Sabtu malam dari Seremban terus ke Taman Suria, JB, singgah rumah uncle Krishnan (Uncle suami), makan-makan sebelum ke The Puteri Pacific JB. Lima jam perjalanan, mestilah lapar dan bila sampai rumah uncle, dihidangkan dengan nasi beriyani WOW!!!! Perut lapar kebuluran dapat diisi dengan penuhnya tengah hari itu.

2. Kemudian, lebih kurang jam 3 petang, empat beranak terus ke hotel penginapan, sama tempat dengan surprise occasion untuk uncle Raman & Aunty Karthi 50's wedding anniversary. ohh ye, dari Seremban kami berempat turut ditemani mak dan kakak Hariz. Cuma, mereka berdua tinggal di rumah uncle. Biasalah, jarang-jarang datang JB, adik beradik nak bermesra. Bila adik ajak kakak tidur rumahnya si kakak pun ikut saja. Sesekali kan. Jadinya kami berempat sajalah malam ni di hotel.

3. Selesai urusan masuk, 746 bilik yang diberi. hehehe (ayat skema rasanya) hmmm bilik memuaskan walaupun lif di tempat letak kereta tadi macam 'berhantu' sikit. Terus suruh Hariz cari parking lain yang dekat dengan lobi. Masuk bilik, terhidang king size (bed) dengan single bed (tambahan) sebab ingat kakak dengan mak nak tidur sini. Enjoy the journey and food, kami anak beranak rehat sekejap sebelum bersiap-siap untuk ke majlis keraian.

4. Dalam jam 5.30 petang, kami berempat turun dah ke ballroom dan tengok masih kosong. Oppsss, maybe penganjur (anak-anak diorang) nak kami semua berkumpul dulu. Kan surprise kan..... Apapun makin lama makin ramailah kunjungan saudara-mara jauh dekat datang berhimpun hehehe... Saling berborak, kenal-mengenalkan antara satu sama lain. Terutama saudara-mara dari kota elite, London! wahhhh terpesona melihat anak-anak buahku yang kacukkan... Semua anak aunty dan uncle kahwin dengan 'mat saleh' jadinya anak-anak mereka semua superb ler hehe.. Nasib baik Aniq dengan Ruhee segandingan (ecececece perasan lertu mommy oiii) Ok fine!!! memang ler jauh sangat kan, deme cerah putih gebussss hahaha Yang penting tergeliat ler lidah mommy pada hari itu ye. sekian....

5. Lebih kurang nak dekat 6.30 petang jugalah, semua diminta masuk ke ballroom sebab pasangan yang nak di surprise kan itu sudah datang. Hmmm memang sangat teruja dengan majlis ini! Awesome! a lot of surprising! Memang hebat anak-anak mereka. Yang penting, dapat berhimpun berjuma dan 'reunion' bersama keluarga satu dunia hahaha (no more 1 Malaysia okay) Macam baisalah majlis mereka memang suka buat Maghrib sebab dinner kan. Tapi ok saja sebab solat boleh jamak. Jangan nak mengada sangat. Islam tu mudah, In Shaa Allah :)

6. Makan best, atucara majlis juga best dan semua orang kelihatan sangat gembira. Snap gambar, berborak sana sini, peluk-pelukkan, ketawa, joget bollywood (iols, suami dan yang Islam idokler haha) Aniq je syok sendiri dengar muzik yang best. Serious it is sooooo awesome! Sampailah Ruhee rasa bosan, mengaruk nak tidur. Makanya dalam jam 10 malam macam tu bawa Ruhee naik bilik (nampak, kan senang sewa bilik kat sini je, boleh enjoy, penat naik je terus.) manakala daddy dan Aniq masih berlibur di ballroom.

7. Biasalah party mereka mesti ada minum-minum, tak apalah sebab itu hak mereka, yang hak Islam ni, meh masuk bilik tidur hahaha.... Oh ye, keluarga Hariz ada dua family yang convert. Hariz dan pakciknya, iaitu adik bongsu mak Hariz. Lepas tu, ada cousin Hariz kahwin dengan Cina, Itali, Britain dan macam-macam lagi. Sebab tu kata seronok sebab macam 'ohhh tak sangka aku dikelompok dunia kekeke... untungler Aniq dengan Ruhee jadi anakacuk ekh...'

8. Dah tidur dengan keseronokkan, esok bagi masa sarapan, bertemu muka lagi dengan cousins, uncle, aunty anak beranak yang stay dekat hotel sama. Sambung borak, snap some picture dan makan-makan. Apapun, kami anak-beranak bersama kakak dan mak Hariz, terus menunaikan kewajipan trip kami, ke Singapura. Plan ke sana sebab, Hariz saja nak bawa mak dia balik hometown selepas sekian lama tak menjengah Singapura dan JB :)

9. Paling seronoknya, mak, ayah dan empat beradikku serta sepupu turut serta berjalan-jalan ke sana dengan menaiki kereta sebab sepupu dah biasa sangat dengan kota singa tu. Lagilah enjoy, tak payah penat-penat hehe

PENAT TIDAK BERBALOI

1. Sayangnya, hujan yang renyai-renyai dari JB terus menjadi lebat dan lebat dan lebat sesudah kami tiba di Singapura. Makanya, tersadailah kami di Mustafa sekian lama. Arghhhhhhh sudahlah cuti umum ditambah lagi hujan lebat ditambah lagi banyak sangat orang dan yang menjadi-jadi pabila ramai betul pekerja asing yang tingga di situ sibuk bersidai di luar dan dalam bangunan Mustafa!!! Stresss... Apapun tak dapat beli. Benci!! Boleh dikatakan duit tak luak hahahahaha

2. Bila hujan menggila, nak bersiar-siar jalan kaki, mengikut plan asal iaitu, dari Serangoon Rd berjalan ke Arab St kemudian terus ke Bugis St tidak menjadi kenyataan. Dah lewat petang di Mustafa, dalam 3.30 petang pergi ke MRT Farrer park terus ke Orchard Road. Bersidai di situ... Entah kenapa otak terus blur!! Mungkin sebab Ruhee mula mengamuk manakala mak mertua dan tak larat. Bawa warga emas, mestilah susunan perjalanan kena betul kalau dah berterabur macam ni, dia penat. Sama juga bawa baby... Ohhh Ruhee tidak seperti Aniq! Jika Aniq dulu senang di bawa berjalan, Ruhee tidak... heheh betul cakap mak, lain anak, lain gayanya. Nasib bawa mak ayah semua, senang nak handle dua beradik ni. Kalau mommy dan daddy saja, parah+hura-hara jadinya.

3. Akhirnya kami semua hanya lepak bawah tanah dengan MRT ke hulu ke hilir tanpa tujuan. Dari Orchard ke Marina Bay, tapi tak boleh masuk sebab hujan lepas tu ke Raffles, nak tengok Merlion, tak ada lif!!!!! nak angkat wheevhair macam mana? stroller selamat dah diangkat oleh adik. Tiba atas, Merlion yang 200-300 meter saja tapi tak jadi ke sana sebab Hariz beritahu mak dia tak sedap badan, Ruhee mengamuk sakan sampai mak dan ayah cakap tak payahlah ke sana. Masa tu, muka adik, Ain dah bosan je.. Kalau kami-kami je, memang terjah je. Hujan renyai je waktu tu. Kusanggup terjah walaupun Ruhee mengamuk sebab sekejap je, penat nanti dia tidurlah kan hehehe



4. AKhirnya, sebab kesian sepupu bawa je adik-adik tengok dari jauh Clarke Quay dan Merlion.... :( hmmm lepas tu kami terus balik ke Farrer Park dan balik JB! Jam 8.30 malam dah keluar dari Singapura?????? Ohhhh memang sangat tidak sosial bila 8.30 malam kau dah keluar dari kota singa itu!!!!!!!! Nak saja menjerit "AKU TAK PUASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS"

5. Tapi mengenangkan anak kecil dan warga emas, insaf sekejap. Pujuk adik, nanti kita akan dan wajib pergi lagi sebab pasport dua tahun kan! Sepupu pun dah janji nak bawa lagi sebab memang adik-adik tak puas... Kita plan balik sebelum puasa ke atau masa Singapura dilanda jualan murah :)

6. Kita pergi masa Ruhee besar sikit atau tinggalkan Ruhee kat JB hahahaha... Kesian baby comelku.. Okay, mommy bawa Ruhee ekh... hehe Apapun, Aniq is the best, bawa saja ke mana, senang jaga budak ni. Dia nak tidur, dia tidur, nak makan dia makan, nak hyper dia hyper kekeke... Tak payah risau sampaikan dia dah letih sangat, dia siap cakap "jom balik mommy!" haaaa amikkkk kau hahahaha

7. Sampai hotel jam 11 malam!!!! Malam masih muda sangat okay. Haihhhh stress betul! Tak puas dan tak memuaskan hehehe... Kami siap makan malam semua di Stulang, balik hotel. Yang lain balik Kg Majidee rumah Mak Uda (cousin's house). Dua beradik syok tidur keletihan. Ruhee kenyang menyusu sampai kontang susu, terus tidur tanpa jaga sehinggalah pagi. Mak, kakak ipar, Hariz dan saya pun sama, tidur sepuas-puasnya. Tapi saya percaya, Hariz tidur tidak puas seperti saya hehehe

AKTIVITI BERBALOI

1. Pagi akhir di JB, sarapan, masih bertemu dengan Mukesh sekeluarga bersama Sheleena sekeluarga (Hariz Cousins from London)... makan-makan sambil berborak dan amik gambar kenangan. Entah bila akan bertemu lagi :) Mereka ajak kami ke London. Suami kata 'akan' pergi. Wahhh teruja. Jadinya si isteri kenalah berjimat untuk diri sendiri sebab si suami dah tentu-tentu ada simpanan. Isteri je kering kontang! lalalala

2. Singgah rumah Mak Uda sebelum bertolak balik ke Muar. Mereka pun nak turun Muar... Jeles sebab saya tak dapat tidur semalaman di Muar sebab bawa kakak dan mak. Tak apa, macamlah jarang balik Muar kan Mommy! Perjalanan ke Muar okay saja, jam tak sangat. Sampai Muar, Azie dengan Qis dah siapkan lunch. Ohh pertama kali MIL datang rumah saya. Kali kedua untuk kakak ipar. Seronok, sebab akhirnya mereka jejak kaki ke teratak kami.

3. Perjalanan balik singgah rumah Ayah Ngah pula. Melawat beliau yang akan membuat pembedahan kanser pada 19 Februari ini. Sihat alhamdulillah. Moga berjalan baik dan selamat semuanya. Perjalanan kami ke Seremban ditemani hujan gerimis. Sampai di Seremban, terus lepak... Sekianlah percutian kami tahun ini..... Terima kasih ;p
Our dreams


~~~ Apapun, percutian itu sudah berlalu. Jika mahu lagi pergilah lagi. Bukan jauh pun. Accomodation dah ada, tinggal bawa duit tambang saja ~~~

Dato’ Seri Mohamad Hasan