CLICK & ENJOY

Thursday, 31 January 2013

Ruang-ruang kosong

Di ruang-ruang kosong ini, wajar jika diisikan dengan rimbunan kisah sedih dari drama berepisod. Belum habis menonton tetapi sudah fanatik dengan lagu-lagu OST milik I Miss You ...






~~~ Entri hari ni melankolik je sebab mengantuk ~~~





Citam 1.0 & Citam 2.0




pic: google
Perihal si anakacuk yang dua ini. Baik Aniq mahupun Ruhee. Kedua-duanya sama naik. Sudahlah rupa tiada beza, perangai pula hampir sama. Kalau tak sama pun sangat serasi. Bagai telefon dan 'bleutooth'nya! Perumpaan moden digunakan memandangkan anakacuk lahir di alam moden. Jika diubah ke bidalan lama bagai isi dengan kuku lagaknya... Hehehe (bermadah pujangga pula mommy di tengah hari yang mengantuk)

Ya, mengantuk tatkala jari jemari tak berapa runcing ini menaip satu persatu huruf di atas papan kekunci. Bayangkan sekejap..... dan kalau ada kesilapan ejaan atau ayat itu bermakna si penulis memang mengantuk!

Berbalik kepada kisah anakacuk mommy dan daddy ini apabila, kedua-duanya seakan memahami satu sama lain. Tak tahulah macam mana mereka ni boleh 'contact meng'contact'? Contoh, kalau si abang tidur-adik bangun dan kalau abang bangun-adik pula tidur. Jadi yang menjadi mangsanya mommy! Sebab kalau macam itulah gayanya, di manakah ruang waktu yang boleh mommy curi untuk tidur? Sila jawab.... ;o

Sama juga kalau adik menangis-abang mula mengada menangis (Itu memang dengki). Okay, kalau adik nak susu-abang pun nak susu (#eh macam dengki lagi). Hmmm kalau abang menangis-adik sibuk menangis. Sangat macam aur dengan tebing perangai anak-anak mommy ni. Bagus2 sepakat membawa berkat. Biarlah sikap dan sifat ini sampai ke beso ye nak...

Malam tadi, Ruhee buli mommy! Stress sebab mommy tidak cukup tidur sekarang ni.. Haihsshhh ada ke patut Ruhee jadikan mommy macam kedai kopi. Nak kopi sikit, minum lepas  lima minit, tidur. Lepas tu tak sampai sepuluh minit, order kopi  lagi dan ianya berulang sebanyak 5-6 kali.

Bayangkan kalau 5 jam tak tidur melayan pelanggan macam Ruhee... Minum kopi sekejap tertidur. Macam nak dapat feel je. Lepas tu terjaga, nak lagi. Anak-anak........ Nak marah tak guna sebab bukannya si comel tu faham. Lagi dia sengih-sengih ada ler hehe... Ruhee ni kalau terjaga nak susu, nangis tidak cuma rengekan halus manja saja kedengaran. Kalau mommy tidur mati memang kehausan lama ler si kecil tu.

Kadang-kadang datang baran, nak je babab dia, mulut memang dah bising dah pepagi buta pukul 2 ke 3 ke kan... "Kenapa tak tidur? Rotan nak? Lempang kang" hehe itu ayat biasa. Dah macam skrip. Marah je, tak buat. Tapi bila mommy bebel macam tu, Ruhee sengih je nampakkan lesung pipit sweet dia. Haaaaa lagi mommy geram terus je ringan......

Ringan mulut mommy gomol muka dia. Habis merah semua kena sondol dengan hidung dan mulut mommy. Padan muka!!!!

Abang Aniq pula tidur nyenyak di samping daddy di dalam bilik, atas tilam empuk. Langsung tak sedar sejak masuk tidur jam 10 malam. Sampai ke Subuh, baru terjaga lapar nak susu. Lepas tu baring belakang mommy sambil popok/bobok mommy... Alahaiiiii anak yang sorang ni, semakin lama semakin sweet bebeno.

Lepas habis susu kejut mommy, bagi botol susu kosong. #Eh lepas tu sambung peluk mommy sambil nyanyi lagu 'twinkle-twinkle little star...' gayanya. Siap ada break kejap (telan air liur) sebelum sambung balik nyanyi... Hahahaha Aniq ni romantik ler ;p

Sebab mommy tak cukup tidur, mommy tak dapat nyanyi sama, lagipun lagu tu memang lagu untuk mommy tidur. Mommy sempat usap rambut Aniq lepas tu, Sadaqallah..... Jaga-jaga Aniq tidur balik dalam bilik ;p

Aniq dan Ruhee dua nama dan wajah yang membuatkan hari-hari mommy rindu. Bau paling best adalah bau mulut mereka. Tak tahu kenapa sebab dari dulu memang suka beno bau mulut mereka. Walaupun Aniq dah besar, bau mulut terutama sedang dan bangun tidur, itulah kegemaran tegar mommy.


pic: google


~~~ Anak-anak memang pengikat kasih sayang dan juga amanah Allah yang adanya mereka, memberi kita pelbagai rasa. Anak-anak juga adalah ujian dari Nya ~~~


Arah



pic: google

Cuba mencari arah
Kelam-kelam kelihatan rata
Tiada berbukit tetapi berbelit
Cuba tanya pada diri
Benarkah itu jalan hakiki
Berbelit dan berbengkok
Tiada lagi lurusnya
Cuba melihat dalam-dalam
Jalan itu tiada lagi
Lenyap tiba-tiba
Cuba menggapai bayangan
Yang kian menjauh
Terus meninggalkan
Diri di dalam kegelapan.

azlinazmi/BH/310113




Wednesday, 30 January 2013

Koma-koma kehidupan

Tajuk entri yang agak puitis di situ (perasan sendiri jap)... Apakah? hmmm meniti koma-koma kehidupan sebelum 4 Februari menjengahkan wajahnya! Bermacam bermain di benak walaupun hujung minggu pada minggu itu juga diisytiharkan sebagai hari bergembira :( ...

Bergembiranya adalah bersama keluarga sebelah suami tetapi bersedihan di sebelah keluarga diri sendiri... Ohhh betapa perlu aku mendapatkan dua wajah saat itu. Wajah senyum dan wajah sedih atau wajah kepuraan-puraan atau wajah tangisan yang diselindungi senyuman.

Mahu tidak mahu, koma-koma kehidupan sebelum sampai 4 Februari itu perlu dihadapi. Keluarga suami pertama kali dalam sejarah mengadakan 'Family Day' atau 'Family Gathering' sempena kepulangan sekejap, percutian uncle dan aunty dari London.

Sementara itu, keluargaku pula sedang menanti keputusan-keputusan yang mana ia adalah soal kehidupan yang bakal dilalui selepas itu. Ohhh walaupun tersenyum, masih tercalit kesedihan di situ... Apapun, dua acara berbeza ini harus aku tempuh tidak kira apapun berlaku! Noktah.

Walaupun masih belum terungkap kata 'perpisahan' namun, jika diberi pilihan, 4 Februari adalah detik yang  tidak mahu dilalui. Tidak mahu dihadap namun ia tetapkan datang membawa seribu satu cerita sedih.

Semoga apa yang bakal berlaku pada tarikh itu dapat diterima dengan redha dan dipermudahkan setiap urusan yang sedang kami sekeluarga lalui ini oleh Maha Agung .... Hanya perlukan satu keajaiban dan keajaiban itu adalah doa yang dimakbulkan Allah.

pic: from google


~~~ Keluarga aku bukan saja mak, ayah dan adik beradik tetapi seluruh anggota keluarga yang seratus orang itu ~~~


Tuesday, 22 January 2013

Semua Benda Boleh Berkata-Kata



Apakah??? Semua ye semua yang ada disekeliling kita. Walaupun kita diam saja tak pernah kacau, cuit orang sekeliling tetapi satu masa, kita kena hembus dengan ribut taufan! Why Why Why!!! And once we know that, finally u won't be my friend anymore termasuk kerusi, meja, PC, dinding, kipas dan sebagainya.

Mengapakah manusia seperti benda dan benda seperti manusia? Sangat mendalam maksudnya (cehhhh konon je ni) Hmmm apakah tujuan entri ini ditulis eh taip? Jawapannya? Ohh sebab sudah tidak cukup idea dan mahu luahkan sesuatu yang tidak pasti.

Wahai manusia, sesekali jadilah jujur dan bersifat insaniah tatkala mendengar luahan dan masalah seseorang. Walau kau tak seakrab mana, tetapi cubalah menjadi jujur dan amanah. Tanamlah sikit sikap amanah tu kot ye pun. Ni baru beritahu sikit rahsia dah kecoh sekampung and the last, that person yang kena balasan. Kesian kot kat orang. Takmau gitu.

Kalau masa belajar dulu, kita tolong dia buat assignment, dia cakap itu semua dia yang buat sendiri tanpa pertolongan atau kita luahkan rasa tidak puas sampai nangis-nangis dan dia pujuk tapi akhirnya, dia cakap kat belakang kita, kita memang cemek lembik dan apa-apa ajalah.

Sama saja zaman bekerja. Ada saja yang tak puas hati dengan kita walhal kita tak pernah sentuh dia. Kita diam salah, kita bising salah... walhal juga kita buat saja kerja kita dan tak pernah pertikaikan pekerjaan dia. haihhh macam ni pun ada. Itu semua berpunca dari rasa tidak puas hati. what the *&$%&

Semua orang bekerja dan ada skop kerja masing-masing kan... Makanya, buatlah kerja sendiri. Jangan susahkan orang dan jangan susahkan diri sendiri dengan menyusahkan orang yang langsung tidak memberi kesusahan anda...

Bak kata pepatah Inggeris, If You Were In My Shoes so what should u do????


pic:google
~~~ kadang-kadang berdiam itu baik dan kadang-kadang berdiam itu boleh memudaratkan diri ~~~


Thursday, 17 January 2013

Entri Kenangan Adam Hawa

Ye tahu Adam Hawa dah habiskan sesi fenomena mereka last week. Memang tarikan luar biasa sampai penerbit buatkan sesi khas seperti oppps Adam Hawa dan Memoir Adam Hawa. Lepas ni nak tunggu DVD Adam Hawa pula. Boleh simpan buat koleksi macam koleksi Korean Drama yang semakin menimbun tu :)

Ok saja nak buat entri kenangan dengan kepingan dan VC Adam Hawa buat suka hati saya ler lalalala... Ni pun bukan koleksi peribadi sebab amik je kat YT hehe... Mohon izinya ye. Menanti Sehangat Asmara pula. Si Zainal dan Kay. Apakah mampu membuatku terpaku di depan kaca TV sambil tersenyum seorang diri? Nantikan minggu depan :p







~~~ Demi cinta dalam hatiku Demi cinta dalam hatimu kuyakin engkau untukku... Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu ~~~


Samsung Golden Disc Award 2013

Apa itu GDA? GDA adalah singkatan daripada Golden Disc Award yang dikelolakan oleh Samsung. Kenapa nak cakap pasal GDA? Sebabnya mudah, untuk tahun ini GDA diadakan di Sepang, Malaysia!!! Ye, Malaysia wahai kawan-kawan. Alahaiiii walaupun diadakan di negara tercinta ini, masih juga tidak dapat menikmatinya. Kenapa? Mestilah sebab saya ni bukan bujang. Saya ni Mommy pada dua anakkacuk hahaha... Kalau bujang? Mestilah dah pergi tapi beli tiket yang murah lah. Sebab? hahaha mestilah sebabnya tiket-tiket semua mencecah hingga 800-900 (RM)....

Tak apa, dapat merasai debaran konsert yang diadakan di pentas GDA menerusi Youtube yang di upload dari fancam sudah mencukupi. Sampai tersengih-sengih sendirian pabila CN Blue terutamanya, ditemuramah oleh wartawan pada malam kejadian. Mana tidaknya, rasa macam diri ni ada kat situ... Wahhhhhh hebatmu Mommy oiiii

Lepas tu, ke clip yang menunjukkan persembahan bertenaga si Hongki (FT Island)!!! Serius saya memang kagum dengan suara beliau. Walaupun muda belia lagi, tapi suara power dan superb!!! Untuk Yong Hwa pula, sangat sporting sebab dari dua soalan yang diajukan, dia tak kisah kalau nak tanya sebab siap cakap, "one question" lepas tu tak sudah-sudah bercakap, "I love Malaysia" walaweiiiii Deebak!!!! Paling penting, CN Blue kemungkinan besar akan buat konsert untuk album baru mereka di Malaysia......

Haaaaa hakikatnya, kenapa K-Pop? Sebab mereka ni sangat komited. Walaupun saya tidaklah kenal keseluruhan artis sebab hanya minat pada drama dan selalu dengar nyanyian FT Island dengan CN Blue saja. Bagaimanapun, dari cerita kawan-kawan yang memang tahu susur galur K-Pop, memang nyatanya mereka ini sangat bertanggung jawab untuk mencari rezeki.

Bayangkan CN Blue, lepas saja GDA taman malam 15 Januari 2013, terus balik Korea sebab ada rakaman. Walhal baru saja sampai Malaysia malam sebelum kejadian. Sahsyat sungguh! Itulah yang harus artis Malaysia buat. Jadikan contoh dedikasi mereka. Sebenarnya gaya hidup artis Korea memang berbeza dengan artis Malaysia.

Tidak perlu bercerita lebih lanjut sebab saya bukan pakar. Cuma apa yang saya tahu mereka dijaga di bawah satu pengurusan hiburan. Mereka duduk di asrama dengan kata lain apartment/kondo yang disediakan pihak pengurusan, bekerja dengan kuat dan gigih untuk dapatkan duit.

Apapun marilah menonton YT yang diambil dari YT yang dirakam Fans mereka sewaktu kedatangan dan hari berlangsungnya GDA. Walaupun gambar dan video tak berapa clear tapi cukuplah untuk merasai bahang GDA uwaaaaaaaaaaaa :"""(





~~~ Cubalah dengar lagu-lagu mereka ni, mesti anda puas hati.... Tak percaya, cubalah sebab patah kata mereka walaupun tak faham sangat menyentuh ~~~



Wednesday, 9 January 2013

Aniq Raheel Ft. Ruhee Ayra

Bila Aniq Raheel bersikap sangat prihatin, hati seorang bergelar mommy (Eh, iols lertu kan... hohoho) memang rasa sangat "ohh anakku, kau sangat cute".... Menarik bila Aniq pandai berborak dengan si Ruhee Ayra. Si Ruhee lak bukan main gedik ler melayan abang dia berborak. Bebeno sangat mereka sembang sampai mommy kat dapur yang tengah masak ni, tersalah masak. Macam mana tuh?

Haaaa... Inilah nak cerita, last week, on Saturday, masak luncheon.... Kononnya nak masak kari ayam, lama tak makan. Cehhh macam biasa, siap semua rencah bagai, panaskan minyak sume, tumis itu ini. Masuklah si rempah kari. Kebetulan rempahnya tingga sikit je. Habiskan terus. nak buka lagi satu paket, kebetulan pula nak tengok anak-anak (Semua nak buat dalam satu masa kan... Super mommy katanya!!) Haaa haaamikkkkkauuuuu sebab nak jadi super mommy sangat, rupanya duk leka gunting tuang sapaket rempah kurma hahahaha

Jadinya, tengah hari harmoni itu, anak beranak (bertiga) ni makan nasi berlaukkan kari kurma... Nasib sedap sampai menjilat pinggan. Kiranya menu tengah hari kami masak ala-ala Masterchef ler kan... Seriusnya, rasa best lak. Macam ada dua perisa. Just nice so sweet hahaha

Oppss kembali pada cerita asal, tentang abang Aniq yang sangat awesome! Selain berborak dengan adik, Aniq juga pandai pujuk Ruhee bila adik dia nangis. Siap bebel ala mak-mak gitu, "Baby... don't cry, aniq here, bubu here, barney here, mickey here, maumau here..." Semua nama kawan-kawan dia disebut semata-mata nak suruh adik dia berhenti menangis. Kadang-kadang siap cakap, "Baby, don't cry, mommy work, daddy work.." Olohhhh comel kau nak. Siap speaking London ko pujuk adik... Good job daddy! (As an English teacher kekeke)

Yang Ruhee pula, bukan main faham yang abang Aniq sedang memujuknya. Siap sengih-sengih dan siap jawab abang dia bebel. Hmmmm nasib baiklah Aniq budak baik. Pandai jaga adik walau kadang-kadang dia lebih sudu dari kuah.


Contoh lebih sudu dari kuah bila Ruhee sedang menyusu direct feeding, Aniq datang dengan muka kacuknya yang comel (Oppsss perasan lak) sambil beritahu, "Mommy nak susu. Nak ten susu..." Masa tulah dia sibuk juga nak susu. Tak apa lagi, kadang-kadang "Mommy Aniq nak susu mommy" siap nak landing sebelah adik nak susu sama-sama.... Alahaiii anak ;p Tapi kan, Aniq ni memang kuat bebel sekarang. Lagi-lagi dah ada adik. Rasanya Ruhee pun bakal mewarisi bakat abangnya juga. Kecik-kecik dah pandai bebrorak siap sengih-sengih nak tunjuk lesung pipit dia haaa bab lesung tu mommy jeles.

Tulah antara seronoknya bila dah dua anak. Dulu layan sorang je, si putera hati, sekarang bersama putera hati layan si puteri comel. Alhamdulillah... Kurniaan tak terhingga daripada Nya.... Walaupun penat tapi hadap muka mereka memang berbaloi rasa penat tu. Cuma kadang-kadang terluah juga amarah sebab tekanan hahaha tekanan jam di jalan raya, dibawa ke rumah. Apapun tak boleh mommy ni. Lepas tu menangis, sedih, menyesal... Menjadi mommy yang tenang dan sabar memang susah untuk diri ini tetapi sentiasa berusaha ke arah itu. Moga dipermudahkan :)





~~~ Tulis pasal anak terus teringat dua si kacuk yang comel kat Seremban.... ~~~



pic: google

Warkah Untuk Adik

Lama pula tak bermadah pujangga.. Tetiba pagi-pagi ni terasa nak menulis. Hmmm teringat zaman sekolah, subjek penulisan. Ada satu soalan mengenai "Tuliskan sebuah surat....." Nak tulis kononnya untuk adik. Cehhh akak di perantauan nak nasihatkan adik lertu... Inilah hasilnya, 



pic:google
pic google

Assalamualaikum adik,

Kakak harap warkah ini dapat memberi adik inspirasi untuk berubah ke arah kebaikan. Adik, apapun yang pernah adik lalui terutama yang membuatkan mereka sekeliling adik sedih, runsing dan terusan menangis usahlah adik bimbang. Apa yang perlu adik risaukan ialah bagaimana untuk adik buktikan bahawa adik sudah berubah.

Adik,
Satu saja pinta kakak, usah lagi melangkah ke masa silam mu. Jangan pernah cuba melakukan perkara yang boleh membawa diri adik ke jalan mungkar. Jalan yang tidak akan direstui mak dah ayah. Jalan yang tidak mungkin diberkati Allah. Jalan yang tidak akan pernah menjadi pilihan mereka yang berakal.

Adik,
Jadilah anak yang soleh, hamba yang beriman, adik yang baik dan manusia yang akan menjadi pembimbing keluarga dan masyarakat. Pilihlah kehidupan yang abadi. Kehidupan yang memberi pelbagai keindahan hidup di dunia sementara.

Adik,
Jangan sesekali kau langgar peraturan hidup yang ditetapkan Allah. Sematkanlah dihati mu untuk menjadi yang terbaik. Jangan kau bimbang, sejauh mana seseorang itu pergi, pulangnya ke tanah juga.

Adik,
Selalu ingat pesan akak, jadi seorang yang bijak dikala kau memilih kawan. Jadilah seorang yang pintar saat kau memutuskan sesuatu perkara. Jadilah seorang yang waras akalnya saat kau mahu melakukan sesuatu untuk kehidupanmu.

Adik,
Jangan pilih jalan sesat lagi. Usah kau pendamkan segala masalah yang berantakkan di benakmu. Luahkan kepada abang dan kakakmu jika kau perlukan kami. Kau harus percaya dik, selain meluah dan berdoa kepada Yang Esa, keluarga mu sentiasa disisi setia membantu. Kau perlu percaya itu. Ya, percaya dengan sebulat hati.

Adik,
Akak mohon agar kau menjadi seorang adik yang bijak mencatur kehidupan. Akak mahu kau tahu kebenaran tentang kehidupan. Jangan lagi kau pilih yang salah sehingga hidupmu terabai tanpa tujuan.

Adik,
Harapanya, apa yang pernah kau lalui dapat merubah persepsi mu tentang kehidupan dan dapat memberitahu mu apakah yang indah dan tidak indah mengenai kehidupan. kau dah rasai bukan, jika kau pilih hidup yang salah?

Adik,
Jangan lagi kau meminggirkan diri. Sesungguhnya kami semua sentiasa ada bersamamu. Kau kena ingat, bebelan mak ayah adalah nasihat yang mahukan kita adik beradik hidup di jalan yang diberkati Nya. Bukan bebelan yang memecah kesunyian. Tetapi bebelan yang penuh madah nasihat.

Adik,
Moga kau terus maju dalam hidupmu. Maju ke arah yang lebih positif. Tidak lagi memandang ke arah negatif. Usah biarkan air mata kami mengalir lagi. Ya, biarlah jika ada air mata yang menyambut berita gembira atas kejayaan mu bukan lagi kesilapan mu.

Adik,
Sesungguhnya kau amat akak sayangi. Kau kena percaya itu. Katakan tidak pada apa saja yang pernah kau lakukan. Usah kau ulangi. Berbuatlah apa saja tentang kebaikan. In Shaa Allah hidupmu akan diredhai.

Adik,
Kena percaya satu, untuk senang dan kaya bukan saja berlandaskan akademi tetapi turut memerlukan ketaatan kepada agama Nya, restu ibu bapa dan doa dari semua mereka yang baik. Berusaha dan bertawakal disusuli dengan doa adalah asas kejayaan dalam kehidupan. Itu sebenarnya.

Adik,
Terimalah nasihat akak ini sebagai peringatan agar kau faham tentang kehidupan hakiki. Semoga kau sentiasa berada di dalam lindungan Allah dik...Sekian untuk tatapanmu dan akak harap kau mengerti setiap coretan yang disampaikan menerusi warkah ini.


Yang benar,
akakmuyang jauh

 

~~ Saya suka menulis surat kalau tiba bab penulisan BM dulu... Hahaha Ok lertu kan ~~~

Tuesday, 8 January 2013

AWesoME

Mari dekat-dekat mahu bercerita sedikit. Tentang apa? Tiada apa-apa hahaha... Hmm cuma nak kongsi sedikit perasaan teruja dengan AJL ke-27 Ahad lalu. Apa yang teruja? Semestinya persembahan semua artis yang menarik sebab ditemani dengan ilusi grafik yang cantik. Memang awesome! Rasanya, inilah kebangkitan AJL... agaknya ler daripada persepsi tak berapa mahir saya mengenai dunia hiburan. Dari mata seorang yang bernama Azlin, ia menarik dari kebiasaan.

Apa yang penting ??? kerjasama!!! wonderpets!!!! Sebenar-benar-benar dan benarnya, mestilah persembahan gantian Yuna. Si Aizat dengan kumis cute dia. Lagu Terukir Di Bintang memang sentiasa menjadi halwa telinga. Kegemaran saya sebabnya mudah, lagu simple dan rentaknya ala-ala romantik gitu. Macam rentak era 60-70 an ada, ala-ala dekat Paris ada, ala-ala klasik gitu.... Liriknya, mestilah best! Thumbs up untuk Yuna kerana mencipta lagu mudah tetapi sangat memikat jiwa raga. (ke sebenarnya susah hmmm bab music arrangement den tak tahu ye hehehe)

Walau diganti Aizat pada saat akhir, tetapi ia berjaya. Cayalah Aizat! Lagipun, gaya santai dan bersahaja Aizat menyampaikan lagu itu memang awesome sangat! Dengan secawan (mug) ditangan, macam terbau-bau kopi yang best masa tu. Ditambah pula latar belakang (skrin) yang memaparkan keindahan bumi Paris... Tetiba di hujungnya, ada footage Yuna babye pulak.... Siap dengan props yang sangat sweet dan rasa romantik di atas pentas AJL-27 ketika itu macam sangat realistik.

Terus rasa nak bancuh kopi minum sama-sama dengan Aizat ketika dia buat persembahan... Apapun yang menang mestilah yang terbaik dan yang kalah masih lagi terbaik dikalangan terbaik.... sekian sajalah komen sesuka hati sesedap rasa tekak saya untuk AJL-27...

Marilah kita nikmati VC AJL-27 Terukir Di Bintang yang awesome tu.... haihhhhh nak berangan jap ;p

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...



~~~ Sesetengah lagu kalau ia awesome memang mengasyikkan~~~ 



Friday, 4 January 2013

Ruhee Ayra Dan Susu Kesukaannya

Bercerita mengenai susu ibu, alhamdulillah, sehingga tiga bulan ini Ruhee Ayra masih diberikan susu ibu. Walaupun saya ni bukannya kebal nak mengepam sampai 8 stok untuk sehari, tetapi demi Ruhee saya kuatkan semangat. Cuba untuk dapatkan 4oz sekurang-kurangnya untuk sebotol (sekali pump).

Bila Ruhee berjaya diberikan susu ibu hampir tiga bulan ni, macam kesian lak kat abang Aniq Raheel yang dapat fully breastfeed hanya untuk dua bulan. Hmmm anak pertama memang mengajar seorang mommy :) Tapi tak kisahlah, asalkan saya bejaya susukan Aniq selama hampir dua tahun walaupun masuk bulan ketiga Aniq dah disuapkan dengan susu tepung.

Yelah, masa tu memang buta sikit pasal susu ibu ni lagipun tak bercampur dengan ibu-ibu gigih mengepam jadi tak kenal apa dia pam apa dia stok dan sebagainya. Tetapi, dengan pengalaman yang ada itu, saya belajar, buat reseacrh dan kawan dengan ibu-ibu yang bersungguh hati menyusukan bayinya dengan susu ibu. Alhamdulillah, usaha berhasil.

Selain menjaga diet harian, (cehhh jaga sangat ler) hohohoho jaga dari sudut makan dengan penuh semangat dan tak perlu takut pada kegemukkan sebab apa yang kita makan kita beri pada anak. Jadi takde ler nak diet sangat... Diet kesihatan namanya kekekekeke oppss, hmm selain berdiet ni, saya juga ambil makanan tambahan untuk banyakkan susu dan semestinya vitamin kan... Hmmm sejak Aniq lagi saya memang ambil Shaklee.

Hmm selain itu, kena rajin pump. Suka sebab sekarang dah ada kemudahan di pejabat. Ada bilik laktasi. Senang untuk ibu-ibu seperti saya melakukan sesi mengepam. Tak payah nak terkejar sana sini cari tempat sembunyi hehe... Cuma kalau ada kerja luar, kena jugalah cari tempat sesuai dan selalunya dalam kereta ;p

Okay, bagi saya setiap ibu wajar menyusukan anaknya. Untuk memberi susu kepada anak, ibu kenalah kuat semangat. Jangan buat alasan! Susu sikitlah, takde putinglah, anak tak reti hisaplah... alasan-alasan seperti itu sebenarnya boleh menyebabkan susu terhenti macam tu saja. Yelah, susu tu kita sebagai ibu yang membuatnya. Badan kita, otak kita saling berkait. Kalau otak kita negatif maka tak terhasil susu yang anak perlukan. Itu pendapat saya ler, jangan ambil pusing sangat... mengikut kajian tak profesional je tu hehehe... Tapi logik ler juga kan! Yang penting usaha tangga kejayaan.

Sambil diet, ambil vitamin, kenalah selalu berdoa dan amalkan surah-surah yang boleh banyakkan susu sambil selalu berzikir terutama ketika sesi mengepam dan direct feeding kepada baby.

Antara surah yang boleh diamalkan;




Apapun ibu-ibu sekalian, itu semua dari diri anda, jika anda mahu susukan bayi, dengan apa cara sekalipun pasti susu itu ada. Jika tidak, makanya takde ler kan...

Jadi, antara azam menyusukan Ruhee sempena 2013 ialah,

1. Melanjutkan tempoh susuan dengan susu ibu sehingga 4 bulan pula (jangan tamak sangat kan hehe, kang tak jadi lak.. perlahan2)
2. Membanyakkan susu ibu dengan mengambil ESP dan Shaklee secara konsisten
3. Melakukan sesi mengepam untuk menambahkan stock bagi membolehkan susu ibu dibekalkan kepada pengasuh

~~~ Mahu teruskan usaha menyusukan si Ruhee sampai empat bulan pula... In Shaa Allah, moga dipermudahkan ~~~



Thursday, 3 January 2013

Propeller

Preview image, see text for description




Pasti ramai mengetahui sukan paramotor diberikan jolokan 'pesawat' paling selamat di dunia. Namun tidak ramai mengetahui alat penting yang membolehkan paramotor terbang tinggi di udara bagi membolehkan pengendalinya menikmati alam semula jadi yang indah.
Peminat sukan udara ini semestinya mengetahui kepentingan propeller atau dikenali bilah kipas, iaitu komponen paling penting kerana tanpanya sudah tentu paramotor tidak boleh terbang.
Sukan paramotor mula dikenali di negara ini sejak 90-an dan ia memerlukan kos yang tinggi kerana untuk membeli propeller saja memerlukan RM500 hingga RM700 memandangkan setiap kali terjatuh, propeller yang diperbuat daripada kayu turut patah dan rosak.
Apatah lagi propeller ketika itu hanya boleh diganti dengan menempah dan membeli dari luar negara seperti Itali dan Paris kerana belum lagi dijual di negara ini.
Bagaimanapun, sukan udara berkenaan kian mendapat tempat di hati masyarakat kerana membabitkan aktiviti luar yang menyeronokkan. Justeru, melalui inisiatif dan kreativiti bekas jurulatih paramotor, Ahmad Mujib Abd Rashid, peminat sukan udara ini tidak perlu risau lagi berikutan bilah kipas yang dulunya diimport dari luar negara boleh didapati di Malaysia.
Ahmad Mujib berkata, setiap kali melatih individu menaiki paramotor, perkara pertama yang dirisaukan ialah terjatuh lalu menyebabkan propeller patah kerana pembelian propeller baru memerlukan kos yang tinggi.
Cipta propeller sendiri
Beliau menjelaskan, bermula dari beberapa insiden seperti itu, hasrat untuk mencipta propeller buatan Malaysia tercetus kerana bahan yang digunakan untuk membuat propeller adalah kayu yang sememangnya banyak di Malaysia.
"Selepas itu, saya mula melakukan penyelidikan terhadap proses pembuatan propeller mengikut kaedah yang betul. Tanpa sebarang kelas, saya menggunakan pengalaman yang ada mencipta beberapa jenis propeller menggunakan cara tukangan konvensional iaitu menggunakan gergaji, parang, tukul dan sebagainya.
"Tetapi melalui kaedah konvensional itu, propeller tidak dapat dihasilkan mengikut ukuran dan berat yang betul. Seterusnya saya mula mencari idea untuk mencipta mesin pemotong khas propeller selain mencipta alat mengukur dan menimbang keseimbangan propeller," katanya.
Jelas beliau, melalui usaha bersungguh-sungguh dan berlandaskan niat untuk memudahkan peminat sukan paramotor memperoleh propeller, akhirnya Ahmad Mujib berjaya mencipta propeller buatan Malaysia.
Katanya, dengan adanya produk itu, bukan saja memudahkan urusan pembelian tetapi boleh dibeli pada harga yang jauh lebih murah, iaitu antara RM300 hingga RM600.
"Harga setiap propeller berbeza mengikut saiz, lapisan kayu digunakan, termasuk jenis kayu. Kadangkala tempahan diambil mengikut pembeli sama ada mahu tiga lapisan kayu (minimum) atau lima lapisan, termasuk jenis kayu. Ada antara kayu yang digunakan diimport dari luar sekiranya pembeli mahukan kayu import," katanya.
Jadi pembekal rasmi
Ahmad Mujib berkata, walaupun beliau belum lagi mengkomersialkan produknya, namun pembeli sentiasa datang kepadanya untuk mencari propeller.
Katanya, kebanyakan mereka mengetahui mengenai propeller adalah menerusi mulut ke mulut dan juga daripada pameran yang beliau ikuti menerusi agensi kerajaan dan juga kementerian.
Selain menjual propeller secara terus kepada pembeli, Ahmad Mujib turut menjadi pembekal rasmi propeller kepada beberapa Majlis Perbandaran dan juga kepada Polis DiRaja Malaysia.
Perkenal produk menerusi pameran
Menjawab mengenai pasaran, Ahmad Mujib menjelaskan bahawa beliau menerusi syarikatnya, Perkasa Prima Enterprise masih merancang untuk membaik pulih bengkel sedia ada dengan membesarkannya bagi menampung kapasiti mesin dan alat pemprosesan propeller.
"Sehingga kini, syarikat saya boleh mengeluarkan sehingga 20 propeller untuk masa sebulan dan ia adalah peningkatan yang baik. Oleh itu, selain membesarkan bengkel sedia ada ini, saya juga memerlukan beberapa mesin bagi memudahkan kerja pembuatan.
"Perancangan untuk tahun depan juga, termasuklah mencipta mesin pemotong bagi pemotongan kayu secara automatik (tanpa dijaga) supaya lebih banyak propeller dihasilkan," katanya.
Untuk pemasaran pula, beliau masih mencari dana untuk merealisasikan dua perancangan utamanya pada tahun depan bagi memperkembangkan perusahaannya, sekali gus, dapat menyediakan lebih banyak propeller mengikut permintaan.
"Tahun 2012, adalah permulaan saya dalam mengenalkan produk syarikat, iaitu propeller kepada masyarakat dan juga beberapa agensi kerajaan menerusi pameran dan pertandingan seperti yang diadakan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) pada Ogos lalu manakala untuk 2013, saya akan teruskan langkah untuk terus maju dalam perniagaan propeller saya menerusi perancangan yang dibuat," katanya yang mendapat perhatian Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk disenaraikan sebagai inovator berpotensi.

















Wednesday, 2 January 2013

2013!



2013! Alhamdulillah masih diberi kesempatan merasai arus 2013... Hari kedua dalam tahun ini. Moga hari kedua yang memberi berjuta erti pada diri sendiri dan keluarga khususnya, dapat dikekalkan sampai bila-bila...


pic: google


Mustahil untuk lupakan detik dipenghujung 2012! tapi, ia adalah sejarah yang akan kekal sebagai sejarah. Yang takkan terpadam takkan terluput daripada ingatan. Cuma, ingatkan ia dan jadikan ia sebagai pengajaran paling berharga dan bermakna supaya ia tidak diulangi lagi.

Salam tahun baru untuk semua


~~~ Kadang-kadang setiap bahana yang menimpa ada hikmah disebaliknya.... ~~~