Posts

Showing posts from 2013

Tiga Serangkai

Ku cinta Kau Seorang, Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Ammara Batrisya, tiga drama yang  berjaya membuatkan diri melekap di depan kaca televisyen selepas drama Playboy Itu Suamiku gagal berbuat demikian terhadap diri ini hehehe... Alaaaa kata novel best, tapi mungkin i tak ada feel dengan pelakon utama tu kot. Hero budak beno!

Melayan karenah tiga drama ini mampu membuatkan diri mabuk kepayang sebab waktu tayangan berdekat-dekatan antara satu sama lain. Cuma nasib baik, tayangannya ada yang tiga hari, sehari dan dua hari. Makanya masih sempat balik rumah dari pejabat, ambil anak, masak makan malam, solat dan melekap ;P

Setiap drama punyai tarikan cerita masing-masing. Ada kisah-kisah yang dibaitkan membuatkan jalan cerita yang digarap berjaya menyentuh hati dan membuai kalbu.

Paling best nenek comel yang nyanyuk lakonan Ruminah Sidek hehehe...

Jom kita kenak-kenal tiga drama pilihan Anakacuk kali ini :-

Ku Cinta Kau Seorang :-
Drama ini mengisahkan tentang Batrisya (Amyra Rosli) yang d…

The Heirs

Image
Alhamdulillah, selesai sudah 20 episode The Heirs kekeke, sampai macam tu gayanya bila berjaya habiskan drama siri Korea kan. Maklumlah, lama tidak menonton siri kegemaran ramai. Muka lawo walaupun pembedahan plastik, katanya tetapi paling best adalah aksi lakonan pelakon. Mereka ni bila berlakon, mudah memikat hati penonton. Mimik muka yang jelas ketara dan babak-babak yang macam magnet, menarik je kita sebagai penonton untuk menonton.

Tidak dinafikan, walaupun jalan cerita drama Korea ni klise iaitu lelaki kaya raya yang wanitanya pula miskin hina hahaha ;P Namun, disebabkan penghayatan pelakon membawa setiap watak-perwatakan dengan begitu baik sekali membuatkan penonton selalu jadi macam saya.

Penonton akan senyum sumbing seorang diri dan ada yang sampai terbawa-bawa di alam mimpi, penonton juga jadi kemaruk sampaikan berangan dialah heroin tersebut atau penonton turut menjiwai watak apabila mampu menangis, merasai perasaan pelakon-pelakon yang sebenarnya hanya BERLAKON dal…

The Heirs

Image
Sepetang menikmati soundtrack song drama The Heirs alahaiii bilalah episode 19 dan 20 nak keluar ;p








Sijil Cuti Sakit (MC)

14 hari bercuti, akhirnya esok adalah hari penghabisan. Kenapa bercuti? Uwaaaaaaa akhirnya unborn baby yang sudah tiga bulan di dalam rahim mommy pergi juga tinggalkan semua yang menanti kehadirannya Mei tahun depan.

Rentetan MC :-

25 November berakhirlah segala-galanya. Ranaplah impian dan punahlah harapan mommy dan daddy untuk menanti cinta hati kami yang ketiga. Tapi apapun, kami redha atas setiap yang terjadi. Sudah tertulis, peristiwa itu akan menjadi antara kisah sejarah dalam hidup kami suami isteri.

Selama ini seringkali tertanya-tanya, 'macam mana ada wanita yang tidak perasan beliau mengandung'. Makanya, Allah beri peluang untuk merasainya. Tiga bulan atau hampir 13 minggu dalam rahim mommy, sayangnya langsung mommy tidak perasan. Cuma dua minggu sebelum gugur tu, teringin nak buat pemeriksaan sebab badan kerap letih dan rasa macam gemuk dan bisikan hati mengatakan mommy macam mengandung. Instinct seorang ibu! Sukar mahu dijelaskan ;O

Urine test yang dilakukan…

Bila Disahkan Mengandung Lagi????

Mengandung lagi? Apa perasaan anda jika khabar itu disampaikan si Doktor atau alat ujian air kencing? Sama ada teruja? Terkejut? atau ter ter dan ter?? Tak apa, bertenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskanperlahan. Buat sebanyak tiga kali. InshaaAllah anda akan kembali tenang dan bertenaga untuk berfikir ;O

Haaaa, kalau memang dah nak anak, mestilah teruja dan seronok. Tapi jika bukan dalam perancangan anda, mungkin anda mula khuatir dan takut. Terutama, anak yang sedia ada baru setahun jagung atau masih baby atau masih kecil, belum mencecah usia sewajarnya untuk diberikan tanggungjawab sebagai abang mahupun kakak.

Namun, percayakah anda pada rezeki? Percayakah anda pada yang tersurat dan tersirat? Pada pena yang menulis sejak azali? Pada Penulis Yang Maha Mengetahui?

Itu semua bukan mustahil andainya memang sudah ditakdirkan anda mempunyai rezeki dalam bentuk itu. Cara itu dan pada waktu itu. Yang ada disekelilingnya cuma penyebab.
Sekiranya betul-betul belum bersedia, a…

Sekadar pandangan

Hanya kerana memperoleh 5A dalam UPSR, seorang pelajar di Kelantan menerima hadiah istimewa daripada ibu bapanya - sebuah mini cooper. Indah sungguh nasib pelajar itu kan!

Entahlah, mungkin itu rezeki budak tu sebenarnya. Lagipun ayah dia dah berjanji sakan jadi bila ditunaikan si anak, si ayah kenalah bayar janji. Lagipun, ayah dia mampu jadi apa kisah hehehe :)

Cuma seramnya andainya hadiah-hadiah mahal seumpama itu mampu 'menjunamkan' anak, bagaimana?

Persoalan yang tiada jawapan sebab ia terpulang pada individu itu sendiri khususnya ANAK!

Anak yang menerima pengiktirafan sejauh itu perlu tahu landasan hidupnya. Itu sajalah pesanan khidmat masyarakat daripada saya hahaha

Pendapat saya? Selaku seorang anak, ayah dan emak ketika 'tumbesaran' saya tidak pernah menjanjikan apa-apa walaupun sekecil hadiah. Apatah lagi sebesar hadiah. Selain kemungkinan hidup dalam kesusahan, ayah memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang bijak bermain kata nasihat.

Nasihatnya :- &quo…

Kisah Dua Beradik Versi Macam-Macam

Ruhee Ayra adalah pelajar terbaik manakala Aniq Raheel adalah guru terbaik. Gandingan mantap kedua-duanya amat menakjubkan mommy dan daddy.  Ajarlah apa saja, semua ditangkap dengan cepat dan pantas. Apa yang ditunjuk, semua dapat diingat dengan jelas. Sayangnya, bila ada yang dipelajari itu bukanlah sesuatu yang manis.Mungkin akibat tinggal bersama pengasuh, bercampur dengan kanak-kanak yang besar daripadanya, kadangkala ayat-ayat yang keluar dari mulut Aniq memang mendukacitakan. Hahaha ayat nak dukacita gitu!  Adalah kadang-kadang  dia sebut "sepak kau", "ni aku punya" haishhhh merentan ler mommy bila dengar. Lebih-lebih lagi bila dia cakap dekat Ruhee. Aniq... Aniq...Bab bahasa ni susah nak cakap, sejauh mana kita kawal, esok lusa, dia bergaul juga dengan budak-budak yang memang menggunakan bahasa macam tu. Hmmm... Yelah, bukan apa cuma tak sedap dengar aku-kau, macam dah besar sangat tapi bila fikir balik perkataan aku-kau tu memang wujud dalam …

Mengandung Sambil Menyusui

Image
Kebanyakan ibu menyusukan anak mungkin menghadapi sindrom RISAU apabila disahkan mengandung walaupun sesi penyusuan kepada anak yang sedia ada masih berlangsung. Kemungkinan rasa ingin tahu sama ada masih BOLEH atau TIDAK untuk meneruskan penyusuan bermain di minda.
Mengambil beberapa tunjuk ajar daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan secara profesional, rata-ratanya mengatakan BOLEH menyusukan anak walaupun sedang mengandung.
Antara tips yang boleh diguna pakai adalah :-
- Keperluan Susu Ibu (FAKTA) Selepas bayi berusia enam bulan ke atas, susu ibu bukan lagi menjadi sumber makanan utama untuk anak menyusu badan. Ibu wajar menyelitkan menu lain seperti nestum (makanan kedua paling lembut) selepas susu ibu. Apatah lagi sekiranya ibu disahkan mengandung!    Bagaimanapun, penyusuan susu ibu secara terus (direct feeding) dan EBM (stok susu) boleh diteruskan kerana KEGUGURAN akibat menyusukan anak ketika mengandung adalah MITOS semata-mata.    Paling penting, dapatkan informasi menge…

Qasidah yang kian popular dekad ini

Image
Pernah dengar Qasidah? Mungkin di Malaysia ia baru saja bermula tetapi saya dah mengenalinya sejak bersekolah agama di Johor lagi. Cuma, tidak dipraktikkan sebab mungkin Qasidah biasanya dialunkan beramai-ramai baru sedap. Atau dengan kata lain, dulu zaman sekolah selalu ada dekat sekolah bersama cikgu mengajar Qasidah tetapi bila tamat sekolah makanya tamat juga Qasidah, berzanji dan zikir beramai-ramai.

Maksud Qasidah?

Mungkin ramai kelihatan pelik kenapa mereka yang mengalunkan Qasidah siap bergoyang kepala dan mengangkat tangan bagai. Mengalahkan tengok konsert Kpop! Haaa itulah, siapa cakap hiburan Islam tidak seronok.

Berbalikkepada maksud Qasidah, pengertian Qasidah ialah puisi atau syair puji-pujian untuk Rasulullah SAW. Kebanyakan intipati Qasidah terutama yang paling popular ialah Ya Hanana, lebih menjurus kepada memohon syafaat Rasulullah, memuji baginda dan sebagainya.

Sangat menarik dan boleh dipraktikkan... Rasa macam nak suruh Aniq belajar, gantikan Mommy yang t…

Love You, Mr Arrogant!

Image
Klise... Drama adaptasi biasa-biasa. Menarik ke tak menarik ke yang pasti jalan ceritanya sama saja. Dunia nyata, tak tahulah wujud ke tidak babak-babak yang sama dalam drama-drama adaptasi ini. Biasalah, novel adalah dunia imaginasi penulis. Mentuturkan apa saja yang penulis rasakan dia mahu. Berangan, angan-angan dan impian disampaikan mengikut rasa hati dan bakat sedia ada.

Namun, tetap mendapat sambutan ramai terutama yang tegar menjadi pembaca novel Melayu. Walaupun "DAH TAHU" jalan ceritanya tetapi masih mahu menonton kerana bagi pembaca yang menjadi penonton, mungkin penghayatan yang diperoleh lebih mendalam manakala sentuhan naskah ke skrin turut memberi impak yang lebih berkesan.

Minggu akhir Mr Arrogant ... Apakah yang bakal di hadapi dua pasangan ini? Mustahil untuk tidak bahagia kan hahaha klise ler tu.. Tapi apapun pastinya penonton enjoy. Kalau tak, takkan mampu mengumpul hampir berjuta penonton saban waktu ditayangkan.

Maghrib jangan lupa buat.

Ohh, saya tak m…

1st Birthday Party, Ruhee Ayra

Image
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Bermula dengan persiapan, kehadiran, acara, semuanya ok. Paling menarik kek Ruhee Ayra yang sangat awesome.. Walaupun nama Ayra jadi Arya, tapi tak apalah, janji sedap huhu


Sekitar majlis si kecil lentok mommy dan daddy :-


















Gurindam Telinga

Image

Mengomel Seorang Diri

Image
Setiap hari hanya memikirkan, bilalah masa akan berlalu. Masa yang sedang ditempuhi. Walaupun memang kusedari kerjaya seperti ini membawa sejuta persoalan yang muncul tiba-tiba namun, jauh dari sudut hati mahu kembali ke asal. Aku bukan yang kuat bekerja demi kerjaya idaman tetapi aku bekerja kerana mahu langsaikan hutang piutang terutama pinjaman ketika belajar muhahahaha.... (serius)

Haihhh dah puku 5.30 petang ketika jari jemari montok comot ini sedang petah menaip baris kata. Dua berita sudah diemel, menanti maklum balas. Hati dah sampai rumah ni, macam sedang bermain dengan anak-anak. Tak best sebab, kerja waktu begini, susu yang dipam pun tak mencurah-curah seperti selalu. Mungkin waktu mengepam dah beralih dan selalunya waktu petang memang susu sedikit kurang.

Hmmm... Sebenarnya diri memang manusia pagi. Semuanya mahu pagi-pagi walaupun mata layu tak bermaya tetapi rasa diri cergas dan tenang. haihhh inilah keadaan apabila bekerja seperti ini. Kena redah dan redha.…

Salam Zulhijjah 1434H

Selamat menyambut Adiladha. Harapnya setiap pengorbanan yang pernah, sedang dan akan dilakukan adalah perngorbanan terbaik dan yang diredhai Allah.

Esok tarikhnya. Dua tahun sudah tarikh 10 Zulhijjah datang. Maka dua tahun juga arwah atok kesayangan pergi meninggalkan semua yang masih bernyawa di muka bumi Nya. Perginya pada dingin subuh 2011 bersamaan 1432 hijrah masih terasa. Pergi dalam tidur bersama sarat sakitnya yang ditanggung bertahun lama. Akhirnya dia pergi menyahut panggilan Pencipta dalam keadaan paling tenang tanpa raungan bagi menyambut huluran salam sakaratul-maut.

Selain perginya Tok Yah, dua tahun juga pengalaman menjaga Aniq Raheel yang demam panas tanpa kebah, ulang-alik ke hospital di Muar lalu ke klinik namun tiada jawapan. Ambil darah, lakukan X-Ray tetapi masih tiada apa-apa sambil di rumah saat itu, keadaan sibuk dengan menyiapkan peralatan, pelakuan menyempurnakan jenazah seorang insan yang amat disayangi.

Alhamdulillah, Aniq pulih sekembalinya k…

Happy 1st Birthday Ruhee Ayra

Alhamdulillah, setahun berlalu dengan pantas. Ruhee Ayra, si kecil saya semakin membesar dengan baik. Syukur, hasrat untuk melihat Ruhee membesar dengan susu ibu tanpa campuran susu formula, berjaya untuk tahun pertamanya. Semoga usaha untuk setahun lagi dipermudahkan Allah.

Ruhee Ayra dilahirkan tepat jam 8.39 pagi pada 10 Oktober 2012, di Hospital Columbia Asia, Seremban. Sakit melahirkan masih terasa tetapi kerana sakit itu nikmat paling indah anugerah Ilahi, kelahiran Ruhee disambut dengan riang dan hati terbuka.

Apatah lagi, anak kedua, si puteri comel ini mudah dikeluarkan. Sakit yang bermula sekitar jam empat petang 9 Oktober 2012 melarat hingga ke malam dan seterusnya sampailah ke pagi 3.30, 10 Oktober lalu. Pagi dingin itu, dengan pengalaman melahirkan Aniq, keadaan boleh dikawal, sempat membasuh sisa pakaian, mengemas sisa kotoran di dapur malah sempat menunaikan solat sunat sebelum menelefon mak di kampung supaya dapat datang ke Seremban untuk menjaga Aniq.

Bergerak ke hosp…

Hari Ke-5

Hmmm lima hari dah menikmati waktu kerja yang berbeza seperti selalu. Banyak pro dan kontra yang ada sebenarnya. Keselesaan bekerja sebenarnya sama saja jika kita ikhlas dan terima apa yang berlaku. Yalah, ni bukan syarikat atok saya kan kan ....
Untuk saya? Lebih selesa dengan waktu kerja lama, masuk awal jam sembilan pagi dan balik lima petang cuma kadang-kadang bukan menjadi mustahil balik pukul enam ke lapan malam. Itu normal dan lumrah kerja seperti ini.
Apa yang penting, waktu dengan anak-anak. Saya lebih suka menghabiskan masa malam bersama keluarga terutama anak-anak yang masih kecil. Masih perlukan perhatian dari seorang Mommy. Daddy balik lambat itu biasa dan sepanjang saya bergelar isteri dan Mommy, tak pernah saya rasa Daddy perlu balik awal. Dari A-Y saya buat tinggal yang Z je Daddy buat hahahaha
Sejak menggantikan rakan sekerja yang cuti bersalin, saya ke meja beliau untuk sebulan. Masuk jam 12 tengah hari dan balik jam lapan malam. Meja berita dunia, mema…

Cerita Si Kecil Ruhee

Bercerita mengenai Ruhee Ayra kerana bulan sepuluh sudah melambaikan tangan tanda selamat datang. Ya, sekejap sudah hampir setahun saat bersalinkan si Ruhee. Bermakna Ruhee pun dah besar. Bermakna lagi, perlulah sesi pemperosesan anak ketiga dimulakan dengan penuh semangat. Oleh itu projek mega dirasmikan.

Apa yang menarik tentang anakacuk kedua milik saya ini? Menjengah ke usia setahun, Ruhee masih menggunakan produk susu ibu sebagai sumber utama makanannya saban hari. Alhamdulillah, syukur, susu sentiasa ada untuk menampung si Ruhee. Perkara menarik lain yang ada antaranya :-

1) Ruhee dah mula menapak dengan memegang walker (yg ditolak) atau kerusi belajar kepunyaan abang kesayangan dia.

2) Walaupun belum tumbuh sebatang pun gigi, Ruhee boleh mengunyah makanan lembut seperti kentang dan lobak dengan dahsyat. "Kaki Makan" rupanya si Ruhee ni. Pantang disuap, nganga saja mulut dia macam ikan belatuk.

3) Yeayyyy hasil daripada ajaran abang, Ruhee sekarang pandai menye…

Bersama Aniq Raheel

Kisah Aniq Raheel hari ini... Apa yang menarik mengenainya? Ya, pejam celik, semakin membesar dengan jayanya. Bertambah bijak, kacak dan manja. Paling mustahak, lebih senang dilentur terutama bab minta pertolongan seperti jaga adik, buang pampers, pakai baju sendiri, mandi sendiri dan makan tak boleh sendiri hahaha Sebab mommy lebih suka suapkan, banyak sikit dia makan.

Aniq. petah berkata-kata dan sangat banyak menyoal sejak akhir-akhir ini. Perkembangan barangkali. Antara soalan yang 'menyelerakan' daripadanya :-

1. Jika dimarah, dia bertanya "Mommy sayang Aniq?" kalau mommy jawab "Mestilah sayang". Dia tanya lagi "Kenapa mommy marah Aniq?" Sakit jiwa dengar, nak gelak takut dia rasa kita bergurau. Jadi jawablah dengan wajah mengharapkan Aniq faham, "Aniq, sayang macam mana sekalipun mommy dekat Aniq, kalau Aniq nakal, buat denda yang tak elok, kenalah tegur. Kena babab, faham?" hahaha eh, dia tanya lagi, "Ohhhh... ta…

PINJAM

Image
Pinjam dari pelbagai sudut
Dipinjam, meminjam, pinjaman
Semuanya menjadi satu
Rumit untuk diluahkan
Hati tak rela
Hati hanya pasrah
Hati mengikut rentak
Kerana mulut yang berkata YA
Bukan hati
Harapnya semua pinjam itu
Seketika
Habis langsai
Kembali ke asal


 dengar lagu ni bagi hilang tekanan kekeke



Syukur kena Ikhlas, Fikir Perlu Positif Pasti Kita Temui Bahagia

panjang sungguh tajuk entri kali ini ... Ia sebagai pendapat dan pengalaman selain merumuskan apa yang cuba diperkatakan semua orang...

Rasa syukur semata-mata tanpa wujud rasa ikhlas, mungkin tidak berbaloi. Sebelum utuhnya Iman seseorang itu, rasa ikhlas haruslah dibaja dan disiram supaya ia menjadi sebati dalam jiwa dan akhirnya wujudlah rasa Iman yang mantap tanpa perlu diperlekehkan lagi.

Seperti saya, baru nak belajar menjadi sang ikhlas sejati. Tidak mahu yang tidak-tidak lagi atau kata lain, hanya syukur pada mulut namun tak pernah redha dalam hati.

Bersyukur dan terus bersyukur walaupun sedang menghadapi kedukaan mahupun kesusahan. Harus percaya di celah-celah kemiskinan dan kepayahan masih mempunyai denai untuk kita mencari sinar baru.

Kebahagian akan muncul diakhir jalan cerita sekiranya kita kuat menempuh dugaan mencabar. Bersyukur menjadi hamba Nya yang terpilih untuk menghadapi ujian Nya kerana Tuhan tidak akan menguji di luar kemampuan.

Duit? Kesenangan? Lamb…

Cinta Jannah part 3

Image
hahahaha memang sah penulis blog ini sedang kemaruk dengan drama ni.

Jom hilangkan debar dan perasaan kacau-bilau menunggu episod akhir hari ini :-











~~~ harap entri ini diterima dengan pasrah sebab yang menulis memang sedang kemaruk hohohoho ~~~