Posts

Showing posts from December, 2012

Hari Terakhir

Image
Jumaat terkahir untuk tahun 2012 sudah hampir melabuhkan tirai.... Alhamdulillah masih diberikan nyawa dan dipinjamkan segala nikmat kehidupan di dunia Nya. Semuanya bakal berakhir dua hari lagi haipppp yang bakal berakhir tu ialah tahun 2012. Tidak lebih daripada itu... In Shaa Allah selagi dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki pasti kita bertemu lagi di bumi indah ini
Selain 2012 nak habis, hari ini juga hari terakhir Aniq di nursery Mumairah di LPPKN, Seremban 2. Sekali lagi Aniq meninggalkan kawan-kawan sepermainan selepas 4-5 bulan di sana. Baru nak bermanja, dah kena pindah. Tak apalah Aniq, nanti2 free kalau cikgu2 kat situ izinkan, kita boleh saja datang jenguk2 hilangkan rindu.... 
Disebabkan hari terakhir Aniq di situ, selepas hantar Aniq dan sebeg goddies untuk kawan2 dia, mommy dan daddy saja je lalu depan Dual hahahaha sengal kan daddy! kata dia, rindu pulak jalan tu sebab lepas ni mustahil ler nak lalu jalan area tu lagi kan! Kalau datang pun mestilah nak ke Pappa Rich atau …

pindah lagi ;p

Selepas Permata Dual Child Care Nursery, Aniq dipindahkan ke Mumairah Nursery di bawah seliaan LPPKN dan kemungkinan besar tahun depan Aniq sekali lagi dipindahkan ke Mak&Ayah Nursery... Sangat banyak rentetan nursery Aniq nampaknya :)
Dulu pindahkan Aniq dari Dual ke Mumairah sebab Dual sudah berlaku tidak senonoh kepada keselamatan Aniq dan ditambah lagi dengan perangai segelintir manusia di Dual yang melabelkan anakacuk saya dengan panggilan yang tak elok. Sayang, walaupun sehebat mana sistem penjagaan dan penyeliaan diterapkan di Dual tetapi jika ada insiden dan perangan manusia yang sebegini, In Shaa Allah tak berkatlah rezeki mereka...
Oh ya, bercerita pasal insiden melabel Aniq dengan panggilan tak senonoh tu, rupanya (dari sumber boleh dipercayai) memang menjadi panggilan biasa di Dual kepada Aniq. Siapa yang mulakan dulu, saya tidak tahu. Apa yang boleh saya cakap, saya marah dan teramat marah tetapi mendoakan supaya mereka sedar yang perbuatan mereka itu mungkin akan ke…

Istanbul Aku Datang

Image
Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm

Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya.

Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ok…

Berakhir sudah.....

Tamat sudah cuti berpantang... sekejap sungguh masa berlalu pergi dan pergi ... Oh my cutiiiii ;p Back To Normal! yup, teruskah kehidupan di Seremban bersama dua cahaya hati dan seorang permata hati. Kena semakin kuat, tabah, sabar dan yakin.
Tahulah kan kerja rumah makin banyak! Itu pasti. Tak tahulah macam mana nanti Sempat ke tidak nak masak malam Ohhh mungkin tak sempat macam sebelum ini Makanya daddy kenalah beli atau makan di luar

Kemas rumah, basuh baju ohhh bertambah kerja
Apapun kenalah happy sebab kitakan anak beranak
Chaiyok! 
Untuk Aniq,  Tolong jaga tingkah laku, jadilah abang Aniq yang baik takmau buli adik Ruhee Untuk Ruhee, Jangan selalu meragam terutama malam sebab esoknya mommy kerja  Untuk Daddy, Tolonglah bantu mommy apa yang patut supaya perjalanan hidup kita berempat berjalan lancar
~~~Cuak+gembira+gerun menghadapi hari-hari baru dalam hidup berkeluarga~~~