Friday, 23 November 2012

Ruhee Ayra Binti Muhammad Hariz Ramesh Pillai

Itulah nama sikecil kami yang kedua. Maksud nama yang dipilih daddy kali ini, Ruhee ialah jiwa dan yang menyentuh jiwa manakala maksud Ayra pula dihormati. Moga dengan maksud yang indah pada nama Ruhee Ayra memberi berjuta kebaikan kepada anak kecil kami sampai akhirat.

Semalam, 22 November 2012 genap 44 hari Ruhee Ayra dan tamat sudah pantang larang wanita bersalin yang saya jalani. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik :) Abang Aniq Raheel pun semakin sayangkan adik comel dia. Maknanya dia dah boleh terima lertu hehe Terlebih rajin pula dia menjaga adik dia....





~~~ Wajah-wajah kesayangan mommy dan daddy ~~~

Thursday, 15 November 2012

Salam Ma'al Hijrah 1434

Bermulanya tahun baru Islam Hijrah 1434 dan beerti bermulalah fasa baru dalam menjalani kehidupan dimuka bumi Allah. Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kebaikan, kegembiraan dan memantapkan ketaqwaan kita sebagai hamba Nya.

Azam baru? Masing-masing sudah bersiap sedia dengan meneruskan azam sedia ada atau memantapkan lagi setiap azam yang sudah kukuh. Insya'Allah dengan semangat yang ada, pastinya setiap apa yang telah, sedang dan akan dilakukan memperoleh keberkatan dan dapat diteruskan sepanjang menjalankan kehidupan.

Azam saya? Tidak pernah berazam tetapi sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi baik dan lebih baik. Itulah azam saya saban tahun. Menjadi hamba Allah yang soleh, menjadi anak, isteri dan mommy yang baik. Semoga diri saya, kamu dan semua memperoleh keberkatan daripada Allah sampai akhirat :)


~~~ Buatlah apa yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang~~~

Dato’ Seri Mohamad Hasan