CLICK & ENJOY

Tuesday, 16 October 2012

10 Oktober 2012

Sebenarnya ia minggu ke-37 dan Ahad (7 Okt) sebelumnya baru saja bertemu Dr Intan di Columbia Asia untuk pemeriksaan biasa. Kata Dr Intan, baby dah berada di tempat yang betul, sihat dan kedudukannya masih di atas.

Selasa (9 Okt), sakit senggugut semakin kerap. Kalau awalnya masih sehari sekali tetapi hari ini selang 30 minit. Namun, saya masih lagi bekerja sebab MC hanya boleh diberi pada minggu ke-38 dan lagipun saya masih tidak rasa simptom mahu bersalin.

Kekerapan sakit membuatkan saya hanya duduk baring di bilik susu hampir setengah hari. Dalam jam 3 petang, kekerapan masih terasa. Balik ke rumah petang tu, rasa yang ada tadi hilang sekejap cuma lendiran kian banyak.

Malam pula, lepas saja tengok Adam & Hawa, rasa sakit datang balik. Suami tanya pasal dah kemas ke belum beg nak bawa hospital. Dengan slumber, kata belum. Lepas tu macam biasa, daddy bebel dan saya pun rasa tak sedap hati. Kemaslah bag untuk baby dengan mommy.

Rupanya betul, dalam sakit-sakit tu dah mula keluar lendiran atau mokus kecoklatan. Terus google internet cari pasal mokus tu sama ada betul ke tidak nak bersalin! Jawapnnya betul!  tapi saya relax je sebab tak ada tanda besar lagi. Alhamdulillah nyenyak tidur sampai jam 3.30 pagi.

Dalam jam 3.30, Rabu (10 Okt) pagi ketuban pecah, dan selang 5-10 minit ketuban sikit-sikit pecah. Saya bangun siapkan barang, basuh baju-baju yang ada, mandi, solat sunat, ampai baju dan dalam jam 4.45 pagi tu pergi hospital.

Alhamdulillah, mungkin jalan dah ada, jadi tidaklah rasa sakit sangat. Sakit yang masih boleh ditahan. Aniq? Bawa sekali ke hospital walau masa tu dia sedang tidur lena. Columbia Asia dengan rumah adalah dalam 4-5 minit je, jadi tidaklah rushing sangat.

Tiba saja labour room, nurse cek bukaan sudah 5 Cm. Memang terkejut. Tapi rasa sakit tidak berapa sangat, mungkin saya memang jenis tahan sakit atau kekerapan sakit itu memang tidak terlalu kerap. Rasa sakit bersalin mula terasa kuat pabila bukaan sudah sampai ke 8-9Cm.

Disebabkan pada awal saya masih boleh tahan sakit makanya tidaklah ambil bius tahan sakitdan bila tiba-tiba bukaan dah banyak baru nak minta. Hmmmmm terlambat sudah! Makanya tahan ler sakit bersalin sampai bayi keluar. Memang rasa sangat semulajadi.

Yalah, walau diberi gas ia hanya diguna ketika rasa sakit dan ketika proses meneran tidak boleh guna. Jadi sudah tentu sakit bersalin real punya sakit dapat saya nikmati. Apapun sejurus bayi keluar semua sakit separuh mati tadi hilang lenyap. Syukur, alhamdulillah proses kelahiran berjalan lancar.

Kalau nak tahu, itulah dikatakan sakit yang penuh nikmat. Sakit yang membuatkan kita sebagai anak sedar akan kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. Sakit yang sementara saja tetapi keadaannya hampir separuh nyawa.

Syukur, keadaan semua dipermudahkan Allah dan seperti kelahiran Aniq, Hariz sentiasa disisi menemani. Bercerita tentang Aniq, mak dengan ayah saya sampai tepat pada masanya lebih kurang jam 6Am. Nasib baik Muar-Seremban saja.

~~~Sekarang tanggungjawab kian bertambah dan semoga anak-anak mommy dilindungi Allah selalu~~~







Monday, 8 October 2012

Kudapan Petang Isnin



 

 





Thursday, 4 October 2012

Untuk Mommy :)

12 langkah melahir tanpa rasa sakit melalui teknik hypnobirthing

Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin.
Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. :).  Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :

1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.

2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.

3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.

4. Kemudian berbaring dengan santai.

5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.

6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.

7.  Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.

8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.

9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.

10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.

11.  Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'

12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal.


Sumber :
1. http://www.bidankita.com
http://princeskalem.blogspot.com/2012/01/prosedur-klinik-hypnobirthing.html





Minggu ke-36



Minggu ke-36 sudah usia Rani Mommy dalam rahim. Moga setiap urusan dipermudahkan Allah. Mengikut sejarah Aniq, minggu ke-37 dah keluar menjengah bumi Allah. Makanya, mudah-mudahan unborn baby ni pun sama. Jangan tunggu lama-lama kat dalam tu walaupun Mommy tahu sangat nikmat berada dalam rahim kan :)

Keadaan mommy masih stabil, Insya'Allah. Cuma penat, sakit belakang badan, sakit pinggang, kaki kejang dan asyik ke tandas membuat hajat kecil. Maklumlah, unborn baby dalam rahim ni kian membesar dengan baiknya sehingga tak cukup ruang barangkali kan!

Persiapan unborn baby semuanya dah siap cuma tak beli towel je lagi. Tapi, barang-barang yang ada tak dipack pun lagi dan diletakkan dalam kereta.. hahaha teruklah Mommy nih! Hujung minggu ni Mommy janji akan siapkan semuanya okay :) 

Keadaan fizikal Mommy, sekarang ni perut kelihatan sedikit menurun dan rasa sakit pinggang kerap ada. Sengugut ala-ala 1st alarm tu sekali je sehari dan akdang-kadang dua hari sekali. Masih awal mungkin. Moga cepatlah unborn baby yang comel, sihat dan sempurna serta dilindungi Allah selama ini keluar ye. Yang penting keluar ikut waktu dengan mudah dan mesra hehehe

Keadaan abang Aniq pula, haishhh makin manja dan sensatif tapi sweet je abang kamu tu sebab dia memang dan meacam tu sejak azali. Takut sangat agaknya bila kamu datang, Mommy dan Daddy lupakan dia. Mana mungkin sebab dialah permata pertama kami selepas diijabkabulkan dan unborn baby pula permata kedua sebagai penambah seri rumah tangga kami selepas empat tahun bersama :)


tengok ni wajah fresh Abang Aniq yang baru berusia 2 hari ...  

~~~ Persiapan terakhir sebelum menyambut kedatangan unborn baby.... Haaaa ayuh bertenaga!! ~~~




Wednesday, 3 October 2012

Insiden yang memilukan hati Mommy

Kesian Aniq, baru dua tahun lebih dah ada gelarkan dia 'Aniq Keling' dan yang peliknya budak baru umur tiga atau empat tahun yang cakap macam tu! Secara logik akal, dah tentu mak atau ayahnya yang mengajar, tak gitu? Sakit hati bila mengenangkan insiden semalam. Ya, semalam, Aniq, Mommy dan Daddy ke Taska Dual Permataku


, nak ambil deposit. Anak penyelia, Pn Nor si Aqil, bila daddy tanya "Aqil kenal lagi siapa ni?" Dengan bangganya dia jawab "Aniq Keling"... Lepas tu Daddy tanya lagi dan lagi. Jawapan sama saja. Mula-mula macam takut salah dengar tapi bila dah berkali-kali tu, faham ler kan sampaikan ada dua student kat situ pun dah macam terkejut.

Dalam kereta, Mommy tanya Daddy, sengar tak tadi? Daddy cakap dengar dan nasib baik budak kecik. Kalau ikut hatinya nak saja dia bagi pelempang. Sedih hati Mommy bila mengenangkan nasib Aniq terutama bila dia masuk sekolah? Haaa sudah timbul rasa, ohhh macam mana Aniq nak sekolah kat sekolah Melayu? 

Aniq, Mommy ni, kalau bergaji lebih RM6-7k memang Mommy hantar dah Aniq International School. Tetiba terlintas di benak yang sedang bengkek dengan si Aqil, hantar sekolah Cina pun okay apa. Hmmm ataupun hantar je sekolah campur macam St Paul. Suh Aniq kawan dengan Cina dan India dan Melayu yang berakademi sikit bukan budak-budak yang datang daripada keturunan macam si Aqil tu! (Sampai macam tu dah... tak boleh nak fikir dah sbb tu maracau mommyu dibuatnya hahaha)

Weiiii siapa tak bengkek kan, depan mata kita digelar macam itu. Alaa lagipun, kalau ikutkan pengalaman, mak si Aqil pun sama... Panggil anak pun 'Hoi...Hoi...' bukan tak pernah dengarkan. Tapi, itulah tak terluah lak pada hari itu nak tegur Pn Nor pasal insiden yang memalukan beliau sendiri sebenarnya. Biarlah, mudah-mudahan anak dia bila besar nanti menjadi anak yang baik dan tidak bermulut gampang macam tu! 

Untuk Aniq, Mommy selalu doa supaya Aniq kuat dan tabah dalam lalui jalan hidup Aniq nanti. Mesti banyak yang akan terjadi. Banyak sudah Mommy kutip pengalaman dengan jiran dan kawan yang berkahwin campur khususnya yang berkahwin dengan India. Biarlah Aniq sebab yang penting Aniq bukan Melayu tetapi Malaysia... Darah campur Aniq akan menjadikan Aniq lebih berkeyakinan, bijak, kacak, baik budi pekerti dan macam-macam lagi. Yang penting jadi makhluk Allah yang taat, jadi anak yang soleh dan jadi seorang manusia berbudiman dan berakhlak mulia.  

~~~ Walaupun surat beranak Aniq tulis keturunan Melayu, Aniq kena selalu ingat, Melayu Aniq Melayu terpuji bukan terkeji dan gampang dan lain-lain sebab Aniq kena bangga sebab Aniq anak campur ~~~