CLICK & ENJOY

Thursday, 27 September 2012

Jalan Kedamaian



Setiap daripada kita sentiasa mencari sinar dalam kehidupan. Sudah tentu sinar kebaikan yang membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Kata seorang ustaz ketika bersekolah dulu, menjadi seorang muslim yang baik memang payah tetapi untuk menjadi muslim yang ingkar dan hilang taat lagi payah.

Contohnya, nak solat lima waktu memang satu perkara yang kadangkala memenatkan tetapi untuk mencuri biskut di kedai runcit lagi susah sebab kena betul-betul teliti supaya tidak tertangkap. Bila difikirkan semula ada benarnya, untuk solat walaupun lima kali sehari tetapi masa yang diperlukan bagi setiap waktu solat hanya lima hingga sepuluh minit saja. Tetapi untuk mencuri sekeping biskut di kedai runcit mungkin mengambil masa seminggu? sehari? tiga hingga lima jam untuk memikirkan strategi sebelum memulakan operasi.

Betul kata ustaz, nak masuk syurga jalannya susah, walaupun lurus. Jalan muhajhiddah amat payah diikuti sebab di penghujung jalan adalah syurga yang terlalu indah dan cantik untuk didiami tetapi jalan kegelapan lebih payah dan menakutkan sebab dihujung jalan kita hanya ketemui neraka ...

Sebab itu para mujahid dan mujahidah senatiasa mencari jalan yang lurus. Walaupun panjang berjuta batu dan walaupun sukar menitinya, ia tetap menjadi pilihan kerana di akhir jalan itu pasti kita ketemui kedamaian yang paling indah yang dijanjikan Nya.



~~~ Marilah berusaha untuk menjadi muslim yang terbaik ~~~



Wednesday, 26 September 2012

Minggu ke-35



Meniti perjalanan yang kian hampir ke destinasi... Macam tulah lebih kurang kalau buat karangan Kesusasteraan Melayu. Cuma kalau ditulis mengikut bahasa mudah, adik Aniq dah nak keluar nih! 35-weeks maknanya ada dalam lima minggu lagi atau tolak dua minggu, adalah tiga minggu. Dan fahamilah minggu-minggu itu silih berganti dan tiba-tiba dah ada dalam labour room pun :)

Apa yang penting, barangan baby dah siap sedia begitu juga barangan mommy. Moga Allah permudahkan setiap urusan sepanjang mommy bersalin nanti. Baby sihat, mommy sihat, kedua-duanya selamat dan proses kelahiran berjalan lancar hendaknya :) Amin....

~~~ Menghitung hari detik demi detik waktu bersalinku akan tiba. Kadangkala suka kejap-kejap cuak begitulah adanya.... ~~~








Monday, 24 September 2012

Kisah Aniq Beriadah Di Taman Tema Air

Pertama kali membawa Aniq beriadah di Taman Tema Air Melaka Wonderland sangat mengujakan. Sayangnya, Aniq tidaklah segembira seperti ketika membeli swimming suite di Jaya Jusco dua hari sebelum ke sana. Maksudnya, baru sepuluh minit masuk dalam air, terus nak keluar. Hehehe Itupun nak masuk dalam kolam punyalah payah. Nasib baik Totok dia ada, jadi Totok ler yang menemaninya. Bukan dia jejak pun kaki ke air, sikit-sikit je. Alahai Aniq, hehehe kalau begitulah gayanya, kenalah selalu bawa Aniq ke taman tema :)

Bercerita mengenai Taman Tema Air Melaka Wonderland, elok terletak di bahagian berlakang Taman Botanikal Melaka. Jika dari lebuhraya Utara-Selatan, sangat dekat. Lebih kurang 15 minit sebelum temui lampu isyarat ke Taman Botanikal yang terletak di sebelah kanan. Mudah mencarinya dan sangat strategik.

Kali pertama ke sana, rasa yang terbit di hati memuaskan. Kawasan sederhana besar dan mempunyai beberapa bahagian kolam. Untuk kanak-kanak atas lima tahun, pantai buatan dan untuk yang gemarkan permainan air lasak. Cuma sayangnya, tidak pula nampak satu kolam pun yang sesuai untuk baby atau kanak-kanak bawah 4 tahun. Jadi kena berdukung atau gunakan boya kalau nak mandi-manda di kawasan kolam yang sesuai untuk kanak-kanak atas lima tahun.

Keadaan kawasan bersih setakat empat jam di sana. Tandas tidak pula saya masuk. Bilik mandi dan tukar pakaian, menurut adik bersih cuma kata suami pula, paip airnya terlalu rendah sehingga menyukarkan untuk mandi. Apapun, saya suka bandar Melaka, pandai mewujudkan pelbagai tempat tarikan pelancongan. Selain kawasan riadah, mercu tanda, pusat pelancongan dan rehat, Melaka juga mempunyai landskap yang cantik dan teratur. Alangkah bagus kalau tempat saya bermastautin sekarang ini ada semua itu. Tidaklah setiap minggu asyik berlepak di Juya Jusco yang kini Aeon. Kadang-kadang tempat letak kereta pun tidak mencukupi sebab memang tiada langsung kawasan riadah.

Ya cuma ada Port Dickson tetapi hanya pantai saja. Sepatutnya, diwujudkan kawasan-kawasan riadah seperti Taman Tema, Muzium warisan ke zoo, taman burung dan banyak lagi yang boleh membuatkan penduduk tempatan punyai jadual setiap hari minggu untuk membawa anak-anak beriadah. Mungkin ada cuma tidak nampak atau tidak dijaga atau kawasan yang tidak strategik.

Bercerita tentang Taman Tema Air Melaka Wonderland Aniq yang sepuluh minit saja bermandi-manda hanya teruja melihat Mokcu, Totok, I'ngah, I'chik, Umi dan saudara mara lain bermain air. hahahaha Siap bertopi (hat) bagai duduk-duduk berehat dengan Ipad atau menonton skill mereka bermain permainan air lasak. Gayanya sangat seperti pelancong elite.

Apapun, seronok juga sebab dapat berkumpul sebahagian keluarga Ketam beriadah bersama-sama. Cuma bila dah seronok masa nak balik ke destinasi masing-masing Aniq meragam sebabnya kenapa Umi dengan Mokcu tidak naik kereta yang sama dengannya seperti biasa. Kesian. Berjurai air mata anak bujang Mommy menangis meraung panggil dua nama kesayangan dia sampai tertidur dalam tangis :)

~~~ Aniq, nanti suruh Totok datang Seremban pula ekh, awal bulan depan ke sebab Mommy tak boleh dah nak jalan jauh Oktober nanti. Nak tunggu baby Aniq keluar dari perut ~~~


Monday, 3 September 2012

Hari Pertama Aniq

Hari baru untuk Aniq. Moga tempat baru serasi dengannya. Tadi hantar dia dalam 7.20 pagi dia okay cuma mungkin dia pelik sebab kenapa lain benar nursery dia hari ini. Kemudian dia leka bermain dengan slide dan bridge. Bila tengok dia dah serasi sikit saya suami isteri pun tinggalkan Aniq. Memang kedengaran dia menangis tetapi sekejap saja dan kebetulan pula, seorang kanak-kanak yang juga dari nurseri lama turut dihantar ke situ. Jadi adalah kawan untuk Aniq.

Tadi pun, seorang kenalan yang turun menghantar anaknya ke sana, mesej beritahu nampak Aniq duk termenung kat pintu kaca... Hehehehe kesian anak comel Mommy tu. Kata kenalan tu tadi, Aniq macam pelik nampak anaknya tapi okaylah, masa tu Aniq tak nangis dah cuma mungkin masih pelik kenapa tempat sudah bertukar.

Dalam sejam, ada call tanya perkembangan Aniq, sedang menonton DVD kata cikgu di situ. Aniq okay katanya dan menangis sekejap saja. Tidaklah mengamuk sakan. Alhamdulillah. Keadaan di tempat baru memang berbeza untuk Aniq yang mana sejak berusia dua bulan sehingga dua tahun setengah berada di alam sama dan tiba-tiba bertukar! Mesti ler dia bungkam (kata novel) hahaha... Insya'Allah saya harap dan semoga pilihan ini adalah terakhir untuk Aniq sampai dia akan di hantar ke tadika dua tahun lagi :)

Tempat baru lebih selesa bagi saya dan memudahkan saya untuk tidak naik-turun tangga. Tak perlu risau sebab memang tiada aktiviti bermain di taman/luar sebab semua aktiviti dijalankan di dalam nurseri itu sendiri. Keadaan lebih ceria dan paling penting OT selepas jam 6 petang. Penting lagi, tak perlu risau sebab selepas 6 petang, waktu OT, penyelia nurseri itu sendiri yang jaga. Baru betul rasanya sebab memang selama ini tugas penyelia adalah menyelia semua pengurusan termasuk staf dan unit mereka dari waktu pejabat sampailah selesai kanak-kanak balik bukan seperti sebelum ini.

Tak mahu cakap lebih-lebih sebab setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan. Apapun, setakat ini hari pertama ini okay ler kan dan berdoa semoga sentiasa okay dan okay hendaknya. Yang penting keselamatan dan pengurusan bukan saja sistematik. Sekianlah laporan diari saya hari ini... Mat aye sume ;p



       ~~~ Tak sabar nak balik sebab nak tahu keletah Aniq masa mommy datang jemput dia nanti ~~~