CLICK & ENJOY

Monday, 13 August 2012

Kisah Di Taska Dual Permataku

Akhirnya, perkara yang dianggap remeh oleh taska Dual Permataku terbongkar selepas suami sendiri di depan mata dia nampak Aniq Raheel sedang menuruni anak tangga yang ada kira-kira 15-20 anak tangga seorang diri tanpa ditemani pengasuh. Patutlah masa dalam perjalanan ke tempat kerja, Hariz telefon banyak kali dan disebabkan saya memandau tidaklah nak menjawab panggilan sebab tiada earphone.

Semuanya kebetulan, mungkin Allah nak tunjuk apa yang saya mengadu kat Hariz selama ini bukan berlandas emosi semata-mata tapi logik akal dan logik mata. Pagi tadi semasa hantar Aniq ke taska, saya lupa sediakan susu dan botol susu Aniq. Jadinya, Hariz bergegaslah ke sana hantar dua benda itu. Sampai saja di sana, di pintu bahagian bawah (taska tingkat dua, bawah pejabat) berdekatan tangga, Hariz terkejut sebab nampak Aniq dan beberapa kanak-kanak seusianya sedang menuruni anak tangga. Menurut Hariz adalah dalam 2-3 anak tangga daripada atas. Tangga taska memang tinggi ala-ala rumah kedai sebab taska itu gabungan kolej asuhan kanak-kanak (
Dual Training Institute), rumah kedai ler kiranya tapi masih berada dalam kawasan berpagar iaitu kawasan pendidikan di sekitar Seremban 2. Juga bersebelahan Kolej Negeri.

Masa Hariz telefon menceritakan kembali detik itu, suara Hariz memang tersekat-sekat tahan marah. Saya yakin suami saya memang terlalu marah sampaikan saya pun nak nangis membayangkan Aniq seorang diri turun anak tangga. Kata Hariz, bila dia tanya cikgu (ketua pengasuh) di situ, jawapannya enteng saja. Pandang remeh macam nothing will be happen. Disebabkan puasa, katanya dia malas nak marah terus balik dan call saya dalam perjalanan balik. Disebabkan saya tidak jawab panggilannya, Hariz balik rumah dan cari nombor telefon pemilik Taska. 


Bila diceritakan kepada pemilik, katanya, itu cara mereka malatih atau stimulate kanak-kanak. wahhh hebatkan jawapannya dan saya rasa dia anggap suami saya tu bodoh kot sebab tak belajar jauh macam dia????

What the hell stimulate kalau tiada seekor cikgu atau pelajar pun yang menjaga atau pimpin tangan dia! Lepas macam tu saja. Budak baru dua tahun, boleh menggunakan kaedah stimulating macam itu? Bodoh sangat kau! Even budak 3-4 tahun pun kalau nak buat rupa itu, kena ada orang jaga wei... 


Janganlah membodohkan diri anda ya! Syukur sebab suami nampak sendiri dan dia boleh nilai sendiri apa yang dia nampak pagi tadi. Terus dia pergi pejabat walau masih dalam MC, research taska baru untuk Aniq dan baby yang bakal lahir tidak lama lagi. Moga-moga pilihan kali ini berbaloi dengan bayaran. Kami sebagai ibu bapa tak nak banyak, kami cuma nak anak kami selamat, sihat dan cergas! itu Saja!

Itulah masalah taska DPCC, sebabnya setiap kali buat aduan, tiada apa-apa tindakan diambil sebenarnya. Pertahankan diri dan pertahankan diri! Sampai bila? Sampai ada budak mati kat situ?


Saya ada makcik di Senawang, nak saja suruh dia yang jaga tapi saya kesiankan dia sebab pakcik saya kena stroke tahun lalu. Lagipun Senawang-Seremban terlalu jauh untuk saya nak hantar dan ambil. Pengasuh lain di area tempat tinggal saya, kebanyakkannya menjaga lebih daripada 3 kanak-kanak. Hmmm pilihan yang ada ialah Taska Mumairah LPPKN. Selain dekat, taska itu sudah lama bertapak di kawasan Seremban. Apapun saya dan suami akan survey lagi.... 



 
~~~ Kalau dalam hati tiada rasa kasih sayang dan prihatin dengan keselamatan kanak-kanak usahlah buka taska, jadi pengasuh dan belajar sumbjek asuhan kanak-kanak... Buang masa!~~~



 

23 comments:

naney@karim said...

Salam puan terima kasih diatas pemberitahuan ini saya menghantar anak disalah sebuah TASKA yang dikelolakan oleh Pemilik TASKA berkenaan dan kami menghadapi masaalah yang sama dan setiap kali buat pengaduan kami dipersalahkan semula....

Nur'alin said...

Salam... ia pengalaman yang saya rasa wajar dikongsi. sama-sama kita ambil berat lebih2 lagi hal anak2 kecil yang tak tahu apa2 kan! Ohh hantar di sana juga? di seremban 2 atau nilai? tq :)

ayah_abang_adik said...

Salam, kami parent yg kecewa dgn tuan punya taska cawangannya di nilai.

Service tak bagus tp suka hati nak naikkan yuran, dari segi kebersihan saya diberitahu sgt2 teruk yg ini saya paling tak boleh terima... kata staf sangat terlatih bla bla bla bullsh*t

janji masa nak mula macam2... stimulation lah, holistik lah... hampeh...

skrg yg pening kami la parent nak cari taska/tadika baru... dah nak masuk bulan 3 ni byk yg dah full... so terus la cari smp jumpa inshaAllah

Nur'alin said...

salam. ya begitulah keadaan sebenarnya. di Nilai ada sebuah daycare yang baik terletak di KPJ. boleh reseacrh. daycare ditempat kerja :)

nur mala said...

salam sy mgasuh di seremban 2 skg ni sy mgasuh 2owg je. klo brminat bley hbngi sy di talian 01114766205 klo anda hntr ank anda kt sy insyaallah sy akn jg ank anda mcm ank sy sndr..

Nur'alin said...

Boleh saya tahu area mana tu Puan Nur Mala?

nur mala said...

Area garden homes knp awk duk mane.

nurulady said...

baru jumpa blog ni. td dah call taska tu, dia suh dtg tengok, dah la emergency ni cari taska, 29 april kene naik keje kat senawang, ooooooo

nur mala said...

Nurulady.. Awk duk kt ne klo brminat sy da gak mgasuh kt seremban 2 wat mse ni sy jg 2owg je. Tp klo awk duk snwg jauh la..

Unknown said...

adoi laa..mana lah nak cari taska yg okay kat area paroi-ampangan yea..hantar anak kt salah satu taska di paroi, xde lah ramai pun tp anak balik dlm keadaan kelaparan sgt..bila buat spotcek tgk die biar kan je anak menangis smpai bengkak2 mata n nnt budak tu trtido...sakit nya hati~

Nur'alin said...

Nur Mala :- saya sudah dapat pengasuh untuk jaga anak-anak saya. Cuma sekiranya kawan-kawan saya bertanya sebab memang susah nak dapatkan pengasuh. taska pula was2, susah nak cari yang tebaik. Apapun terima kasih di atas info itu.

nurulady :- Di senawang, cuba pusing-pusing di kawasan perumahan polis, Taman Satria sebab ister2 polis ramainya surirumah. Makcik saya tinggal situ. Dia pengasuh cuma sekarang dia tak jaga ramai budak sebab pakcik tak sihat. Kalau anak dah dua tahun lebih, try Sri Murni (taska area paroi) ataupun LPPKN (S2)atau cuba google 8IQ Enrichment Centre, pun okay juga.

nur mala said...

nur&#39,alin. Oo x pe la.. Klo da kwn2 nk cr pgasuh bley la bg no tpn ni. Sy ingt pn x nk mgasuh byk owg cme klo dpt 2org lg ckup r. Klo kwn minat ckp dgn dye sy asuh, mkn 3x shr, pkaian sy bsuhkn 2hr skx sy plgkn bju.
Nurulady, dlu pn sy duk kt kuaters taman satria jgk tp skg sy duk umh sndr..btl kte nuralin dkat c2 rmai is3 plis mgasuh. Awk bley tye owg kt c2..

Qurratul said...

Assalam...nor mala..
awak masih mengasuh anak orang ke?? dah ade berapa ramai?? saya masih mencari pengasuh atau taska utk ank saya..klau boleh start awal tahun depan..
emel saya : rratu.hati.que@gmail.com

Anonymous said...

sya puan azie pengasuh di senawang n9..017-6505197

Anonymous said...

asslm..sya puan azie ngasuh utk area senawang,paroi n ampanga n9..bole sms di 017-6505197

Nor Anida Norhamdan said...

Salam semua...ada sesiapa tahu berapa yuran taska lppkn s2 tu?nak cari babysitter untuk baby berumur 3 bulan pada 1 mac 2016....

Nor Anida Norhamdan said...

Salam semua...ada sesiapa tahu berapa yuran taska lppkn s2 tu?nak cari babysitter untuk baby berumur 3 bulan pada 1 mac 2016....

Nor Anida Norhamdan said...

Salam semua...ada sesiapa tahu berapa yuran taska lppkn s2 tu?nak cari babysitter untuk baby berumur 3 bulan pada 1 mac 2016....
Email saya: noranida82@gmail.com

Nor Anida Norhamdan said...

Salam semua...ada sesiapa tahu berapa yuran taska lppkn s2 tu?nak cari babysitter untuk baby berumur 3 bulan pada 1 mac 2016....
Email saya: noranida82@gmail.com

Anonymous said...

Assalamualaikum.. semoga anda semua dipelihara dan didawah rahmat ALLAH SWT. Tujuan saya menulis adalah hendak berkongsi maklumat dan tidak lebih dari itu. Aniq adalah anak didik Taska kami dan Aniq jugalah anak pertama yang kami terima semasa itu usianya baru 2 bulan. Aniq menjadi anak kesayangan pendidik dan juga kami seolah olah kami ini sebahagian dari keluarga tumpang buat Aniq. Dari seusia baby kami menjaga sehinga Aniq mampu berjalan dan berlari. Aniq seorang anak yang manja dan menjadi kegemaran ramai pendidik dan pelajar kami ketika itu. Apa yang diceritakan oleh ibu Aniq dalam blog ini adalah benar dan ketika itu kami menjalankan aktiviti perkembangan motor kasar (perkembangan dan keupayaan fizikal) dimana beberapa orang anak didik kami dibawa untuk menaik dan menuruni tangga dengan kawalan selia oleh beberapa orang pendidik kami. Saya akui berlaku miss communication diantara pendidik yang menjalankan aktiviti tersebut, dimana mereka beranggapan Aniq akan dibawa masuk ke office (seperti kebiasaan berjumpa dengan kakitangan kami yang ingin bermain dengan Aniq) oleh salah seorang dari pendidik. Sementara pendidik lain menghantar anak anak masuk secara bergilir gilir sehingga semua selesai. Kejadian tersebut berlaku dalam masa yang singkat dan kebetulan ayah Aniq sampai ditempat kejadian. Kami telah pun memohon maaf diatas kelalaian serta kecuaian pendidik kami pada masa itu. Kami tidak minta kejadian tersebut berlaku dan bagi kami apa yang telah terjadi ada hikmahnya. Untuk makluman semua, anak-anak adalah asset yang penting buat kami dan kami cuba yang terbaik dalam memberi pendidikan serta penjagaan. Bagi saya dan isteri anak-anak adalah minat kami dan kami berdua sangat-sangat sukakan anak-anak yang ramai. Kami terdorong untuk membuka taska kerana cinta yang mendalam terhadap anak-anak kerana kami hanya dikurniakan seorang cahaya mata setelah hampir 7 tahun berkahwin. Perniagaan yang kami buka ini tidak memberi keuntungan tetapi cukup sekadar kami menampung perbelanjaan taska dan membantu membayar gaji pendidik. Apa yang kami cari adalah penawar hati ketika melihat telatah dan keriangan anak-anak didikan kami. Kami percaya bahawa anak-anak adalah amanah dan kurnia dari ALLAH SWT yang Maha Esa dan sekiranya mereka gembira In Shaa ALLAH besar ganjaran dan rezeki yang kita akan terima dari ALLAH SWT. Kami memohon kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak di taska agar tidak terus menuduh dan memburukkan taska terseut. Tidak ada sesiapa yang mahu perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak tersebut. Apakah kecuaian tersebut terus dijadikan sebagai satu kesalahan yang besar sehingga sanggup menjual dan meyebarkan kesalahan kami terus terusan. Saya doakan agar Aniq menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Assalamualaikum kepada ayah_abang_adik_said...
Maaf kalau saya katakan semua penulisan anda tidak benar sama sekali. Sekiranya itu niat anda saya ucapkan Alhamdulillah kerana ALLAH SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Kami diterima tawaran melalui sebutharga untuk mengambil alih operasi taska di usim oleh kelab kebajikan kakitangan USIM di pengerusi oleh Dr Azman. Kami diarahkan beroperasi secara mendadak bagi menggantikan operator lama dan juga tidak mempunyai kaitangan yang cukup. Disebakan oleh desakan kami akur dan pada masa kami mula operasi ditaska tersebut, keadaan dalaman taska tersebut amat kekurangan (tidak mempunyai ciri2 taska yang mengikut ketetapan JKM)anak-anak hanya dijaga sebagai syarat sahaja dan tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan semasa kanak-kanak berada ditaska. Kami terpaksa membelanjakan wang kami sendiri dengan membuat keceriaan pada dinding (yang telah kami cat dengan warna-warna ceria) kami tukar tikar foam (sebelum ini tidak ada) yang sebelum ini hanya tikar yang sudah koyak dan tile sahaja tempat anak-anak bermain dan makan. Pinggan yang amat terhad terhad dan pendidik hanya menggunakan pinggan dan cawan yang sama untuk dikongsi 5 - 6 orang anak-anak. Anak-anak diletak didalam bilik dan disuruh duduk dan bersandar dinding dan hanya tv sebagai penghibur dan didikan mereka.. Kami teruskan operasi kami walau terpaksa mengeluarkan belanja sendiri dan sehingga kehari ini pihak kaki tangan USIM tidak membayar apa yang kami telah keluarkan dengan alasan kami tidak dibenarkan untuk membuat sebarang keceriaan dan apa2 perubahan keatas premis taska tersebut. Kami juga telah membentangkan kertas kerja serta costing kepada jawatankuasa kakitangan untuk dipertimbanmgkan keceriaan dan penambahbaikan demi kebajikan dan pendidikan anak2 didikan

Anonymous said...

sambungan...

kami, namum kertas kerja kami telah ditolak. Kami sudah melakukan yang terbaik demi anak2 di USIM sehingga kami terpaksa manarik diri dari beroperasi di tempat tersebut. Kami juga telah mennghantar surat kepada pihak JKM dan Naib Cancelor USIM berkenaan cadangan operasi kami. Kami berharap dan berdoa agar anak2 USIM tidak teraniaya. Cuma persoalan saya selama ini,Apakah kadar bayaran yang murah menjadi pilihan ibubapa sehingga sanggup mengorbankan pendidikan dan asuhan yang amat penting ketika usia permata ini? Mungkin anda tidak sedar kerana anak anda masih diusia kecil tetapi hasilnya apabila ia sudah meningkat dewasa kelak.. harap ianya menjadi perkongsian terbaik buat diri saya dan semua.. Alhamdulillah

Nur'alin said...

Kisah aniq menjadu topik hangat. Kisah lama yang mendidik dan memberi sejuta pengalaman. Terima kasih kepada yang komen dan terima kasih kerana mengingati aniq ☺