Posts

Showing posts from August, 2012

Kisah Di Taska Dual Permataku

Image
Akhirnya, perkara yang dianggap remeh oleh taska Dual Permataku terbongkar selepas suami sendiri di depan mata dia nampak Aniq Raheel sedang menuruni anak tangga yang ada kira-kira 15-20 anak tangga seorang diri tanpa ditemani pengasuh. Patutlah masa dalam perjalanan ke tempat kerja, Hariz telefon banyak kali dan disebabkan saya memandau tidaklah nak menjawab panggilan sebab tiada earphone.

Semuanya kebetulan, mungkin Allah nak tunjuk apa yang saya mengadu kat Hariz selama ini bukan berlandas emosi semata-mata tapi logik akal dan logik mata. Pagi tadi semasa hantar Aniq ke taska, saya lupa sediakan susu dan botol susu Aniq. Jadinya, Hariz bergegaslah ke sana hantar dua benda itu. Sampai saja di sana, di pintu bahagian bawah (taska tingkat dua, bawah pejabat) berdekatan tangga, Hariz terkejut sebab nampak Aniq dan beberapa kanak-kanak seusianya sedang menuruni anak tangga. Menurut Hariz adalah dalam 2-3 anak tangga daripada atas. Tangga taska memang tinggi ala-ala rumah k…

Bebelan Jumaat

Jumaat yang indah. Salam 15 Ramdhan 1433H. Sekejap dah masuk pertengahan puasa dan sama-sama ler kita berdoa mudah-mudahan amalan sepanjang 15 hari ini diberkati dan dirahmati Allah, hendaknya. Hari ini tiba-tiba terlintas nak bercerita tentang nasyid. Ini semua gara-gara dengar HotFM pagi tadi yang mana artis jemputan mereka sempena Jumaat dan Ramadhan ialah my forever and ever Raihan, katanya. Punyalah lama tak dengar dendangan lagu-lagu Ketuhanan dan dakwah daripada Raihan, makanya hari ini terubat ler rindu dengan rangkaian lagu-lagu popular dari kumpulan lagenda ini.

Saat-saat dendangan lag berkumandang di corong radio (ayat dejavu pulak), mulut mula terkumat kamit ikut sama menyanyi. Sepanjang perjalanan pulak hujan (Seremban-Bukit Mahkota)... Makanya lagi, mungkinkah katak bosan dengar diriku menyanyi? Hmmm suka hati kau ler katai oiii, nak nyanyi juga sama-sama dengan Raihan. Dan paling tidak disangka, bait-bait lagu dendangan kumpulan nasyid kesukaan  itu masih l…