CLICK & ENJOY

Monday, 16 April 2012

Isu PTPTN semakin membingitkan kepala otak saya! Eh, apasal pulak ye, bukannya ada kena mengena pun hahaha... Bukan apa, isu yang takkan habis sampai kiamat. Cuma bagi saya kalau hapuskan PTPTN macam mana anak org susah amcam saya nak belejar tinggi-tinggi sampai cucur atap? Jadi PTPTN tak wajar dihapuskan cuma yang harus dihapuskan adalah faedah yang dikenakan. Itu saja okay :)

Jadi tak perlu nak berhimpun bagai menyesakkan jalan lepas tu habis semua plan orang ramai hancur lebur sebab kome-kome menyekat jalan raya okay! Masa berhutang dulu tak nak fikir. Walaupun saya perlu membayar lebih kurang RM40k saya relax je kot hahaha... ala, dah kerja, tolak je gaji setiap bulan, cukuplah janji PTPTN puas hati kita membayar. Memang kalau diikutkan tak bebraloi tolak gaji sebab bila dapat slip, yang dipotong baru faedah je hehe.. Cuma, janji potong...

Percayalah sampai mati pun takkan habis! kalau nak cepat lepas kerja lima tahun, keluar je KWSP bayo separuh dulu... Takpun bayo je potong gaji sampai masa, nyawa dicabut Allah, duit tu burn je. Senangkan!

Tak payah ler nak menyusahkan orang lain sebab PTPTN tu. Memang takkan ada jalan penyelesaian. Buek Ponet anak tokak je menjerit terlolong pastu sakit otot semua sebab duk tepi jalan berjam-jam. Baik duk rumah buat kek ke, jamuan makan ke atau tidur ;p

Jadi penyelesaian paling mudah yang suami saya uruskan sejak kami berkahwin dan beranak satu ni dan bakal kedua adalah, buat simpanan awal untuk anak2, masukkan duit dalam akaun bank, tabung haji, ASB dan insurans pendidikan anak2. Esok bila mereka dewasa dan nak sambung belajar, guna saja duit simpanan itu.

Cuma satulah, kena disiplin diri iaitu JANGAN GUNA DUIT ANAK ANDA.... Daripada belikan rantai bagai (kalau yg dapat anak perempuan) lebih baik duit yang orang sedekah, duit raya dan sebagainya disimpan. Lagipun budak2 sekarang tak elok dirantai gelangkan sebab penyamun banyak. Biar kosong badan mereka janji masa depan mereka nampak jelas. Mudahkan hidup mereka. Sama juga anak lelaki tak usah guna duit mereka beli kereta control bagai, lebih elok disimpan. kalau nak belikan sangat2 pakai duit kita sendiri...

Lebih elok, amalkan potong gaji untuk tabung haji atau ASB account anak2 walaupun RM30-40 sebulan sebab kalau start dari umur setahun esok lusa sampai umur 18 tahun dah berapa dapat? (kira sendirilah sebab Math i dapat c je ekeke) Apapun ajwapannya, BERBALOI kan kan kan....

Katakan sejuta orang buat macam tu, insya'Allah 10-20 tahun akan datang syarikat PTPTN tutup sendiri tak payah protes2 dah sebab dah tak ramai nak pinjam duit daripada mereka...

Banyakkan caranya?
Jadi mulakan dari awal!
Menabung itu penting!
Sama-samalah kita menjadi ibu bapa yang bijak menguruskan wang, jangan nak berholiday dan shopping je ye.. hehe

~~~ Jadikan anak2 insan genius juga supaya dapat biasasiwa, JPA sbg yang tak perlu bayar balik okay! hehe~~~

Monday, 9 April 2012

12 langkah melahir tanpa rasa sakit melalui teknik hypnobirthing

Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin.
Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. :).  Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :

1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.

2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.

3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.

4. Kemudian berbaring dengan santai.

5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.

6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.

7.  Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.

8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.

9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.

10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.

11.  Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'

12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal.


Sumber :
1. http://www.bidankita.com
http://princeskalem.blogspot.com/2012/01/prosedur-klinik-hypnobirthing.html

Wednesday, 4 April 2012

secebis yang terindah



Gambar di atas membawa berjuta kenangan dalam hidup saya. Di sinilah saya memulakan langkah mengahabiskan hampir lima tahun usia remaja saya sebaik saja tamat SPM. Di usia sementah itu, saya meneruskan perjalanan pertama untuk rapat lebih dekat dengan dunia dan erti sebuah kehidupan. Jauh dar mak, ayah dan adik beradik malah jauh dengan sahabat sepermainan dan teman seperjuangan ketika dibangku sekolah. Sukar untuk menggambarkan perasaan ketika itu. Yang pasti ada rasa sedih, rindu, takut, teruja, malu, tersisih dan paling penting saya mahu habiskan dengan segulung ijazah walaupun saya tahu saya pengecut, penakut, pemalu dan semua sifat negatif memang ada dalam diri waktu itu.

Jujur saya katakan, pertama kali melangkah ke alam universiti, memang teruja apatah lagi bila membayangkan dewan kuliah yang besar dan cantik dan bertingkat-tingkat seperti dipertontontan dalam filem dan drama. Siapa yang tidak teruja! Hancurnya hati tatkala pertama kali menapak di Fakulti Seni Persembahan yang mana tempatnya tidak seindah mimpi. Terkejut dengan keadaan yang tidak pernah diduga. Hilang rasa teruja! Itulah perasaan saya buat pertama kalinya melihat dewan kuliah yang bertapak di bawah kerusi penonton di Stadium Shah Alam.

Sudahlah, ramai yang cakap entah kursus apa yang saya ambil? Mahu jadi pelakonkah? Penarikah? Walhal mereka tidak tahu pengkhususan sebenar saya adalah Diploma Penulisan Seni Layar. Dalam hati terdetik, sudahlah dikata macam-macam tentang kursus ini pulak satu lagi musibah, belajar bawah bontot penonton! Apalah nak saya hebahkan, seronokkan dan ceritakan kepada mak dan ayah dan juga adik beradik? Saya kaku kelu dan terus sedih dengan nasib diri.

Tapi, sebab mahukan Diploma dan sememangnya saya meminati penulisan, saya teruskan sebab saya yang isi borang UPU, saya yang pilih fakulti, saya yang pilih program dan saya yang pilih semuanya. Saya teruskan walaupun hampir 50% rasa nak belajar dah hilang gara-gara tempat itu!

Sedar tak sedar, habis sudah semester pertama...saya sudah senior kononnya. Rasa seronok sudah timbul walaupun rasa malu saya masih menebal. Saya kurang cakap tapi saya tahu nak siapkan kerja dan buat kerja yang diminta. Saya faham erti tanggungjawab cuma saya kurang kawan ketika itu.

Hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun berganti tahun saya sudah berada di semester kelima.Semuanya indah dan di situlah saya belajar untuk bersosial, berkawan, mengenal erti kerjasama dan cuba untuk menyukai perkara yang bukan kita minati. Contohnya saya tidak suka kerja luar seperti shooting sebab saya bukan jenis lasak, tapi saya kena belajar dan saya suka. Sama juga saya tak berapa bijak membuat skrip tapi saya kena belajar dan akhirnya saya suka.

Mungkin kegemaran saya lebih kepada subjek berbentuk, penulisan puisi, psikologi, hal tentang kesenian dari segi teori dan juga mengenai falsafah seni tapi tidak kepada praktikal seperti saya suka makyong, menora tapi saya tak suka menari menora dan berlakon makyong. Malah di sana juga saya belajar erti kegagalan, gagal dalam subjek paling mudah, dapat F dalam Seni Lakon bawah ajaran Encik Rajan. Sampai sekarang saya ingat dia sebab saya suka bulu matanya yang lentik :) Saya gagal sebab salah saya. Apa tidaknya disuruh buat mimik muka pun susah. Tapi sekarang, suruhlah apa saja, semua boleh saya lakukan.. Lihatlah hasilnya (anak saya) pandaikan bermimik muka hahahaha

Sebab gagal Seni Lakonlah, saya dapat belajar dengan pelakon tersohor, pensyarah Seni Lakon di FSP, UiTM, Encik Mazlan Tahir dan Encik Azhan... Cara mereka, gaya mereka buatkan saya mudah dilentur.. mungkin mereka lebih banyak membaca Bismillahirrahmanirrahim ketika mengajar.. Alhamdulillah saya lulus, B utk kali kedua.

Di sini juga, saya tidak tidur 24 jam, keseorang dalam bilik editing melakukan suntingan untuk subjek (Editing) dengan menyunting hasil dokumentari senior ijazah sarjana muda. Ketika itu sy ditinggalkan rakan sejawat (partner project) sebab kekasih hatinya tidak mahu dia melakukan tugasan bersama pelajar lelaki pada waktu malam... Nasib baik dua abang senior untuk kumpulan doku temankan saya sepanjang malam untuk menyiapkan tugasan.. Walaupun hati saya ketika itu parah remuk geram saya teruskan juga sebab ia adalah TUGASAN! Itulah saya katakan, tempat itu juga saya mengenal erti hati budi seorang kawan.

Terlalu banyak yang saya pelajari dan fahami. Kini saya semakin dewasa. Hidup dan belajar di stadium memang seronok terutama kalau malam tu ada perlawanan bola... kena pula malam tu kami budak2 FSP ada Blackbox... macam-macam sudah saya alami sepanjuang belajar di stadium. Berjalan dalam gelap gara-gara ketiadaan elektrik, solat dalam surau yang sempit, tak de air dalam toilet, keadaan yang sesak sebab kawasan terhad dan bas mogok! 

Tamat saja semester kelima dan masuk ke semester ke enam, FSP tinggal kenangan dan stadium tinggal sebuah memori yang tak mungkin luput diingatan. FSP yang ditukar kepada Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) di Puncak Perdana memang lebih indah dan teratur. Mungkin infrastrukturnya lebih menarik, kawasannya yang cantik, kolej dan fakulti yang dekat dan semuanya sangat mudah.

Apapun sejak 2002-2004 di stadium adalah "sesuatu" yang sukar dilupakan dan saya pasti bekas pelajar FSP yang pernah duduk belajar berehat dan berseronok di situ tahu apa yang saya ungkapkan... "sesuatu" yang payah diungkapkan tetapi sentiasa terpahat di hati....


~~~~ Terima kasih Mahathir sebab upload gambar yang penuh nostalgia itu~~~