CLICK & ENJOY

Tuesday, 28 February 2012

Ada Rasa Sesuatu

Mula rasa sesuatu pada diri
Apakah ia sesuatu yang didambakan
Atau sekadar bayangan saja
Moga ada kebenaran pada rasa itu
Ya Tuhan, makbulkan setiap patah kataku
Sesungguhnya pada Mu kubermohon dan berserah....


azlin/28feb2012

Friday, 24 February 2012

Aniq Raheel dan aktiviti hujung minggu

dengan sunglass dia wahhhh handsome lertu ekh ;p amsa ni otw nak balik Muar

bersenam di taman tasik

yeayyy nak jalan-jalan

besar dah Aniq

selepas berpeluh menolak basikal ;p

Sebaris nama

Jika sebelum ini nama Arlana sentiasa bermain di benak dan sampai hari ini, diri seperti sudah hafal jalan cerita tentangnya, hari ini seorang lagi nama yang sentiasa diingat... Faris... Baru kelmarin membaca kisahnya yang dimasukkan ke ICU sejak 1 Februari kerana menghidapi sakit  dan semalam, arwah pergi buat selamanya.

~~~Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa... Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she doe...s that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.
Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu. (dipetik dr blog moon)~~~

Untuk pedoman diri: 
yang no.1 tu kadang-kadang mmg terbit rasa marah tu. Hmmm maaf Aniq, mommy berusaha menangkis sifat baran mommy dan sebenarnya Aniq sangat bertuah memiliki daddy yanghg berjiwa lembut dan sempurna sebagai seorang bapa :)
Yang no.2 tu, alhamdulillah, tak pernah mommy pulang bershopping tanpa 'sesuatu' untuk Aniq walaupun sehelai seluar :) menurut Islam, ibu bapa yang membelikan 'sesuatu' sbg buah tangan untuk si anak tiap kali keluar syurga adalah balasannya.... Insya Allah
Untuk no.3 pun alhamdulillah, lagipun cara Aniq minta susu sangat comel kan.. lepas dapat botol siap cakap, 'macihhh' hehehe 
Bagi no.4 Alhamdulillah, walaupun kadang-kadang geram tapi mommy berusaha untuk fikir logik, dan selalu ingat pesan atok dan mak , "budak memanglah macam tu. ko pun sama dulu!" 
No5 begitulah seadanya... dan betul kata ayah arwah Faris, buatlah sehabis baik untuk anak kita sebab anak ialah 'anugerah dari Yang Maha Esa.. dia amanah dan kita harus melunaskan amanah yang dipertanggungjawabkan itu.. balasannya pasti ada dan dapat dilihat saat kedewasaan anak kita kelak, insya'Allah.....'