CLICK & ENJOY

Friday, 28 December 2012

Hari Terakhir

Jumaat terkahir untuk tahun 2012 sudah hampir melabuhkan tirai.... Alhamdulillah masih diberikan nyawa dan dipinjamkan segala nikmat kehidupan di dunia Nya. Semuanya bakal berakhir dua hari lagi haipppp yang bakal berakhir tu ialah tahun 2012. Tidak lebih daripada itu... In Shaa Allah selagi dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki pasti kita bertemu lagi di bumi indah ini

Selain 2012 nak habis, hari ini juga hari terakhir Aniq di nursery Mumairah di LPPKN, Seremban 2. Sekali lagi Aniq meninggalkan kawan-kawan sepermainan selepas 4-5 bulan di sana. Baru nak bermanja, dah kena pindah. Tak apalah Aniq, nanti2 free kalau cikgu2 kat situ izinkan, kita boleh saja datang jenguk2 hilangkan rindu.... 

Disebabkan hari terakhir Aniq di situ, selepas hantar Aniq dan sebeg goddies untuk kawan2 dia, mommy dan daddy saja je lalu depan Dual hahahaha sengal kan daddy! kata dia, rindu pulak jalan tu sebab lepas ni mustahil ler nak lalu jalan area tu lagi kan! Kalau datang pun mestilah nak ke Pappa Rich atau Mydin yang akan dibuka nanti kekekeke

Ini pic Aniq dengan barang2 farewell dia.... haishhh muka biasa je Aniq nih kan! tak sedih ke??? Mommy lak yang sebak ni... alahaiiiiii


~~~ Mommy ni walaupun jiwa kental tapi hati cepat robek... hahaha kalau marah orang pun nak nangis, otuke?~~~

Tuesday, 18 December 2012

pindah lagi ;p

Selepas Permata Dual Child Care Nursery, Aniq dipindahkan ke Mumairah Nursery di bawah seliaan LPPKN dan kemungkinan besar tahun depan Aniq sekali lagi dipindahkan ke Mak&Ayah Nursery... Sangat banyak rentetan nursery Aniq nampaknya :)

Dulu pindahkan Aniq dari Dual ke Mumairah sebab Dual sudah berlaku tidak senonoh kepada keselamatan Aniq dan ditambah lagi dengan perangai segelintir manusia di Dual yang melabelkan anakacuk saya dengan panggilan yang tak elok. Sayang, walaupun sehebat mana sistem penjagaan dan penyeliaan diterapkan di Dual tetapi jika ada insiden dan perangan manusia yang sebegini, In Shaa Allah tak berkatlah rezeki mereka...

Oh ya, bercerita pasal insiden melabel Aniq dengan panggilan tak senonoh tu, rupanya (dari sumber boleh dipercayai) memang menjadi panggilan biasa di Dual kepada Aniq. Siapa yang mulakan dulu, saya tidak tahu. Apa yang boleh saya cakap, saya marah dan teramat marah tetapi mendoakan supaya mereka sedar yang perbuatan mereka itu mungkin akan kena pada mereka sendiri... 

Eh.... tapi kan kan, tiap kali Aniq lalu area Dual tu, dia memang memohon sangat dekat mommy atau daddy dia, yang dia nak ke sana. Dia ingat lagi tempat pertama dia diasuh. Tapi sayang, dia tak faham orang kat situ melabelkan dia macam-macam... Yelah, dari umur dua bulan Aniq kat situ... hmmmm :( kenangan tetap menjadi kenangan

Kenapa Anid berpindah lagi??? Bukan salah Aniq mahupun Mumairah Nursery!! Pertukaran Aniq ke Mak&Ayah Nursery selepas 3-4 bulan di Mumairah sebab Ruhee... Pun bukan salah Ruhee... Puncanya, pertama:- Mommy comel terbersalin awal jadi sepatutnya, Ruhee start masuk Mumairah tahun depan, Januari diawalkan ke bulan 12. Makanya, bahagian penjagaan baby sudah penuh dan tak mampu nak menampung lagi sebab pengasuh tak cukup dan masih dalam proses mencari.

Lantaran itu, daddy bertanya dengan jiran yang dengarnya menghantar anak di rumah pengasuh sekitar taman kami. Dapat, ada kosong dan kata jiran, dia amat berpuas hati sebab bukan saja jagaan bagus tetapi cara penjagaan yang menganggap anak orang sebagai anak sendiri.

Itulah puncanya... Ruhee hantar Mak&Ayah manakala Aniq di Mumairah... Si abang marah2 juga tiap kali hantar si adik ke Mak&Ayah sebab kenapa mereka dipisahkan... Sedih pun ada sebab selalu abang akan tanya, 'mana baby Aniq?' sepanjang jalan nak hantarnya... hahahaha

Jadi nak memudahkan keadaan termasuk penghantaran dan pengambilan anak-anak, biarlah setempat dan dekat dengan rumah. Kalau tidak berpusing juga ler sampai kira-kira suku minyak kereta hehehe...

Hari ni, try tinggalkan Aniq dekat situ, alhamdulillah tak menangis dan makan apa yang diberi. Mungkin adik dia ada sebab dia eksen je masa hantar sambil kenalkan adik Ruhee dia kat kengkawan... 'Ni baby Aniq' hmmmm abang ni mithali ler...

Apa yang diharapkan, supaya anak-anak selamat, sihat dan dijaga sebaik mungkin :) 
Makanya, masalah berjaya diselesaikan cuma alahaiii sedih mommy nak keluarkan Aniq dari Mumairah sebab dari situ juga Aniq banyak belajar dan amcam-macam aktiviti dijalankan. Sama ler macam kat Dual dulu... Cuma mommy pegang pada, "budak kalau dah pandai, memang pandai.." kekekekeke

omai.... sebak didada pulak bila baca entri ni... haishhhh

~~~ Memang tiba satu masa macam-macam hal kena bereskan terutama ketika membesarkan anak-anak~~~

Tuesday, 11 December 2012

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm

Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya.

Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 okay!

Sinopsis:-

Kisah bermula apabila Dian (Lisa Surihani) ke Istanbul untuk mengejutkan teman lelakinya, Azad (Tomok) yang merupakan pelajar jurusan medik. Dian bertekad untuk mengambil kursus pendek di sana disamping merancang pelbagai taktik bagi menyakinkan Azad untuk melamarnya sebelum Dian pulang ke tanahair.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun perancangan dan kegembiraan Dian terbantut apabila Azad meminta Dian untuk menyewa rumah sendiri. Dian mencekalkan diri  dan meminta bantuan seorang lelaki Turki untuk menyewakan sebuah bilik. Malangnya Dian telah ditipu sehingga memaksanya untuk berkongsi rumah dengan Haris (Beto).





Monday, 3 December 2012

Berakhir sudah.....

Tamat sudah cuti berpantang... sekejap sungguh masa berlalu pergi dan pergi ... Oh my cutiiiii ;p Back To Normal! yup, teruskah kehidupan di Seremban bersama dua cahaya hati dan seorang permata hati. Kena semakin kuat, tabah, sabar dan yakin.

Tahulah kan kerja rumah makin banyak! Itu pasti.
Tak tahulah macam mana nanti
Sempat ke tidak nak masak malam
Ohhh mungkin tak sempat macam sebelum ini
Makanya daddy kenalah beli atau makan di luar

Kemas rumah, basuh baju ohhh bertambah kerja
Apapun kenalah happy sebab kitakan anak beranak
Chaiyok! 

Untuk Aniq, 
Tolong jaga tingkah laku, jadilah abang Aniq yang baik takmau buli adik Ruhee
Untuk Ruhee,
Jangan selalu meragam terutama malam sebab esoknya mommy kerja
 Untuk Daddy,
Tolonglah bantu mommy apa yang patut supaya perjalanan hidup kita berempat berjalan lancar

~~~Cuak+gembira+gerun menghadapi hari-hari baru dalam hidup berkeluarga~~~


Friday, 23 November 2012

Ruhee Ayra Binti Muhammad Hariz Ramesh Pillai

Itulah nama sikecil kami yang kedua. Maksud nama yang dipilih daddy kali ini, Ruhee ialah jiwa dan yang menyentuh jiwa manakala maksud Ayra pula dihormati. Moga dengan maksud yang indah pada nama Ruhee Ayra memberi berjuta kebaikan kepada anak kecil kami sampai akhirat.

Semalam, 22 November 2012 genap 44 hari Ruhee Ayra dan tamat sudah pantang larang wanita bersalin yang saya jalani. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik :) Abang Aniq Raheel pun semakin sayangkan adik comel dia. Maknanya dia dah boleh terima lertu hehe Terlebih rajin pula dia menjaga adik dia....





 
~~~ Wajah-wajah kesayangan mommy dan daddy ~~~

Thursday, 15 November 2012

Kisah Aidiladha Aniq

Memang sudah terlambat nak bercerita kisah Aniq Raheel beraya Aidiladha. Tetapi mommy tetap mahu bercerita memandangkan ada sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Menariknya raya Haji tahun ini, pabila Aniq ke surau bersolat sunat Aidiladha. Comelkan!!!

Mulanya daddy memang berhasrat sejak raya Aidilfitri lalu tetapi Aniq masih kecil masa tu. Cuma kali ini, Aniq sangat-sangat mahu ikut daddy solat. Selepas bersiap, Aniq ikut ayahngah dia pergi surau. Daddy dah pergi dulu ler sebabnya nak cop kerusi. Daddy masih bersolat duduk buat masa sekarang.

Pulang saja dari surau mommy tanya daddy macam mana Aniq? Kata daddy, okay! Dia tak kacau orang cuma kacau daddy hahaha.... Apapun Aniq berjaya ke surau merasai solat berjemaah.... Comel sangat anak mommy ni :)

Aidiladha kali ini, genap setahun arwah Tok Yah meninggal dunia. Sekejap sungguh masa berlalu. Semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah sampai akhirat. Raya kali ini juga, kampung Muar sunyi saja sebab ramai tidak balik. Rumah mommy saja jadi tumpuan adik-beradik ayah yang menetap di Muar.

~~~ Raya Aniq Raya Ruhee jua~~~

I

Salam Ma'al Hijrah 1434

Bermulanya tahun baru Islam Hijrah 1434 dan beerti bermulalah fasa baru dalam menjalani kehidupan dimuka bumi Allah. Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kebaikan, kegembiraan dan memantapkan ketaqwaan kita sebagai hamba Nya.

Azam baru? Masing-masing sudah bersiap sedia dengan meneruskan azam sedia ada atau memantapkan lagi setiap azam yang sudah kukuh. Insya'Allah dengan semangat yang ada, pastinya setiap apa yang telah, sedang dan akan dilakukan memperoleh keberkatan dan dapat diteruskan sepanjang menjalankan kehidupan.

Azam saya? Tidak pernah berazam tetapi sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi baik dan lebih baik. Itulah azam saya saban tahun. Menjadi hamba Allah yang soleh, menjadi anak, isteri dan mommy yang baik. Semoga diri saya, kamu dan semua memperoleh keberkatan daripada Allah sampai akhirat :)


~~~ Buatlah apa yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang~~~

Tuesday, 16 October 2012

10 Oktober 2012

Sebenarnya ia minggu ke-37 dan Ahad (7 Okt) sebelumnya baru saja bertemu Dr Intan di Columbia Asia untuk pemeriksaan biasa. Kata Dr Intan, baby dah berada di tempat yang betul, sihat dan kedudukannya masih di atas.

Selasa (9 Okt), sakit senggugut semakin kerap. Kalau awalnya masih sehari sekali tetapi hari ini selang 30 minit. Namun, saya masih lagi bekerja sebab MC hanya boleh diberi pada minggu ke-38 dan lagipun saya masih tidak rasa simptom mahu bersalin.

Kekerapan sakit membuatkan saya hanya duduk baring di bilik susu hampir setengah hari. Dalam jam 3 petang, kekerapan masih terasa. Balik ke rumah petang tu, rasa yang ada tadi hilang sekejap cuma lendiran kian banyak.

Malam pula, lepas saja tengok Adam & Hawa, rasa sakit datang balik. Suami tanya pasal dah kemas ke belum beg nak bawa hospital. Dengan slumber, kata belum. Lepas tu macam biasa, daddy bebel dan saya pun rasa tak sedap hati. Kemaslah bag untuk baby dengan mommy.

Rupanya betul, dalam sakit-sakit tu dah mula keluar lendiran atau mokus kecoklatan. Terus google internet cari pasal mokus tu sama ada betul ke tidak nak bersalin! Jawapnnya betul!  tapi saya relax je sebab tak ada tanda besar lagi. Alhamdulillah nyenyak tidur sampai jam 3.30 pagi.

Dalam jam 3.30, Rabu (10 Okt) pagi ketuban pecah, dan selang 5-10 minit ketuban sikit-sikit pecah. Saya bangun siapkan barang, basuh baju-baju yang ada, mandi, solat sunat, ampai baju dan dalam jam 4.45 pagi tu pergi hospital.

Alhamdulillah, mungkin jalan dah ada, jadi tidaklah rasa sakit sangat. Sakit yang masih boleh ditahan. Aniq? Bawa sekali ke hospital walau masa tu dia sedang tidur lena. Columbia Asia dengan rumah adalah dalam 4-5 minit je, jadi tidaklah rushing sangat.

Tiba saja labour room, nurse cek bukaan sudah 5 Cm. Memang terkejut. Tapi rasa sakit tidak berapa sangat, mungkin saya memang jenis tahan sakit atau kekerapan sakit itu memang tidak terlalu kerap. Rasa sakit bersalin mula terasa kuat pabila bukaan sudah sampai ke 8-9Cm.

Disebabkan pada awal saya masih boleh tahan sakit makanya tidaklah ambil bius tahan sakitdan bila tiba-tiba bukaan dah banyak baru nak minta. Hmmmmm terlambat sudah! Makanya tahan ler sakit bersalin sampai bayi keluar. Memang rasa sangat semulajadi.

Yalah, walau diberi gas ia hanya diguna ketika rasa sakit dan ketika proses meneran tidak boleh guna. Jadi sudah tentu sakit bersalin real punya sakit dapat saya nikmati. Apapun sejurus bayi keluar semua sakit separuh mati tadi hilang lenyap. Syukur, alhamdulillah proses kelahiran berjalan lancar.

Kalau nak tahu, itulah dikatakan sakit yang penuh nikmat. Sakit yang membuatkan kita sebagai anak sedar akan kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. Sakit yang sementara saja tetapi keadaannya hampir separuh nyawa.

Syukur, keadaan semua dipermudahkan Allah dan seperti kelahiran Aniq, Hariz sentiasa disisi menemani. Bercerita tentang Aniq, mak dengan ayah saya sampai tepat pada masanya lebih kurang jam 6Am. Nasib baik Muar-Seremban saja.

~~~Sekarang tanggungjawab kian bertambah dan semoga anak-anak mommy dilindungi Allah selalu~~~







Monday, 8 October 2012

Kudapan Petang Isnin



 

 





Thursday, 4 October 2012

Untuk Mommy :)

12 langkah melahir tanpa rasa sakit melalui teknik hypnobirthing

Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin.
Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. :).  Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :

1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.

2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.

3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.

4. Kemudian berbaring dengan santai.

5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.

6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.

7.  Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.

8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.

9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.

10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.

11.  Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'

12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal.


Sumber :
1. http://www.bidankita.com
http://princeskalem.blogspot.com/2012/01/prosedur-klinik-hypnobirthing.html





Minggu ke-36



Minggu ke-36 sudah usia Rani Mommy dalam rahim. Moga setiap urusan dipermudahkan Allah. Mengikut sejarah Aniq, minggu ke-37 dah keluar menjengah bumi Allah. Makanya, mudah-mudahan unborn baby ni pun sama. Jangan tunggu lama-lama kat dalam tu walaupun Mommy tahu sangat nikmat berada dalam rahim kan :)

Keadaan mommy masih stabil, Insya'Allah. Cuma penat, sakit belakang badan, sakit pinggang, kaki kejang dan asyik ke tandas membuat hajat kecil. Maklumlah, unborn baby dalam rahim ni kian membesar dengan baiknya sehingga tak cukup ruang barangkali kan!

Persiapan unborn baby semuanya dah siap cuma tak beli towel je lagi. Tapi, barang-barang yang ada tak dipack pun lagi dan diletakkan dalam kereta.. hahaha teruklah Mommy nih! Hujung minggu ni Mommy janji akan siapkan semuanya okay :) 

Keadaan fizikal Mommy, sekarang ni perut kelihatan sedikit menurun dan rasa sakit pinggang kerap ada. Sengugut ala-ala 1st alarm tu sekali je sehari dan akdang-kadang dua hari sekali. Masih awal mungkin. Moga cepatlah unborn baby yang comel, sihat dan sempurna serta dilindungi Allah selama ini keluar ye. Yang penting keluar ikut waktu dengan mudah dan mesra hehehe

Keadaan abang Aniq pula, haishhh makin manja dan sensatif tapi sweet je abang kamu tu sebab dia memang dan meacam tu sejak azali. Takut sangat agaknya bila kamu datang, Mommy dan Daddy lupakan dia. Mana mungkin sebab dialah permata pertama kami selepas diijabkabulkan dan unborn baby pula permata kedua sebagai penambah seri rumah tangga kami selepas empat tahun bersama :)


tengok ni wajah fresh Abang Aniq yang baru berusia 2 hari ...  

~~~ Persiapan terakhir sebelum menyambut kedatangan unborn baby.... Haaaa ayuh bertenaga!! ~~~




Wednesday, 3 October 2012

Insiden yang memilukan hati Mommy

Kesian Aniq, baru dua tahun lebih dah ada gelarkan dia 'Aniq Keling' dan yang peliknya budak baru umur tiga atau empat tahun yang cakap macam tu! Secara logik akal, dah tentu mak atau ayahnya yang mengajar, tak gitu? Sakit hati bila mengenangkan insiden semalam. Ya, semalam, Aniq, Mommy dan Daddy ke Taska Dual Permataku


, nak ambil deposit. Anak penyelia, Pn Nor si Aqil, bila daddy tanya "Aqil kenal lagi siapa ni?" Dengan bangganya dia jawab "Aniq Keling"... Lepas tu Daddy tanya lagi dan lagi. Jawapan sama saja. Mula-mula macam takut salah dengar tapi bila dah berkali-kali tu, faham ler kan sampaikan ada dua student kat situ pun dah macam terkejut.

Dalam kereta, Mommy tanya Daddy, sengar tak tadi? Daddy cakap dengar dan nasib baik budak kecik. Kalau ikut hatinya nak saja dia bagi pelempang. Sedih hati Mommy bila mengenangkan nasib Aniq terutama bila dia masuk sekolah? Haaa sudah timbul rasa, ohhh macam mana Aniq nak sekolah kat sekolah Melayu? 

Aniq, Mommy ni, kalau bergaji lebih RM6-7k memang Mommy hantar dah Aniq International School. Tetiba terlintas di benak yang sedang bengkek dengan si Aqil, hantar sekolah Cina pun okay apa. Hmmm ataupun hantar je sekolah campur macam St Paul. Suh Aniq kawan dengan Cina dan India dan Melayu yang berakademi sikit bukan budak-budak yang datang daripada keturunan macam si Aqil tu! (Sampai macam tu dah... tak boleh nak fikir dah sbb tu maracau mommyu dibuatnya hahaha)

Weiiii siapa tak bengkek kan, depan mata kita digelar macam itu. Alaa lagipun, kalau ikutkan pengalaman, mak si Aqil pun sama... Panggil anak pun 'Hoi...Hoi...' bukan tak pernah dengarkan. Tapi, itulah tak terluah lak pada hari itu nak tegur Pn Nor pasal insiden yang memalukan beliau sendiri sebenarnya. Biarlah, mudah-mudahan anak dia bila besar nanti menjadi anak yang baik dan tidak bermulut gampang macam tu! 

Untuk Aniq, Mommy selalu doa supaya Aniq kuat dan tabah dalam lalui jalan hidup Aniq nanti. Mesti banyak yang akan terjadi. Banyak sudah Mommy kutip pengalaman dengan jiran dan kawan yang berkahwin campur khususnya yang berkahwin dengan India. Biarlah Aniq sebab yang penting Aniq bukan Melayu tetapi Malaysia... Darah campur Aniq akan menjadikan Aniq lebih berkeyakinan, bijak, kacak, baik budi pekerti dan macam-macam lagi. Yang penting jadi makhluk Allah yang taat, jadi anak yang soleh dan jadi seorang manusia berbudiman dan berakhlak mulia.  

~~~ Walaupun surat beranak Aniq tulis keturunan Melayu, Aniq kena selalu ingat, Melayu Aniq Melayu terpuji bukan terkeji dan gampang dan lain-lain sebab Aniq kena bangga sebab Aniq anak campur ~~~




Thursday, 27 September 2012

Jalan Kedamaian



Setiap daripada kita sentiasa mencari sinar dalam kehidupan. Sudah tentu sinar kebaikan yang membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Kata seorang ustaz ketika bersekolah dulu, menjadi seorang muslim yang baik memang payah tetapi untuk menjadi muslim yang ingkar dan hilang taat lagi payah.

Contohnya, nak solat lima waktu memang satu perkara yang kadangkala memenatkan tetapi untuk mencuri biskut di kedai runcit lagi susah sebab kena betul-betul teliti supaya tidak tertangkap. Bila difikirkan semula ada benarnya, untuk solat walaupun lima kali sehari tetapi masa yang diperlukan bagi setiap waktu solat hanya lima hingga sepuluh minit saja. Tetapi untuk mencuri sekeping biskut di kedai runcit mungkin mengambil masa seminggu? sehari? tiga hingga lima jam untuk memikirkan strategi sebelum memulakan operasi.

Betul kata ustaz, nak masuk syurga jalannya susah, walaupun lurus. Jalan muhajhiddah amat payah diikuti sebab di penghujung jalan adalah syurga yang terlalu indah dan cantik untuk didiami tetapi jalan kegelapan lebih payah dan menakutkan sebab dihujung jalan kita hanya ketemui neraka ...

Sebab itu para mujahid dan mujahidah senatiasa mencari jalan yang lurus. Walaupun panjang berjuta batu dan walaupun sukar menitinya, ia tetap menjadi pilihan kerana di akhir jalan itu pasti kita ketemui kedamaian yang paling indah yang dijanjikan Nya.



~~~ Marilah berusaha untuk menjadi muslim yang terbaik ~~~



Wednesday, 26 September 2012

Minggu ke-35



Meniti perjalanan yang kian hampir ke destinasi... Macam tulah lebih kurang kalau buat karangan Kesusasteraan Melayu. Cuma kalau ditulis mengikut bahasa mudah, adik Aniq dah nak keluar nih! 35-weeks maknanya ada dalam lima minggu lagi atau tolak dua minggu, adalah tiga minggu. Dan fahamilah minggu-minggu itu silih berganti dan tiba-tiba dah ada dalam labour room pun :)

Apa yang penting, barangan baby dah siap sedia begitu juga barangan mommy. Moga Allah permudahkan setiap urusan sepanjang mommy bersalin nanti. Baby sihat, mommy sihat, kedua-duanya selamat dan proses kelahiran berjalan lancar hendaknya :) Amin....

~~~ Menghitung hari detik demi detik waktu bersalinku akan tiba. Kadangkala suka kejap-kejap cuak begitulah adanya.... ~~~








Monday, 24 September 2012

Adam & Hawa

Sekali lagi fenomena Aaron Aziz aka Adam Mukhriz pula menjadi igauan setiap gadis, wanita dan perempuan di Malaysia dan mungkin juga di Singapura dan mana-mana negara yang boleh menonton drama adaptasi daripada novel terhangat, Adam & Hawa. Selepas Nora Elena, Ombak Rindu hero Malaysia berasal dari Singapura ini bakal menggugat jiwa lara manusia seperti saya hahahaha

Sebenarnya bagi pembaca tegar novel (masa muda belia ler sekarang baca buku kanak-kanak untuk anak saja) cerita Adam & Hawa karya Aisya Sofea (2005) ini adalah antara barisan novel keluaran Alaf 21 yang popular dan menguntungkan. Dan apabila diadaptasi menjadi drama berepisod, sudah tentu beribu pembacanya menantikan saat karya tersebut di lakarkan di dada televisyen.

Mana tidaknya, selama membaca, pembaca hanya membayangkan watak-perawatakkan saja tidak mampu digambarkan sejauh mana watak itu sebenarnya. Malah setiap pembaca ilusi watak-perwatakkan yang tergambar di fikiran masing-masing adalah berbeza. Bila ia didramakan, semua menjadi satu ilusi. SAMA.

Cuma perlu tahu, karya seperti ini bukan karya fakta dan ia hanya karya yang berbentuk hiburan yang diselitkan sedikit nilai pengajaran. Satu lagi masalah ketara yang sering berlaku pabila karya kreatif diadaptasi ke drama mahupun filem ialah gaya penceritaannya. Langgam penulisan kreatif lain manakala langgam penulisan skrip menjadi lain.

Sama juga seperti teknik penceritaan yang disampaikan menerusi novel dan apabila naskah itu mahu divisualkan, semestinya penggunaan teknik juga berubah. Susah sebenarnya nak adaptasi ni lebih-lebih lagi naskah sastera (novel) yang padat dengan isi cerita atau yang lebih berat.

Kalau di dalam novel gaya dan variasi bahasanya boleh dikatakan meluas dan sangat puitis tidak pula jika naskah tersebut dikaryakan ke skrin. Ada sesetengah perkataan, barisan ayat atau apa saja bentuk bahasa yang digunakan dalam novel tidak semestinya boleh digunakan di skrip. Begitulah sebaliknya :)

Jadi, sebagai pembaca dan penonton siri tersebut, gambaran yang dipaparkan dan diimaginasikan sebelum ini ketika membaca hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Apa yang penting, penulis skrip masih kekalkan dialog yang mengujakan dan memberi 'feel' seperti kita membaca novel, tidak gitu! Lebih-lebih lagi patah kata itu keluar dari bibir Adam Mukhriz dan Ain Hawani sebagai watak utama novel ....

Ringkasnya, Adam & Hawa menceritakan AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi... 





~~~ Menonton sambil mencari logik atau tidak logik cerita itu akan membuatkan kita lebih peka tetapi jangan sampai hilang mood hehe 80 Episod lak tu kan... ~~~


Kisah Aniq Beriadah Di Taman Tema Air

Pertama kali membawa Aniq beriadah di Taman Tema Air Melaka Wonderland sangat mengujakan. Sayangnya, Aniq tidaklah segembira seperti ketika membeli swimming suite di Jaya Jusco dua hari sebelum ke sana. Maksudnya, baru sepuluh minit masuk dalam air, terus nak keluar. Hehehe Itupun nak masuk dalam kolam punyalah payah. Nasib baik Totok dia ada, jadi Totok ler yang menemaninya. Bukan dia jejak pun kaki ke air, sikit-sikit je. Alahai Aniq, hehehe kalau begitulah gayanya, kenalah selalu bawa Aniq ke taman tema :)

Bercerita mengenai Taman Tema Air Melaka Wonderland, elok terletak di bahagian berlakang Taman Botanikal Melaka. Jika dari lebuhraya Utara-Selatan, sangat dekat. Lebih kurang 15 minit sebelum temui lampu isyarat ke Taman Botanikal yang terletak di sebelah kanan. Mudah mencarinya dan sangat strategik.

Kali pertama ke sana, rasa yang terbit di hati memuaskan. Kawasan sederhana besar dan mempunyai beberapa bahagian kolam. Untuk kanak-kanak atas lima tahun, pantai buatan dan untuk yang gemarkan permainan air lasak. Cuma sayangnya, tidak pula nampak satu kolam pun yang sesuai untuk baby atau kanak-kanak bawah 4 tahun. Jadi kena berdukung atau gunakan boya kalau nak mandi-manda di kawasan kolam yang sesuai untuk kanak-kanak atas lima tahun.

Keadaan kawasan bersih setakat empat jam di sana. Tandas tidak pula saya masuk. Bilik mandi dan tukar pakaian, menurut adik bersih cuma kata suami pula, paip airnya terlalu rendah sehingga menyukarkan untuk mandi. Apapun, saya suka bandar Melaka, pandai mewujudkan pelbagai tempat tarikan pelancongan. Selain kawasan riadah, mercu tanda, pusat pelancongan dan rehat, Melaka juga mempunyai landskap yang cantik dan teratur. Alangkah bagus kalau tempat saya bermastautin sekarang ini ada semua itu. Tidaklah setiap minggu asyik berlepak di Juya Jusco yang kini Aeon. Kadang-kadang tempat letak kereta pun tidak mencukupi sebab memang tiada langsung kawasan riadah.

Ya cuma ada Port Dickson tetapi hanya pantai saja. Sepatutnya, diwujudkan kawasan-kawasan riadah seperti Taman Tema, Muzium warisan ke zoo, taman burung dan banyak lagi yang boleh membuatkan penduduk tempatan punyai jadual setiap hari minggu untuk membawa anak-anak beriadah. Mungkin ada cuma tidak nampak atau tidak dijaga atau kawasan yang tidak strategik.

Bercerita tentang Taman Tema Air Melaka Wonderland Aniq yang sepuluh minit saja bermandi-manda hanya teruja melihat Mokcu, Totok, I'ngah, I'chik, Umi dan saudara mara lain bermain air. hahahaha Siap bertopi (hat) bagai duduk-duduk berehat dengan Ipad atau menonton skill mereka bermain permainan air lasak. Gayanya sangat seperti pelancong elite.

Apapun, seronok juga sebab dapat berkumpul sebahagian keluarga Ketam beriadah bersama-sama. Cuma bila dah seronok masa nak balik ke destinasi masing-masing Aniq meragam sebabnya kenapa Umi dengan Mokcu tidak naik kereta yang sama dengannya seperti biasa. Kesian. Berjurai air mata anak bujang Mommy menangis meraung panggil dua nama kesayangan dia sampai tertidur dalam tangis :)

~~~ Aniq, nanti suruh Totok datang Seremban pula ekh, awal bulan depan ke sebab Mommy tak boleh dah nak jalan jauh Oktober nanti. Nak tunggu baby Aniq keluar dari perut ~~~


Monday, 3 September 2012

Hari Pertama Aniq

Hari baru untuk Aniq. Moga tempat baru serasi dengannya. Tadi hantar dia dalam 7.20 pagi dia okay cuma mungkin dia pelik sebab kenapa lain benar nursery dia hari ini. Kemudian dia leka bermain dengan slide dan bridge. Bila tengok dia dah serasi sikit saya suami isteri pun tinggalkan Aniq. Memang kedengaran dia menangis tetapi sekejap saja dan kebetulan pula, seorang kanak-kanak yang juga dari nurseri lama turut dihantar ke situ. Jadi adalah kawan untuk Aniq.

Tadi pun, seorang kenalan yang turun menghantar anaknya ke sana, mesej beritahu nampak Aniq duk termenung kat pintu kaca... Hehehehe kesian anak comel Mommy tu. Kata kenalan tu tadi, Aniq macam pelik nampak anaknya tapi okaylah, masa tu Aniq tak nangis dah cuma mungkin masih pelik kenapa tempat sudah bertukar.

Dalam sejam, ada call tanya perkembangan Aniq, sedang menonton DVD kata cikgu di situ. Aniq okay katanya dan menangis sekejap saja. Tidaklah mengamuk sakan. Alhamdulillah. Keadaan di tempat baru memang berbeza untuk Aniq yang mana sejak berusia dua bulan sehingga dua tahun setengah berada di alam sama dan tiba-tiba bertukar! Mesti ler dia bungkam (kata novel) hahaha... Insya'Allah saya harap dan semoga pilihan ini adalah terakhir untuk Aniq sampai dia akan di hantar ke tadika dua tahun lagi :)

Tempat baru lebih selesa bagi saya dan memudahkan saya untuk tidak naik-turun tangga. Tak perlu risau sebab memang tiada aktiviti bermain di taman/luar sebab semua aktiviti dijalankan di dalam nurseri itu sendiri. Keadaan lebih ceria dan paling penting OT selepas jam 6 petang. Penting lagi, tak perlu risau sebab selepas 6 petang, waktu OT, penyelia nurseri itu sendiri yang jaga. Baru betul rasanya sebab memang selama ini tugas penyelia adalah menyelia semua pengurusan termasuk staf dan unit mereka dari waktu pejabat sampailah selesai kanak-kanak balik bukan seperti sebelum ini.

Tak mahu cakap lebih-lebih sebab setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan. Apapun, setakat ini hari pertama ini okay ler kan dan berdoa semoga sentiasa okay dan okay hendaknya. Yang penting keselamatan dan pengurusan bukan saja sistematik. Sekianlah laporan diari saya hari ini... Mat aye sume ;p



       ~~~ Tak sabar nak balik sebab nak tahu keletah Aniq masa mommy datang jemput dia nanti ~~~



Thursday, 30 August 2012

Orang kata bukan senang nak berkahwin dengan orang asing walaupun senegara. Asing di sini bermaksud yang tidak sama agama, bangsa dan budaya. Bagi saya budaya dan cara hidup itu tidaklah sesukar membentuk peribadi agamnya kerana apapun terjadi, agama adalah tiang kehidupan yang wajib mereka pegang. Apatah lagi kalau yang ingin dibentuk itu sudah lama terbentuk dalam acuan agama terdahulunya. Syukur, hidayah Allah untuknya dan tanggungjawab untuk mendidik terpikul di bahu kita. Kerana dia amanah, jadi haruslah kita memikul seeratnya supaya dia tidak terus rebah ke bumi atau terumbang-ambing tanpa tujuan sebenar untuk apa dia kembali ke agama fitrah.

Bagaimanapun, dalam mendidik, masih ada yang lupa cara pendidikan untuk mereka yang berbaka Islam dan tidak berbaka Islam. Dalam Islam, memudah-mudahkan adalah lebih baik bukan menyiksakan benda yang mudah atau dengan kata lain, kata Allah dalam Quran tentang hukum sangat mudah dan jelas tetapi kita sebagai Islam berbaka ini selalu menyusahkan. Cuba untuk tidak menghuraikan dengan lebih jelas kepada mualaf yang ingin mengetahui perkara paling mudah, adalah salah. Memberi jawapan yang sangat mudah tetapi tidak menghuraikan dengan lebih mendalam juga adalah salah.


Itu yang selalu terjadi pada suami. Tidak tahu dia bertanya, bila bertanya, dia memperoleh jawapan kepada persoalan dan balik rumah dia tanya saya pula. Jawapan saya mudah tapi masih dihuraikan sebab musabab atas persoalan itu tadi. Lalu bercanggah jawapan asal, dia mula bingung. Saya mula bengong! Lantas, buku dicapai dan dihuraikan satu persatu. Ya, ada sesetengah mualaf contoh seperti suami tidak gemarkan buku-buku yang berputar belit (padanya) huraian terhadap apa saja persoalan. Jadi, saya harus memendekkan jawapan dengan bahasa yang lebih mudah supaya dia faham.


Bukan senangkan! Tapi bukan juga susah! Kita kena kenal mereka, cara mereka yang baru kenal Islam. Jangan menyusahkan akal fikiran mereka. Permudahkan pemahaman mereka tentang Islam. Jika amalkan sikap itu, barulah mereka seronok mendalami ilmu Islam. Kalau kita tahu jawapan kita beritahu dan kalau tidak kita rujuk buku dan mereka yang layak. Jangan pakai perkataan 'rasanya kot' ;p 


 

~~~ Mendidik dan menegur mereka yang baru dalam Islam lebih seronok dan mudah daripada mendidik dan menegur mereka yang berbaka Islam sebabnya mudah, sebab mereka tahu tentang agama, tahu tentang hukum jadi pasti ada jawapan untuk mereka menajwab ajaran dan ajakan kita ~~~


 

Mat Aye lagi....

Masih dalam kegembiraan Syawal lebih-lebih lagi Aniq yang sibuk dengan 'mat aye' dia bila dapat duit. Duit baru saja, yang lama katanya, 'nanak mat aye! no mimi no!' ... Tahun ni baru terperasan, tak bayar gambar raya hmmm kenapa ekh? photographer wajib dah malas lertu buat kerja hehehe kesian lak Aniq takde pic kat Kg Chabau.. Satu pun takde. Memang tak perasan. Walaupun cuti seminggu, takde amik-amik gambo sebab terkocoh-kocoh tapi tak tahu tujuan kocoh-kocoh itu.

Tak apalah, abaikan saja. Cuma apa yang ada ni di uploadkan untuk kenangan diri sendiri yang membaca blog. Katapun ni kisah saya dan keluarga maka kisah diari saya hahaha... Saya baca sorang pun tak apa, kalau ada yang singgah sangat-sangat diucapkan ribuan terima kasih. Moga anda terhibur walaupun tidaklah kelakar ;0




Nak raya lagi ;p

we


Ok mar

Tak cukup lagi ni hmmm kami is Ketam

Yang paling seronok, Aniq...



Keletihan selepas beraya sakan, terus pengsan ;p

Beraya sakan di Muar

Sekali lagi lenggok si Aniq

Aniq yang sentiasa mencuit hati dan perasaan

Ni masa baru sampai Seremban dari Muar. Sangat letih macam jauh sangat perjalanan kan!


Amukan Aniq di pagi Raya

Bersiap di pagi Syawal




Tuesday, 28 August 2012

mat aye ;p

Sekejap sudah seminggu berlalu Aidilfitri. Jika minggu lalu hari ini hari kedua raya dan sedang berseronok beraya di rumah nenek dan sanak saudara di kampung tetapi hari ini sibuk di pejabat. sibuk sangatlah kan!
   Perkataan "Mat Aye" tu paling saya suka untuk tahun ketiga Aniq beraya sebabnya, dia dah pandai cakap perkataan tu bila bersalaman. Itupun ikut mood dia ler kan ;0 Tapi sekali dia sebut, alalalalalalala sangat comel dan menggembirakan hati saya.
    Untuk tahun ini, kami sekeluarga beraya di Muar selama lapan hari. Balik Muar hari Sabtu 18 Ogos, sebaik saja selesai buat medical check up untuk kandungan. Perjalanan sangat lancar tanpa kesesakkan. Jadinya masa dua jam perjalanan Seremban ke Muar tidaklah berubah sampai 3-4 jam.
   Sampai Muar, semua dah siap2 masak lauk pauk untuk kenduri pada malamnya. Ya, sejak arwah Tok Mad pergi meninggalkan kami, dan dalam masa 2-3 tahun selepas itu, rumah di Parit Kadzi menjadi tempat orang kampung merasai lauk pauk raya pada malam raya.
   Saban tahun, agenda yang tidak pernah luput iaitu majlis tahlil dan berbuka puasa di rumah pusaka itu. Tahun ini, tahun pertama beraya tanpa arwah Tok Yah. Tahun pertama juga sebelas beradik (belah ayah) beraya sebagai anak yatim piatu. Moga tradisi ini diteruskan sampai bila-bila, Insya'Allah.
   Kami ni orang Bugis, cuma tidak pula memasak cara Bugis. Hahahahaha macam dah confused identity saja gayanya. Masakan biasa orang Muar@Johor untuk hari raya seperti, ketupa, kari ayam, rendang ayam, masalodeh dan sambal kacang.
   Untuk family sendiri, mak masak lauk Melaka ler kan, daging masak lemak cili api, adik saya pula buat daging masak kicap cili padi dia yang menjadi rebutan orang ramai saban tahun. Saya? hahaha tukang kemas dan makan jelah ;p
   Pagi raya macam biasa, bersiap2, kemas rumah sikit2, makan2, pastu balik saja yang lain dari surau, berkumpul di rumah sebelah (maklang) bermaaf-maafan. Alhamdulillah, walaupun tiada lagi kedua-dua arwah suasana raya masih meriah. Masih lagi anak-anak mereka datang pagi2 untuk sambut raya bersama. Masih ada lagi sepupu-sepupu yang mengikut 'turn' beraya di Muar. Ya, tahun ini sebenarnya semua 'turn' di Muar. Moganya tradisi ini diteruskan walaupun arwah atok kita tiada lagi di dunia ini.
   Tidak kisahlah, duduk dekat dengan mentua ke apa ke, tapi bila bab raya saya kira kenalah pandai bahagi2. kadang-kadang memang kita duduk dekat tapi perasaan pasangan kita di pagi raya berbeza dengan hari-hari biasa. Maka dengan itu bergilirlah sebab itu lagi adil dan saksama. hehehe (ala2 ustazah Norbayah lak)
   Yang penting, tahun ini duit raya Aniq dah mencecah RM350 ringgit. Seronok ler dapat simpan dan banyakkan duit dalam bank Aniq :) Yang penting juga Aniq seakan faham erti raya, salam-salam, pegang sampul duit raya pastu pass kat mommy suruh simpankan. alolololo comel sangat okay.
   Tahun depan lak dah dua orang, Insya'Allah... camne ler gayanya ye tak :) yang sorang ni pun dah macam power rangers dibuatnya, 15-20 minit selepas siap berbaju Melayu, mengamuk pula. Lepas tu tak mahu snap pic then berak pula....
   Tahun ni tema baju raya Merah seperti disarankan adik cuma suami taknak tukar baju raya sebab dua tahun lalu punya elok lagi. Jadi tema keseluruhan keluarga kami Kelabu-Merah.... Tahun depan, ada jodoh, saya dan suami pula nak pilih warna tema. Berangan nak beli kain ela siap2 supaya nampak sedondon ;p


  ~~~Apapun, seminggu bercuti raya sangat memuaskan dan seronok. Walaupun rasa sekejap saja tapi raya kan sebulan. Nanti2 boleh balik Muar lagi kan~~~



Friday, 17 August 2012

Salam Lebaran

Bermula terwakih pada Jumaat malam Sabtu 20 Julai 2012 dan berakhir terawikh juga pada Jumaat malam Sabtu 17 Ogos 2012. Sekejap saja sebulan Ramadhan berakhir dan moga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik untuk kita semua, umat Islam yang beriman, Insya'Allah. Bahang Aidilfitri mula terasa, jalan-jalan utama mula sibuk malah jalan-jalan di kampung turut sesak. Walaupun masih belum bertolak balik dan masih bekerja hari ini, semangat nak balik kampung tu dah lama terpaku di hati. Bak kata orang, jasad saja di sini tapi hati dah sampai kampung.

Bukan tak mahu balik awal, tetapi esok ada pemeriksaan kandungan untuk bulan ke-7. Lagipun, saban tahun balik Muar dan tidaklah terlalu jauh sampai memakan masa 7-8 jam. Jadi slow and steady dulu. hehehe dan lagipun, cuti den nak habis dah, jadi jimatkan cuti demi masa depan. Walaupun nak balik esok, beg baju Aniq dah siap kemas, tinggal beg baju daddy dengan mommy saja. Malam ni kiranya kena siapkan semua perkara. Ya, termasuk kemas rumah yang bakal ditinggalkan selama seminggu itu.

Duit raya pun belum masuk sampul lagi.. ahai, banyaknya kerja nak disiapkan malam ini. Esok pagi-pagi pergi check up lepas tu, pergi klinik Sayangku, check up Aniq dan amik ubat demam, selsema, batuk, kahak dan sbg sebab sebagai payung. Nanti kat kampung, kalau dia demam taklah runsing!

Apapun, raikan sambutan Aidilfitri dengan ala kadar dan bergembiralah di hari raya bersama kaum keluarga dan sahabat andai. Apa yang penting, teruskan amalan di bulan Ramadhan yang barakah ini walaupun hampir melabuhkan tirainya :)






 



Monday, 13 August 2012

Kisah Di Taska Dual Permataku

Akhirnya, perkara yang dianggap remeh oleh taska Dual Permataku terbongkar selepas suami sendiri di depan mata dia nampak Aniq Raheel sedang menuruni anak tangga yang ada kira-kira 15-20 anak tangga seorang diri tanpa ditemani pengasuh. Patutlah masa dalam perjalanan ke tempat kerja, Hariz telefon banyak kali dan disebabkan saya memandau tidaklah nak menjawab panggilan sebab tiada earphone.

Semuanya kebetulan, mungkin Allah nak tunjuk apa yang saya mengadu kat Hariz selama ini bukan berlandas emosi semata-mata tapi logik akal dan logik mata. Pagi tadi semasa hantar Aniq ke taska, saya lupa sediakan susu dan botol susu Aniq. Jadinya, Hariz bergegaslah ke sana hantar dua benda itu. Sampai saja di sana, di pintu bahagian bawah (taska tingkat dua, bawah pejabat) berdekatan tangga, Hariz terkejut sebab nampak Aniq dan beberapa kanak-kanak seusianya sedang menuruni anak tangga. Menurut Hariz adalah dalam 2-3 anak tangga daripada atas. Tangga taska memang tinggi ala-ala rumah kedai sebab taska itu gabungan kolej asuhan kanak-kanak (
Dual Training Institute), rumah kedai ler kiranya tapi masih berada dalam kawasan berpagar iaitu kawasan pendidikan di sekitar Seremban 2. Juga bersebelahan Kolej Negeri.

Masa Hariz telefon menceritakan kembali detik itu, suara Hariz memang tersekat-sekat tahan marah. Saya yakin suami saya memang terlalu marah sampaikan saya pun nak nangis membayangkan Aniq seorang diri turun anak tangga. Kata Hariz, bila dia tanya cikgu (ketua pengasuh) di situ, jawapannya enteng saja. Pandang remeh macam nothing will be happen. Disebabkan puasa, katanya dia malas nak marah terus balik dan call saya dalam perjalanan balik. Disebabkan saya tidak jawab panggilannya, Hariz balik rumah dan cari nombor telefon pemilik Taska. 


Bila diceritakan kepada pemilik, katanya, itu cara mereka malatih atau stimulate kanak-kanak. wahhh hebatkan jawapannya dan saya rasa dia anggap suami saya tu bodoh kot sebab tak belajar jauh macam dia????

What the hell stimulate kalau tiada seekor cikgu atau pelajar pun yang menjaga atau pimpin tangan dia! Lepas macam tu saja. Budak baru dua tahun, boleh menggunakan kaedah stimulating macam itu? Bodoh sangat kau! Even budak 3-4 tahun pun kalau nak buat rupa itu, kena ada orang jaga wei... 


Janganlah membodohkan diri anda ya! Syukur sebab suami nampak sendiri dan dia boleh nilai sendiri apa yang dia nampak pagi tadi. Terus dia pergi pejabat walau masih dalam MC, research taska baru untuk Aniq dan baby yang bakal lahir tidak lama lagi. Moga-moga pilihan kali ini berbaloi dengan bayaran. Kami sebagai ibu bapa tak nak banyak, kami cuma nak anak kami selamat, sihat dan cergas! itu Saja!

Itulah masalah taska DPCC, sebabnya setiap kali buat aduan, tiada apa-apa tindakan diambil sebenarnya. Pertahankan diri dan pertahankan diri! Sampai bila? Sampai ada budak mati kat situ?


Saya ada makcik di Senawang, nak saja suruh dia yang jaga tapi saya kesiankan dia sebab pakcik saya kena stroke tahun lalu. Lagipun Senawang-Seremban terlalu jauh untuk saya nak hantar dan ambil. Pengasuh lain di area tempat tinggal saya, kebanyakkannya menjaga lebih daripada 3 kanak-kanak. Hmmm pilihan yang ada ialah Taska Mumairah LPPKN. Selain dekat, taska itu sudah lama bertapak di kawasan Seremban. Apapun saya dan suami akan survey lagi.... 



 
~~~ Kalau dalam hati tiada rasa kasih sayang dan prihatin dengan keselamatan kanak-kanak usahlah buka taska, jadi pengasuh dan belajar sumbjek asuhan kanak-kanak... Buang masa!~~~



 

Friday, 3 August 2012

Bebelan Jumaat

Jumaat yang indah. Salam 15 Ramdhan 1433H. Sekejap dah masuk pertengahan puasa dan sama-sama ler kita berdoa mudah-mudahan amalan sepanjang 15 hari ini diberkati dan dirahmati Allah, hendaknya. Hari ini tiba-tiba terlintas nak bercerita tentang nasyid. Ini semua gara-gara dengar HotFM pagi tadi yang mana artis jemputan mereka sempena Jumaat dan Ramadhan ialah my forever and ever Raihan, katanya. Punyalah lama tak dengar dendangan lagu-lagu Ketuhanan dan dakwah daripada Raihan, makanya hari ini terubat ler rindu dengan rangkaian lagu-lagu popular dari kumpulan lagenda ini.

Saat-saat dendangan lag berkumandang di corong radio (ayat dejavu pulak), mulut mula terkumat kamit ikut sama menyanyi. Sepanjang perjalanan pulak hujan (Seremban-Bukit Mahkota)... Makanya lagi, mungkinkah katak bosan dengar diriku menyanyi? Hmmm suka hati kau ler katai oiii, nak nyanyi juga sama-sama dengan Raihan. Dan paling tidak disangka, bait-bait lagu dendangan kumpulan nasyid kesukaan  itu masih lancar keluar dari terowong mulut. hehehe....

Sebenarnya, sejak dari kecil, ayah memang mendidik kami adik beradik dengan keset-keset nasyid termasuk lagu dendangan Raihan. Dari zaman Iman Adalah Mutiara lagi. Mungkin dari situ minat terhadap lagu nasyid tidak pernah pupus walaupun semakin dewasa, jarang-jarang dengar lagu nasyid. Kalau nak dengar buka IKIM. Kalau siaran dari  radio-radio biasa ni memang idok ler adanya kan kecuali selepas azan berkumandang... Bagi suasana tu romantik dan slow & steady sikit, katanya.

Disebabkan didikan ayah itu, sampai ke sekolah pun selalu ler ambil bahagian dalam apa juga pertandingan dan persembahan nasyid. Memang seronok waktu tu dengan berbusana ala-ala kumpulan nasid siap dengan gaya atas pentas, hehehe (terimbau kenangan lama kejap lepas tu gelak sikit)... Kalau persembahan sekolah tu, pakai kain batik, baju sekolah warna puith (uniform ler azlin oii) lepas tu tudung siap selendang pun guna kain batik. How sweet that time kan!

Ayah pernah cakap, nak didik anak-anak senang kalau kita bijak mengatur langkah. Mungkin antara kaedahnya bagi dengar lagu-lagu nasyid yang sememangnya banyak mengandungi unsur keagamaan, mengajar dan mendidik akhlak selain dapat membentuk aqidah kita. Insya'Allah sekarang ni pun cuba pratikkan Aniq supaya dengar lagu nasyid. Awal-awal ni, lagu kanak-kanak yang comel. Daddy Aniq beli masa dia mula-mula rivert ke Islam. I look I look I see... hehe Aniq memang elr suka dengan lagu tu. Insya'Allah tiba-tiba rasa tergerak hati nak cari komplikasi album Raihan untuk didengar di dalam kereta nanti.
~~~ Terimbau juga kenangan khatam Quran dengan sepupu2 dan adik2 (Shahril, Azie, Nurul, Syuhada, Aizat) masa majlis kahwin maklang 1998. Siap ada persmebahan nasyid lagi... lagu Raihan pun ada... Peristiwa subuh ~~~

Wednesday, 1 August 2012

Cuti-cuti Ramadhan

Puas sudah bercuti selama ampat hari tiga malam sempena Ramadan 1433H di Muar, Johor. Memang setiap tahun, andai diberi peluang akan pulang ke kampung halaman, merasai kesronokan berpuasa dan menyambut bulan terindah bersama keluarga tersayang. Bukan saja seronok melayan karenah Aniq yang sangat sangat dan sangat seronok berada di kampung, mommy juga seronok sebab dapat rehat hehehe... Berehat terutama waktu tidur malam sebab Aniq akan tidur dengan totok (atok)dan mak (nene) dia. Mentang-mentang cucu baru sorang, itulah yang diulik, dimanja dan dibelai. Si kecik tu lagilah suka sebab ramai tukang layan kat Muar tu. Daripada umi ke mokcu dengan i'ngah dan i'cik dia lagi. Sampaikan mommy dengan daddy dilupai terus. Nak cium pun susah.

Apa yang penting mommy dapat rasai dan imbau kenangan sebab berpeluang berterawikh di Surau Parit kadzi berimamkan Ustaz Salam. Suka solat kat situ sebab, bacaan imam sangat fasih dan jelas walaupun beliau membaca surah-surah alquran atau dengan kata lain juzuk ke juzuk bermula awal Ramadan hingga akhir Ramadan. Walaupun surau tua tu mengamalkan 20 rakaat dengan bacaan surah alquran yang mungkin ada yang mengatakan sangat panjang, sebenarnya tidak. Sebabnya, 20 rakaat boleh dihabiskan dalam jam 10.15-10.20 malam macam tu.

Sementara berpeluang berterawikh dapatlah mommy jumpa orang kampung juga hehehe.... Memanglah terawaikh je mommy ke surau sejak kecil lagi, tapi kenal jugalah jemaah surau dan jiran tetangga. Alhamdulillah, tertunai juga. Hilang rindu :)

Paling seronok lagi dapat menunaikan hajat hati, tekak dan perut untuk berbuka dengan pelbagai jenis lauk pauk mak masak, made in Muar, Johor okay. Dari asam pedas ikan mayong ke Laksa Asam dan Laksa Johor oleh Maklang, lepas tu dapat rasa tau fu fa paling best kat Tg Agas, dengan ayam  sambal mak, ikan sungai cili padi dan macam-macam lagi yang best.

Ditambah lagi dapat minum semua air yang diidamkan selama ni. Nak beli kat bazar memang tidak ler, jadi beli bahan suruh je adik buat sebab dia pakar buat air hahaha... dari air jagung, ke sirap bandung soda ke sirap cincau dan semualah. haaaaa seronok sakan mommy makan makan makan makan makan makan dan makan sepanjang empat hari tiga malam tu. Daddy pun bertambah-tambah seronok. Aniq pula lagi seronok sebab ramai tukang suap dia. Cuma tak pula mommy nak snap some pic untuk di letak dalam post hari ni. hehehe Jadinya, kalau rindu, bayangkan je makanan-makanan dan minuman-minuman yang disebutkan tadi.

Memang setiap tahun, mommy dan daddy akan balik untuk Ramadan selama empat hari sebab lepas empat hari tu, pagi atau petang sebelum Raya Aidilfitri baru kami balik Muar. Alaa lagipun tiap tahun balik Muar, apa kisahnya balik lambat sikit. Tak ngelat nak buat kerja pun cuma malas nak cuti awal. Lagipun, sekarang ni, cuti mommy tinggal yang hado je, jadinya marilah jimatkan cuti demi masa depan. Nasiib baik mommy mengandung makanya, jimat cuti untuk hujung bulan ni sebab sedang berpantang, Insya'Allah akhir Oktober atau awal November nanti.

Itu sajalah cerita untuk Ramadan kali ini di kampung halaman. Dua minggu weekend ni masa untuk membeli belah untuk raya pula. Tak banyak nak dibeli pun. Untuk Aniq pun tak banyak sebab banyak lagi baju seluar Aniq tak terpakai lagi. Ni gara-gara i'ngah dia yang suka membeli untuk si bujang sorang ni. Lagipun nak kena simpan duit untuk new born baby nanti selain simpan untuk masa depan, pesan daddy selalu.... Uwaaaaaa tapi kenapa mommy selalu boros????!!! Kadang-kadang rasa baj beri je kat ATM kat daddy biar dia pegang tapi payah pula nanti kan!



~~~ Masih belajar berjimat walaupun kadangkala terbabas juga. Pelik, mana ntah pergi duit sekejap je lenyap macam tu ~~~

 

Tuesday, 24 July 2012

Ramadan 1433 Hijrah

Tahun keempat berpuasa sebagai seorang isteri dan bermakna sudah empat tahun Daddy kembali mentaati gama fitrah (Islam). Sayangnya permulaan Ramadan tahun ini, Daddy dimasukkan ke hospital pada malam Ramadan (Jumaat) kerana serangan gastrik dan demam yang teruk. Dua hari di wad dan dua hari jugalah dia sedih sebab tidak dapat berpuasa terutama untuk meraikan 1 Ramadan 1433 yang jatuh pada tarikh ulangtahun ke 46, 21 Julai 2012.

Mommy pula, selama dua hari bersahur dan berbuka keseorangan di rumah. Masak pun ala kadar saja malah lauk untuk sahur dua hari sama saja. Setakat nak isi perut seorang ni, malas nak fikir masak memasak sangat. Alhamdulillah semua berjalan lancar, Daddy pun dah balik Ahad petang dan Isnin bermulalah perjalanan puasanya untuk tahun ini. Kesian dia baru tinggal dua hari dah risau pasal ganti puasa hehehe... Pengalaman tu Daddy :) sakit tak apa, jangan buat-buat sakit kan.

Menu yang mudah untuk Mommy pada hari pertama bersahur hanya sambal tumis cair dan telur mata kemudian untuk berbuka menu yang sama saja cuma ditambah kobis bunga dan lobak digoreng dengan sos hoisin.

Menu hari kedua, masih mendung sebab berbuka seorang diri. Sahur tetap dengan sambal tumis cair (last makan) dan ikan masin... (sadiskan!) Untuk berbuka pula, Mommy masak bawal masam manis, sup cendawan dan telur dadar. Baru rasa semangat memasak mula datang sebab hari kedua Daddy dah keluar :)

Menu hari ketiga, khas untuk Daddy hehehe dah nama Hariz Ramesh Pillai, jadi menunya kari ayam, sayur goreng capcai dan telur dadar. Jadilah untuk kami berdua makan. Daddy belikan sekeping murtabak untuk santapan berbuka juga, syukur kenyang juga. Lagipun perut kami berdua memang kecil je nak masak dan beli banyak-banyak pun buat apa, bazir. Kalau rasa nak makan lepas terawikh, ada je biskut, cokelat, milo, dan macam-macam lagi makanan sampingan di dapur kan hehehe

Menu hari keempat, untuk sahur tadi Mommy buat nasi goreng atas permintaan daddy. Untuk berbuka pula tak tahu lagi sebab big boss tak telefon lagi beritahu nak makan apa... :)

Untuk solat terawikh alhamdulillah dapat dilaksanakan berimamkan Aniq hehehe... Jemaah surau/masjid dah balik dari solat, Mommy masih belum habis lapan rakaat. Aniq? Hmmm biasalah dia, macam-macam dia nak, sekejap susu, sekejap berak sekejap itu sekejap ini. Mungkin dia bosan sebab tak ada kawan. Tak apa ekh Aniq, tahun depan dah ada kawan kan hehehe

Aniq alhamdulillah, sewaktu berbuka puasa tak ada sangat dia mengacau. Tonton je TV tu. Lagipun dapur dan bahagian depan rumah (sempadan) memang dipagarkan senang :) Dah jadi habit dia, boleh berdiri dan bertanya itu ini di pagar saja dan kalau dia tengok Mommy dia sibuk bebeno kat dapur, dia pun pergi ke depan. Comel laaa Aniq nih!!! Tapi.... ikut mood dia jugalah. Kalau dah dia nak juga masuk dapur, berguling ler dia kat situ melalak hahahaha

Tahun ini harapan Mommy nak puasa sampai habis Ramadan. Almaklum tengah mengandunglah dapat puasa penuh. Alhamdulillah kandungan okay dan baby Rani dalam ni sangat comel dan baik saja sepanjang Mommy dia berpuasa. Teruskan tingkah laku yang baik itu okay baby.

~~~ Kumengharapkan Ramadan kali ini penuh makna agar dapat kutempuhi dengan sempurna...~~~

Friday, 20 July 2012



Selamat menyambut Ramadhan dan semoga diberkati Allah
Dari kami:
Azlin
Hariz
Aniq

Thursday, 5 July 2012

Enam bulan



Pejam celik (ulang dua kali hehe) dah enam bulan unborn baby dalam tummy ni. Alolololo rasa-rasa macam girl sebab pengalaman masa mengandungkan Aniq dulu lain dari yang baby Aniq ni. Masa Aniq dulu, perut mommy diibaratkan padang rugby (mmg berangan nak anak lelaki pandai berugby! LOL) krong krang krong krang kaki tangan punggung dia mencucuh-cucuh dinding perut. Sampaikan mommy selalu juga ler jentik dia sebab agresif sangat sampai nak tidur pun tak sempat (propa lertu!) Alaaa kalau korang tak percaya, percayalah... Senang je, tengok je si Aniq sekarang ni? ekekekeke bukan saja comel tapi haishhhhh lasak yang amat. sebiji ikut mommy masa kecil!!!! Maka dengan itu, sepanjang 38 minggu mengandungkan dia dulu, begitulah perangai anak bujang mommy tu.

Tapi untuk kedua kali ni, keadaan lembut sikit. Terkawal.. hehehe Bukan sebab memang teringin nak baby girl cuma, memang kenyataan ia berbeza. Yang ni rasanya confirm follow his/her daddy footsteps. Alalalala memang sweet sangat sekiranya baby girl ikut daddy sebab sopan santun dan lemah lembut serta baik budi. Haip haip!!! mommy pun ada ciri-ciri tu cuma tambahan ciri lasak+ganas+panas je macam abang Aniq ekekeke tapi penyayang kan kan pun macam Aniq...




Disebabkan mahu Aniq menjadi biasa dengan unborn baby, mommy memang setiap hari suruh Aniq dan pujuk Aniq supaya cium my tummy sambil beri salam, kiss, nyanyi dan macam-macam lagi. Sampaikan satu hari tu baby excited, abang di luar, dia di dalam dan mungkin dia geram dengar abang bebel2 dengan dia jadi baby pun memulakan aksi manjanya dengan mencuit-cuit abang dengan siku dan kakinya. Abang Aniq terasa tu sebab dia leka duk baring dengan pipi gebu dilekapkan ke perut. Terkejut Abang Aniq!!! hahahaha Firasat mommy mengatakan Aniq tahu dalam perut ada baby, tu je... hehe nasib tak ditanya macam mana baby tu datang ke kan!!

Sekarang dapatlah kiranya merasai pengalaman mengandung kedua dengan anak pertama yang sudah besar. Kalau dulu main perut sorang-sorang sekarang ada gang. Baby dalam ni pun memang selalu over excited kalau dengar suara abang. Serius ni!!! macam pelikkan tapi mungkin dia tahu dan yelah kan semua kerja Allah. Rasa untuk mereka kita sebagai orang dewasa takkan faham tapi antara mereka akan faham.

*pic: googled


Alololo comel abang Aniq ni lerrr


~~~ Baru dalam perut belum keluar abang Aniq dah terlebih excited.. Harap berkekalan ye rasa 'abang' tu hehe ~~~

Wednesday, 27 June 2012

Duit oh duit

Tiba-tiba rasa nak cakap pasal duit. Pasal duit yang boleh buat kita senang lenang dan kadangkala boleh buat kita jatuh muflis. Punca muflis satu je, bodoh mengawal duit keluar masuk. Yang kita tahu keluar je, masuk tak ada. Kalau ada pun, masa gaji masuk saja! kan kan kan....

Bukan nak bebel macma mak nenek, cuma rasa geram dengan spesis yang tak tahu langsung kawal duit, terutama segelintir lelaki. Tak pernah nak ingat untuk menyimpan terutama yang bujang. Dari mata kepala sendiri, lelaki paling wajib menyimpan duit untuk membina masa depan sebab semua tanggungjawab digalasnya. Perempuan yang bekerja pula, duit untuk dirinya jadi tak kisahlah dia nak beli apapun sebab dia tiada tanggungan kecuali ibu bapa dia. hehehehe



Tetapi, perempuan pun kenalah berpada-pada sebab kalau sakit ke kemalangan ke kecemasan ke, semua perlukan duit. Moralnya perempuan pun kena simpan duit. Biar gaji bersih dapat sikit sebab kita buat potongan untuk beberapa akaun penting termasuk takaful dan insurans. Bukan dibelanjakan begitu saja tanpa 0 simpanan. itu bahaya.

Lepas tu untuk segelintir lelaki yang biar papa asal bergaya tu, amalkanlah prinsip hidup macam tu, kalau tak belajar ekonomi tak tahu naik turun ekonomi sekarang ni, sok lusa, bila inflasi dan sebagainya, barulah kita rasa keperitannya.

Tu je nak dibebelkan hahahaha, sekian babai


~~~ Simpan duit simpan duit simpan duit simpan duit demi masa dengan diri, keluarga terutama anak-anak dan amsa depan mereka ~~~

Wednesday, 6 June 2012

Dua Perkara

Pertama, kegembiraan meraikan majlis perkahwinan sepupu saya, Nurul pada 2 Jun lalu. Akhirnya jodoh Nurul menjadi dengan Basyar selepas pelbagai laluan cinta yang mereka tempuhi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga ikatan ijab kabul mereka berdua kekal sepanjang akhir hayat, Insya'Allah.

Yang paling seronok tentu mempelai sebab jalinan kasih yang dibina diakhiri dengan ikatan suci dan yang paling-paling seronok adalah keluarga sebab dapat ipar baru. Paling-paling-paling seronok adalah dapat berkumpul ala-ala reunion Ketam gitu.... 

pasangan pengantin yang sangat sepadan

Keluarga perempuan si Nurul

hadiah untuk kanak-kanak ribena

wahhh nampak dah gaya seorang ayah

cousin

mommy n Aniq

Kelaparan

Dinikahi ayah mertua
Keluarga lelaki aka org kuat pengantin perempuan

Keluarga pengantin perempuan

Adik dan abang ipar

Dua pupu yang kacak

Selepas disahkan

Majlis berzanji
Perkara kedua, pada hari yang sama, dapat panggilan daripada kakak ipar mengatakan bahawa suami kakak ipar pertama, Alex masuk ICU di Assunta PJ sebab serangan jantung. Sebab dah petang sangat, ambil keputusan balik Ahad pagi (3 Jun). Jadi dengan sedih dan luluh hati terpaksa batalkan acara seterusnya iaitu untuk meraikan sahabat di UiTM yang turut melangsungkan perkahwinannya di Batu Pahat.

Di Assunta, keadaan Alex agak kritikal. 50/50 sebab bernafas hanya menggunakan mesin jangka hayat. Dan tak sangka, Isnin (4 Jun) Alex pergi tinggalkan kakak ipar, Nalini untuk selamanya. Moga Allah permudahkan kehidupan kakak ipar selepas suami tercinta pergi meninggalkannya untuk selamanya.

~~~ Suka-duka adalah umpama pelangi dan gerhana dalam setiap kehidupan harian. Sesungguhnya semua ketentuan datangnya daripada Allah ~~~