CLICK & ENJOY

Monday, 26 September 2011

Semua tentang Aniq Raheel

Gambar kenangan Aniq yang sudah lama tidak di'apload.....






















Sekadar kata-kata

kita minta sikit saja. Ikut saja pandu ia mengikut acuan sebenar. Selagi tak ikut sampai bila-bila kita, dia, kau, aku, mereka, semua takkan pernah rasa erti bahagia apatah lagi jika inginkan angin kedamaian, keamanan dan keadilan. ‘Ia’ disuruh jadi ‘ia’ adalah arahan, perintah dan suruhan Allah. Jadi buat sajalah tanpa perlu bertikam lidah, bercanggah pendapat sebabnya mudah, selagi mulut berbunyi, bising sana sini, selagi itulah tiada apapun yang berubah. Akhirnya ‘ia’ diperlekehkan kemudian dijadikan bahan senda gurau dan akhirnya disimpan dalam muzium buat selama-lamanya.

Orang lain yang tiada kena mengena pula tidak perlu takut atau risau sebab ‘ia’ hanya untuk manusia seperti aku seperti orang-orang yang kerap menidakkan, menolak dan menunggu seperti bulan jatuh ke riba. Sampai bila nak tolak, sabar, tangguh? Sampai tiupan sangkakala ketiga? sampai dajal mula kuasai bumi Allah atau sampai kiamat sudah benar-benar muncul, menelan semua milik Nya yang dipinjamkan termasuk aku, kau, dia, kita, mereka dan semua! Itu yang kamu mahu wahai anak Adam, yang dilahirkan dengan azan dan iqamat dan dibesarkan dengan ucapan kalimah syahadah tetapi di akhir hidup, bila kau julang pangkat, darjat harta dan kegemilangan, lupa semua itu sebab kata kau, kau yang dapat dengan usaha gigih kau. Lantas, alpa bahawa usaha gigih itu tidak akan menemukan dengan apa yang kau peroleh hari ini sekiranya tiada belas ehsan dari Allah yang sangat menyayangi hamba Nya walaupun kita semua sentiasa lupakan Dia di kala kesenangan bertandang.

Sangat bodoh bila mereka yang seagama dengan aku, kau, dia, mereka dan semua mengatakan ‘belum bersedia! belum tiba masa! belum sesuai!’ mengguna pakai suruhan Allah yang terang-terang tertulis dalam Quran. Aku tak cerdik agama tetapi aku ada belajar. Ilmu yang sedikit tentang kata-kata Allah itu sikit banyak aku faham dan aku tahu erti “Buat suruhan Nya, tinggal larangannya”... Mustahil kau tidak tahu! Atau sebenarnya kau takut sebab kau sudah jauh terpesong, tambahan pula kau semakin selesa berada di tempat kau berdiri sampai tidak mahu guna pakai ‘ia’......... Aku tidak fanatik mana-mana parti cuma untuk yang satu ini ‘ia’ memang aku ingin lihat sekali penggunaannya di dunia ini. Teringin sebab terlalu banyak yang menyesatkan, semakin menggila yang mentaksubkan dan kian menjadi perkara yang berdepan dengan maksiat dan kemungkaran,

Itu saja aku mahu selagi nyawa dan nafas ini tertanam dalam hidupku. Ini saja yang diharapkan sehingga tiada lagi roh dalam jasad.... Aku yang kecil, bodoh lagi kurang ilmu agama ini mahukan sesuatu untuk memudahkan aku dan dunia masa depan menghadapi cabaran hidup berlandaskan Quran dan Sunnah... Itu saja peninggalan untuk mereka yang seagama dengan aku.


~~~~Kalau sejarah Malaysia pun asyik silap dan diperkotak katikkan, apatah lagi mahu jadi dunia baru Islam~~~~

Surat untuk Aniq Raheel

Assalammualaikum,

Buat tatapan anakanda, Muhammad Aniq Raheel Bin Muhammad Hariz Ramesh Pillai.... Mungkin saat Aniq membaca warkah ini dan juga hasil tulisan mummy dalam blog ini, mummy sudah tua atau berumur atau tidak sihat atau masih gembira dan sejahtera bersama Aniq dan daddy. Mummy dan daddy mahu Aniq jadi anak terbaik di antara mereka yang terbaik. Apa yang penting mummy dan daddy mahu Aniq bukan saja mencari, menggali ilmu duniawi saja tetapi terus meneliti memahami ilmu akhirat supaya hidupmu kekal bahagia, diberkati Allah hingga ke akhirat...

Aniq, tahu tak ini adalah kisah Aniqsebab blog ini khas dibuat untuk Aniq memandangkan Aniq adalah anugerah paling indah dan bermakna dalam hidup ini. 

"Semakin hari, detik demi detik dan tiap saat, Aniq kian menampakkan pelbagai bentuk kemahirannya. Dari menyiarap ke merangkak kemudian bertatih dan berjalan sehinggalah hari ini semakin laju langkah dan lariannya. Di tambah lagi dengan bijaknya Aniq mengikut kata-kata mummy dan daddy dan setiap tegahan mahupun suruhan juga diikuti. Cepatnya besar Aniq... Hmmmm macam mimpi sebab rasa baru semalam sakit beranakkan dia dan rasa baru bulan lepas habis pantang. Tapi tanpa sedar, dah 17 bulan Aniq menghirup udara bumi yang tak berapa nak segar..."

Cuma, mummy sentiasa menadah tangan berdoa memohon daripada Allah supaya Aniq mummy sentiasa sihat tubuh badan, sihat akal fikiran, sihat semuanya dan ceria, bersemangat dan semuanya yang baik hanya untuk Aniq. Sudah tentu mohon mummy pada Allah agar Aniq jadi anak soleh, insan beriman dan baik budi pekerti, tutur kata juga akhlak, sentiasa dilindungi, dirahmati Allah dan dijauhi dari segala kemudaratan, kesengsaraan dan keperitan hidup di dunia maha fana ini dan juga akhirat.

Aniq, kehidupan yang sedang dan bakal Aniq tempuh semakin hari semakin berbelit, berlingkaran dan berismpang-simpang. Jadi, Aniq harus bijak mengguna pakai akal waras, minda cerdik dan hati bersih supaya Aniq tidak sesat atau tersalah arah. Apa yang Aniq lalui berbeza sepuluh tahun lalu malah jauh bezanya ketika mummy seusia Aniq. Sangat-sangat nak... Di saat Aniq pandai menyiarap sekalipun, dunia dah jauh berubah dari zaman kanak-kanak mummy. Ketika itu juga dunia dag semakin janggal. Itulah yang selalu mummy risau. Mengenangkan zaman tika Aniq semakin menginjak dewasa.

Sebab itu, mummy dan daddy merencanakan kehidupan kanak-kanak Aniq. Bukan mengongkong tetapi mahukan yang terbaik untuk Aniq. Sebab itu juga mummy dan daddy mahu Aniq pandai mengaji, faham apa yang Aniq baca, tahu tentang tafsir Al Quran, tahu hukum hakam dan tahu apa saja mengenai suruhan dan larangan Allah. Mummy dan daddy memang menjadualkan sesuatu untuk Aniq. Setiap hari berfikir, apa yang harus dibuat untuk masa depan Aniq. Apa jenis sekolah yang sesuai untuk Aniq menimba ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Mummy takut andai tersilap langkah. Mahu Aniq pintar tetapi lupa mengajar Aniq Alif Ba Ta. Mahu Aniq bijak tetapi alpa mendendangkan Aniq bacaan Quran dan mahu Aniq cerdik tetapi melepaskan kisah-kisah Rasulullah.

Aniq, sekiranya saat Aniq membaca nukilan mummy, satu saja pinta mummy. Jadilah anak berguna nak.... Jadi seperti daddy yang baik budi pekertinya, tutur katanya dan tahu halal haram dan suruhan Nya walaupun baru beberapa tahun memeluk Islam. Ikutilah tingkah laku atok Aniq, pandai melaungkan azan, bijak dalam ilmu agama, penyabar dan kuat pegangannya dan contohilah Ayahngah dan ayahchik Aniq yang pandai mengaji Quran, tahu tanggungjawab sebagai anak lelaki dan menghormati mak dan ayah (atok dan nenek)...

Itulah lelaki-lelaki yang paling mummy sayang dan kagumi. Jadilah seperti mereka. Kejar dunia, selami akhirat. Ingat pesan mummy. Moga kita bersama-sama hidup tenteram, aman dan muhibbah... Kasih mummy dan daddy untuk Aniq hingga ke akhirat. Marah mummy dan daddy untuk Aniq sebagai pengajaran dan teguran kami umpama peringatan supaya Aniq tidak tersasar. Jaga diri, jaga maruah, hiasi peribadi dan perkukuhkan ilmu. Jangan terikut-ikut budaya yang tidak berakal dan tidak berhaluan juga jangan turuti ajaran yang terpesong dan tidak berlandaskan Quran dan Sunnah.... 

Mummy harap Aniq faham kenapa, mummy marah, rotan, tegur atau apa saja .... Mummy harap Aniq lebih mengerti kini....

Daripada,
Mummy Aniq

Wajah-wajah manja comel Aniq

Daddy, Aniq dan Mommy = KAMI


Hukum

Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.

1. Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh."
(Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Ma'idah: 45)

3. Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya."
(Surah Al-Baqarah, 2:178)

4. Hukuman Ta`zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

sumber:- mufti melaka

Tuesday, 20 September 2011

bosan

Bosan sebab tak tahu nak buat apa jadi peluang ini diambil untuk memenuhi permintaan. Eh, permintaan siapa? Hahahaha permintaan diri sendiri sebenarnya. Tak ada apa yang mahu diluahkan kat sini sebab tengah bosan. Objektif, isi, dan kandungan tentang apa yang mahu ditaipkan pun tidak tahu. Jadi berbual-bual kosong saja ler kat sini. Nak cakap pasal drama TV. hehehehehe Eh, muncul pula apa yang mahu dikatakan dalam entri anakacuk.

Drama? Tak ada apa sangat. Cuma nak cerita, drama-drama Tv sekarang ni banyak yang bagus skripnya. Mengajar dan paling suka ada juga skrip2 islamik sikit. Lain2 kisah, biasalah yang fantasi, fiksyen ala2 Adamaya, Nora Elena, dan banyak lagi. Apapun baguslah, kalau ada peningkatan skrip dalam drama hari ini. Cuma kadang-kadang pembawakan watak tu pun mainkan peranan. Menggunakan pelakon bertudung, jadi pelakon tu kot yang patutnya sedia maklum, percanggahan aurat. Pelik lak rasanya, pakai tudung tapi boleh bersentuhan kulit. Memang adik beradik dalam drama tu tapi itu lakonan saja kan. Jika nak buat drama berbentuk islamik pun, tatasusila agama kenalah patuh.

Bercerita tentang drama islamik ni, contohnya drama Kitab Cinta, Tahajjud Cinta, Suria di Cardoba, Stanza Cinta hmm pemgisiannya bagus. Ada falsafah seni bercirikan Islam di dalamnya.Harap semakin banyak drama-drama sebegini ditayangkan. Berdakwah dalam bentuk layar. Mengajar manusia di dunia canggih ni kena banyak bersabar dan menggunakan kaedah sebegini Insya'Allah berbaloi. Bukan tu je, cerita-cerita pasal kekeluargaan, masyarakat dan masalah sosial yang dibentangkan dalam skrin sejak dua menjak ni pun boleh mainkan peranan penting.

Jadi, itu sajalah nak dicakapkan untuk hari ini bagi menghilangkan rasa bosan... Hahahahahaha penulisan di atas hanya pendapat suka hati. Tak ada kena mengena dengan apapun ye.


~~~~Kasih Alia-Cinta Alisya-JiwadanLara-macam-macam cerita ada.. pilih je yang baik jadi ikutan yang jahat jadi pengajaran ye~~~~

Monday, 19 September 2011

Perlukan sesuatu


Fikir dan fikir sampai otak pun malas nak teruskan berfikir. Letih katanya sebab asyik nak memikirkan sesuatu 'keajaiban'... Perancangan yang tak pernah terjadi. Apa dia? huuuuuuu nak bercuti la. Tak kisah ler mana pun! Dalam ke luar ke (negara) tapi i need it. Really need it.. Kali terakhir bercuti masa mengandungkan Aniq Raheel, 8 bulan. Ke Singapore. Tu je la sebab lepas tu, macam tak bijak pandai lagi nak uruskan percutian dengan baby. Dan sekarang Aniq dah pun setahun lima bulan. Haaaa dah elok pun nak bercuti. 
Jadi tak nak cakap apa-apa lagi. Harap Encik Suami faham ler
 ye saya nak bercuti sebab dah bersedia nak melayan karenah Aniq comel tu. Mesti Aniq pun nak bercuti nih... hish tiga kali taip nama Aniq terus rindu melimpah ruah dah ni... 
  

~~~~Bila nama Aniq disebut, rasa cuti meluap-luap sambil nak balik rumah cepat2~~~~






Monday, 12 September 2011

mula naik

Kisah pertama:- Nak masuk dua minggu raya dan maknanya berat badan bertambah berat. Pening kepala sebab berat badan berat dan sebab lain bila suami mula cakap "U gemuk" sambil nyanyi lagu kegemarannya, "fatty fatty bumbum malam malam curi jagung..." Memang tak senonoh kan walhal naik tak seberapa pun. Biasalah dah jadi ibu. Kalau dulu leh mantain 39-40kg lepas bersalinkan si kecil tu kembang semua sambil urat-urat putus. Jadi naik ler sampai 43-44kg... Pun dikatanya gemuk. Huishhh ok ler ni sebab nak rasa berisi sikit dari kering kontang macam dulu. Sila bersykur boleh tak Encik suami tercinta?

Kisah kedua:- masa beraya sakan ke sana sini semua tegur, badan naik. Ye saya sedar tentang itu dan tolonglah jangan nak mempersoalkan lagi okay. Senang cerita, jawab je "pregnant anak kedua" senangkan nak tutup mulut orang. Dah badan nih nak naik dan terus naik biarlah. Janji sihat bahagia sentiasa.Lagipun (dituju khas utk orang2 kampung kedonde) saya ni belum mencapai tahap obes pun lagi. Sebab rendang je so nampak ler tembamnya ditambah dengan muka yang comel bulat nih... 

Penyelesaian:- Akibat dua kisah tragis itu, berazam untuk mengawal tahap kemasukan makanan ke dalam perut. Tapi setakat hari ini memang tak berhasil pun. Yang ini baru dikatakan apapun tak boleh. Selera ada takkan nak matikan. Biarlah, janji sihat dan lebih senang untuk Aniq gigit sebab banyak isi kat mummy dia.... Lagipun, badan yang dikatakan semakin meningkat naik ni turut menjadi teguran orang awam sorang dua dengan pelbagai soalan menggembirakan seperti "adik nak balik asrama ke?", "Awak belajar mana?", "Nak ke office ke Kolej?" jadi???? Cuba fikir dan renung-renungkan... hahahaha

Rumusan:- Hidup kena bergumbira supaya sentiasa nampak awet muda.. Makan saja selagi boleh makan tapi berusaha untuk kawal sikit-sikit ler supaya perut tak nampak buncit penuh makanan huuuuuuu

~~~~ Diri sendiri suka dengan diri sendiri sebab nampak tembam dan comel berbanding sebelum sebab selepas adalah lebih baik... ~~~~



berbolak balik



 Semua jadi tak tentu
Sekejap kisahnya macam ni
Sekejap lagi jadi macam tu
Orang sana kata dia wira
Orang sini kata dia pengganas
Akhirnya aku, kau, dia dan kita yang teraba-raba
Mencari mana sebenarnya yang benar
Dan kemudian semua orang terus mengoyak-renyuk
Semua catatan dari zaman Portugis ke Belanda ke British ke Jepun dan ke Komunis
Sampai terjumpanya kisah Merdeka 1957
Sebab nak cari mulut lidah siapa yang betul
Padahal semuanya sejarah
semua sejarah itu isinya sudah tiada di dunia fana 
Sebetulnya doakan mereka yang Islam itu kekal bahagia di bawah rahmat Allah
Bukan sibuk nak dicop pejuang ke pengganas ke
Tak perlulah berbolak-balik
Sebab namanya pun sejarah

~~~~Pastinya kisah ni akan terus berpanjangan sampai masing-masing puas dengan hujahnya~~~~





Thursday, 8 September 2011

Mula memenuhi ruang

Sepuluh hari bandar KL sunyi sepi apabila penghuni setianya beransur-ansur pulang ke kampung halaman menyambut lebaran. Dan selepas sepuluh hari ini, keadaan bandar besar ini kian bising dengan bunyi kenderaan dan keributan manusia kota. Puas rasanya bercuti di kampung, berseronok bersama kaun keluarga dan sahabat andai yang lama tidak ketemu. Setahun sekali, itulah saja hari-hari bahagia yang menjelma dalam diri menyambut kemeriahan Aidilfitri. Namun, mungkin ada satu-dua yang tidak pulang ke desa atau ada yang berkampung di kotaraya ini saja dek kerana tiada lagi desa.

Apapun meriah raya kini sudah dipertengahan. Lama didesa, menghimpun nostalgia lama, cerita dulu, gurauan bersama keluarga dan mengimbau kenangan bersama pastinya akan selalu kekal diingatan dan hati. Jalinan persaudaraan juga sudah tentu terus disimpul rapi sepanjang tahun sehingga Syawal muhibbah muncul lagi. Dan di kota pula, meriahnya lain. Hujung minggu dijadikan sandaran untuk bertemu rakan sekerja, sahabat masa belajar dan saudara-mara yang berdekatan. Rumah terbuka dijadikan tempat bersua menikmati kemeriahan sisa Aidilfitiri. 

Di sinilah semua warga kota berkumpul, mengikat lagi erat tali silatur-rahim. Moga hubungan akrab terus berkekalan ketika susah-senangp-gembira mahupun sedih. Perantau di kota akan sentiasa merindui desa tercinta. Akan selalu mengimpikan untuk kembali ke kampung halaman. Paling seronok sekiranya dapat mncurahkan bakti di tempat kelahiran.


~~~~ akan selalu merindui kampung sampai bila-bila~~~~