Posts

Showing posts from August, 2011

mood kerja tingga % saja

Raya nak dekat kan kan... Hari ni Jumaat, office sunyi sepi, sampai jam 8 pagi tapi duduk dalam kereta sebab nak dengo HotFm lagu raya :) Lagi-lagi ada emoat artis lama dijemput nyanyi lagu raya everygreen :) Mood nak keje dah tinggal % atau dengan kata lain peratus je, semua nombor dari kecil sampai beso hilang entah ke mana. Rasa malas dah nak ngadap PC dan siapkan story yang ditunda tarikh terbitannya... Ok juga so tak payah ler nak menyelak dokumen ni ha... Apapun dah tak boleh ni! Jelas memang sangat jelas, saya sudah boring untuk bekerja hari ini hish hish hish
cuba anda bayangkan % saja yang tinggal??? memang teruk la kan dan layak masuk CCU ke ICU ke kan

Ok nak cerita kisah raya semula. Perjalanan balik Muar dirancang hari Isnin, tapi tadi call ayah beritahu, dia cam sedih lak sebab nak suruh balik hari esok (Sabtu)... Hmmm rindu si Aniq ler tu kan kan... Dah serba salah pulak. Kesiankan Hariz nak ulang alik dua kali. Hmmmm apapun benda ni tak boleh nak janji sebab kena tangok …

Selamat Jalan Mr R

Ramadhan kini kian hampir membenamkan wajah baraqahnya apakah akan bersua lagi tahun depan? entahlah, tiada kepastian di situ termenung sejenak memikrikan adakah lengkap perbuatan amal sepanjang Ramadhan ini moga semua dimakbulkan kiranya tiada lagi tahun depan untukku berharap agar Pencipta mengampunkan seluruh dosa sepanjang Ramadhan terakhir ini tapi andai ketemu lagi berharap akan terus berusaha melipatganda amal jariah ibadah dan semua selamat jalan Ramadhan....


satu masa

Setiap kali bulan puasa menjengah, mesti kenangan zaman kecil, remaja dan belum kahwin terkenang-kenang. Kalau masa kecil, seronok main bunga api dengan mercun sambil tolong mak buat biskut raya, pasang pelita dengan kemas, cat rumah, pasang langsir dan macam-macam lagi. Seronok juga kalau ingat semula tragedi buatan sendiri di bulan puasa macam ponteng puasa dengan air dalam tandas atau main basikal bawa jauh-jauh sampang hujung kampung, lepas itu penat jadi berbuka dengan air buih.

Sebab rumah dekat dengan surau, terawikh selalu buat kat situ terus. Senang. Seronok terawikh di surau sebab memang sejak kecil suka dengan bacaan Quran Ustaz Salam. Sebab itu sampai sekarang kalau bulan puasa mesti nak balik kampung sebab nak juga terawikh di situ. Cuma sejak ada Aniq Raheel, lebih selesa tunaikan di rumah.

Paling seronok terawikh dengan Aniq Raheel sejak dia sudah besar dan pandai berjalan. Lagi-lagi sikap dan sifat dia yang gemar mengikuti pelakuan sesiapa saja. Paling seronok, bila n…

Empat hari tiga malam

EMPAT hari tiga malam, adalah hari-hari paling seronok untuk Ramadhan kali ini. Hmmmm sudah tentu ber'Ramadhan di Muar ler kan.. Sabtu petang, bertolak balik Muar dan sejak Sabtu hingga Isnin berbuka dengan bermacam lauk pauk enak masakan mak seperti ayam kurma, ayam sambal, sup cendawan, sawi ikan masin, ikan baung masak cili api cair, kuew tiow, jemput-jemput pisang, bubur pisang sagu dan banyak lagi. Lain-lain dapat melempiaskan perasaan nak makan lauk baazar Muar yang best antaranya, murtabak Singapore, nasi kerabu, kebab ayam, laksa Johor dan Roti jala terbaik buatan Muar. Kenyang? sangat kenyang ler... Alhamdulillah berjaya menyempurnakan impian untuk berpuasa dan bersahur bersama keluarga. Walaupun tak perlu nak bergilir dengan suami untuk berbuka puasa di rumahnya, tapi atas permintaan anak buahnya, diajak pulak kami berbuka di rumah mutty nya (MIL) jadi, Insya'Allah kami pergilah minggu depan... hehehehe

Hmmmm Aniq Raheel? Insan paling seronok bila balik kampung ni. S…

Majlis Sepupu

Image
Catatan ini sepatutnya dimasukkan sejak awal lagi tapi memandangkan kesibukan baru berpeluang menyudahkannya. Ini antara gambar-gambar Aniq di beberapa lokasi masjli kahwin sepupu
Keluarga saya dgn pasangan Aizat dan Liana
Ayahngah Aniq a.k.a banker ANiq hehe
Hitam putih warna kehidupan dan famili kecilku... pandai Aizat pilih warna tema kan kan
Tenggelam terus warna ku yg tak berapa cerah... hehehe bersama lelaki-lelaki macho dekad ini... 
Nash ni sebenarnya kawan baik ala-ala uncle dah dalam family KeTam... tu je lerrr dari kecik sampai beso memang dia selalu ada je sebab memang dah gitu :)
kawen Acun lak.. Apa daaa dah dapat cucu aka Aniq Raheel baru nak kawen... Hehehehehe jadi ni ler hadiah peribadi utk Acun dgn pakcu... ANIQ!!!
Inilah langkah-langkah awal Aniq. Ditemani Mokcu yang setia.... kalau ikut caption sebenarnya, Mokcu dah letih nak ngekor Aniq sebab nak kedek2 je...
Inilah cucu manja mak ni
Nampak tu budak dua pusar ni! Hish... jelir-jelir lidah dengan aktifnya.
Rasa-r…

Ihya' Ramadhan

Alhamdulillah, seronok rasanya dapat hadir majlid ilmu sempena Ramadan di pejabat sebelum Zohor tadi. Paling seronok sebab Ustaz Hassan Din yang beri ceramah. Saya amat menyukai ceramah daripadanya. Sejak tukar ke 'desk' baru ni, ada juga hikmahnya antaranya inilah, dapat sedikit sebanyak turut serta dalam program keagamaan, Insya'Allah... Apa yang dapat disimpulkan hari ini, adalah kata nasihat beliau, "apa erti puasa jika tidak solat sedangkan solat itu adalah ibu ibadah" dan bagaimana mengatasi hawa nafsu sepanjang menjalani bulan Ramadhan terutama, nafsu makan. huhuhu Alhamdulillah, tak ler sangat bernafsu sampai pergi ke baazar Ramadhan dengan sepuluh jari disangkut beg plastik. hehehe Lain-lain yang boleh saya dan anda mengambil iktibar dan pengajaran adalah, bulan puasa (Ramadhan) adalah bulan umat iaitu bulan kita. Oleh itu jadikan Ramadhan ini bagai Ramadhan terakhir untuk kita. Jadi, dengan cara itu pasti kita akan berusaha menggapai berkat dan syafaat …

Akhirnya

Hari ketika pandu kereta ke pejabat selepas dua tahun kereta disimpan di kampung. Seronok dan pengurusan masa lebih terjamin. Tapi boring sikit sebab tak boleh tidur dan terpaksa layan banyak orang sepanjang perjalanan...

Dah tiga tahun travel KL-SBN dengan bas, memang best walau selalu stress sebab kadang-kadang bas lambat, delay, rosak, jammed dan suka ikut jalan sesuaka hati, sesedap rasa. Tapi boleh tidur kan walaupun geram dan sakit hati. Sebab semua tu selalu sampai lambat ke office dan paling haru datang lambat kat assignment.

Naik kereta pula? Ok sebab dapat bajet masa sendiri. Tak perlu tunggu bas atau duduk sebelah pendatang asing yang busuk huuuu. Best juga sebab tak tertekan dengan jammad atau pemandu bas yang bawa cecah 140/km atau melalui jalan-jalan sesuka hati. Best juga sebab tak perlu keluar rumah jam 6.45 pagi kan. Boleh keluar jam 8 pun leh sampai office jam 9.15 macam tu berbanding bas, keluar awal pun jam 9.45 kot baru sampai.

Sepanjang bulan puasa ni memang akan…

Puasa Aniq

Hari kedua Ramadhan, seronok semakin bermaharajalela kerana Ramadhan adalah bulan segala-galanya. Cuma satu, mengantuk. Bermula 1 Ramadhan (Isnin) bersamaan 8 Ogos, waktu bekerja yang sangat mengantuk. Menguap hampir seratus kali, mungkin saja tidak puas tidur.

Kena pula Aniq Raheel jadi ‘alarm’ mummy dan daddy, kejutkan bangun sahur. Dia pula yang seronok sakan bangun seawal 4.30 pagi sambil bercakap (bahasanya) ala-ala nak bersahur sekali. Tambah-tambah sejak sudah pandai makan. Lagi bersemangat dia membuli daddy sedang bersahur. Boleh nak makan sekali dengan kami.

Aniq Raheel sudah besar kan! 

Mengimbau tahun pertama berpuasa, hanya saya dan Hariz. Ketika itu saya baru mengandungkan Aniq Raheel lebih kurang tiga atau empat bulan. Memang sedang mengalami alahan teruk dan akhirnya dapat berpuasa hanya 20 hari saja. Tapi dalam pada itu masih setia bangun sahur, memasak untuk Hariz. Untuk dia senang saja, kalau tak mee goreng, nasi goreng dan paling mudah roti sardin atau Quacker Oat…

Wilayah tak bernoktah

Masa ini terlalu ramai yang sempit Akalnya, rohaninya dan perbuatan Yang acapkali ceroboh masuk Ke wilayah sempit Dek tiada pedoman panduan hidup Terus berlari mengejar masa Yang pantas berkejaran Tawadduk dan kembalilah  Kepada Maha Pencipta Supaya tak lagi sesat Untuk sekian lamanya Sebelum semakin sesat  Dalam wilayah tak bernoktah!
~~~Sambil berfikir menu apakah menjelang berbuka puasa nanti :) ~~~