Posts

Showing posts from July, 2011

Ramadan Bulan Yang Dirindui

KEDATANGAN Ramadan  sentiasa dinantikan umat  Islam dan seboleh-bolehnya  bulan keberkatan itu akan diisi se penuhnya dengan pelbagai aktiviti    menjurus kepada kerohanian dan  Ramadan juga adalah lapangan un tuk umat Islam berlatih menahan  diri daripada makan, minum dan  perilaku.
   Lebih jelas lagi, puasa dari segi  bahasanya diertikan sebagai me nahan diri, manakala dari segi sya rak ia bermaksud menahan diri  daripada makan atau minum untuk  suatu jangka masa tertentu.
   Sepanjang berpuasa umat Islam  dikehendaki menjaga kelakuan diri  daripada melakukan sebarang dosa  berikutan puasa juga dianggap se bagai medan memupuk kesabaran,  kejujuran dan bertolak-ansur sesa ma sendiri.
   Lazimnya, Ramadan disambut  meriah semua umat Islam meman dangkan pada bulan ini, seluruh  keluarga akan berkumpul untuk  berbuka bersama, manakala anak  perantau juga meraikan buka pua sa dengan rakan taulan di rumah,  pejabat atau di restoran.
   Apa saja aktiviti berbuka puasa  yang dilakukan, pas…

Bila Aniq sakit

Semalaman Hariz tak tidur jaga Aniq sebab rengsa dek hidung tersumbat. Jam 12 lebih tengah malam, Hariz ajak bawa Aniq ke KPJ. Tapi malas saya nak layan sebab suhu badan Aniq tak menandakan dia demam. Cuma rasa tidak selesanya.

Lepas 'popok' Aniq tidur, saya pun lelapkan mata dan Hariz berjaga sampai malam. Maaflah sebab saya kerja jauh. Letih sangat-sangat. Tak salah sesekali daddy Aniq ambil alih jaga Aniq. Kalau nak saya EL je memanjang, baik saya berhenti.

Tadi sekejap, Hariz telefon, dalam perjalanan ke klinik bawa Aniq. Biasalah si kecik tu, saya dengar meraung-raung menangis. Entah apa yang tak kena. Harap Hariz dapat 'handle' situasi itu. Bila lagi nak belajar jaga anak. Asyik saya saja nak berkorban. Esok lusa, rekod kerja buruk, terus dapat surat berhenti.

Bukan apa, Hariz jenis paranoid dengan sesutu. Entah apa yang dia risau. Mungkin sejak lahir dan pembesaran dia tak seperti saya yang lebih berani. Saya kadang-kadang rasa membazir nak ke KPJ tengah-tengah …

Buah fikiran :)

Bila sesiapa saja alim ulama' mahu sampaikan nasihat atau kata lain berdakwa, apa salahnya kita sebagai manusia jahil menerimanya dengan hati ikhlas. Jangan jadikan Islam itu sebagai penyekat kebebasan hidup didunia kerana dalam Islam ada indahnya.

Cuma sebagai hamba dan umat kepada Allah dan Rasulullah, kita sentiasa alpa untuk mencari kebenaran hakiki apatah lagi meninjau jalan yang lurus. Sesungguhnya Malaysia ini mungkin masih bahagia kerana ada rahmat Allah untuk bumi dan isinya. Rahmat itu datang daripada tadahan doa-doa para mukmin, ulama' dan orang-orang kuat agama yang hafaz alQuran, hadtih dan tahu tentang Islam.

Selagi ada mereka ada doa daripada mereka maka amanlah kita. Namun, tanda-tanda akhirnya zaman apabila ramai antara mereka itu diambil nyawanya lebih awal. Maka hilanglah doa-doa yang mudah makbul. Jadi usah dipropagandakan Islam dengan perkara remeh dan temeh kerana Islam adalah Islam. Islam bukan bangsa dan kerajaan tetapi Islam adalah agama wahyu yang waj…

Tentang Hidup (pada firasat diri)

Kadang-kadang semua yang terjadi dalam hidup tidak sepenuhnya berjalan lancar. Malah ada ketikanya kita harus pasrah dengan kehidupan yang dipilih. Bukan kerana terpaksa tetapi pilihan itu pasti dek kerana diri sendiri yang telah menetapkannya.

Adakalanya apa yang sedang dilalui menjadi bebas selepas berpenat lelah dengannya walhal itu pilihan pada awalnya. Entah kenapa diri tidak beruapaya lagi menampun rasa kesal dan ketidakpastian itu. Apa boleh dilakukannya kecuali menerima hidup ini dengan ikhlas.

Sebabnya mudah, kerana dalam kehidupan yang dipilih ini pasti ada ujian dan dugaan dan apa yang pasti sebagai nakhoda kepada kehidupan getir ini sewajarnya kita lalui dengan redha. Tak perlu menyesal menggunung sebab tidak akan masa berpatah lagi.

Apa yang harus difikirkan adalah masa yang akan muncul. Sama ada diri kuat atau tidak bagi menempuh detik waktu yang pasti hadir menerjah. Mempersiapkan diri menghadapi fajar esok dan sentiasa berusaha memperbaiki setiap inci kelemahan.

Walaup…

Apa Ada Dengan Perjuangan?

Perjuangan hari ini hanya gah pada lidah
Tidak pada tulang empat kerat
Perjuangan hari ini sekadar melelahkan
Bukan lagi mengutuhkan semangat
Perjuangan hari ini bak batuk ditangga
Hilang rasa jati jihad sebenar
Perjuangan hari ini bukan pada Islam
Tapi kerana mahu menegakkan benang yang basah
Dan, perjuangan hari ini gemar memfitnah dan mengaib
Sehingga hilang sifat malu yang kukuh
Maka punahlah iman
Pupuslan rasa insani
Dek terlibat dengan perjuangan yang sia-sia

azlinazmi/1julai2011