Tuesday, 19 April 2011

19 April 2011

Happy 1st Birthday, to my sweetheart, Muhammad Aniq Raheel.

  On April, 19th 2011, Aniq was 1 year old. He is growing way too fast for me and hariz... I can't believe he  is so grown up already! When did that happen? I'm seriously tearing up right now thinking about it.
  Tahun lalu, pada tarikh yang sama, 19 April 2010 tepat jam 11.59 malam, lahirlah penawan hatiku, Muhammad Aniq Raheel B. Muhammad Hariz Ramesh ke dunia. Saat itu, hanya kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana selepas 12 jam semuanya dalam keadaan stabil dan selamat.
  Salam ulangtahun kelahiran yang pertama anakku, Aniq. Doa mummy dan daddy moga dirimu sentiasa dilindungi daripada gangguan jin dan syaitan, penyaki, penderitaan, kesengsaraan dan kemudaratan.
  Moga dirimmu menjadi anak soleh, cerdik dan elok budi pekerti.. amin...

Wednesday, 13 April 2011

Countdown

Lagi sembilan hari 23 April 2011 dan lagi lima hari 19 April 2011... Semuanya untuk Aniq Raheel. 19 adalah tarikh kesyahduan dan kesyukuran dengan kelahiran bayi comelku dan 23 April adalah majlis ulangtahun yang bakal diadakan bagi meraikan setahun kehadirannya dalam duniaku dan suami.

Alhamdulillah, walaupun last minute dapat juga dewan untuk mengadakan majlis itu. Sekarang mahu fikirkan menu Hitea yang akan disantap oleh tetamu. Untuk decoration bahan-bahan sudah aku beli cuma mahu gunting, koyak, lukis saja apa yang patut. Buat sendiri untuk menjimatkan. Video kehidupan setahun Aniq pula dibuat oleh adikku Azie. Kad jemputan, aku tempah dengan Kak Aqidah. Haaa semua settle.

Cuma makanan termasuk kek saja belum ditempah. Nampak gaya macam besar saja majlis yang akan diadakan itu. Tak besar sebenarnya dan biasa-biasa saja cuma disebabkan keluarga aku dan suami besar, jadi nampaklah besar. hehehe... Untuk tahun pertama ni, besar sikit sebab kata daddy Aniq, esok kena tunggu Aniq 10 tahun baru buat besar sikit. Taklah buat tiap tahun, katanya setakat semalam. hehehe

Aku ikutkan saja, sebab anak aku juga. Tema majlis ulangtahun pertama Aniq Raheel? Apalah lagi kalau bukan si kartun comel Mickey Mouse... Jadi semuanya berunsurkan si kartun itu dan warna-warna pun sama. Merah, Hitam, Kuning dan Putih.... Jadi jemputan akan menyusul dalam masa 3-4 hari lagi... Tunggu ye!

~~~Majlis yang simple tetapi akan membawa kenangan terindah hendaknya ~~~

Tuesday, 5 April 2011

Only In Muar





TIDAK perlu ambil masa yang terlalu lama untuk mencintai atmosfera bandar Muar. Ekspresi penduduknya yang berbilang kaum dan keturunan melayan tetamu luar yang datang bertandang sungguh memukau.
Dengan rasa senang hati, individu yang anda hampiri akan memberi panduan destinasi yang wajib dikunjungi oleh seorang pengembara.
Melewati Jambatan Sultan Ismail menuju ke bandar Muar bersama jurufoto, Amin Farij Hasan, kami seolah-olah kembali ke zaman kolonial. Semua itu dapat dilihat daripada bangunan-bangunan klasik yang mendominasi bandar Muar.
Untuk mengisahkan tentang kehebatan Muar atau nama kunonya, Bentayan adalah sangat panjang. Namun, sesuatu yang sangat sinonim dengan daerah yang pernah menjadi sebahagian daripada empayar Majapahit itu ialah cerita tentang variasi makanannya.
Cerita daripada mulut ke mulut yang mengatakan hidangan sarapan pagi orang Muar berbeza daripada tempat lain bukan satu dongengan.
Sebagai contoh, sekiranya sate dan mi bandung di Kuala Lumpur atau di Melaka, dimakan pada waktu malam, keadaannya berbeza di Muar.
Pagi di Muar, kita akan disajikan dengan pemandangan lelaki separuh umur membakar sate di kaki lima kedai masing-masing. Senario itu boleh dilihat di warung atau kedai-kedai di Jalan Abdullah, Jalan Maharani hingga ke Jalan Petrie di Tanjung Emas.
Antara kedai yang boleh disinggah ialah kedai yang terletak berhampiran Hotel Paris di Jalan Abdullah atau di Terminal Satay Muar berdekatan dengan stesen bas Bentayan.
Bagaimanapun, kami memilih untuk bersarapan pagi di restoran Selera Bandung Muar di Jalan Abdullah seperti yang dicadangkan oleh wartawan Utusan, Kamil Maslih.



Pemilik kedai itu, Abu Bakar Hanipah, 60, menyapa kami dengan penuh mesra. Dia bercerita tentang kelazatan mi bandung dan satenya yang telah menggamit ramai pengunjung termasuk dari Jepun, Arab Saudi dan Hong Kong.
Apakah rahsianya? “Saya mewarisi resipi mi bandung nenek moyang yang berasal dari India dan berhijrah ke Muar pada tahun 1930-an.
“Sate ayam dan daging pula tidak dihasilkan dengan sambil lewa. Sebaliknya menggunakan ramuan yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi,” katanya yang menyediakan di antara 800 hingga 1,000 cucuk sehari.
Mi bandung air tangan Abu Bakar yang padat dengan daging cincang, udang segar, sotong, telur dan sayur, ternyata membuka selera.
Jika anda tidak mampu menghadam makanan berat pada waktu pagi, apa kata anda bersarapan di dua buah warung yang terletak di Jalan Hashim.
Barangkali pengunjung akan rambang mata melihat lebih daripada 25 jenis kuih tradisional seperti kuih bakar dan koci, dibariskan di atas sebuah meja panjang. Sekeping kuih yang cuma berharga 30 sen dan sebungkus nasi lemak berharga 70 sen membuatkan anda tidak lokek membelanja rakan anda.
Jika ingin beralih ke lokasi sarapan yang lebih eksklusif, singgah minum kopi 434 di Jalan Maharani. Jangan lupa menikmati roti bakar dan telur separuh masak yang mengenyangkan.
Asam pedas
Dari Muar kami ke Parit Jawa yang mengambil masa 20 minit untuk mencuba asam pedas. Jika terlewat, anda mungkin terlepas menikmati asam pedas istimewa di gerai Asam Pedas Pak Yahya jika anda bercadang ke sana lewat tengah hari.
Memang benar, sekitar pukul 1.30 tengah hari, Yahya Sapar, 62, sudah berkemas mahu pulang.
Kunjungan pada hari seterusnya tidak mengecewakan. Yahya yang mengusahakan perniagaan itu sejak tahun 1989 berkata, antara faktor utama asam pedasnya laris kerana harga dan pakej makanan yang ditawarkan.



“Pukul 11 pagi, orang Muar dah makan tengah hari. Menu kami pula ialah asam pedas mengikut pilihan ikan seperti siakap, sembilang, ikan pari atau kembung, sayur kubis, sambal belacan dan telur masin.
“Biasanya hidangan untuk lima orang, saya hanya akan caj kurang daripada RM20 saja,” kata Yahya yang hanya memasak ikan segar yang dibeli dari jeti Parit Jawa yang terletak berhampiran dengan kedainya.
Sebenarnya, bukan kedai Yahya saja menjadi tumpuan di Medan Asam Pedas Parit Jawa. Kedai Asam Pedas Mak Pon, Kedai Asam Pedas Kampung Nelayan dan Kedai Asam Pedas Parit Jawa tidak kurang hebatnya. Namun, jika anda enggan berjalan jauh, sila berkunjung ke warung asam pedas di Jalan Joned.
Selain sarapan pagi, menu makan tengah hari di Muar juga unik. Restoran Herba dan Rempah Ratus Nasuha yang terletak di Pagoh misalnya, menyediakan nasi beriani yang mengandungi ramuan tujuh herba.
Apam jepun
Di satu sudut terpencil di Jalan Abdullah, terdapat sebuah kereta tolak di Jalan Sisi milik Yusuf Daud, 45. Lelaki itu menjual sejenis kuih yang dinamakan apam jepun yang sesuai untuk hidangan minum petang.
Apam jepun yang diusahakan sejak tahun 1940 itu umpama apam balik dan dorayaki. Namun, ia berbentuk bulat dan intinya adalah campuran kacang tanah dan kacang merah.
Pada tahun 1960-an, harga sekeping apam jepun berharga 5 sen, namun hari ini, harganya mencecah 25 sen sekeping.
Cerita daripada mulut ke mulut tentang keenakan murtabak singapore turut mengheret kami ke restoran itu yang terletak di Jalan Kesang, Tanjung Agas.
Istimewanya tentang martabak itu ialah saiznya yang besar dan diadun bersama telur dan daging cincang.
Jika anda tidak kuat makan, memadailah memesan martabak berharga RM6. Kedai itu dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.
Tidak lengkap hidangan makan malam anda jika tidak mencuba tauhu goreng Bentayan, kata salah seorang penduduk bandar ini kepada kami.
“Makanan ini hanya terdapat di Muar saja, saya wariskan daripada ibu mertua saya sejak 15 tahun lalu,” kata pengusahanya, Adibah Shamsuri, 45.



Meskipun tauhu goreng itu dihidangkan bersama timun, taugeh dan dicicah dengan kicap cili padi, rasanya cukup enak. Kepedasannya mampu menitiskan air mata anda.
Air tangan Adibah pada rojak petisnya juga tidak kurang hebat. Berbeza daripada rojak biasa, rojak Muar dimakan bersama tempe.
Pada malam berikutnya, penulis ke Medan Ikan Bakar Sabok Awor. Barangkali, anda akan terkejut dengan harga makanan di Restoran Ikan Bakar Wak Jos.
Hidangan yang kami pilih termasuklah ikan siakap kukus, sotong goreng tepung, kupang berlada, udang sambal, ikan kembong goreng dan dua minuman jus hanya berharga RM40.
Justeru, tidak hairanlah, restoran milik Josri Alwee atau Wak Jos, 52, sentiasa sesak dengan pelanggan.
Minum cendol pada waktu tengah malam? Perkara itu tidak mustahil di Muar. Anda boleh mencuba cendol pulut atau kacang yang diusahakan oleh Abdul Nasir Meerasah, 54, di Uptown Muar, Jalan Sisi.
Di Uptown yang dibuka pada hari Sabtu dan Ahad di Jalan Sisi, anda berpeluang mencuba menu lain seperti tauhu bakar dan otak-otak Muar.
Selama empat hari berada di bandar Muar, terasa berat badan kami bertambah. Muar yang kaya dengan kepelbagaian makanan dan opera kehidupannya yang muhibah serta harmoni, ternyata memanggil penulis untuk ke sana sekali lagi.
SEPINGGAN tauhu goreng Bentayan cuma berharga RM2 saja.

SATU kemestian. Kunjungan ke bandar Muar tidak akan lengkap sekiranya tidak menjamah mi bandung dan sate ketika bersarapan.

MUAR merupakan sebuah bandar yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik terutama pada seni bina bangunannya.

Hmmmm



Entahlah
Di mana lagi
Harus aku cari
Walaupun tahu dia di sini
Doa selalu ada
Agar sentiasa bahagia
....as

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah

H A T I