CLICK & ENJOY

Monday, 28 February 2011

25 Februari 2011 = 22 Rabiulawal 1432h

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 27 untuk diri sendiri. ;) Jumaat yang sememangnya indah dan akan disambut dengan penuh kegembiraan. Bagaimanapun aku bekerja pada tarikh bahagia ini. huhu Tak bestnya tak dapat lunch date dengan kawan-kawan seperti dijanjikan.
Tiba pejabat jam 9.15 pagi, minum jam 11 pagi then jam 12 tengah hari Hariz call beritahu mata Aniq Raheel kian teruk. Sebenarnya dah dua hari perasan mata kanannya merah-merah. Tak pernah terfikir sakit mata ke apa sebab dia memang suka gosok mata sendiri atau aku fikir mungkin jari dia menggaru ke dalam mata... walalalala...
Tapi sebab asyik terfikir-fikir itulah, jadi macam ini. Nasib my beloved hubby very concern about his baby. So dengan kelam kabut aku balik Seremban. Sebab kata Hariz, dia nak pergi sendiri tapi tak ada sesiapa yang boleh temankan... klinik tutup jam 5 pm. Jadi, aku mengalah ler amik EL.
Amik Aniq terus pergi Sayangku. Macam biasa, ramai baby buat check up. Alhamdulillah doktor cakap ia jangkitan biasa. Tetapi kena berjaga-jaga juga sebab mata kan.... Sehingga malam tiadalah sambutan birthday sebab jaga Aniq Raheel yang comel tu.. hehehe sambut dalam rumah sambil golek-golek saja sebab kata Daddy, Sabtu kita pergi KL sambut kat sana...
................................................................................


- Aniq siap sedia nak bersiar-siar

Sabtu yang indah. Hantar Aniq Raheel ke nursery, pergi pasar dan kemas rumah. Jam 1.45 after Zohor terus ke KL. Tempat pertama, ke The Curve sebab nak beli barang Aniq Raheel. hehehe dah terbiasa beli kat Annakku dan Mother Care kat sana. Sampai dah kenal sangat si Aniq Raheel ni.
Kemudian kami ke The Gardens.... Seharian bersama yang tersayang sungguh seronok. Sambutan hari ulangtahun yang best sebab adanya Aniq Raheel...


-Aniq san mummy nak makan-makan

-Aniq keletihan nak balik Seremban... Jam 10.30mlm dah ini

Paling best, Aniq siap mandi di nursing centre, dan tukar baju tidur terus... Sampai Seremban jam 11.30 malam.. Aniq syok tidur lepas je masuk kereta nak balik Seremban.. Kesian anak mummy comel handsome dan bijak ni... keletihan dia.. hehehe apapun Aniq seperti biasa, enjoyyyy aje!

~~~Takkan dilupakan... huhu sudah 27 sekarang! lalalalala~~~

Thursday, 24 February 2011

Sakit kepala

Minggu ni je dah tiga malam tak tidur nyenyak... bukan sebab diganggu Aniq. Dia ok je, bangu setiap 2-3 jam untuk susu. Entah kenapa tak boleh nak lelapkan mata dgn tenang!

Rasa macam otak ni berat sangat. Sakit mencucuk-cucuk. Sakit ke? Tension ke? Entahlah... Rasa nak pergi tengah laut ke, atas gunung ke atau mana-mana yang boleh dijadikan tempat untuk menjerit... Haaaaaaaaaaa
Rasanya kot dengan cara tu je boleh mensurutkan sakit kepala ni.

Nak pergi klinik la nak amik ubat. Nak minta sekali ubat pelali mata dengan otak. Hehehehe... Takut sekarang ni senang je mati terkejut. Jangan terputus urat saraf tunjang sudah lerr... lalalalala

~~~membuat story sambil kepala berat mendadak...~~~

Wednesday, 23 February 2011

Majlis ilmu

Lama rasanya kot tidak menghadiri majlis berunsur ilmu agama ni. Masa yang senggang ni ditambah pula sistem komputer down hari ni, jadi dapatlah menghadirkan diri di majlis maulud Nabi di surau pejabat. Alhamdulillah serba sedikit dapatlah menyematkan ilmu dalam hati dan tahu apa yang tidak tahu selama ini.

Paling best kisah valentine sememangnya semua dah tahu tetapi kaitanya dengan 1 April (selalu kita april fool kan orang). Aku memang tak tahu dan suka kenakan sesiapa yang boleh dikenakan pada tarikh itu. Kaitannya?

---> Runtuhnya empayar Islam di Sepanyol pada 14 Februari dan selepas itu tanggal 1 April, bagaimana umat Islam Sepanyol yang ingin selamatkan diri dengan lari ke laut untuk menaiki bahtera dibunuh tentera Sepanyol... Hampir 700,000 mati pada tarikh itu.

---> Tak bestnya, aku tak dapat ler nak mencekik makanan yang tersedia sebab perut sensetifku ini meragam entah apa-apa... (ngada kan ko wahai si perut) hehehehe

itu aje...

~~~ Nak carilah buku tulisan Hamka berkenaan kisah di atas. Kata ustaz tadi, beliau memetik cerita itu dari buku hasil penulis kegemaran aku (kegemaran tp tak tahu buku beliau? Sebab lama juga lerr membuang hobi minat membaca sebab asyik baca buku cerita purbakala untuk Aniq Raheel) ;0~~~

Tuesday, 22 February 2011

Sejenak mengenang dan mengenal Ya Rasulullah

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.



Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah

~~~Rindu padanya... Tak pernah melihatnya... Ya Rasulullah dalam mengenangmu... susuri perjalanan sirahmu pahit getir dalam menyampaikan syariat Islam...~~~


Terungkailah kisah si KeTam

Bukan saja handal dengan bersilat menggunakan penyepit, si KeTam ini juga sangatlah garang andai kena pada tempatnya terutama jika penyepit bertukar warna merah. Memang sedap dimasak gulai cili api malah direneh seperti sup saja. Namun KeTam yang akan kurangkakan ini mempunyai sejarahnya tersendiri.

Apa yang aku tahu dari susur galur sejarah lampau keturunan Ahmad Khamis atau dikenali sebagai Pak Mat Ketam, di situlah bermulanya kisah si KeTam. Panggilan itu berterusan dan sentiasa disebut dan dibanggai anak-cucu-cicit generasi ke generasi.

Tertubuhlah badan kebajikan anak-anak Mat ekoran semangat kekeluargaan yang menebal dalam dirinya malah sikap muafakat dan muhibah dijadikan senjata untuk membendung keluarga asas yang terdiri daripada seorang isteri dan sebelas anak.

Percintaan Ahmad Khamis dan Safiah Md Shah disusuli kehadiran 11 cahaya mata, Abdul Latif, Othman, Zainab, Esah, Jamilah, Azmi, Suhaimi, Abdullah, Hawa, Aminah dan Esa lahirlah pelbagai lagi nama yang membawa ketuanan Mat dan Safiah.

Generasi ke generasi terus-terusan berkembang walaupun Mat Ketam pergi dahulu menemui Penciptanya pada 1998. Demikianlah kisah seorang driver yang membesarkan sebelas anak di rumah pusaka usang, makan berkongsi nasi dan sambal tumis cair yang kini menjadi igauan cucu cicitnya sehingga kini.

KeTam kini adalah nama baru dari badan kebajiakan Anak Mat singkatan yang direka khas oleh anaknya Suhaimi yang begitu kreatif. Kesatuan Tabung Anak2 Mat (KeTam) kini masih bergiat aktif meneruskan tradisi yang dicetuskan ayah, atok dan moyang mereka. Kasih kami kepada Tok Mat sememangnya tak pernah padam. Dalam doa senantiasa dikirimkan setangkai doa buatnya di alam sana.

Dengan adanya KeTam, kekeluargaan yang erat terus erat dan sebagai manusia memang tidak pernah terkecuali merasai, perasaan cemburu, irihati, marah, sakit hati dan lain-lain kerana itu lumrah dan selalu bertelagah pendapat kerana kita mempunyai satu akal tapi berbeza.

Bagaimanapun, hanya satu aku sebagai seorang yang terlalu kasihkan keluarga besarnya yang kini mungkin saja sudah mencecah 100 orang. Perlulah bangga sebab tak ramai orang yang boleh mengenali 100 anggota keluarganya dengan baik dan rapat. Jadi, diluahkan supaya janganlah kita terlalu sensitif dengan apa jua disekeliling kita dan jangan pula kita sesuaka hati berkata itu dan ini tanpa usul periksa.

Selalu ingat pada pesanan Tok Mat, keluarga yang muafakat adalah keluarga yang bukan saja menghormati sesama usia tetapi sentiasa bermesyuarah dalam apa jua hal yang ingin dibangkitkan.

Kini yang tinggal Tok Yah yang semakin nampak kedut tuanya. Semakin kecil senyumnya dan semakin tertutup alis matanya. Berbaringlah dia di rumah pusaka itu yang penuh sejarah dan kisah tersendiri. Mungkin aku dan kau dan kau anak, cucu, cicitnya bahawa dia sentiasa menanti kehadiranmu. Memeriahkan rumah itu. Walau anak, cucu, cicit jauh diperantauan, berilah hadiah kepadanya berupa doa semoga Tok Yak yang dicintai sentiasa dirahmati hendaknya.

Oh... aku rindu, sangat rindu saat tidur sebilik bersama Tok Mat dan Tok Yah. Bila subuh hening pagi, pasti lampu bilik terang benderang. Aku atas katil terbungkang, dua atokku pula bersolat. Saat itu aku masih kecil belum baligh dan belum lagi mak ayah memukulku untuk menunaikan suruhan Allah. Masih teringat suara Tok Mat mengalun-alunkan bacaan ayat Al Quran...

Dan tika bersama sepupu-sepupu yang seangkatan, masihkah kau ingat saat Tok Mat marah kita, sebab buang sampah sepah-sepah kat laman rumah. Disuruh kita kutip. Hehehe masa tu laman rumah pusaka besar, luas dan hijau sangat... Masih ingat bila Tok Mat nak tidur di kerusi malasnya? Ada sesiapa yang berani buat bising... hehehehe

Lagi-lagi kalau Tok Mat lalu sambil tangannya menggesel dinding rumah, dari dapur ke depan, ha semua lari lintang pukang atau ribut taufan di ruang tamu (suara bising kita) terus sesepi lautan selepas tsunami, ingat tak lagi. Terlalu banyak jika mahu dihuraikan kenangan indah saat Tok Mat disisi kan!!!

Kau aku dan dia, si KeTam Bugis yang nampak senyap diam menyorok tapi jangan diusik penyepitnya. hehehe itu antara kata-kata rekaan aku sendiri bagi menampakkan "jangan main-main dengan i ok!" ;p

Kini KeTam terus mengorak langkah di bawah naungan Tok Yah dan dipengerusi ayahlong. Pintaku cuma satu, agar apa yang diilhamkan arwah Tok Mat dan isteri tercintanya Tok Yah kita, akan berkekalan sampai bila-bila.


~~~Jangan mudah terasa hati atau kecil hati sehingga memendam seorang diri. Berterus-teranglah di bawa berbincang supaya dapat diselesaikan~~~

Tribute+kenangan

Tidak pernah mengenali Arwah Sudirman Hj Arshad secara dekat tetapi cukup meminati personaliti dan lagu dendangannya. Sepanjang perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur dengarlah lagu-lagu Sudirman di corong radio, siaran Hot Fm...
Aku menangis tatkala mendengar:-

"Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu"

Bait lagu dipetik dari lirik Terasing ini mempunyai maksud dan memori tersendiri dalam hidupku. Kehilangan seorang sahabat dan individu yang pernah aku sayangi. Kini dia tiada lagi. Hanya tinggal memori indah dan sedih tatkala bersama dulu. Cuma selitan namanya yang tidak akan padam dalam diriku yang kulakarkan sendiri bagi mengingatinya...

~~~ Hanya aku dan dia saja tahu... is~~~

Monday, 21 February 2011

Hasil aku

"Aku"
Biar orang kata aku kera sumbang
Sebab aku nak diam-diam ubi
Bukan seperti air dicurah ke daun keladi
Apa yang penting aku bukan bodoh-sombong
Sebab hanya jauhari mengenal manikam
Selain aku boleh katakan, tak kenal aku maka tak cinta aku
Apa gunanya berlagak macam lipas kudung atau ringan tulang
Sedangkan kau umpama sesumpah yang menumpang
Lebih teruk macam gunting dalam lipatan
Tunggu masa nak menikam dari belakang!
azlin/21111

"Mencari Yang Indah"
Mencari syurga seorang wanita apabila
Berusaha memberi sepenuh perhatian terhadap keluarganya
Dengan berpegang teguh agamanya,
Selain mencurah khidmat bakti untuk suami
Meluruhkan kasih sayang untuk anak
Sehingga ketepikan penat lelah diri sendiri.
Mencari syurga seorang wanita apabila
Sering tawadduk dengan amanah yang digenggam
Tidak pernah mengulang kesilapan
Menyembunyikan hal bersama
Hanya meruntun saya di tikar sejadah

Mohon petunjuk yang maha esa.
Mencari syurga seorang wanita apabila
Menyuapkan suami kelaparan
Menyusukan anak kehausan
Kerna mengetahui akan maksud
Titisan air tangan si isteri pembawa penyembuh
Titik-titik susu bagai senjata kebaikan;
Semua umpama penunjuk jalan
Menuju ke syurga.
azlin270111


"Bila Malam Datang"
Dalam malam pekat terbit resah
Takut hilang arah tanpa haluan
Jiwa terus meronta pinta diampun
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Mohon padamu keampunan
Bagi setiap dosa yang kian parah
Terpendam dalam diri.
Dalam diam membisu
Terngiang zikrullah
Cuba kumat kamitkan bibir
Sekali lagi keampunan kumohon.
Azlin\100111

warkah untuk awak

Warkah untuk awak

Assalamualaikum buat kekasih hati. Buat awak yang sentiasa mekar di jiwa dan indah dalam memori. Barangkali saat awak membaca warkah ini, saya telah pun pergi menjauh. Akan tetapi, percayalah apa yang dicoretkan ini adalah tentang kita, tentang kasih kita dan tentang cinta kita yang tidak kesampaian. Barangkali ini takdir atau mungkin kita terlalu berserah.
   Terima kasih untuk semua kenangan yang pernah awak ciptakan untuk hari-hari yang lalu. Barangkali awak rasakan saya sudah melupai. Mungkin juga awak andaikan kisah itu telah hanyut. Namun, itu semua tidak pernah kerana tak pernah saya  luputkan kasih yang ada buat awak. Apatah lagi melupakan setiap sulaman anganan awak  untuk saya kerana semua itu pertama kali saya rasainya.
   Percayalah, saat saya  melepaskan semua pergi, bukan kerana saya sudah  membenci.. Biarlah saya dan Dia  yang tahu akan setiap apa yang tersimpan dalam hati. Atas setiap apa yang pernah saya lalui dan atas setiap apa yang telah saya sesalkan.
   Wahai kekasih hati, namamu selalu terbit dalam doa harianku. Berharap kau dilindungi Nya dan bertemu cinta sejati, tapi bukan saya. Dalam tangisan, saya selalu meminta daripada Nya agar awak temui bahagia setelah awak saya lukai.
   Wahai cinta hati, mungkin sukar untuk awak fahami perasaan ini  yang sebenar. Sesungguhnya awak adalah yang pertama menarik hati ini  pergi sebelum saya  merentapnya kembali.
   Wahai kesayangan hati, sejak perpisahan itu, hanya saya  yang mengerti rasa yang saya depani. Senyuman saya demi kebahagian insan keliling. Bahagia saya  untuk kesenangan mereka disamping saya..
   Wahai perindu hatiku, walau kisah kita telah berlalu pergi, putaran kenangan antara awak  dan saya telah pun sebati dalam diri. Tidak pernah saya lemaskan memori indah saat bersama. Walaupun sebentar, ia penuh makna.
   Saya doakan awak bahagia kini dan untuk hari-hari mendatang. Izinkan pemergian saya  buat selamanya. Usah awak tangisi dan bersedih hati kerana perginya saya kerana saya selalu bawa  bersama kenangan kita.
   Doa saya  hanya satu, agar jodoh dan cinta kita yang tidak kesampaian ini dapat bersambung di syurga milik Nya.


Yang benar,
Cinta yang tak pernah padam
-AS-
25/12/2008

anak kacuk



Lahirnya Muhammad Aniq Raheel Bin Muhammad Hariz Ramesh Pillai pada tanggal 19 April 2010 bukan saja dinanti Daddy dan Mummy malah turut menunggu kehadirannya, atok, mak, ummi, ayah ngah, ayah cik, mokcu, mutti, velleama, chelreama, etta, cecci dan uncle-uncle nya.

Aniq Raheel adalah kelahiran yang memautkan kasih sayang semua individu yang disebutkan tadi. Paling seronok apabila Aniq Raheel tergolong dalam individu yang memiliki gen dan kromosom kacukan. Syukur kerana Aniq Raheel lahir ke dunia dalam keadaan selamat dan sihat walaupun hampir 12 jam bersemuka dengan kesakitan, katakutan dan kegembiraan.

Lahirnya Aniq Raheel di dunia tepat jam 11.59 malam disambut dengan perasaan puas. Daddy mengalir air matanya kerana pertama kali melihat anugerah dan kekuasaan Penciptanya. Azan yang dikumandangkan daddy di telinga Aniq Raheel terdengar sayup-sayup.



Hehehe, walaupun menggunakan sehelai kertas yang ditulis mummy akan kalimah-kalimah azan itu, daddy lancar menyebut baris-baris yang penuh makna. Alhamdulillah semua berjalan indah.

Aniq Raheel memang bertuah hidupnya sejak di dalam perut sehinggalah menjengah ke muka bumi Allah. Dikelilingi oleh individu yang terdiri daripada pelbagai rupa, warna, budaya dan agama, malah sering menjadi rebutan ramai.

Kalau disebelahku, Aniq Raheel adalah cucu pertama, disebelah daddy pula, Aniq Raheel adalah cucu pertama untuk anak lelaki tunggal. Malah tiga kakak iparku amat mengasihinya seperti anak sendiri terutama kakak ipar pertamaku yang tidak dikurniakan anak. Mungkin belum rezekinya.

Menatang Aniq Raheel bagai minyak yang penuh memang lumrah seorang bayi yang belum mengenali erti kehidupan. Bagaimanapun, aku dan suami sering berbicara sesama sendiri bagaimana menjadikan Aniq Raheel sebagai seorang anak yang baik akhlaknya, elok budi pekertinya, pintar dan bersederhana. itulah doa harian kami, Insya'Allah...

Lahirnya dia, macam-macam dan pelbagai bentuk hadiah anak kecilku terima. Seronok menjadi Aniq Raheel. Atok sayangkan dia sampai belikan motor kecil untuk dia (yang melebih mokcu dia sebenarnya) hahahaha belum lagi ayahngah Aniq Raheel yang berkobar-kobar membeli belah baju untuk dipakai hari raya dan setiap bulan, tiap kali pulang ke Muar ada saja yang dibelikan untuknya. Berduyun tiba... Itu tak termasuk barangan mainan dan peralatan dibelikan velleama Aniq Raheel.. (ada yang masih belum dipakai dan dibuka lagi) hehehe memang seronok!! (penangan cucu pertama kisahnya...)



Paling seronok bagiku, menjadi Aniq Raheel adalah istimewa kerana tidak semua orang akan merasai 'dia dihasilkan daripada benih yang dikacuk'... Apabila kedewasaannya semakin menginjak dan terus menginjak, Aniq Raheel akan memahami keistimewaannya itu. Apa yang penting, Aniq Raheel tahu batasan dan keperluan dan tidak memerlukan dalam susur galur kacukan budaya yang ada dalam dirinya.

Aku pun begitu, sepanjang mengandungkan Aniq Raheel, selalu memikir, termimpi bagaimanakah rupa anak hasil kacukan ini? apakah yang akan dihadapinya kelak? bahagiakah dia? hanya doa kuiringkan semoga dia sentiasa dilindungi, dirahmati dan dipelihara Allah dari segala musibah, kesengsaraan, penderitaan dan kesakitan.

Mestilah best, sebab Aniq Raheel boleh raya Aidilfitri dan Deepavali. Aniq Raheel boleh pergi jalan-jalan banyak tempat sebab saudara-mara sebelah daddy satu dunia (dengan harapan...)lalala Tapi, sebagai mummy akulah yang bertanggungjawab untuk mengajar Aniq Raheel mengenal alif ba ta dan aku jugalah yang perlu mengenalkan dia dengan solat lima waktu seperti mana aku mendidik suami tersayang...

Perasaan aku dan suami? Sudah tentu yang paling seronok sebab melahirkan anak yang comel. Berbaloi rasanya mengidam hidung suami ketika mengandung dan mengidam alis lentik matanya termasuk belahan di dagunya. hehehehe Paling penting anakku yang bulat tu memang serupa denganku terutama persegi bulatan di wajahnya. hehehehe ;) daddy dan mummy sayang ucuk acam mummy ni..... mmmuuuaaahhhhh

~~~Sekarang menanti kehadiran adik-adik Aniq Raheel pula~~~

Friday, 18 February 2011

Hanya sebaris nama

Tiada apa-apa yang menarik untuk diperkatakan atau disingkap. Cuma aku adalah seorang yang lahirnya di Muar, suka berdiam sehingga dilabelkan sebagai sombong dan ia akan berterusan sekiranya kau tidak pernah mengenali diri ini seadanya. Aku kadangkala boleh berubah sesengal yang mungkin, sekejam yang boleh, semangkuk tingkat dan semangkuk hayun mengikut rasa hati... ;p 
Jadi kenalilah aku sebagai aku kerana namaku hanya sebaris nama yang mempunyai unsur pengertian yang manis untuk dipersoalkan. Aku nampak lembut tapi sebenarnya kasar. Aku nampak sopan tapi boleh jadi aku juga garang dan aku nampak baik tapi sekejap-sekejap hadirlah kenakalannya.




~~permulaan pertama untuk pertama kali sebab aku pantang melihat keyboard~~