CLICK & ENJOY

Wednesday, 21 December 2011

KIM HYUN JOONG the only :)

Close your eyes.....:)












 



 

 
 

~~~~

sesuka rasa

Aku pernah rasa sulit
Bila masa kau pergi tinggalkanku
Dari situ kupercaya
Kau adalah cahaya hidupku
Aku kerap rasa sendiri
Saat kau pergi tanpa sepatah kata
Bermula detik itu aku yakin
Aku sangat cintakanmu
Datang kembali ke sini
Temani aku dikala susah senangku
Kuharap kau mengerti
Kuharap kau memaafkan
Kesilapanku satu waktu dulu....

azlin/bh/211211


~~~~ Mendung sebab nak hujan.... ~~~~

Wednesday, 14 December 2011

Wasiat Saya

salin semula dari blog kakak Moon :)
 
My Baby
Jika hanya Aniq saja ketika itu, saya nak Aniq diserahkan kepada ibu bapa saya dan jika ibu bapa saya tiada, serahkan kepada Azie Azmi. Saya tak mahu Aniq dijaga isteri baru suami sekiranya beliau berkahwin selepas ketiadaan saya. Jika beliau tidak kahwin lain, saya mahu dia jaga Aniq dan didik mengikut prinsip AlQuran dan serapkan nilai murni dan aqidah yang terbaik. Jangan lupa, hantar Aniq kelas mengaji dan solat dan KAFA, kelas muzuk (Piano) dan kelas renang.

My Car

Ada sebuah kereta dan terpulang pada Hariz apa nak dibuat dengan kereta terbabit. Jika dijual, semua duit wajib dimasukkan ke dalam akaun Aniq atau buat belanja Aniq ke Disneyland :)

My house
Jika berkesempatan membeli rumah, ia sepenuhnya milik Aniq. Dan jika Aniq ada adik2 jual rumah itu dan bahagikan antara mereka. Sama saja dengan kereta tadi :) ia hanyalah aset dunia yang tak pernah kekal. 10 peratus daripada jualan itu tadi, sedekahkan ke rumah anak yatim :)

My Insurance / Saving
KWSP, telah dinamakan ibu, Aniq dan Hariz sebagai penama. Jadi gunalah sebaik mungkin. Saving lain, gunakanlah untuk kenduri arwah. bahagikan sama rata antara anak-anak dan selebihnya sedekahkan kepada fakir miskin... :)

Jewelery
Hahaha ni memang confirm tak ada sebab tak suka. ada pun hadiah kahwin, cincin dan gelang emas. rantai emas pemberian mak dan cincin tunang. itu aje... Jika ada anak perempuan, berikan saja padanya dan jika tiada, berikan pada menantu ... Hariz, take noted, bagi sama rata.

Baju nikah
Yang ni pula, hmmm jika ada anak perempuan, beri padanya. Kalau dia ramping macam mommy, suruh dia pakai masa nikah. Jika tidak suka hati ler Hariz... (beri isteri baru pun okay, kalau dia sudi)

Baju +etc
Sedekah saja kat saudara mara saya dan awak yang susah okay, Hariz sayang :)

Photo
Simpan elok-elok buat kenangan. Andai rindu menyapa tataplah. Andai semak yang datang, kuncikan saja dalam almari. Gambar-gambarku semua hanya untuk anak-anakku yang paling aku sayang :) Mommy sayang Aniq dan adik2 Aniq ....


*Wasiat ini ditulis ketika Aniq Raheel menjadi permata hati... Jika saat itu Aniq sudah ada adik, Aniq jadi abang terbaik. Jangan bolot semua sebab tak banyak pun Mommy tinggalkan .. :)* 

peace no war,
Azlin Azmi (mommy)

Friday, 18 November 2011

BUNTU

 Kena tunggu berdekad, mungkin semuanya akan selesai sebab kisah hidup yang terlalu berjela ini tak mungkin dapat diselsaikan dan takkan pernah ada penyelsaian. Cuma satu, tunggu pengakhiran hidup. Bukan mendoakan dan jauh sekali megharapkan sesuatu yang ada dalam tangan Nya tetapi sudah tidak terdaya menangung sesuatu yang wujudnya dari dalam bukan luaran yang selalu mengukir senyuman. Pasti dan ianya memang pasti, takkan ada penamat. Tak pernah kesal apatah lagi menyesal dengan setiap laluan yang dilalui cuma tak mampu lagi menanggung sesuatu yang tidak sepatutnya ditanggung. Yang mampu kini, hanya doa, usaha dan tawakkal walaupun dia seperti tidak pernah memahami erti tanggungjawab dan keihsanan sebagai makhluk bernama suami.


~~~Jeng jeng jeng .... sinopsis novel ke drama ke filem ke apa ke ni... ni namanya takde apa2 sebab bosan! hahaha ~~~

Friday, 11 November 2011

......

hanya noktah
tanpa kata
barisnya tiada
sekadar untuk kenangan
paling indah

........

~~~tarikh cantik~~~

Wednesday, 9 November 2011

Pergi ....


Tanggal yang takkan pernah luput
Hari yang paling bermakna untuk semua
10 Zulhijjah 1432 adalah kenangan sayu
Yang pastinya membuai rasa sendu dihujung tangis
Perginya seorang nenek 
Meninggalkan rimbunan memori suka-duka
Yang pastinya takkan pudar mahupun lesap diingatan; sama
Seperti perginya seorang datuk 13 tahun lalu.
Pagi itu redup cuaca menemani sepoi angin
Di Subuh hening diiringi laungan azan dan merdunya takbir
Seperti tahu perginya lagi seorang hamba Allah
Perginya saat hujan menyimbah bumi; bagai menangis
Mengenang kenangan demi kenangan...
Tok Yah, kami redha seredha redhanya
Mengizinkan kau pergi setelah bertahun kau menderita
Walaupunn di hati rasa sayu terus membentak-bentak...
Percaya atau tidak wajahmu dapat kulihat
dicelah-celah rawak muka anak-anakmu
Ya atau tidak suara dan tingkahmu sudah terpaku
Ditiap diri anak-anakmu
Sesungguhnya kalian umpama bulan dan bintang
Sentiasa bersatu menyinarkan malam kelam
Demi memberi kegembiraan untuk setiap sebelas tubuh
Yang hari ini sudah membiak dengan sempurna...
Tok Yah, sampaikan salam untuk Tok Mad
Sesungguhnya kedua-dua dirimu begitu simbolik dalam hidup ini
Walaupun aku bukanlah yang terbaik dan terhebat
Tapi percayalah kedua-duamu sudah sebati dalam doa setiap solatku... 


~~~ Bibir kami sentiasa dan pasti memutar setiap memori ketika kalian ada di sisi ~~~







Kau Pergi .....

Akhirnya selepas beberapa tahun, Tok Yah (nenek) menanggung derita sakitnya, arwah pergi juga pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 sebelum subuh. Sebenarnya Tok Yah menghembuskan nafas terkahirnya tanpa disedari semua anggota keluarga. Sabtu lebih kurang 11 malam, menurut cerita adik, Tok Yah dah mula sesak nafas seperti orang semput dan dalam keadaan begitu anak2 arwah yang ada disampingnya sudah mengajarnya kalimah syahadah. Tetapi keadaan kembali biasa. Dan menurut sepupu pula, pagi Ahadlebih kurang jam 2-3 pagi, ketika mereka belum tidur, kelihatan arwah masih dalam keadaan semput tetapi masih terkawal. Sudah takdirnya arwah pergi juga, dan mengetahui berita kematiannya hanya sewaktu Subuh dalam jam 5.30-6 pagi di saat anak cucu bangun untuk solat. Along Nor yang tidur temankan arwah, paling awal tahu tentang kematiannya apabila merasa tubuh arwah sejuk dan tiada sebarang nafas dikesan. Innalillahi Wainnalillah Rojiuun.... 
 Kebetulan pada Sabtu malam, Aniq tidak sihat dan sebenarnya sepanjang malam sehingga pagi Ahad memang saya dan suami tak tidur sebab Aniq asyik merengek sambil disusuli rengakan anak buah (anak sepupu) yang tidur di rumah saya. Kemungkinan rengekkan dua bayi kecil ini disebabkan mereka sudah tahu kematian arwah.
 Macam mimpi, perginya diredhai walaupun semua orang terkejut. Perginya di saat hening Subuh ditemani laungan azan dan talbir raya. Cuaca redup mendung saat itu, sesungguhnya menerbitkan berjuta kesayuan di benak dan hati masing-masing. Terngiang kenangan manis ketika arwah hidup dan tika itu semua penderitaan yang arwah tanggung selama ini berputar diingatan....
Semua keturunan KeTam ada mengiringi jenazah arwah saat mula dimandi, kapan dan dikebumikan. Alhamdulillah arwah tidak keseorangan, saat dia terkujur kaku, suara-suara rintihan mengalun surah Yaasin dan ayat Quran serta doa sentiasa dimainkan dari bibir-bibir anak2, menantu2, cucu2, cucu2 menantu dan cicit2 arwah. Perginya arwah turut ditemani dengan takbir raya. Sesungguhnya arwah cukup bertuah pada saya, perginya dalam bulan baik dan tarikh yang sangat sempurna. Wanginya kapur barus, dedaun pandan, bunga-bungaan dan pewangi jenazah masih menyusuk dan Insya'Allah arwah ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmati Allah dan beriman.

~~~ Arwah Tok Mad kini sudah berteman di alam sana. Moga dua sejoli ini terus kekal bahagia hingga akhirat~~~




Wednesday, 19 October 2011

Beku, kaku, kaca

Rasa beku
Terus kaku
Dalam kaca
Diri terbuku bak bongkah
Tak gerak, geri pun tidak
Hanya kebekuan dalan kekakuan saja ada
Semuanya bila tersimpan dalam peti kaca ...

azlin/19/10/2011/depanPC-BH

Monday, 26 September 2011

Semua tentang Aniq Raheel

Gambar kenangan Aniq yang sudah lama tidak di'apload.....






















Sekadar kata-kata

kita minta sikit saja. Ikut saja pandu ia mengikut acuan sebenar. Selagi tak ikut sampai bila-bila kita, dia, kau, aku, mereka, semua takkan pernah rasa erti bahagia apatah lagi jika inginkan angin kedamaian, keamanan dan keadilan. ‘Ia’ disuruh jadi ‘ia’ adalah arahan, perintah dan suruhan Allah. Jadi buat sajalah tanpa perlu bertikam lidah, bercanggah pendapat sebabnya mudah, selagi mulut berbunyi, bising sana sini, selagi itulah tiada apapun yang berubah. Akhirnya ‘ia’ diperlekehkan kemudian dijadikan bahan senda gurau dan akhirnya disimpan dalam muzium buat selama-lamanya.

Orang lain yang tiada kena mengena pula tidak perlu takut atau risau sebab ‘ia’ hanya untuk manusia seperti aku seperti orang-orang yang kerap menidakkan, menolak dan menunggu seperti bulan jatuh ke riba. Sampai bila nak tolak, sabar, tangguh? Sampai tiupan sangkakala ketiga? sampai dajal mula kuasai bumi Allah atau sampai kiamat sudah benar-benar muncul, menelan semua milik Nya yang dipinjamkan termasuk aku, kau, dia, kita, mereka dan semua! Itu yang kamu mahu wahai anak Adam, yang dilahirkan dengan azan dan iqamat dan dibesarkan dengan ucapan kalimah syahadah tetapi di akhir hidup, bila kau julang pangkat, darjat harta dan kegemilangan, lupa semua itu sebab kata kau, kau yang dapat dengan usaha gigih kau. Lantas, alpa bahawa usaha gigih itu tidak akan menemukan dengan apa yang kau peroleh hari ini sekiranya tiada belas ehsan dari Allah yang sangat menyayangi hamba Nya walaupun kita semua sentiasa lupakan Dia di kala kesenangan bertandang.

Sangat bodoh bila mereka yang seagama dengan aku, kau, dia, mereka dan semua mengatakan ‘belum bersedia! belum tiba masa! belum sesuai!’ mengguna pakai suruhan Allah yang terang-terang tertulis dalam Quran. Aku tak cerdik agama tetapi aku ada belajar. Ilmu yang sedikit tentang kata-kata Allah itu sikit banyak aku faham dan aku tahu erti “Buat suruhan Nya, tinggal larangannya”... Mustahil kau tidak tahu! Atau sebenarnya kau takut sebab kau sudah jauh terpesong, tambahan pula kau semakin selesa berada di tempat kau berdiri sampai tidak mahu guna pakai ‘ia’......... Aku tidak fanatik mana-mana parti cuma untuk yang satu ini ‘ia’ memang aku ingin lihat sekali penggunaannya di dunia ini. Teringin sebab terlalu banyak yang menyesatkan, semakin menggila yang mentaksubkan dan kian menjadi perkara yang berdepan dengan maksiat dan kemungkaran,

Itu saja aku mahu selagi nyawa dan nafas ini tertanam dalam hidupku. Ini saja yang diharapkan sehingga tiada lagi roh dalam jasad.... Aku yang kecil, bodoh lagi kurang ilmu agama ini mahukan sesuatu untuk memudahkan aku dan dunia masa depan menghadapi cabaran hidup berlandaskan Quran dan Sunnah... Itu saja peninggalan untuk mereka yang seagama dengan aku.


~~~~Kalau sejarah Malaysia pun asyik silap dan diperkotak katikkan, apatah lagi mahu jadi dunia baru Islam~~~~

Surat untuk Aniq Raheel

Assalammualaikum,

Buat tatapan anakanda, Muhammad Aniq Raheel Bin Muhammad Hariz Ramesh Pillai.... Mungkin saat Aniq membaca warkah ini dan juga hasil tulisan mummy dalam blog ini, mummy sudah tua atau berumur atau tidak sihat atau masih gembira dan sejahtera bersama Aniq dan daddy. Mummy dan daddy mahu Aniq jadi anak terbaik di antara mereka yang terbaik. Apa yang penting mummy dan daddy mahu Aniq bukan saja mencari, menggali ilmu duniawi saja tetapi terus meneliti memahami ilmu akhirat supaya hidupmu kekal bahagia, diberkati Allah hingga ke akhirat...

Aniq, tahu tak ini adalah kisah Aniqsebab blog ini khas dibuat untuk Aniq memandangkan Aniq adalah anugerah paling indah dan bermakna dalam hidup ini. 

"Semakin hari, detik demi detik dan tiap saat, Aniq kian menampakkan pelbagai bentuk kemahirannya. Dari menyiarap ke merangkak kemudian bertatih dan berjalan sehinggalah hari ini semakin laju langkah dan lariannya. Di tambah lagi dengan bijaknya Aniq mengikut kata-kata mummy dan daddy dan setiap tegahan mahupun suruhan juga diikuti. Cepatnya besar Aniq... Hmmmm macam mimpi sebab rasa baru semalam sakit beranakkan dia dan rasa baru bulan lepas habis pantang. Tapi tanpa sedar, dah 17 bulan Aniq menghirup udara bumi yang tak berapa nak segar..."

Cuma, mummy sentiasa menadah tangan berdoa memohon daripada Allah supaya Aniq mummy sentiasa sihat tubuh badan, sihat akal fikiran, sihat semuanya dan ceria, bersemangat dan semuanya yang baik hanya untuk Aniq. Sudah tentu mohon mummy pada Allah agar Aniq jadi anak soleh, insan beriman dan baik budi pekerti, tutur kata juga akhlak, sentiasa dilindungi, dirahmati Allah dan dijauhi dari segala kemudaratan, kesengsaraan dan keperitan hidup di dunia maha fana ini dan juga akhirat.

Aniq, kehidupan yang sedang dan bakal Aniq tempuh semakin hari semakin berbelit, berlingkaran dan berismpang-simpang. Jadi, Aniq harus bijak mengguna pakai akal waras, minda cerdik dan hati bersih supaya Aniq tidak sesat atau tersalah arah. Apa yang Aniq lalui berbeza sepuluh tahun lalu malah jauh bezanya ketika mummy seusia Aniq. Sangat-sangat nak... Di saat Aniq pandai menyiarap sekalipun, dunia dah jauh berubah dari zaman kanak-kanak mummy. Ketika itu juga dunia dag semakin janggal. Itulah yang selalu mummy risau. Mengenangkan zaman tika Aniq semakin menginjak dewasa.

Sebab itu, mummy dan daddy merencanakan kehidupan kanak-kanak Aniq. Bukan mengongkong tetapi mahukan yang terbaik untuk Aniq. Sebab itu juga mummy dan daddy mahu Aniq pandai mengaji, faham apa yang Aniq baca, tahu tentang tafsir Al Quran, tahu hukum hakam dan tahu apa saja mengenai suruhan dan larangan Allah. Mummy dan daddy memang menjadualkan sesuatu untuk Aniq. Setiap hari berfikir, apa yang harus dibuat untuk masa depan Aniq. Apa jenis sekolah yang sesuai untuk Aniq menimba ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Mummy takut andai tersilap langkah. Mahu Aniq pintar tetapi lupa mengajar Aniq Alif Ba Ta. Mahu Aniq bijak tetapi alpa mendendangkan Aniq bacaan Quran dan mahu Aniq cerdik tetapi melepaskan kisah-kisah Rasulullah.

Aniq, sekiranya saat Aniq membaca nukilan mummy, satu saja pinta mummy. Jadilah anak berguna nak.... Jadi seperti daddy yang baik budi pekertinya, tutur katanya dan tahu halal haram dan suruhan Nya walaupun baru beberapa tahun memeluk Islam. Ikutilah tingkah laku atok Aniq, pandai melaungkan azan, bijak dalam ilmu agama, penyabar dan kuat pegangannya dan contohilah Ayahngah dan ayahchik Aniq yang pandai mengaji Quran, tahu tanggungjawab sebagai anak lelaki dan menghormati mak dan ayah (atok dan nenek)...

Itulah lelaki-lelaki yang paling mummy sayang dan kagumi. Jadilah seperti mereka. Kejar dunia, selami akhirat. Ingat pesan mummy. Moga kita bersama-sama hidup tenteram, aman dan muhibbah... Kasih mummy dan daddy untuk Aniq hingga ke akhirat. Marah mummy dan daddy untuk Aniq sebagai pengajaran dan teguran kami umpama peringatan supaya Aniq tidak tersasar. Jaga diri, jaga maruah, hiasi peribadi dan perkukuhkan ilmu. Jangan terikut-ikut budaya yang tidak berakal dan tidak berhaluan juga jangan turuti ajaran yang terpesong dan tidak berlandaskan Quran dan Sunnah.... 

Mummy harap Aniq faham kenapa, mummy marah, rotan, tegur atau apa saja .... Mummy harap Aniq lebih mengerti kini....

Daripada,
Mummy Aniq

Wajah-wajah manja comel Aniq

Daddy, Aniq dan Mommy = KAMI


Hukum

Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.

1. Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh."
(Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Ma'idah: 45)

3. Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya."
(Surah Al-Baqarah, 2:178)

4. Hukuman Ta`zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

sumber:- mufti melaka

Tuesday, 20 September 2011

bosan

Bosan sebab tak tahu nak buat apa jadi peluang ini diambil untuk memenuhi permintaan. Eh, permintaan siapa? Hahahaha permintaan diri sendiri sebenarnya. Tak ada apa yang mahu diluahkan kat sini sebab tengah bosan. Objektif, isi, dan kandungan tentang apa yang mahu ditaipkan pun tidak tahu. Jadi berbual-bual kosong saja ler kat sini. Nak cakap pasal drama TV. hehehehehe Eh, muncul pula apa yang mahu dikatakan dalam entri anakacuk.

Drama? Tak ada apa sangat. Cuma nak cerita, drama-drama Tv sekarang ni banyak yang bagus skripnya. Mengajar dan paling suka ada juga skrip2 islamik sikit. Lain2 kisah, biasalah yang fantasi, fiksyen ala2 Adamaya, Nora Elena, dan banyak lagi. Apapun baguslah, kalau ada peningkatan skrip dalam drama hari ini. Cuma kadang-kadang pembawakan watak tu pun mainkan peranan. Menggunakan pelakon bertudung, jadi pelakon tu kot yang patutnya sedia maklum, percanggahan aurat. Pelik lak rasanya, pakai tudung tapi boleh bersentuhan kulit. Memang adik beradik dalam drama tu tapi itu lakonan saja kan. Jika nak buat drama berbentuk islamik pun, tatasusila agama kenalah patuh.

Bercerita tentang drama islamik ni, contohnya drama Kitab Cinta, Tahajjud Cinta, Suria di Cardoba, Stanza Cinta hmm pemgisiannya bagus. Ada falsafah seni bercirikan Islam di dalamnya.Harap semakin banyak drama-drama sebegini ditayangkan. Berdakwah dalam bentuk layar. Mengajar manusia di dunia canggih ni kena banyak bersabar dan menggunakan kaedah sebegini Insya'Allah berbaloi. Bukan tu je, cerita-cerita pasal kekeluargaan, masyarakat dan masalah sosial yang dibentangkan dalam skrin sejak dua menjak ni pun boleh mainkan peranan penting.

Jadi, itu sajalah nak dicakapkan untuk hari ini bagi menghilangkan rasa bosan... Hahahahahaha penulisan di atas hanya pendapat suka hati. Tak ada kena mengena dengan apapun ye.


~~~~Kasih Alia-Cinta Alisya-JiwadanLara-macam-macam cerita ada.. pilih je yang baik jadi ikutan yang jahat jadi pengajaran ye~~~~

Monday, 19 September 2011

Perlukan sesuatu


Fikir dan fikir sampai otak pun malas nak teruskan berfikir. Letih katanya sebab asyik nak memikirkan sesuatu 'keajaiban'... Perancangan yang tak pernah terjadi. Apa dia? huuuuuuu nak bercuti la. Tak kisah ler mana pun! Dalam ke luar ke (negara) tapi i need it. Really need it.. Kali terakhir bercuti masa mengandungkan Aniq Raheel, 8 bulan. Ke Singapore. Tu je la sebab lepas tu, macam tak bijak pandai lagi nak uruskan percutian dengan baby. Dan sekarang Aniq dah pun setahun lima bulan. Haaaa dah elok pun nak bercuti. 
Jadi tak nak cakap apa-apa lagi. Harap Encik Suami faham ler
 ye saya nak bercuti sebab dah bersedia nak melayan karenah Aniq comel tu. Mesti Aniq pun nak bercuti nih... hish tiga kali taip nama Aniq terus rindu melimpah ruah dah ni... 
  

~~~~Bila nama Aniq disebut, rasa cuti meluap-luap sambil nak balik rumah cepat2~~~~






Monday, 12 September 2011

mula naik

Kisah pertama:- Nak masuk dua minggu raya dan maknanya berat badan bertambah berat. Pening kepala sebab berat badan berat dan sebab lain bila suami mula cakap "U gemuk" sambil nyanyi lagu kegemarannya, "fatty fatty bumbum malam malam curi jagung..." Memang tak senonoh kan walhal naik tak seberapa pun. Biasalah dah jadi ibu. Kalau dulu leh mantain 39-40kg lepas bersalinkan si kecil tu kembang semua sambil urat-urat putus. Jadi naik ler sampai 43-44kg... Pun dikatanya gemuk. Huishhh ok ler ni sebab nak rasa berisi sikit dari kering kontang macam dulu. Sila bersykur boleh tak Encik suami tercinta?

Kisah kedua:- masa beraya sakan ke sana sini semua tegur, badan naik. Ye saya sedar tentang itu dan tolonglah jangan nak mempersoalkan lagi okay. Senang cerita, jawab je "pregnant anak kedua" senangkan nak tutup mulut orang. Dah badan nih nak naik dan terus naik biarlah. Janji sihat bahagia sentiasa.Lagipun (dituju khas utk orang2 kampung kedonde) saya ni belum mencapai tahap obes pun lagi. Sebab rendang je so nampak ler tembamnya ditambah dengan muka yang comel bulat nih... 

Penyelesaian:- Akibat dua kisah tragis itu, berazam untuk mengawal tahap kemasukan makanan ke dalam perut. Tapi setakat hari ini memang tak berhasil pun. Yang ini baru dikatakan apapun tak boleh. Selera ada takkan nak matikan. Biarlah, janji sihat dan lebih senang untuk Aniq gigit sebab banyak isi kat mummy dia.... Lagipun, badan yang dikatakan semakin meningkat naik ni turut menjadi teguran orang awam sorang dua dengan pelbagai soalan menggembirakan seperti "adik nak balik asrama ke?", "Awak belajar mana?", "Nak ke office ke Kolej?" jadi???? Cuba fikir dan renung-renungkan... hahahaha

Rumusan:- Hidup kena bergumbira supaya sentiasa nampak awet muda.. Makan saja selagi boleh makan tapi berusaha untuk kawal sikit-sikit ler supaya perut tak nampak buncit penuh makanan huuuuuuu

~~~~ Diri sendiri suka dengan diri sendiri sebab nampak tembam dan comel berbanding sebelum sebab selepas adalah lebih baik... ~~~~



berbolak balik



 Semua jadi tak tentu
Sekejap kisahnya macam ni
Sekejap lagi jadi macam tu
Orang sana kata dia wira
Orang sini kata dia pengganas
Akhirnya aku, kau, dia dan kita yang teraba-raba
Mencari mana sebenarnya yang benar
Dan kemudian semua orang terus mengoyak-renyuk
Semua catatan dari zaman Portugis ke Belanda ke British ke Jepun dan ke Komunis
Sampai terjumpanya kisah Merdeka 1957
Sebab nak cari mulut lidah siapa yang betul
Padahal semuanya sejarah
semua sejarah itu isinya sudah tiada di dunia fana 
Sebetulnya doakan mereka yang Islam itu kekal bahagia di bawah rahmat Allah
Bukan sibuk nak dicop pejuang ke pengganas ke
Tak perlulah berbolak-balik
Sebab namanya pun sejarah

~~~~Pastinya kisah ni akan terus berpanjangan sampai masing-masing puas dengan hujahnya~~~~





Thursday, 8 September 2011

Mula memenuhi ruang

Sepuluh hari bandar KL sunyi sepi apabila penghuni setianya beransur-ansur pulang ke kampung halaman menyambut lebaran. Dan selepas sepuluh hari ini, keadaan bandar besar ini kian bising dengan bunyi kenderaan dan keributan manusia kota. Puas rasanya bercuti di kampung, berseronok bersama kaun keluarga dan sahabat andai yang lama tidak ketemu. Setahun sekali, itulah saja hari-hari bahagia yang menjelma dalam diri menyambut kemeriahan Aidilfitri. Namun, mungkin ada satu-dua yang tidak pulang ke desa atau ada yang berkampung di kotaraya ini saja dek kerana tiada lagi desa.

Apapun meriah raya kini sudah dipertengahan. Lama didesa, menghimpun nostalgia lama, cerita dulu, gurauan bersama keluarga dan mengimbau kenangan bersama pastinya akan selalu kekal diingatan dan hati. Jalinan persaudaraan juga sudah tentu terus disimpul rapi sepanjang tahun sehingga Syawal muhibbah muncul lagi. Dan di kota pula, meriahnya lain. Hujung minggu dijadikan sandaran untuk bertemu rakan sekerja, sahabat masa belajar dan saudara-mara yang berdekatan. Rumah terbuka dijadikan tempat bersua menikmati kemeriahan sisa Aidilfitiri. 

Di sinilah semua warga kota berkumpul, mengikat lagi erat tali silatur-rahim. Moga hubungan akrab terus berkekalan ketika susah-senangp-gembira mahupun sedih. Perantau di kota akan sentiasa merindui desa tercinta. Akan selalu mengimpikan untuk kembali ke kampung halaman. Paling seronok sekiranya dapat mncurahkan bakti di tempat kelahiran.


~~~~ akan selalu merindui kampung sampai bila-bila~~~~


Friday, 26 August 2011

mood kerja tingga % saja




Raya nak dekat kan kan... Hari ni Jumaat, office sunyi sepi, sampai jam 8 pagi tapi duduk dalam kereta sebab nak dengo HotFm lagu raya :) Lagi-lagi ada emoat artis lama dijemput nyanyi lagu raya everygreen :) Mood nak keje dah tinggal % atau dengan kata lain peratus je, semua nombor dari kecil sampai beso hilang entah ke mana. Rasa malas dah nak ngadap PC dan siapkan story yang ditunda tarikh terbitannya... Ok juga so tak payah ler nak menyelak dokumen ni ha... Apapun dah tak boleh ni! Jelas memang sangat jelas, saya sudah boring untuk bekerja hari ini hish hish hish
cuba anda bayangkan % saja yang tinggal??? memang teruk la kan dan layak masuk CCU ke ICU ke kan

Ok nak cerita kisah raya semula.
Perjalanan balik Muar dirancang hari Isnin, tapi tadi call ayah beritahu, dia cam sedih lak sebab nak suruh balik hari esok (Sabtu)... Hmmm rindu si Aniq ler tu kan kan... Dah serba salah pulak. Kesiankan Hariz nak ulang alik dua kali. Hmmmm apapun benda ni tak boleh nak janji sebab kena tangok keadaan.
Kalau Hariz ok nak bertolak balik Muar esok maka esok ler tapi andainya tidak larat, takmau paksa. Jadi Isnin saja ler kami balik ok. 


 Semalam, membasuh baju-baju selama dua minggu termasuk baju raya yang dibeli dan ditempah. Dah macam kedai dobi. Kul 6 pagi tadi baru selesai. Uiii letih, apatah lagi bila terpandang baju-baju yang kian menggunung atas katil tu! Masa-masa macam ni ler, rasa nak amik maid je, memudahkan kerja tapi rumah ada tiga bilik je hehehe lagipun kecerewetan diri membuatkan pengambilan maid agak bahaya di situ ok. Nanti kesian maid dibuli, dimarah dan dileteri hehe... Hmmm manakah pilihan kalbu antara balik esok atau Isnin. kalau esok memang rushing ler malam ni nak menyiapkan semua benda. Kalau balik Isnin memang nampak lambat dah tapi boleh clearkan semua benda :) 

Kereta pun service hari Ahad ni... Hish... ikutkan hati, nak balik esok je hehehe jadi apa kata survey? Lalalalala Cuba ler nak balik esok hehehehe Kalau muka Hariz mencuka, i pujuk-pujuk ler dan kalau mencuka cuka lagi tengok ler macam mana kan kan :P
Hehe walhal balik Muar je pun, bukan kena ikut giliran ke apa ke macam orang lain hehehe Apapun tetap balik Muar. Hish ayah i ni tau, saja je nak hasut dengan suasana kemeriahan yang dah terasa kat Muo tu.... huhuhu Apapun kena ikut kata survey ye semua semua .... selamat balik kampun, berhati-hati memandu kereta dan menunggang motor tu ok dan



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN



 ~~~Nasib mak mentua tak sambut Raya Aidilfitri hehe kalau tak lagi bercuka-cuka~~~





Wednesday, 24 August 2011

Selamat Jalan Mr R










Ramadhan kini kian hampir
membenamkan wajah baraqahnya
apakah akan bersua lagi tahun depan?
entahlah, tiada kepastian di situ
termenung sejenak
memikrikan adakah lengkap
perbuatan amal sepanjang Ramadhan ini
moga semua dimakbulkan
kiranya tiada lagi tahun depan untukku
berharap agar Pencipta mengampunkan seluruh dosa
sepanjang Ramadhan terakhir ini
tapi andai ketemu lagi
berharap akan terus berusaha melipatganda
amal jariah ibadah dan semua
selamat jalan Ramadhan....



Tuesday, 16 August 2011

satu masa

Setiap kali bulan puasa menjengah, mesti kenangan zaman kecil, remaja dan belum kahwin terkenang-kenang. Kalau masa kecil, seronok main bunga api dengan mercun sambil tolong mak buat biskut raya, pasang pelita dengan kemas, cat rumah, pasang langsir dan macam-macam lagi. Seronok juga kalau ingat semula tragedi buatan sendiri di bulan puasa macam ponteng puasa dengan air dalam tandas atau main basikal bawa jauh-jauh sampang hujung kampung, lepas itu penat jadi berbuka dengan air buih.

Sebab rumah dekat dengan surau, terawikh selalu buat kat situ terus. Senang. Seronok terawikh di surau sebab memang sejak kecil suka dengan bacaan Quran Ustaz Salam. Sebab itu sampai sekarang kalau bulan puasa mesti nak balik kampung sebab nak juga terawikh di situ. Cuma sejak ada Aniq Raheel, lebih selesa tunaikan di rumah.

Paling seronok terawikh dengan Aniq Raheel sejak dia sudah besar dan pandai berjalan. Lagi-lagi sikap dan sifat dia yang gemar mengikuti pelakuan sesiapa saja. Paling seronok, bila nampak saja saya pakai telekung, dia pun siap pakai kopiah dan tarik sejadah daddy dari bilik solat. Kemudian, suka hati dia nak buat apa. Janji saya dapat solat. kadang-kadang satu jam setengah selesai dan kadang-kadang dua jam selesai.

Bila sudah meningkat remaja, kisah-kisah itu macam tak senonoh bila diingatkan semula. Tak berbaloi langsung dan entah apa-apa kisahnya. Tapi itulah perbezaan antara dunia kanak-kanak dengan remaja. Waktu remaja dulu, masih seperti selalu, buat apa yang patut sempena sambutan raya. Cuma tak lagi ponteng puasa atau buat kerja bukan-bukan yang merugikan. Lepas itu dapat rasa puasa di perantauan. Zaman belajar di universiti. Sedih waktu berbuka dan sahur. Makan beli saja atau silap-silap dapat maggi saja. Bila nak cuti raya, terus bersemangat semula. Ada tahun balik sendiri dan ada tahun balik dengan sepupu. Siap beli makanan berbuka untuk makan dalam bas dan paling senang makanan segera yang banyak jual sekitar pudu raya.

Usia terus dewasa, dan berbuka bersahur sebagai pekerja, sama saja seperti zaman belajar. Cuma selalu dapat rasa berbuka di tempat yang seronok. Tak restoran, pejabat dan kadang-kadang pergi berbuka di hotel. Dan hari ini, puasa semakin indah dan sentiasa mendewasakan diri. Sejak 2009 sudah merasai berpuasa bersama suami dan sejak itu, kena pandai bangun sahur dan masak sesuatu untuk dimakan. Tak lagi seperti dulu-dulu sahur buka, mak sediakan seratus peratus.

Sejak itu juga mula tahu tanggungjawab isteri dan apabila adanya Aniq Raheel puasa semakin bererti. Walaupun kadang-kadang dia suka kacau masa sahur mahupun berbuka, tetapi itu semua akan menjadi saat terindah dan kemungkinan besar pasti diceritakan semula kepadanya semua memori indah lucu dan apa-apa saja mengenai dia.

~~~Hari ini 16 Ramadhan 1432H. Hanya tinggal dua minggu saja lagi berakhir puasa. Puasa tahun depan tak tahu lagi macam mana. Ada rezeki jumpa lagi. ~~~

Monday, 8 August 2011

Empat hari tiga malam

EMPAT hari tiga malam, adalah hari-hari paling seronok untuk Ramadhan kali ini. Hmmmm sudah tentu ber'Ramadhan di Muar ler kan.. Sabtu petang, bertolak balik Muar dan sejak Sabtu hingga Isnin berbuka dengan bermacam lauk pauk enak masakan mak seperti ayam kurma, ayam sambal, sup cendawan, sawi ikan masin, ikan baung masak cili api cair, kuew tiow, jemput-jemput pisang, bubur pisang sagu dan banyak lagi. Lain-lain dapat melempiaskan perasaan nak makan lauk baazar Muar yang best antaranya, murtabak Singapore, nasi kerabu, kebab ayam, laksa Johor dan Roti jala terbaik buatan Muar. Kenyang? sangat kenyang ler... Alhamdulillah berjaya menyempurnakan impian untuk berpuasa dan bersahur bersama keluarga. Walaupun tak perlu nak bergilir dengan suami untuk berbuka puasa di rumahnya, tapi atas permintaan anak buahnya, diajak pulak kami berbuka di rumah mutty nya (MIL) jadi, Insya'Allah kami pergilah minggu depan... hehehehe

Hmmmm Aniq Raheel? Insan paling seronok bila balik kampung ni. Sampai je Muar dr Seremban Sabtu lalu, terus meloncat-loncat minta diambil oleh atoknya.... Suka sakan ler dia dapat main dengan mokcu, kak Aleya dan Kak Sakinah. Bertambah manja ler diberi layanan RAJA kelas pertama oleh Umi dan Ibu Qis. Sampai Mummy pun menyampah... hahahahaha ngada betul... Lagi2 ada yang back up macam atok dgn mak dia. Ditambah dengan tatangan ayahngah dengan ayahcik dia... Wahhhh sangat-sangat bahagia ler si bujang ucuk acam tu.

Hariz? Dia ok jer la, suka je tengok balik kampung. Anti-Baazar pun, sampai tak pernah jejak kaki ke baazar di Seremban mahupun KL, sebab tak berminat, bila kat Muar dua baazar dia jejak dalam sehari. Katanya, kuih muih dan lauk pauk MADE IN MUAR best dan kalau pandai atau tahu port, leh dapat murah. Empat biji seringgit kot kuih kan.... hahahah mmg mengancam ler. Apatah lagi dapat dia rasa tiga malam terawikh kat surau kebanggan kampung ni. Surau masyarakat yang muhibbah.. hehehehe

Seronok saja semuanya di Muar.... Saya sayang bandar pencen saya :)

~~~~~~~ Tunggu raya pulak nanti, apa kisahnya... Tapi kena tunggu kisah giliran sebelum raya.. ekekeke~~~

Friday, 5 August 2011

Majlis Sepupu

Catatan ini sepatutnya dimasukkan sejak awal lagi tapi memandangkan kesibukan baru berpeluang menyudahkannya. Ini antara gambar-gambar Aniq di beberapa lokasi masjli kahwin sepupu

Keluarga saya dgn pasangan Aizat dan Liana

Ayahngah Aniq a.k.a banker ANiq hehe

Hitam putih warna kehidupan dan famili kecilku... pandai Aizat pilih warna tema kan kan

Tenggelam terus warna ku yg tak berapa cerah... hehehe bersama lelaki-lelaki macho dekad ini... 

Nash ni sebenarnya kawan baik ala-ala uncle dah dalam family KeTam... tu je lerrr dari kecik sampai beso memang dia selalu ada je sebab memang dah gitu :)

kawen Acun lak.. Apa daaa dah dapat cucu aka Aniq Raheel baru nak kawen... Hehehehehe jadi ni ler hadiah peribadi utk Acun dgn pakcu... ANIQ!!!

Inilah langkah-langkah awal Aniq. Ditemani Mokcu yang setia.... kalau ikut caption sebenarnya, Mokcu dah letih nak ngekor Aniq sebab nak kedek2 je...

Inilah cucu manja mak ni

Nampak tu budak dua pusar ni! Hish... jelir-jelir lidah dengan aktifnya.

Rasa-rasanya, rambut Aniq dah panjang kot... Hmmmm kena potong dah ni

Alalalala sweet sangat senyuman Aniq dengan dua batang giginya 

ANiq, leh tak mommy nak pinjam mata tuh.. Hiahhh jeles betul ni

Hmmmm Harry Porter ke ni?

Ni kawen dua pupu pulak. Bee dan suami... Mana ler adik2 lelaki aku ekh? macma best lak semua pompuan.. hehe

Daddy's boy

Pantang nengok kamera dan walaupun tak nengok, ada je aksi lucu dia ni hishhhh

Kami dan pengantin....

Wahhhhh lagak macam dah hebat sangat jalan nih!

mommy''s boy

"Pesal ler mommy ni.... cantik ke" 


Okay next, majlis kawen Emie boy dgn Anis...

Aniq mamam bubur best kan kan dari nasi minyak ekekeke

Hmmmm kenyang ler tuh!

Hidangan terhebat atas meja - Aniq Raheel masak... ehem ehem..

bersama pasangan pengantin dan kami? memang saja buat aksi over sebab dulu2 kawen takde kusi tinggi ni waaaaa

Alalalala cute cute mommy ni..... gigit nak

Thursday, 4 August 2011

Ihya' Ramadhan

Alhamdulillah, seronok rasanya dapat hadir majlid ilmu sempena Ramadan di pejabat sebelum Zohor tadi. Paling seronok sebab Ustaz Hassan Din yang beri ceramah. Saya amat menyukai ceramah daripadanya. Sejak tukar ke 'desk' baru ni, ada juga hikmahnya antaranya inilah, dapat sedikit sebanyak turut serta dalam program keagamaan, Insya'Allah... Apa yang dapat disimpulkan hari ini, adalah kata nasihat beliau, "apa erti puasa jika tidak solat sedangkan solat itu adalah ibu ibadah" dan bagaimana mengatasi hawa nafsu sepanjang menjalani bulan Ramadhan terutama, nafsu makan. huhuhu Alhamdulillah, tak ler sangat bernafsu sampai pergi ke baazar Ramadhan dengan sepuluh jari disangkut beg plastik. hehehe Lain-lain yang boleh saya dan anda mengambil iktibar dan pengajaran adalah, bulan puasa (Ramadhan) adalah bulan umat iaitu bulan kita. Oleh itu jadikan Ramadhan ini bagai Ramadhan terakhir untuk kita. Jadi, dengan cara itu pasti kita akan berusaha menggapai berkat dan syafaat ramadhan hendaknya. Apatah lagi pahala di bulan Ramdhan sangat banyak bak katanya, tidur pun ibadah. Apatah lagi jika kita mengisi masa dan ruang yang kosong itu dengan bermacam aktiviti berfaedah. Tambah-tambah lagi, Ramadhan juga bulan pengampunan setiap dosa sehinggalah terbit 1 Syawal, jiwa dan raga kita bersih daripada dosa. Seronokkan! Untuk diri sendiri, sentiasa berusaha untuk menggapai keberkatan Ramadhan. Insya'Allah.

~~~~~Marilah kita menyambut Ramadhan dengan sebaik dan seseronoknya kerana ia bulan kita, bulan mengumpul ganjaran dan pahala serta bulan terbukanya semua pintu rezeki dan taubat di langit~~~~

Wednesday, 3 August 2011

Akhirnya

Hari ketika pandu kereta ke pejabat selepas dua tahun kereta disimpan di kampung. Seronok dan pengurusan masa lebih terjamin. Tapi boring sikit sebab tak boleh tidur dan terpaksa layan banyak orang sepanjang perjalanan...

Dah tiga tahun travel KL-SBN dengan bas, memang best walau selalu stress sebab kadang-kadang bas lambat, delay, rosak, jammed dan suka ikut jalan sesuaka hati, sesedap rasa. Tapi boleh tidur kan walaupun geram dan sakit hati. Sebab semua tu selalu sampai lambat ke office dan paling haru datang lambat kat assignment.

Naik kereta pula? Ok sebab dapat bajet masa sendiri. Tak perlu tunggu bas atau duduk sebelah pendatang asing yang busuk huuuu. Best juga sebab tak tertekan dengan jammad atau pemandu bas yang bawa cecah 140/km atau melalui jalan-jalan sesuka hati. Best juga sebab tak perlu keluar rumah jam 6.45 pagi kan. Boleh keluar jam 8 pun leh sampai office jam 9.15 macam tu berbanding bas, keluar awal pun jam 9.45 kot baru sampai.

Sepanjang bulan puasa ni memang akan drive nampak gayanya. Cuma lepas raya nanti akan difirkan semula. Tiga hari ni menyaksikan, mata sangat mengantuk dan penat satu badan sebab kena beri 100 peratus perhatian semasa memandu. Kalau nak drive pun lepas ni, kena selang seli ler sebab tengok keadaan pengaliran wang hampir sama je. Cuma masa je yang menguntungkan iols :)

~~~~Sekarang ni pun tengah mengantuk dek men'drive kereta sebab tak leh nak tido huaaaaa~~~~

Tuesday, 2 August 2011

Puasa Aniq

Hari kedua Ramadhan, seronok semakin bermaharajalela kerana Ramadhan adalah bulan segala-galanya. Cuma satu, mengantuk. Bermula 1 Ramadhan (Isnin) bersamaan 8 Ogos, waktu bekerja yang sangat mengantuk. Menguap hampir seratus kali, mungkin saja tidak puas tidur.

Kena pula Aniq Raheel jadi ‘alarm’ mummy dan daddy, kejutkan bangun sahur. Dia pula yang seronok sakan bangun seawal 4.30 pagi sambil bercakap (bahasanya) ala-ala nak bersahur sekali. Tambah-tambah sejak sudah pandai makan. Lagi bersemangat dia membuli daddy sedang bersahur. Boleh nak makan sekali dengan kami.

Aniq Raheel sudah besar kan! 

Mengimbau tahun pertama berpuasa, hanya saya dan Hariz. Ketika itu saya baru mengandungkan Aniq Raheel lebih kurang tiga atau empat bulan. Memang sedang mengalami alahan teruk dan akhirnya dapat berpuasa hanya 20 hari saja. Tapi dalam pada itu masih setia bangun sahur, memasak untuk Hariz. Untuk dia senang saja, kalau tak mee goreng, nasi goreng dan paling mudah roti sardin atau Quacker Oat. Masa berbuka puasa memang tak memasak sebab tak boleh tahan bau, jadi kami beli saja sepanjang 30 hari berpuasa.

Tahun kedua, Aniq berusia empat bulan. Kecil sangat masa itu, baru lepas hari. Seronok sangat sebab si kecil hanya baring saja walaupun waktu itu dia bangun juga. Tapi kadang-kadang dia tidur dan itu lebih memudahkan. Tahun 2010 adalah tahun gemilang saya sebab dapat puasa penuh. Sangat seronok. Cuma sebelum Ramadhan, kena ganti puasa tahun saya mengandungkan Aniq Raheel. Masa ni, untuk sahur saya masak manakala untuk berbuka tengok nasib. Masa ni masih ‘travel’ KL-SBN dengan bas jadi tengok perjalanan bas. Kadang-kadang berbuka dalam bas saja macam tahun mengandungkan Aniq Raheel.

Puasa tahun ini, Aniq sudah setahun empat bulan.  Eh baru perasan selama tiga tahun, angka empat itu saja keluar kan! Wah tahun paling hebat dan paling seronok sebab Aniq Raheel dah besar. Baik waktu berbuka dan bersahur, semua seronok. Setakat semalam, saya memasak untuk berbuka puasa. Dan semalam juga adalah hari pertama saya pandu kereta. Ya, sepanjang Ramadhan tahun ini, saya akan memandu sebab nak pulang awal. Lepas Raya, akan difikirkan.

Jadi tahun ni penat sikit sebab kena pandu kereta, jadi tak dapat tidur dalam bas. Cuma saya dapat menjimat cermat masa yang ada. Seronok sikit sebab pengurusan masa lebih terkawal. Bercerita tentang berbuka puasa, sepanjang minggu ni meriah rumah saya sebab dua adik, Azie dan Qis ada di rumah. Jadi seronok sangat-sangat dan berkobar nak masak macam-macam.

Puasa> di ruang akal yang sempit ini, mula menghimpunkan pelbagai jenis resepi untuk berbuka khususnya. Hari pertama berbuka, kari kambing, ikan sweet sour dan sayur sawi+cendawan goreng dengan sos ikan. Sedap rupanya (sorry, terpuji diri sendiri) Tapi boleh tahan walau masak dalam keadaan ribut, nasib memang lipas kudung macam mak saya kan, jadi memang pantas. Hahaha Thanks juga untuk dua adik yang membantu tu :) kalau boleh duduk 30 hari kat Seremban pun tak apa.

Hmmm menu berbuka hari ini? Niat di hati nak makan ayam paprik dengan sotong sambal. Nampak sedap. Setakat jam 12.21 ni, memang itu menu tercetus di minda. Itupun hasil perbincangan dalam BBM dengan my lovely Kecubung hehehe.

~~~~ Nak merehatkan diri di surau. Sambil-sambil tu buat yang wajib, pertingkatkan yang sunat dan tak salahkan lelapkan mara sebarang 15-20 minit :p~~~~~

Monday, 1 August 2011

Wilayah tak bernoktah

Masa ini terlalu ramai yang sempit
Akalnya, rohaninya dan perbuatan
Yang acapkali ceroboh masuk
Ke wilayah sempit
Dek tiada pedoman panduan hidup
Terus berlari mengejar masa
Yang pantas berkejaran
Tawadduk dan kembalilah 
Kepada Maha Pencipta
Supaya tak lagi sesat
Untuk sekian lamanya
Sebelum semakin sesat 
Dalam wilayah tak bernoktah!

~~~Sambil berfikir menu apakah menjelang berbuka puasa nanti :) ~~~






Friday, 29 July 2011

Ramadan Bulan Yang Dirindui

KEDATANGAN Ramadan  sentiasa dinantikan umat  Islam dan seboleh-bolehnya  bulan keberkatan itu akan diisi se penuhnya dengan pelbagai aktiviti    menjurus kepada kerohanian dan  Ramadan juga adalah lapangan un tuk umat Islam berlatih menahan  diri daripada makan, minum dan  perilaku.
   Lebih jelas lagi, puasa dari segi  bahasanya diertikan sebagai me nahan diri, manakala dari segi sya rak ia bermaksud menahan diri  daripada makan atau minum untuk  suatu jangka masa tertentu.
   Sepanjang berpuasa umat Islam  dikehendaki menjaga kelakuan diri  daripada melakukan sebarang dosa  berikutan puasa juga dianggap se bagai medan memupuk kesabaran,  kejujuran dan bertolak-ansur sesa ma sendiri.
   Lazimnya, Ramadan disambut  meriah semua umat Islam meman dangkan pada bulan ini, seluruh  keluarga akan berkumpul untuk  berbuka bersama, manakala anak  perantau juga meraikan buka pua sa dengan rakan taulan di rumah,  pejabat atau di restoran.
   Apa saja aktiviti berbuka puasa  yang dilakukan, pasti menyeronok kan kerana selepas seharian ber lapar dan melakukan tugasan ma sing-masing, waktu berbuka diang gap sebagai tempat berkumpul  bersama keluarga dan rakan sambil  menikmati juadah istimewa, sekali  gus dapat mengeratkan ikatan per saudaraan sesama mereka.
   Selalunya kemeriahan berpuasa  dapat dilihat di  kampung dengan  mengamalkan pelbagai tradisi me nyambut kedatangan   Ramadan se perti memukul beduk atau berkom pang dari rumah ke rumah seawal  jam empat pagi untuk mengejutkan  penduduk untuk bersahur.
   Turut diamalkan sehingga kini  adalah bertukar lauk pauk dengan  jiran tetangga dan ia amat menye ronokkan kerana hidangan berbu ka akan lebih beraneka rasa, ma nakala konsep sajian selepas solat  tarawih atau dikenali sebagai ‘ber moreh’ masih menjadi ikutan se hingga kini, malah membuatkan   surau atau masjid riuh dengan sua ra gembira jemaah,  walaupun wak tu ketika itu sudah larut malam.
   Bagi yang menetap di kawasan  bandar, amalan tradisi itu turut di adakan di sesetengah penempatan,  bertujuan memperkenalkannya ke pada generasi muda serta dapat me rasai nikmat bersahur dan berbuka  beramai-ramai tanpa mengira latar  belakang dan usia.
   Pasti ramai merindui semangat  bersahur walaupun sekadar ber laukkan sambal goreng dan telur  asin, sebagai perisa tambahan atau pun mungkin ada yang terkenang  lauk-pauk ibu di kampung untuk  sajian berbuka puasa seperti asam  pedas, ikan patin tempoyak dan keli  masak cili padi yang mana semua  menu itu kerap dijadikan juadah  istimewa sepanjang bulan.
   Pada bulan puasa jugalah lebih  ramai bertandang ke surau mahu pun masjid untuk berbuka dengan  hidangan bubur lambuk seterusnya  bersama mencari pahala lebih, ia itu berjemaah menunaikan tuntu tan wajib dan diteruskan dengan  tarawih. Sesudah itu, bersama-sa ma jemaah lain membaca al-Quran  sementara menanti hidangan mo reh seperti kuih-muih sebelum pu lang.
   Selain itu, secara  tidak langsung ama lan puasa juga dapat  menyuburkan sikap  murni di dalam diri  masing-masing, ma lah sering dilihat Ra madan dijadikan ma sa  melakukan ama lan bersedekah,  mengundang sanak- saudara dan rakan  berbuka bersama  dan lebih ramai yang  tampil mengada kan majlis berbuka  puasa bersama go longan miskin,  anak yatim dan se bagainya terma suk bersedekah ke pada golongan ber kenaan khususnya  dalam melakukan  penyediaan sambu tan Hari Raya.
   Apa yang pen ting, amalan kero hanian dan jariah  itu tidak hanya ter henti sesudah Sya wal tiba, tetapi te tap utuh di hati ma lah dijadikan satu  kebiasaan dan ta biat setiap hari ba gi memperoleh keberkatan sepan jang hidup.
   Bahang bulan Ramadan sangat  dirasai dan persiapan menyambut nya turut dilakukan sebulan awal  khususnya ibu bapa dalam menye diakan bahan asas masakan, jenis  menu yang bakal dihidangkan men jelang sahur dan berbuka, selain  mendapatkan jadual berbuka dan  imsak supaya tidak kelam-kabut  apabila Ramadan mula menjengah  nanti.
   Itulah Ramadan, bukan saja bu lan untuk menahan lapar dan da haga tetapi bulan yang penuh ke tenangan, menginsafkan dan dija dikan peluang kepada umat Islam  merasai kesusahan mereka yang fa kir dan menghadapi kesusahan da lam kehidupan harian, selain me ngimbau kenangan lama khusus nya zaman kanak-kanak yang  menggembirakan.
   Memang benar, kanak-kanak, an tara insan paling seronok menanti  ketibaan Ramadan kerana pada  usia mentah itu, mereka berkein ginan melakukan perkara baru dan  berpuasa adalah sesuatu yang ge mar dipraktikkan khususnya yang  berusia lingkungan empat tahun ke  atas.
  Semangat berpuasa berkobar-ko bar apatah lagi ibu bapa memo tivasikan kewajipan berpuasa itu  dengan memberi imbuhan sebagai  galakan kepada mereka.
   Ketika itu, kanak-kanak sibuk  memikirkan juadah berbuka yang  akan disediakan ibu dan saat itu ibu  bapa selalunya bertungkus-lumus  menyudahkan kerja di pejabat su paya dapat pulang ke rumah me layan kerenah anak-anak semen tara menunggu waktu berbuka.
   Tidak kira berbuka puasa di ru mah atau di luar kerana yang pas tinya sifat kekeluargaan itu lebih  bermakna memandangkan ibu ba pa bekerjaya pasti meluangkan le bih banyak masa untuk bersama  keluarga menikmati juadah berbu ka dan ada  antara mereka memas tikan semua ahli keluarga dapat  bangun bersama-sama untuk ber sahur.
   Lebih meriah apabila bulan pua sa berada di pertengahan, ketika  itulah kanak-kanak dilihat gembira  membantu ibu membuat kuih raya,  menolong ayah mengemas rumah  dan pada  waktu malamnya, ber sama rakan bermain bunga api ser ta menghias halaman rumah de ngan pelita.
   Itulah keindahan Ramadan, ha dirnya ditunggu dan perginya di tangisi. Setiap detik sepanjang Ra madan adalah kenangan yang tidak  akan dilupakan sampai bila-bila.  Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang  berasakan Ramadan adalah bulan  kemeriahan.
   Bagi dewasa, Ramadan dilihat da ri perspektif berbeza, iaitu antara  bulan yang mengundang pelbagai  bentuk keberkatan khususnya ke muliaan malam Lailatul Qadar  yang sentiasa dinantikan selain  menjadikan bulan mulia itu seba gai peluang memohon keampunan  berikutan pintu langit dibuka luas  dan setiap doa yang dipinta pasti  dimakbulkan.
   Ramadan bukan sekadar masa  untuk bergembira, tetapi mengajar  individu erti kesusahan dan kepa yahan orang lain,  termasuk mem perbaiki amalan ibadat, sekali gus  mempraktikkan sikap dan sifat po sitif  yang dipungut sepanjang Ra madan pada masa akan datang.

~~~ Ramadhan Kareem... Marhaban Ya Ramadhan... Maaf Zahir dan Batin :) Selamat berpuasa~~~

Tuesday, 26 July 2011

Bila Aniq sakit

Semalaman Hariz tak tidur jaga Aniq sebab rengsa dek hidung tersumbat. Jam 12 lebih tengah malam, Hariz ajak bawa Aniq ke KPJ. Tapi malas saya nak layan sebab suhu badan Aniq tak menandakan dia demam. Cuma rasa tidak selesanya.

Lepas 'popok' Aniq tidur, saya pun lelapkan mata dan Hariz berjaga sampai malam. Maaflah sebab saya kerja jauh. Letih sangat-sangat. Tak salah sesekali daddy Aniq ambil alih jaga Aniq. Kalau nak saya EL je memanjang, baik saya berhenti.

Tadi sekejap, Hariz telefon, dalam perjalanan ke klinik bawa Aniq. Biasalah si kecik tu, saya dengar meraung-raung menangis. Entah apa yang tak kena. Harap Hariz dapat 'handle' situasi itu. Bila lagi nak belajar jaga anak. Asyik saya saja nak berkorban. Esok lusa, rekod kerja buruk, terus dapat surat berhenti.

Bukan apa, Hariz jenis paranoid dengan sesutu. Entah apa yang dia risau. Mungkin sejak lahir dan pembesaran dia tak seperti saya yang lebih berani. Saya kadang-kadang rasa membazir nak ke KPJ tengah-tengah malam (seperti yang biasa dibuat sebelum ni) walhal Aniq tak ada apa sangat. Bertindak awal perlu, tapi biar logik. Contohnya kes malam tadi, suhu badan Aniq tak cecah pun 37 darjah celcius, jadi tak demam. DDia tak selesa je jadi guna saja pendekatan lain. Mudah kan!

Katakan kami ke KPJ, mahu-mahu RM200 terbang sedangkan checkup sikit je, pastu beri ubat selsema, batuk dan kahak...

Jadi, menanti berita seterusnya daripada Hariz. Sama ada dia berjaya atau tidak membawa Aniq ke klinik pakar. Itulah lelaki ni, sesetengahnya, bila diajar sejak dalam pantang cara jaga anak, tak nak belajar. Sekrang nak tak nak kena belajar juga kan... Kalau nak kita je, sila izinkan saya berhenti kerja tetapi kena beri nafkah hidup setiap bulan. huhu